Categories
Berita Semasa

(Terkini) AP sembunyi fakta tentang kondisi Gaza.

Selasa,  08/09/2009 – Penganjur Pesta The foto Noorderlicht telah membuang foto yang menggambarkan rakyat Palestin sebagai mangsa kezaliman dalam satu pameran foto yang akan diadakan di Belanda. Ia berikutan tekanan daripada agensi berita Associated Press yang membekalkan beberapa gambar untuk pameran tersebut.

Categories
Berita Semasa

Pejuang Qassam terbunuh di Gaza.

Selasa,  08/09/2009 – Briged Al-Qassam, sayap pejuang Hamas, melaporkan seorang pejuangnya, Sameh Al Beitar, terbunuh dalam satu misi jihad di kejiranan Al Sabra, Gaza. Bagaimanapun mereka tidak melaporkan bagaimana beliau terbunuh dan misi yang dibawa oleh beliau.Tentera Israel tiada kaitan dengan insiden tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

Categories
Berita Semasa

Abbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Jumaat,  04/09/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan pada Khamis sewaktu pertemuannya dengan Ketua Kerajaan Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapater, bahawa beliau sukar menempuh hari mendatang dalam menentukan kehadiran dalam pertemuan tiga penjuru antara Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Israel, Benjamin Natanyahu.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Obama tidak akan bertemu dengan Netanyahu.

Jumaat, 04/09/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah memutuskan untuk membatalkan rancangan lawatan beliau ke Amerika Syarikat selepas diberitahu yang Presiden AS, Barack Obama, tidak akan bertemu dengannya.

Categories
Berita Semasa

Ucapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

-gunx

(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)

Categories
Berita Semasa

Menteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Jumaat,  04/09/2009 – Menteri Israel, Yossi Peled (gambar), dari Parti Likud pimpinan PM Israel,Benjamin Natanyahu, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bahawa kerajaan Israel tidak pernah membekukan usaha membangunkan dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis, dan tambanhnya, orang Yahudi bakal meneruskan kehidupan dan pembinaan di seluruh kota suci Islam itu. Peled berucap dalam satu persidangan “Selamatkan Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, lapor sumber berita Israel, Ynet News.

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel guna bom api terhadap nelayan Palestin.

Rabu,  02/09/2009 – Kementerian Pertanian Palestin telah meletakkan Tentera Laut Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ancaman nyawa kepada para nelayan Palestin di Gaza. Timbalan setiausaha Pertanian, Dr. Ibrahim Al-Qudra berkata dalam satu kenyataan pada hari Selasa bahawa organisasi antarabangsa harus campur tangan dan melindungi hak nelayan Palestin dalam mencari rezeki di laut.

Categories
Berita Semasa

3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

Selasa,  01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin di Hebron dibunuh kejam namun tiada tuduhan difailkan.

Selasa,  01/09/2009 – Seorang pegawai tentera Israel mengesahkan berita daripada keluarga Yasser Tmeizy di Hebron, selatan Tebing Barat yang memberitahu askar-askar Israel telah membunuh kejam anak lelaki mereka namun tiada tuduhan difailkan oleh Israel terhadap mereka.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Perniagaan organ badan, satu lagi siri jenayah Zionis

Khamis,  27/08/2009 – Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Israel tubuhkan mahkamah khas untuk menahan kanak-kanak Palestin

Khamis,  27/08/2009 – Pihak Keselamatan Israel telah mengumumkan bahawa mereka bakal membina sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak Palestin yang ditahan tentera Israel di wilayah Palestin yang mereka jajah. Ini merupakan keputusan yang pertama kali didengari sejak menjajah Palestin selama 42 tahun. Sumber Israel melaporkan, Jeneral Brigade Gadi Shamni, GOC Central Command bagi tentera Israel, telah mengesahkan penubuhan mahkamah tersebut yang bakal menghukum segala kes melibatkan tahanan-tahanan bawah umur.

Categories
Berita Semasa

Hamad: Mesir dihubungi buka sempadan Rafah.

Khamis,  27/08/2009 – Ketua Pihak Berkuasa Sempadan di Gaza, Dr. Ghazi Hamad berkata mereka telah menghubungi pihak berkuasa sempadan di Mesir bagi membolehkan sempadan Rafah di buka bagi membenarkan laluan bagi penumpang yang terkandas dan mereka yang hendak mengerjakan umrah.

Categories
Berita Semasa

(Terkini) Pecahkan kepungan Gaza bagi laluan ubat-ubatan.

Khamis,  27/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza menyuarakan rayuan kepada kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan kesihatan antarabangsa membantah pengepungan Israel dengan tujuan membenarkan kemasukan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza terutama kepada 400 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal.

Categories
Berita Semasa

Hanneyya minta pemimpin Arab dan Islam batal sekatan di Gaza.

Selasa,  25/08/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin telah memohon kepada para pemimpin Arab dan Islam untuk bertindak dalam membatalkan sekatan ekonomi ke atas Gaza dan menyelesaikan segala sengsara penduduk Palestin terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Categories
Berita Semasa

Pencerobohan terhadap undang-undang.

Selasa,  25/08/2009 – Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab mengutuk keras tindakan beberapa kumpulan ekstremis Yahudi yang menceroboh Masjid al-Aqsa dan mendirikan upacara keagamaan mereka yang dianggap sebagai tindakan pertama seumpamanya yang dilakukan oleh perampas pada bulan Ramadan, semenjak bandar al-Quds dijajah pada tahun 1967.