Categories
Berita Semasa

Warga Palestin ditahan di Qalqilia

Selasa, 08-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang warga Palestin pada petang Selasa di pusat pemeriksaan dekat Qalqilia. Sumber tempatan mengenalpasti tahanan itu sebagai Anas Bakir. Manakala, puluhan kecederaan dilaporkan apabila pertelingkahan tercetus di kejiranan Naqar, barat bandar itu. Ketika pertelingkahan, sebuah rumah telah dibakar hangus akibat tembakan bom gas oleh IOF.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

3 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran di Tebing Barat

Jumaat, 04-12-2015 – Sekurang-kurangnya tiga pemuda ditembak dan cedera kerana terkena tembakan pendatang Israel petang Selasa akibat pertempuran yang meletus di Tulkarem dan al -Khalil di Tebing Barat.

Seorang pemuda berusia 22 tahun itu menerima tembakan secara langsung di kakinya semasa pertempuran Tulkarem . Dia segera dibawa ke hospital untuk rawatan. Di Al- Khalil, IOF melepaskan tembakan ke arah dua pemuda Palestin , mencederakan kedua-dua mereka di Jabal Rahma di kawasan al- Khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Israel luluskan projek terbesar di plaza al-Buraq

Jumaat, 04-12-2015 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk mempertimbang semula keputusan yang telah dibuat untuk menggantung kelulusan projek pembangunan di plaza al-Buraq dalam Masjid al-Aqsa.

Projek kontroversi Beit Haliba itu dianggap salah satu projek penempatan terbesar di Baitulmuqaddis. Jawatankuasa Daerah Israel bagi Perancangan dan Bangunan telah membincangkan perancangan itu selama tiga jam tanpa mendedahkan apa-apa maklumat. Sumber memberitahu, keputusan muktamad berhubung perancangan itu dijangka diumumkan pada Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Farra: Rundingan damai dengan Israel hanya buang masa

Jumaat, 04-12-2015 – Duta Palestin ke Belgium Abdul Rahim al-Farra berkata, rundingan damai yang mana tidak menghormati hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri hanya membuang masa.

Farra membuat kenyataan itu dalam majlis Persatuan Persahabatan Belgium-Palestin di Brussels pada sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-40. Beliau menyatakan, kesemua perjanjian antara Palestin dan Israel termasuk Perjanjian Oslo, sudah mereka dipenuhi.
Farra yang juga duta ke Luxembourg dan Kesatuan Eropah, mengesahkan penglibatan rakyat Palestin dalam mana-mana rundingan damai akan datang akan mengenakan syarat untuk mengiktiraf hak mereka menentukan nasib sendiri dan sebuah negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Google nafi adakan perjanjian dengan Israel padam video YouTube.

Jumaat, 04-12-2015 – Google menafikan dakwaan dibuat Kementerian Luar Israel bahawa pihaknya telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kerajaan rejim Israel untuk memantau mana-mana video YouTube yang menjejaskan pihak Israel.

Menurut berita laman web International Business Times, pegawai Google bersetuju dalam satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini dengan Tzipi Hotovely, Timbalan Menteri Luar untuk bekerjasama bagi mengujudkan mekanisme bagi memantau bahan-bahan online termasuk sebarang video yang boleh mengancam kepentingan atau berbaur hasutan supaya menentang pihak penjajah Israel.

Menurut kata, jurucakap Google kepada agensi berita AFP, pertemuan antara Hotovely dengan para pegawai kanan Google itu merupakan salah satu dari banyak pertemuan yang diadakan antara pembuat dasar dari negara berlainan dengan syarikat internet itu untuk menjelaskan dasar-dasarnya terutama berhubung mana-mana kandungan yang dianggap kontroversi, tidak menarik dan perlu ditarik balik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Keluarga Aqabi melancarkan mogok lapar sehingga diserahkan mayat.

Jumaat, 04-12-2015 – Keluarga kepada syahid Muhannad al-Aqabi (21 tahun), dari perkampungan Negev. Hura telah melancarkan mogok lapar berpanjangan ekoran keengganan Israel menyerahkan mayatnya sejak Isnin lalu.

