
Rabu, 04/02/2008 – Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.











