Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Isnin,29/12/2008 –Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Read moreAngka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Brigade al-Qassam sudah sedia.

Jumaat , 19/12/2008 –Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel. Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat.

Read moreBrigade al-Qassam sudah sedia.

Hamas: Perbicaraan Duwaik, Palestin dan demokrasi.

Rabu , 17/12/2008 –Hamas menegaskan perbicaraan ke atas tokoh perundangan Dr. Aziz Duwaik merupakan penafian demokrasi dan hak-hak terhadap pilihan rakyat Palestin dan seluruh dunia amnya. Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan perbicarran terhadap Dr. Duwaik membuktikan keangkuhan Israel-Zionis bagi menghancurkan segala kesepakatan dan konvensyen antarabangsa. Di samping itu, perbicaraan itu juga merupakan penafian hak minimum setiap rakyat Palestin.

Read moreHamas: Perbicaraan Duwaik, Palestin dan demokrasi.