Menurut Arab 48, keluarga terbabit bakal mengadakan tunjuk perasaan yang lebih hebat sekiranya pihak Israel masih berdegil. Dalam peristiwa yang sama, mahkamah majistret di Beersheba telah melepaskan abangnya, Omar al-Aqabi setelah mendapati beliau tidak disabitkan kesalahan pada Isnin yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Netanyahu : Tiada wilayah akan dipindahkan kepada rakyat Palestin

Rabu, 02-12-2015 – Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu Ahad berkata tiada wilayah akan dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

“Tidak akan ada apa-apa pemindahan wilayah kepada rakyat Palestin , bukan sahaja 40,000 dunum atau 10,000 dunum bahkan tidak walaupun satu meter, ” kata Netanyahu , semalam. Walla laman web Israel mendedahkan bahawa Netanyahu membuat kenyataan itu semasa mesyuarat untuk parti Likud di Knesset Israel. *dunum merujuk kepada pengukuran untuk tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

23 Anak Palestin Gugur Sejak Intifadhah al Quds Awal Oktober

Rabu, 02-12-2015 – Seorang kanak-kanak Palestin gugur ditembak pasukan penjajah Zionis pada Ahad malam (29/11) dalam pergolakan di Kampung Rasul Amud di Silwan, timur al-Quds. Kini, jumlah kanak-kanak telah mencapai 23 orang dari jumlah 106 syuhada yang gugur sejak tercetusnya intifadhah al-Quds awal Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad tersebut berkata bahawa pasukan penjajah Zionis menembak dada seorang anak Palestin bernama Aiman Samih Abbasi yang berusia 17 tahun. Mangsa dibawa ke klinik dan meninggal di situ.

Sumber berita ada menyebut bahawa Samih Abbasi termasuk bekas tawanan yang dibebaskan dari penjara Zionis. Ketua Persatuan Tawanan al-Quds, Amjad Ashb mengatakan bahawa mangsa telah dibebaskan pada 5 November lepas setelah meringkuk di penjara selama satu setengah tahun di penjara Zionis dan sebelum itu ditetapkan sebagai tahanan rumah selama 10 bulan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Enam warga Palestin cedera oleh tembakan Israel di Tulkarem

Rabu, 02-12-2015 – Enam warga Palestin cedera ditembak dengan peluru hidup oleh Israel termasuk dua dalam keadaan serius, manakala lebih lima puluh orang lain menaglami sesak nafas disebabkan oleh gas pemedih mata dalam pertempuran dengan tentera Israel di Universiti Khadouri di Tulkarem.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa pertempuran meletus berikutan tentera Israel menyerang universiti dan mendera pelajar-pelajar yang bertempur dengan tentera Israel menggunakan hanya batu dan botol kosong.

Tentera Israel menyerang pelajar Palestin semasa pertempuran berlaku. Kelas telah dibatalkan di universiti yang telah baru-baru ini menyaksikan banyak serbuan oleh tentera Israel mengikut kata sumber.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan Palestin menyeru kesatuan dalam menentang Israel

Rabu, 02-12-2015 – Wakil kumpulan-kumpulan di Palestin menekankan dalam mesyuarat di Gaza pada Ahad tentang kepentingan kesatuan kebangsaan dalam perjuangan Intifada.

Mesyuarat itu diadakan di bawah tajuk “Dialog Politik: Tujuan dan Keperluan Intifada Baitulmuqaddis”. Ketika mesyuarat, Setiausaha Agung Gerakan al-Ahrar Khaled Abu Hilal menekankan kepentingan Intifada secara berterusan terutamanya setelah berjaya mencapai tujuannya. Beliau turut mengingatkan tentang usaha dalaman dan luaran untuk menghentikan kebangkitan Palestin dan menyeru ke arah pendirian kebangsaan yang teguh untuk menghalang perkara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Salmiya: Penutupan Pintu Sempadan Rafah beri kesan buruk.

Rabu, 02-12-2015 – Jawatankuasa bagi Memecah Kepungan dan Pembangunan Semula Gaza, menerusi jurucakapnya, Adham Abu Salmiya berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian penuh pada kesan buruk yang timbul, susulan penutupan pintu sempadan Rafah, sempadan antara Gaza dengan Mesir kerana ia menjadi punca utama situasi kemanusiaan di Gaza, sekarang berada pada tahap kritikal.

Dalam satu kenyataan ringkas pada hari Ahad kelmarin, Abu Salmiya berkata, terdapat beribu-ribu warga Gaza yang terdiri dari pesakit dan pelajar serta penduduk tempatan yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka, menderita akibat penutupan berterusan pintu masuk sempadan itu.

