Categories
Foto/Video/Muzik

Wawancara bersama George Galloway, tokoh isu Palestin di UK.

Categories
Berita Semasa

UNHCR belum menerima respon dari Mesir untuk dibuka laluan.

Khamis ,08/01/2009 – Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian (UNHCR) berkata bahawa badan itu belum lagi menerima apa-apa maklumbalas daripada pihak berkuasa Mesir di atas gesaannya untuk membuka laluan kepada penduduk Semenanjung Gaza melarikan diri dari peperangan yang sedang berlaku.

Categories
Berita Semasa

Presiden Venezuela halau duta Israel.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas hari ini sangat menghargai langkah “berani” Presiden Venezuela , Hugo Chavez yang menghalau duta Israel ke Caracas sebagai bantahan pembunuhan beramai-ramai Israel di Semenanjung Gaza.  Dalam satu siaran akhbar pergerakan itu berkata Chavez telah memulakan satu langkah di mana negara-negara Arab yang memelihara hubungan dengan Israel tidak berani melakukannya.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Sasaran terbaru rejim Zionis adalah hospital as Shifa.


Khamis ,08/01/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kami tidak iktiraf Abbas.

Khamis ,08/01/2009 – Pergerakan Hamas  pada hari Rabu bertegas menolak   tempoh bagi pengerusi PA , Mahmoud Abbas di lanjutkan setelah  tamat tempoh pada 9/1/2009 nanti.  Osama Hamdan, wakil Hamas di Lebanon, menyatakan rasa kesal  Abbas tidak  bertanggungjawab ke atas  penduduk Palestin di Gaza dalam menghadapi pencerobohan terbaru rejim Zionis.

Abbas tidak melakukan sebarang tindakan  positif  demi Gaza tetapi sering merujuk kepada telunjuk US dalam setiap pendiriannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ <br>
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Terkini : 30 tentera rejim Zionis terbunuh dan lebih 100 cedera.

Khamis ,08/01/2009 – Wakil Biro Politik Hamas, Muhammad Nazal menegaskan mereka berjaya membunuh dan mencederakan lebih 130 tentera Isreal dalam tempoh 5 hari. Dalam satu wawancara tv Palestin, Nazal menyatakan lebih 30 tentera termasuk komandan pasukan tentera Isreal terbunuh dan yang lain mengalami kecedaraan. Ini termasuk pasukan khusus mereka bergelar “Golani”.

Categories
Berita Semasa

Rapat Umum “SELAMATKAN GAZA”

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin

Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa     : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif
-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

sumber : http://amanpalestin.org/

Categories
Berita Semasa Uncategorized

Israel gunakan Bom Napalm serang Gaza.

Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Analisis

Wawancara bersama Dr Hafidzi dari PACE di MHI, TV3.

Bahagian 1

Bahagian 2

Categories
Berita Semasa

Terkini : Sekolah UNRWA diserang. 135 orang terbunuh !

Rabu ,07/01/2009 – Pencerobohan Israel yang membawa kemusnahan di Semenanjung Gaza setakat ini telah meragut nyawa 660 Rakyat Palestin, termasuk 215 kanak-kanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Penceroboh Israel menyerang kediaman Palestin dan tiga buah sekolah UNRWA telah meningkatkan jumlah mangsa kepada lebih  penduduk Palestin yang terbunuh dan 400 lagi mengalami kecederaan.

Categories
Uncategorized

Terkini : Zionis Israel guna fosforus putih yang diharamkan.

Rabu ,07/01/2009 – Akhbar Times dari Britain berkata pihak Zionis Israel menghujani seluruh Gaza dengan fosforus putih yang diharamkan penggunaannya seluruh dunia kerana akan menyebabkan kebakaran dahsyat kepada orang awam.

Categories
Uncategorized

Haneyya : Kesal negara Arab masih merujuk kepada UN.

Rabu ,07/01/2009 –Perdana Menteri Kerajaan Palestin, Ismail Haneyya, , pada hari Isnin proses MAJLIS KESELAMATAN PBB yang lambat dalam menangani isu Gaza menandakan terdapatnya sokongan pihak antarabangsa memberi kepada lesen Zionis Israel ‘berpesta’ membunuh rakyat Gaza.

Categories
Berita Semasa

Terkini : 10 tentera rejim Zionis mati , 30 cedera di tangan Brigade Qassam.

Selasa ,06/01/2009 – 10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel Bakal Menerima Kejutan.

Selasa ,06/01/2009 –Semua gerakan pejuang Palestin di Gaza menegaskan, mereka masih belum menggunakan seluruh kekuatan mereka dalam memerangi Zionis-Yahudi. Mereka bertekad untuk memberikan kejutan-kejutan dalam usaha menghancurkan Zionis-Yahudi.

Categories
Berita Semasa

Brigade al-Qassam : Rejim Zionis bakal menerima bencana ‘hujan’ roket kami.

Selasa ,06/01/2009 –Brigades Al-Qassam, iaitu pihak bersenjata puak Hamas, Isnin lalu memutuskan untuk mengembangkan serangan roketnya dan menyasarkan kawasan lebih jauh dan kawasan yang lebih strategik selepas Israel tidak mempedulikan amaran-amaran yang dikenakan sebelum ini malah tenteranya berterusan menceroboh Gaza.