Categories
Berita Semasa

“Pendidikan Pusat” melawat keluarga pelajar mati syahid

Khamis, 02-10-2014 – Satu delegasi dari Direktorat Pendidikan dan Pengajian telah melawat daerah tengah yang mempunyai pelajar-pelajar yang syahid sepanjang serangan ke atas Semenanjung Gaza yang lepas.

Delegasi itu termasuk Pengarah Pendidikan dan Pengajian, Abu Hasbullah, dua orang timbalan pentadbiran dan teknikal, pengarah perhubungan awam dan beberapa orang guru. Abu Hasbullah sepanjang lawatannya melahirkan rasa simpati terhadap keluarga para syuhada’ sambil menegaskan kesinambungan proses pendidikan bagi memenuhi pengorbanan para pelajar yang syahid.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Pendapatan Purata Harian Penduduk Di Gaza Hanya Sekitar 1 USD

Khamis, 02-10-2014 – Jawatankuasa Rakyat Untuk Penamatan Sekatan Gaza mengatakan, pendapatan harian individu di Gaza pasca serangan zionis dan kesan sekatan, mencapai 1 USD lebih kurang RM3.

Dalam keterangan akhbarnya, Pihak Jawatankuasa mengatakan, sejak sekatan Zionis terhadap Gaza tahun 2007, keadaan buruk ini terus berlanjutan hingga kini. Lebih dari 1.5 juta warga Palestin di Gaza, hidup bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Peratus pengangguran meningkat pasca serangan Zionis, menjadi 65%.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

2 tahanan wanita dibebaskan, 18 lagi masih di dalam penjara

Isnin , 29-09-2014 – Pusat Ahrar untuk Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia telah melaporkan bahawa rentetan pembebassan 2 orang tahanan wanita, jumlah tahanan oleh Israel adalah 18 orang buat masa ini.

Ahrar berkata, Israel baru-baru ini membebaskan ‘Alaa Abu Zeitoun, dari Nablus, dan Reem Hamarsha dari Jenin. Ketua Pusat Ahrar Fuad al-Khoffash berkata, sama seperti tahanan lelaki, tahanan wanita mengalami keadaan yang sangat sukar, manakala ramai tidak dibenarkan menerima lawatan keluarga. Salah seorang daripada mereka, Mona Qa’dan, telah dinafikan hak menerima lawatan keluarga sejak beliau diculik pada tahun 2012.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Knesset akan melawan mahkamah tinggi berkaitan perlaksanaan perlindungan

Isnin , 29-09-2014 – Ahli Knesset yang berpengaruh mencadangkan agar kuasa mahkamah Tinggi Israel disekat berikutan keputusan hari Isnin yang menukar polisi rasmi berkaitan pemohon-pemohon perlindungan dengan membuat keputusan perundangan adalah tidak sah.

Mahkamah telah membuat keputusan setelah menerima petisyen daripada enam kumpulan hak asasi manusia, bahawa undang-undang yang membenarkan pemohon perlindungan untuk dipenjarakan sehingga satu tahun tanpa pembicaraan adalah tidak sah. Mahkamah kemudiannya mengisytiharkan bahawa Israel perlu menutup Kemudahan Tahanan Holot “yang terbuka”, di mana pemohon perlindungan yang memasuki Israel secara tidak sah akan ditahan untuk tempoh waktu yang tidak diketahui tanpa kemungkinan untuk dibebaskan.

Knesset akan memulakan apa yang dinamakan oleh portal berita Israel ynews sebagai “melawan” pihak Mahkamah Tinggi. Seawal minggu depan, di dalam pembukaan sesi musim sejuk Knesset, badan perundangan kementerian akan membicarakan usul Ayelet Shaked (Jewish Home) untuk meminda Undang-undang Asas : Maruah dan Kebebasan Manusia dalam usaha mengurangkan kuasa mahkamah mengubah undang-undang.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kumpulan penjajah dan ketua agama Yahudi mencemar masjid Aqsa.

Jumaat , 26-09-2014 –Lebih kurang lima puluh orang penjajah Yahudi diketuai oleh ketua agama mereka telah mencemar kesucian Masjid Aqsa pada pagi Selasa di bawah kawalan ketat perlindungan polis. Yayasan Aqsa untuk pembiayaan dan warisan berkata penjajah dan ketua agama melawat persekitaran masjid walaupun dikawal polis. Pihak yayasan menambah polis Israel menghalang lelaki-lelaki Palestin di bawah umur 45 dan semua wanita daripada memasuki masjid pada waktu pagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kedutaan Palestin akan dibuka di La Paz, Bolivia

Jumaat , 26-09-2014 – Abbas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Morales atas rasa persaudaraan negara Bolivia dan juga tindakan politik yang diambil terhadap isu Palestin. Rasa terima kasih itu juga khusus pada pengiktirafannya ke atas Negeri Palestin juga sokangan yang kukuh terhadap Palestin ketika serangan Israel terbaru ke atas Semenanjung Gaza .