Menurut Jawatankuasa itu, mereka akan cuba untuk terus memperbaharui usaha mendapatkan bantuan kemanusiaan dengan merayu pihak Mesir dan pihak-pihak berkaitan supaya pintu masuk sempadan itu dapat dibuka dengan segera. Sehingga hari ini, pintu sempadan Rafah itu, telah ditutup lebih 400 hari oleh pihak pemerintah Mesir kerana keadaan keselamatan di utara Sinai yang mereka dakwa semakin tidak terkawal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Dua orang pemuda Tulkarem mengalami kecederaan oleh peluru dalam pertempuran dengan rejim Zionis

Rabu, 02-12-2015 – Dua orang pemuda Palestin cedera ditembak dengan peluru semasa pertempuran ganas pada petang Isnin dengan askar Israel berhampiran Universiti Teknikal Palestin di bandar Tulkarem.

Sumber perubatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa dua orang lelaki muda mengalami kecederaan di bahagian bawah badan mereka disebabkan peluru hidup semasa pertempuran dengan tentera di bandar.

Sumber tempatan berkata bahawa peristiwa-peristiwa ganas bermula selepas pasukan rejim Israel (IOF) menyerbu pada waktu petang kampus universiti dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Salah: Pengharaman Gerakan Islam diputuskan selepas mesyuarat Netanyahu-Kerry

Rabu, 02-12-2015 – Ketua Gerakan Islam pada tahun 1948 di Wilayah Diduduki Palestin, Sheikh Raed Salah, menyelar keputusan Israel untuk mengharamkan Gerakan Islam pada tahun 1948 dengan menyatakan bahawa larangan itu diputus berikutan perjanjian antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Amerika Syarikat, Kerry.

“Semua langkah-langkah yang diambil oleh pertubuhan Israel yang zalim dan tidak boleh diterima,” kata Salah dalam kenyataannya, menyeru pengharaman sebagai “Ketidakadilan yang nyata”. Menurut Salah, “Keputusan ini dibuat dalam pertemuan antara Kerry dan Netanyahu dan juga penglibatan negara Arab.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Israel Halang Dua Ahli Tertinggi Gerakan Islam Palestin Memasuki al-Quds

Isnin, 30-11-2015 – Puak Penjajah Zionis pada Selasa lepas(24/11) menyerahkan perintah tentera kepada dua Ahli Gerakan Islam di Wilayah Palestin terjajah tahun 1948, yang menghalang mereka memasuki kota al-Quds selama enam bulan. Sementara itu pihak berkuasa Zionis juga dalam rancangan untuk mengusir pakar masalah al-Quds dan al-Aqsha.

Pusat Informasi Urusan al-Quds dan Masjid al-Aqsha mengatakan, dua perintah tentera tersebut diserahkan kepada Syaikh Kamal Khatib dan Dr. Sulaiman Ighrabiah, dua ahli tertinggi Gerakan Islam di wilayah Palestin terjajah sejak tahun 1948.

Lepas menerima surat keputusan tentera tersebut, Syaikh Kamal Khatib berkata, “Hari ini telah tiba kepada kami keputusan larangan memasuki kota al-Quds selama 6 bulan, selepas tamat larangan memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan atas keputusan yang ditandatangani Komander penjajah Zionis. Tambahan lagi, keputusan tersebut dilampirkan sekali bersama peta Kota al-Quds, seolah-olah kami ini buta tentang kota.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencederakan 8 orang banduan Palestin di Ramallah.

Isnin, 30-11-2015 – Peguam Persatuan Banduan Palestin, Jacqueline Fararjeh ketika lawatannya ke Penjara Etzion berkata 8 orang banduan telah dipukul dan diseksa dengan teruk oleh tentera Israel. Fararjeh berkata lagi banduan Yusuf Ereiqat, 20 telah dipukul dan diseksa oleh 20 orang tentera Zionis selepas dipanggil untuk disoal oleh polis Israel Ma’aleh Adumim. Polis Israel mengancam Yusuf dengan

senjata dan memaksanya menanggalkan baju untuk mendapatkan pengakuan daripadanya tentang batu yang dilemparkannya. Banduan Ismail Mohammed Badar, 44 tahun dan Nael Yusuf al-Qadi, 24 tahun pula dipukul teruk di kepala mereka dengan senapang dan difitnah dengan kata-kata keji dan lucah. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis mencampakkan Ismail dan Nael ke luar dalam keadaan bergari dan kesejukan .

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh