
Khamis, 14/05/2009 – Polis Israel Selasa lalu telah menahan wartawan Haaretz bernama Amira Hass (gambar) di pintu keluar Semenanjung Gaza, di mana beliau telah tinggal dan membuat laporan sejak beberapa bulan yang lalu.

Khamis, 14/05/2009 – Polis Israel Selasa lalu telah menahan wartawan Haaretz bernama Amira Hass (gambar) di pintu keluar Semenanjung Gaza, di mana beliau telah tinggal dan membuat laporan sejak beberapa bulan yang lalu.

Khamis, 14/05/2009 – Jabatan Sempadan melaporkan pada hari Selasa sempadan Rafah akan dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad untuk beberapa kategori dan beberapa senarai yang diberikan Kementerian Dalam Negeri.

Selasa, 12/05/2009 – Sheikh Taiseer Tamimi, Ketua Keadilan Islam memulakan ucapannya ketika berada di depan Pope Benedict XVI dengan menyatakan Baitulmuqaddis merupakan ibu negara Palestin masa depan meskipun pembantaian dan pencabulan Israel dilakukan terhadap Warga Palestin dan tempat-tempat suci mereka. Kenyataan Pope juga mengecewakan beberapa ketua agama Israel.

Selasa, 12/05/2009 –HAMAS menganggap kemahuan presiden Palestin yang sudah tamat tempoh kekuasaannya untuk membentuk kerajaan baru di Tebing Barat sebagai tindakan menggagalkan hasil dialog nasional Palestin dan langkah pendahulu yang mendahului dialog Kaherah serta tidak menunjukkan niat yang baik bahkan sebaliknya mengandungi niat yang jelas tidak baik.

Selasa, 12/05/2009 – Hamas menganggap kunjungan Paus Benedict ke Israel hanya akan menampakkan Zionis-Israel bagus di mata dunia sedangkan mereka telah melakukan kezaliman amat dasyat ke atas rakyat Palestin. Seorang pimpianan Hamas, Fauzi Barhum menyatakan kehairanannya dengan sikap Paus yang menyokong pendirian ZIonis-Israel.

Selasa, 12/05/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berucap pada hari Ahad bahawa Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak berhak bercakap bagi pihak rakyat Palestin dan pihak berkuasa Palestin mahu sebuah negara merdeka di sebelah negara Israel.

Selasa, 12/05/2009 – Perdana Menteri Rejim Zionis , Benjamin Netanyahu, melengkapkkan lawatan sulungnya semalam ke Mesir sejak dia menjadi PM , tanpa menyebut apa2 kenyataan tentang isu keamanan di Timur Tengah.

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”
-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia

Isnin, 11/05/2009 – Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Isnin, 11/05/2009 – Fathi Hammad, Menteri Dalam Negeri kerajaan Palestin menegaskan pasukan keselamatan berjaya memelihara infrastrukturnya meskipun telah menerima serangan sengit daripada Zionis sepanjang serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

Jumaat, 08/05/2009 – Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.

Jumaat, 08/05/2009 – 16 orang awam Palestin telah diculik oleh tentera Israel semasa serangan yang dilakukan sebelum subuh Khamis lalu yang mensasarkan bandar Tebing Barat. Sumber tempatan berkata pencerobohan itu berlaku di bandar Ramallah, tengah Tebing Barat dan satu lagi di bandar Bethlehem, selatan Tebing Barat.
Pasukan tentera tersebut mencari dan menggeledah kediaman sebelum menculik lelaki di lokasi-lokasi penahanan yang tidak dikenalpasti, menurut laporan media tempatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Khamis, 07/05/2009 – Gerakan Hamas menafi keras tuduhan ZIonis-Israel yang menyebutkan Hamas meletakkan pejuangnya di sempadan bagi menghalang roket-roket yang dilepaskan ke arah Israel. Dr Ismail Ridwan, menyatakan segalah tuduhan itu palsu. Tuduhan itu jelas bagi menampakkan seolah-olah Hamas tunduk kepada Zionis-Israel. Dia menegaskan Hamas tidak akan menjadi pelindung Zionis-Israel. Pertemuan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin hanya membincangkan hubungan sesama mereka dan bukan bersetuju untuk menamatkan serangan ke arah Zionis.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Khamis, 07/05/2009 – Pemangku speaker Dewan Perundangan Palestin, Dr Ahmad Bahr meminta kerajaan Britain ‘yang takbur’ memohon maaf terhadap tindakan yang diambilnya terhadap Yunus al-Astal seorang wakil rakyat Palestin, bahkan sebaliknya mengambil tindakan yang boleh menebus kesalahan bersejarahnya terhadap rakyat Palestin daripada mengeluarkan keputusan dan tindakan membabi buta serta berbentuk permusuhan.

Khamis, 07/05/2009 – Sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan pada hari Rabu bahawa 5 rakyat Palestin cedera dalam 2 serangan udara F-16 Israel di kawasan sempadan Rafah-Mesir yang dikatakan kawasan berterowong digunakan untuk membawa bahan-bahan makanan dan senjata ke Gaza.