Categories
Berita Semasa

19 Cedera Akibat Peluru Getah di Baitul Maqdis

Selasa , 25-11-2014 – Pertembungan terus berlaku di sekitar Baitul Maqdis yang terjajah antara tentera Israel dan pemuda Palestin, kini memasuki minggu kedua berturut-turut akibat daripada protes yang menentang kekejaman Israel ke atas penduduk Baitul Maqdis serta kawasan suci umat Islam.

Tidak kurang daripada 19 kecederaan akibat peluru getah dilaporkan semasa pertembungan itu, manakala 3 orang pemuda Palestin turut diculik di Sour Baher, selatan Baitul Maqdis. Tiga penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital apabila ditembak tepat ke kepala menggunakan peluru besi yang disalut getah, kata saksi di tempat kejadian. Kanak-kanak yang berusia 15 tahun itu dibawa ke dalam dewan bedah kerana dipercayai menerima kecederaan berisiko tinggi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel, PBB dan Ekstrimisme Dunia

Selasa , 25-11-2014 – Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang didirikan oleh PBB. Namun demikian, dengan undang-undang dasarnya, politik, perilaku dan sikapnya terbukti Israel merupakan negara yang paling kuat membangkang undang-undang PBB dan semua organisasi antarabangsa lain.

Berbeza dengan makhluk Tuhan lain di dunia yang disebut “Negara”, “sperma” pertama negara Israel yang dilahirkan dari rahim mafia PBB adalah melalui mandat British di Palestin. Para pakar undang-undang yang objektif menyatakan, “produksi” negara Israel melalui dua tahap ini mengandung aib sejarah dan undang-undang yang sangat ketara. Pihak PBBlah yang sepatutnya paling bertanggungjawab atas kedurhakaan “anak” yang dilahirkan dari hubungan haram ini.

Semua konflik yang lahir dari berdirinya Israel sering bertentangan dengan undang-undang. Bahkan undang-undang yang lahir dari konflik itu pun tidak ada yang berjaya menuju jalan penyelesaian.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

HAMAS Menafikan Meminta Sebahagian Daripada Dana Yang Diperuntukkan Untuk Membangunkan Gaza

Jumaat , 21-11-2014 – Pergerakan HAMAS menafikan bahawa mereka meminta sebahagian daripada dana yang diperuntukkan untuk pembangunan semula Gaza, sambil menerangkan bahawa tuduhan ini satu penipuan yang nyata.

Jurucakap HAMAS, Sami ABu Zuhri menolak dakwaan Pegawai Fatah, Barakat al-Farra yang menyatakan bahawa HAMAS meminta 20 peratus daripada dana tersebut. “Dakwaan itu menunjukkan bahawa setakat mana Pihak Berkuasa Palestin dan Fatah sanggup menipu,” kata Abu Zuhri.

“Tuduhan ini merupakan tuduhan yang palsu, serta tidak berasas, dn penduduk Palestin tahu bahawa perkara seperti itu memang tidak boleh dipercayai,” tambah jurucakap itu lagi. Pegawai Atasan Fatah, Barakat al-Farra, bekas duta Palestin ke Mesir baru-baru ini menuduh HAMAS menghalang pembangunan semula Gaza dengan meminta 20 peratus daripada sumbangan itu yang diberikan semasa Persidangan Kaherah.

Negara-negara penderma pada 12 Oktober berjanji ketika persidangan itu bahawa sejumlah 5.4 bilion dollar akan diberikan untuk pembangunan semula Gaza dan hak asasi manusia, tetapi setakat ini masih belum lagi disalurkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tahanan Maher Hashlamon dalam keadaan kritikal

Jumaat , 21-11-2014 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin berkata bahawa tahanan Maher Hashlamon , yang melakukan serangan dengan menikam tiga peneroka baru-baru ini , adalah dalamkeadaan yang kritikal di hospital .

Hashlamon , 30 , ditembak oleh pengawal Israel dan cedera parah beberapa hari lalu berhampiran penempatan Alon Shvut di Bethlehem selepas dia menyerang dengan pisau tiga peneroka Yahudi , membunuh salah seorang daripada mereka .

Peguam suruhanjaya itu, Kareem Ajwa yang melawat Hashlamon di hospital Hadassah pada hari Rabu, berkata doktor menyelia keadaan kesihatan tahanan itu memberitahunya bahawa Hashlamon telah menjalani pembedahan pada Selasa dan mungkin akan menjalani satu lagi pada hari Khamis .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Israel enggan bekerjasama dalam misi mencari fakta oleh PBB

Jumaat , 21-11-2014 – Kementerian Luar Israel secara rasminya menolak untuk menyertai mis mencari fakta oleh UNHRC tentang kekejaman terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Menurut Channel-Two Israel, 3 ahli jawatankuasa itu dihalang masuk ke Israel dari Jordan dalam perjalanan ke Gaza. Mereka yang merupakan pegawai PBB sedang berada di Amman sekarang. Keputusan untuk menghalang mereka dari kemasukan merupakan tanda paling jelas bahawa Israel tidak akan bekerjasama dalam proses penyiasatan itu. Tidak berapa lama kemudian, kementerian luar mengesahkan ia sememangnya pendirian kerajaan rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin Dibunuh oleh Tentera Israel Di Tebing Barat

Jumaat , 14-11-2014 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa pertempuran di kem pelarian al – Aroub di utara Hebron , pada hari Selasa . Selain itu , seorang pekerja Palestin telah ditembak mati , pada waktu subuh , oleh orang yang tidak dikenali, berhampiran daerah Tulkarem.

Sumber dari hospital al – Mezan memberitahu Ma’an News Agency Mohammad Imad Jawabra yang berusia 21 tahun ditembak di dada dan tiba di hospital dalam keadaan kritikal . Doktor mengumumkan kematiannya tidak lama selepas itu .

Walau bagaimanapun , saksi telah melaporkan kepada Ma’an bahawa beliau dan Jawabra sedang minum teh di atas bumbung rumahnya apabila peluru melanda pemuda itu di dadanya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Cuba Menduduki Bangunan di Silwan

Khamis , 13-11-2014 – Beberapa orang penceroboh Israel cuba untuk menduduki sebuah bangunan milik Palestin yang ditinggalkan pada tengah malam Ahad di Silwan, selatan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Silwan menyatakan bahawa 6-8 orang penceroboh Israel menyerbu kawasan kejiranan itu dan berkumpul di hadapan bangunan kosong itu sebelum cuba merampas bangunan itu sambil melaungkan, “bangunan ini milik kami”.

Penduduk tempatan Palestin terlihat kejadian itu dan menghalang penceroboh itu daripada memasuki bangunan itu; menyebabkan pertempuran berlaku antara mereka sebelum penceroboh itu meninggalkan kawasan itu.

Pusat Maklumat itu juga memaklumkan bahawa penceroboh itu datang semula ke bangunan itu sambil diiringi oleh polis yang berpakaian preman dan tentera Israel, sebelum pertempuran kembali tercetus antara penceroboh dan remaja Palestin. Penceroboh itu kemudiannya meninggalkan tempat itu sekali lagi.

Bangunan itu dimiliki oleh penduduk yang bernama Saleh Shiokh, dan telah kosong sejak beberapa tahun lepas. Bangunan itu terletak berhampiran dengan beberapa bangunan yang telah diceroboh oleh penduduk Israel yang fanatik baru-baru ini. Sebuah kedai yang mempunyai nilai komersial terletak di aras bawah bangunan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Culik Empat Rakyat Palestin di Baitulmuqaddis

Khamis , 13-11-2014 – Tentera dan pegawai polis Israel memecah masuk beberapa kawasan kejiranan di kawasan Baitulmuqaddis Timur pada subuh hari Isnin lepas lalu menculik empat orang rakyat Palestin setelah menyerbu masuk rumah mereka. Seorang daripada mereka yang diculik mengalami beberapa keretakan di bahagian kakinya setelah diserang oleh tentera Israel.

Menurut sumber TV Palestin, tentera-tentera Israel menyerang kawasan kejiranan Suwwana di Old City dan menculik dua orang rakyat Palestin yang dikenali sebagai Ra’ed al-‘Ammouri dan Ahmad Abu Gharbiyya. Beberapa kenderaan tentera juga telah memecah masuk kawasan kejiranan Bustan di Silwan, di kawasan selatan Masjid Al-Aqsa serta menculik Mohammad Zeidani setelah menggeledah rumah beliau.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Rakan2 kepada Orwa Hammad, pemuda 14 tahun dibunuh rejim Zionis

Khamis , 13-11-2014 – Pertembungan menjadi bertambah buruk di Jerusalem berikutan daripada pembunuhan seorang remaja lelaki berusia empat belas tahun, Orwa Hammad di Tebing barat.Orwa, adalah seorang remaja berketurunan Palestin-Amerika, membesar di kedua-dua bandar iaitu New Orleans dan Tebing Barat. KBOO telah berbual dengan dua orang sahabat Orwa di New Orleans.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Mayat seorang lelaki warga Palestin dijumpai dengan kesan diseksa

Khamis , 13-11-2014 – Sumber Israel melaporkan, mayat seorang lelaki Arab ditemui dekat kampung Mazare’ di antara Nazareth dan Afula. Jenazahnya jelas menunjukkan kesan ditikam dan diseksa.

Polis Israel mengatakan bahawa jenazah Fuad Kahaf, 35, dari al-Mqeibla, ditemui dekat sebuah kereta berdekatan kampung Mazare’ village, di Marj Ibn Amer (Jezreel Valley), dekat dengan Afula dan Tiberius, di bahagian selatan kawasan yang sekarang dikenali sebagai Israel.

Polis menambah yang Khalaf telah ditikam berkali-kali, juga terdapat tanda jelas lehernya dicekik, dan tanda-tanda seksaan juga jelas pada pelbagai bahagian badannya. Mereka sedan menyiasat isu ini.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Yahudi Memusnahkan 3 Tempat Pembelahan Batu di Nablus.

Khamis , 13-11-2014 – Kumpulan Yahudi pada Selasa (11/11/2014), menghancurkan 3 tempat pembelahan batu berdekatan perlintasan militan Hawara, Nablus Selatan.

Menurut kordinator urusan penempatan di Utara Tebing Barat, Ghassan Doglas, puluhan penduduk Yahudi menyerbu tiga tempat pembelahan batu dan memusnahkan semua peralatan di sana yang membawa kerugian sangat besar. Doglas menjelaskan, ketiga-tiga tempat pembelahan batu tersebut dimiliki oleh warga Palestin: Basam Muhammad Hasan, Naji Yusuf dan Abu Ied Thabanjah.

Kota Nablus dan sekitarnya dikenali sebagai pusat pengeluaran batu yang digunakan untuk pembangunan rumah. Terdapat banyak tempat pembelahan batu bertebaran di kawasan ini.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel Lulus Lebih 600 Unit Rumah Baru di Jerusalem

Rabu , 12-11-2014 – Suruhanjaya Perancangan Israel dijadualkan bertemu, pada hari Isnin, untuk meluluskan pelan bangunan untuk 660 unit rumah baru di penempatan Jerusalem di Ramat Shlomo, menurut satu laporan oleh Channel 10.

Pelan-pelan perumahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa 660 unit yang akan dibina di Ramat Shlomo, selain tambahan 400 unit dalam penyelesaian tenggara Har Homa.

Channel 10 juga berkata bahawa Netanyahu juga memerintahkan satu langkah ke hadapan dalam projek “perkhidmatan” untuk peneroka di seluruh Tebing Barat yang dijajah termasuk jalan-jalan dan bangunan awam.

Saluran ini sebelumnya, menurut Al Ray, mendedahkan niat Netanyahu untuk meluluskan pembinaan 1,000 unit rumah di Jerusalem dan Tebing Barat sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan parti berhaluan kanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

USAID beri $100 juta kepada PA, penempatan diselar antarabangsa

Isnin , 10-11-2014 – Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) mengumumkan hari ini, sejumlah $100 juta disumbangkan sebagai sokongan kewangan ke atas pihak berkuasa Palestin (PA), menurut satu kenyataan akhbar rasmi.

WAFA melaporkan bahawa upacara di Pejabat Perdana Menteri Rami Hamdallah, Menteri Kewangan Shukri Bishara,Duta Amerika Syarikat, Michael Ratney, dan (USAID) Tebing Barat serta Pengarah Misi Gaza Dave Harden mengumumkan sumbangan Amerika Syarikat (AS) kepada PA. Pada Oktober 2014, Persidangan Penderma Gaza di Kaherah, Setiausaha AS, John Kerry mengumumkan bantuan AS kepada Palestin sebanyak $414 juta, yang mana $212 juta daripadanya menerusi USAID.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tebing Barat Menjadi Pusat Penentangan Terhadap Penjajah

Isnin , 10-11-2014 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan bahawa Tebing Barat merupakan cadangan strategik perjuangan Palestin dan pusat penentangan terhadap penjajah.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum mengatakan, ?Semua cara tekanan dan keganasan tidak akan menggentarkan rakyat Palestin dari melakukan perjuangan menghadapi penjajah, walau berapa harga yang perlu dibayar dan betapapun besarnya pengorbanan.?

Perkara tersebut disampaikan Barhum selepas peristiwa serangan yang mencederakan tiga tentera Zionis di Hebron, Rabu (5/11). Beliau meminta agar aksi-aksi seperti itu ditingkatkan. Tindakan tersebut katanya menjadi keazaman kuat untuk menghadapi tentera Zionis dan para pendatang Yahudi, serta mengangkat projek jihad perlawanan di seluruh penjuru Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Facebook Yahudi Ekstrim di sekat

Isnin , 10-11-2014 – Akibat tekanan yang hebat dari pengguna FB dari warga Palestin, sebuah akaun FB yang dikendalikan oleh ekstrim Yahudi disekat oleh Facebook. Rakyat Palestin yang menamakan tindakan “Cyber Wa” ini telah berjaya dan kemenangan kepada rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : ateed