Tahanan Palestin Syahid di Penjara

Jumaat, 29/07/2005 – Angka kematian(baca:syahid) di penjara Zionis-Israel kian bertambah. Seorang tahanan Palestin di penjara Zionis-Israel syahid akibat sakit yang kronik. Zionis-Israel bertindak mengabaikan kesihatan tahanan Palestin tersebut. Kejadian ini berlaku di penjara Naqab.

Jenin : Remaja Palestin Syahid

Khamis, 28/07/2005 – Seorang remaja Palestin, Yousef Al-Hams, gugur syahid sementara 8 lagi cedera apabila tentera Israel menceroboh masuk ke Bandar Jenin pada hari Rabu (27/07/2005).

Rejim Zionis Robohkan Rumah Kediaman Palestin

Khamis, 28/07/2005 – Dakwaan bahawa Pihak Israel bercita-cita untuk ‘mengyahudikan’ bandaraya Jerusalem menjadi benar apabila pihak penceroboh memusnahkan sebuah rumah kediaman di perkampungan
Jabal Al-Mukabber, di bahagian selatan bandar
berkenaan.

Pemuda Palestin di Cederakan

Rabu, 27/07/2005 – Tentera penceroboh Israel (TPI) telah menembak dan mencederakan seorang pemuda di kawasan Hawooz Al-Thani, selatan Bandar Al-Khalil.

35 Komandan Palestin Sertai Latihan Bersama Polis Zionis-Israel

Rabu, 27/07/2005 – Radio Zionis-Israel menegaskan, seramai 35 komandan polis Palestin sertai latihan bersama dengan polis Zionis-Israel di Ramalah.

Demonstrasi di Palestin Setelah Penjara Terbakar

Rabu, 27/07/2005 – Orang ramai menghadiri demonstrasi yang diadakan di Bandar Gaza bagi memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka yang masih ditahan di dalam beberapa buah penjara Israel.

Penduduk haram Israel melepaskan babi hutan dalam suatu pesta di Nablus

Selasa , 26/07/2005 – Penduduk haram Israel Talmudic melepaskan sekumpulan babi hutan dalam suatu pesta di Nablus kawasan Rafidia pada hari Ahad, para saksi melaporkan.

Khemah di Nablus di Serang

Selasa , 26/07/2005 – Pelarian di khemah Balata, timur Nablus, sebelum subuh tadi menjadi mangsa keganasan tentera Israel yang memperlihatkan pertembungan di antara pejuang Palestin yang bertahan dan askar Israel.

AF di Hati , Aqsa di Kaki !

Aqsa semakin berkulat dan berkarat, cukuplah fizikal masjid Aqsa sememangnya tidak secantik masjid Kubah Batu yang berkilauan di sebelahnya, hati umat Islam juga turut berkarat dalam mengingati masjid yang dijanjikan Allah menerusi lidah Rasulullah SAW. Maszlee Malik meraum …

Pejuang Palestin Terselamat Dari Serangan Israel.

Isnin, 25/07/2005 – Beberapa Pejuang Palestin terselamat dari serangan yang dilancarkan oleh Zionis-Israel
di Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza pada Sabtu lepas.

Tamimi, ISESCO kutuk kenyataan Ahli Kongres Amerika hancurkan Mekah dan Madinah

Jumaat, 22/07/2005 – Ketua Hakim Palestine, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, menyelar kenyataan biadap yang dibuat oleh seorang ahli kongress Amerika Syarikat yang mencadangkan agar dimusnahkan
Tanah Suci Mekah dan Madinah di Arab Saudi.

Senyum Al-Quds

Realiti media sekarang …

Tamimi menafikan mengadakan pesta

Jumaat , 22/07/2005 – Hakim Agung Palestin Taisir al-Tamimi menyatakan kekecewaannya terhadap sebahagian wartawan atas yang melaporkan berita yang beliau sendiri tidak pernah ucapkan. Berita yang tersebar ialah menyatakan pendirian Tamimi yang membolehkan perayaan pesta dansa dan nyanyian di Palestin. Pesta dan nyanyian itu telah mendapat tentangan dari mufti Palestin, Dr. Ikrimah Shabri.

HAMAS dan PA bersetuju menamatkan perbalahan di Gaza

Khamis , 21/07/2005 – Setelah proses perundingan yang memakan masa berjam-jam lamanya, Gerakan Pejuang Islam, HAMAS dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah bersetuju untuk menamatkan isu tembak-menembak dan pertelingkahan yang berlaku di antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

HAMAS : Henti dan Jauhi Konflik

Khamis , 21/07/2005 – Gerakan Hamas memutuskan untuk menjauhi dari semua kegiatan bersenjata dan menegaskan untuk menghentikan semua krisis dan ketegangan di Palestin, kerana konflik bersaudara Palestin tidak perlu diatasi dengan menggunakan senjata.