Menurut PNN , Presiden Abbas menyatakan kesanggupan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara , di samping peningkatan penglibatan Amerika Lattin dalam usaha politik yang akan datang untuk menamatkan penjajahan Israel .

Presiden Abbas dilaporkan menegaskan bahawa , selama bertahun-tahun , Palestin telah menjadi pintu masuk bagi negara-negara sahabat untuk memperluaskan hubungan dengan negara lain di dunia Arab, dan bahawa ini tidak akan menjadi apa-apa yang berbeza dalam kes Bolivia.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Abbas Hantar Resolusi Untuk Majlis Keselamatan PBB

Jumaat , 26-09-2014 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan bahawa beliau bercadang untuk mengemukakan satu resolusi menggesa pelan pengunduran tiga tahun untuk Israel dari Tebing Barat, selepas ucapan beliau yang dijadualkan pada Perhimpunan Agung PBB Jumaat ini.

Harian Israel Haaretz berkata Abbas maklumkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, bahawa dia bertekad untuk mengemukakan cadangan ketetapan itu kerana lebih daripada dua puluh tahun “rundingan damai” langsung dengan Tel Aviv gagal mencapai matlamat yang dikehendaki bagi pembebasan dan kemerdekaan, manakala Israel terus ingkar dengan aktiviti pembinaan penempatan haram.

Israel nampaknya tidak mengambil berat tentang langkah Palestin kerana pasti Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa Veto untuk mengagalkan ketetapan itu, seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini, manakala AS menegaskan “hanya rundingan damai langsung” boleh membawa penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pekerja kebersihan hospital Gaza umumkan mogok 3 hari

Jumaat , 26-09-2014 – Syarikat kebersihan hospital akan memulakan mogok 3 hari di hospital Gaza bermula Rabu. Seorang pegawai memberi amaran yang sector kesihatan di Semenanjung Gaza akan lumpuh akibat kekurangan wang untuk operasi.

Syarikat-syarikat tersebut dalam kenyataan akhbar menyeru pentadbiran hospital agar mengambil langkah sewajarnya untuk memelihara nyawa para pesakit, demikian menurut Al Ray.

“Kami sentiasa berhubung dengan para pegawai Palestin untuk memenuhi tuntutan para pekerja dengan memberi pampasan akibat kelambatan pembayaran gaji sejak 5 bulan tetapi tiada balasan,” demikian menurut kenyataan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Syeikh Bkeirat Memberi Amaran tentang Penggalian di Bawah Bandar Lama

Jumaat , 26-09-2014 – Syeikh Najah Bkeirat, ketua Akademi Sains Aqsa dan bekas pengarah masjid al-Aqsa memberi amaran dalam temubual eksklusif dengan PIC tentang kesan serius yang bakal dihadapi apabila penggalian di bawah bandar lama Baitul Maqdis yang dijajah, diteruskan.

Beliau menyatakan bahawa terdapat terowong Israel yang bermula daripada Ein Silwan di Selatan Masjid al-Aqsa sehingga ke Bab al-Magribeh di Masjid Marwani. Terowong itu bertujuan untuk memberikan penceroboh laluan tanpa halangan ke dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Ancaman Keamanan Memaksa Kita Menambang Bajet Keselamatan

Jumaat , 26-09-2014 – PM Zionis Benyamin Netanyahu mengatakan bahawa ?ancaman keamanan? terhadap entiti Zionis menyebabkan beliau menambah bajet keselamatan secara signifikan.

Hal tersebut disampaikan Netanyahu dalam perayaan tahun baru Ibrani di Dewan Daerah Ashcol. Beliau menegaskan bahawa ?ancaman keamanan terhadap Israel mengharuskannya menambah bajet keselamatan yang lebih besar”.

Beliau menyatakan bahawa dia bertanggungjawab atas langkah-langkah keseimbangan antara keperluan keselamatan yang besar dengan keperluan ekonomi yang stabil. Tambahnya, “Adalah mudah menebar janji. Masalah yang paling sukar adalah mengelola keputusan yang bertanggung jawab.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tadika untuk kanak2 istimewa Arab bertukar menjadi tadika utk kanak2 yahudi

Rabu , 24-09-2014 – Hanya sehari sebelum sesi persekolahan baru, pihak bandaraya telah menukar sebuah tadika Arab untuk kanak-kanak istimewa kepada tadika pengasingan khas untuk kanak-kanak daripada keluarga yang beragama Yahudi.

Keputusan Israel itu dibuat tanpa sebarang perbincangan atau notis awal. Bangunan tersebut mula digunakan tahun lepas, untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak Arab yang memerlukan perhatian khas, terutamanya kerana pihak bandaraya tidak menyediakan mereka dengan perkhidmatan yang mencukupi sepertimana kanak-kanak daripada keluarga Yahudi di negara tersebut.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memusnahkan 20 kubur di perkuburan Palestin

Rabu , 24-09-2014 – Rejim Israel memusnahkan 20 kubur Palestin di Perkuburan Yousufeya, timur Baitulmuqaddis. Perkuburan itu terletak di kawasan pintu pagar Lion, menurut Rangkaian Berita Palestin (PNN), dekat tembok timur Masjid Al Aqsa dan dimusnahkan atas alasan perkuburan tersebut dibina di atas tanah yang dirampas.

Ketua jawatankuasa kebajikan perkuburan Islam di Baitulmuqaddis, Mustafa Abu Zahra menyelar tindakan itu, dan mengatakan bahawa perkuburan Syuhada merupakan pembesaran dari perkuburan Yousufeya dan ia layak untuk menjadi harta Islam.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi perubatan Mesir di Gaza akan melakukan pembedahan

Rabu , 24-09-2014 – Satu delegasi doctor-doktor Mesir telah tiba di Gaza dalam rangka lawatan seminggu untuk melakukan pembedahan untuk rakyat dengan masalah kesihatan dan kecederaan peperangan dan untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan sektor kesihatan.

Timbalan menteri kesihatan Yousuf Abul- Rish dan beberapa pegawai menerima delegasi yang diketuai oleh pakar bedah Mohamed Fattouh di terminal penumpang di Rafah . Abul- Rish menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir dalam membantu rakyat Palestin, dan memuji persahabatan dalam sejarah dan persaudaraan di antara kedua bangsa ini.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Polisi Baru Israel Sebabkan Beratus-ratus Penduduk Dipenjarakan

Rabu , 24-09-2014 – Penindasan Israel yang bermula sejak awal Julai lalu dengan menguatkuasakan polisi baru di Timur Baitulmuqaddis telah menghasilkan beratus-ratus rakyat Palestin termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak sitempatkan di penjara untuk tertentu tempoh tertentu sehingga semua “langkah undang-undang” terhadap mereka selesai.

Israel Haaretz harian berkata dasar baru yang digunakan oleh pendakwaan Israel, mengakibatkan mereka terus menahan rakyat Palestin, dipercayai telah melempar batu terhadap tentera atau peneroka, atau dipercayai telah melakukan pelanggaran, di penjara sehingga semua langkah-langkah undang-undang selesai.

Langkah-langkah tersebut membawa kepada penahanan berpuluh-puluh kanak-kanak dipenjarakan selama sebulan, dan dalam banyak kes dua bulan, sebelum dihantar ke mahkamah. Haaretz berkata pihak tentera dan polis telah menahan 260 kanak-kanak Palestin dalam tempoh dua bulan lepas.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penunjuk Perasaan Diserang Semasa Bantahan Mingguan Bil’in, Aktivis British Ditahan

Rabu , 24-09-2014 – Puluhan rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat serangan Israel dalam satu bantahan mingguan Bil’in terhadap penjajahan tidak sah Israel dan tembok apartheid mereka. Menurut Palestinian News Network (PNN), dalam demonstrasi yang berlaku pada hari Jumaat,
September 19 itu, tentera Israel melepaskan tembakan peluru keluli dilapisi getah, bom bunyi dan juga gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan dari kawasan pusat perkampungan, berhampiran dengan lokasi tembok pemisah yang dijadualkan untuk dibina di situ.

Peserta tunjuk perasaan menaikkan bendera-bendera Palestin sebagai tanda perpaduan dan bantahan serta mengecam penjajahan Israel dengan dasar penyitaan tanah yang berlaku. Penunjuk perasaan juga mendesak pembebasan tahanan penjara dan menyeru semua rakyat Palestin untuk terus menolak penjajahan dan penindasan yang dilakukan oleh Israel. Dalam kejadian yang sama, tentera Israel menggunakan jip tentera untuk menangkap penunjuk perasaan. Tambah PNN lagi, seorang penunjuk perasaan berbangsa British turut ditahan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira