Categories
Berita Semasa

Penceroboh Cuba Menduduki Bangunan di Silwan

Khamis , 13-11-2014 – Beberapa orang penceroboh Israel cuba untuk menduduki sebuah bangunan milik Palestin yang ditinggalkan pada tengah malam Ahad di Silwan, selatan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh, Silwan menyatakan bahawa 6-8 orang penceroboh Israel menyerbu kawasan kejiranan itu dan berkumpul di hadapan bangunan kosong itu sebelum cuba merampas bangunan itu sambil melaungkan, “bangunan ini milik kami”.

Penduduk tempatan Palestin terlihat kejadian itu dan menghalang penceroboh itu daripada memasuki bangunan itu; menyebabkan pertempuran berlaku antara mereka sebelum penceroboh itu meninggalkan kawasan itu.

Pusat Maklumat itu juga memaklumkan bahawa penceroboh itu datang semula ke bangunan itu sambil diiringi oleh polis yang berpakaian preman dan tentera Israel, sebelum pertempuran kembali tercetus antara penceroboh dan remaja Palestin. Penceroboh itu kemudiannya meninggalkan tempat itu sekali lagi.

Bangunan itu dimiliki oleh penduduk yang bernama Saleh Shiokh, dan telah kosong sejak beberapa tahun lepas. Bangunan itu terletak berhampiran dengan beberapa bangunan yang telah diceroboh oleh penduduk Israel yang fanatik baru-baru ini. Sebuah kedai yang mempunyai nilai komersial terletak di aras bawah bangunan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tentera Culik Empat Rakyat Palestin di Baitulmuqaddis

Khamis , 13-11-2014 – Tentera dan pegawai polis Israel memecah masuk beberapa kawasan kejiranan di kawasan Baitulmuqaddis Timur pada subuh hari Isnin lepas lalu menculik empat orang rakyat Palestin setelah menyerbu masuk rumah mereka. Seorang daripada mereka yang diculik mengalami beberapa keretakan di bahagian kakinya setelah diserang oleh tentera Israel.

Menurut sumber TV Palestin, tentera-tentera Israel menyerang kawasan kejiranan Suwwana di Old City dan menculik dua orang rakyat Palestin yang dikenali sebagai Ra’ed al-‘Ammouri dan Ahmad Abu Gharbiyya. Beberapa kenderaan tentera juga telah memecah masuk kawasan kejiranan Bustan di Silwan, di kawasan selatan Masjid Al-Aqsa serta menculik Mohammad Zeidani setelah menggeledah rumah beliau.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Rakan2 kepada Orwa Hammad, pemuda 14 tahun dibunuh rejim Zionis

Khamis , 13-11-2014 – Pertembungan menjadi bertambah buruk di Jerusalem berikutan daripada pembunuhan seorang remaja lelaki berusia empat belas tahun, Orwa Hammad di Tebing barat.Orwa, adalah seorang remaja berketurunan Palestin-Amerika, membesar di kedua-dua bandar iaitu New Orleans dan Tebing Barat. KBOO telah berbual dengan dua orang sahabat Orwa di New Orleans.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Mayat seorang lelaki warga Palestin dijumpai dengan kesan diseksa

Khamis , 13-11-2014 – Sumber Israel melaporkan, mayat seorang lelaki Arab ditemui dekat kampung Mazare’ di antara Nazareth dan Afula. Jenazahnya jelas menunjukkan kesan ditikam dan diseksa.

Polis Israel mengatakan bahawa jenazah Fuad Kahaf, 35, dari al-Mqeibla, ditemui dekat sebuah kereta berdekatan kampung Mazare’ village, di Marj Ibn Amer (Jezreel Valley), dekat dengan Afula dan Tiberius, di bahagian selatan kawasan yang sekarang dikenali sebagai Israel.

Polis menambah yang Khalaf telah ditikam berkali-kali, juga terdapat tanda jelas lehernya dicekik, dan tanda-tanda seksaan juga jelas pada pelbagai bahagian badannya. Mereka sedan menyiasat isu ini.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Yahudi Memusnahkan 3 Tempat Pembelahan Batu di Nablus.

Khamis , 13-11-2014 – Kumpulan Yahudi pada Selasa (11/11/2014), menghancurkan 3 tempat pembelahan batu berdekatan perlintasan militan Hawara, Nablus Selatan.

Menurut kordinator urusan penempatan di Utara Tebing Barat, Ghassan Doglas, puluhan penduduk Yahudi menyerbu tiga tempat pembelahan batu dan memusnahkan semua peralatan di sana yang membawa kerugian sangat besar. Doglas menjelaskan, ketiga-tiga tempat pembelahan batu tersebut dimiliki oleh warga Palestin: Basam Muhammad Hasan, Naji Yusuf dan Abu Ied Thabanjah.

Kota Nablus dan sekitarnya dikenali sebagai pusat pengeluaran batu yang digunakan untuk pembangunan rumah. Terdapat banyak tempat pembelahan batu bertebaran di kawasan ini.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Israel Lulus Lebih 600 Unit Rumah Baru di Jerusalem

Rabu , 12-11-2014 – Suruhanjaya Perancangan Israel dijadualkan bertemu, pada hari Isnin, untuk meluluskan pelan bangunan untuk 660 unit rumah baru di penempatan Jerusalem di Ramat Shlomo, menurut satu laporan oleh Channel 10.

Pelan-pelan perumahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa 660 unit yang akan dibina di Ramat Shlomo, selain tambahan 400 unit dalam penyelesaian tenggara Har Homa.

Channel 10 juga berkata bahawa Netanyahu juga memerintahkan satu langkah ke hadapan dalam projek “perkhidmatan” untuk peneroka di seluruh Tebing Barat yang dijajah termasuk jalan-jalan dan bangunan awam.

Saluran ini sebelumnya, menurut Al Ray, mendedahkan niat Netanyahu untuk meluluskan pembinaan 1,000 unit rumah di Jerusalem dan Tebing Barat sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan parti berhaluan kanan Israel.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

USAID beri $100 juta kepada PA, penempatan diselar antarabangsa

Isnin , 10-11-2014 – Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) mengumumkan hari ini, sejumlah $100 juta disumbangkan sebagai sokongan kewangan ke atas pihak berkuasa Palestin (PA), menurut satu kenyataan akhbar rasmi.

WAFA melaporkan bahawa upacara di Pejabat Perdana Menteri Rami Hamdallah, Menteri Kewangan Shukri Bishara,Duta Amerika Syarikat, Michael Ratney, dan (USAID) Tebing Barat serta Pengarah Misi Gaza Dave Harden mengumumkan sumbangan Amerika Syarikat (AS) kepada PA. Pada Oktober 2014, Persidangan Penderma Gaza di Kaherah, Setiausaha AS, John Kerry mengumumkan bantuan AS kepada Palestin sebanyak $414 juta, yang mana $212 juta daripadanya menerusi USAID.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tebing Barat Menjadi Pusat Penentangan Terhadap Penjajah

Isnin , 10-11-2014 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan bahawa Tebing Barat merupakan cadangan strategik perjuangan Palestin dan pusat penentangan terhadap penjajah.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum mengatakan, ?Semua cara tekanan dan keganasan tidak akan menggentarkan rakyat Palestin dari melakukan perjuangan menghadapi penjajah, walau berapa harga yang perlu dibayar dan betapapun besarnya pengorbanan.?

Perkara tersebut disampaikan Barhum selepas peristiwa serangan yang mencederakan tiga tentera Zionis di Hebron, Rabu (5/11). Beliau meminta agar aksi-aksi seperti itu ditingkatkan. Tindakan tersebut katanya menjadi keazaman kuat untuk menghadapi tentera Zionis dan para pendatang Yahudi, serta mengangkat projek jihad perlawanan di seluruh penjuru Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Facebook Yahudi Ekstrim di sekat

Isnin , 10-11-2014 – Akibat tekanan yang hebat dari pengguna FB dari warga Palestin, sebuah akaun FB yang dikendalikan oleh ekstrim Yahudi disekat oleh Facebook. Rakyat Palestin yang menamakan tindakan “Cyber Wa” ini telah berjaya dan kemenangan kepada rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Tahanan pengurusan meneruskan mogok lapar di hospital Israel.

Khamis , 06-11-2014 – Peguam kepada Badan Tahanan Rakyat Palestin, Karim Ajwa berjaya melawat tahanan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar, Ra’ed Mousa, yang memulakan mogok laparnya sejak 46 hari lalu dan kini ditahan di Pusat Perubatan Barzelai Israeli.

Ajwa berkata Mousa dipindahkan ke ke Barzelai seminggu yang lalu apabila tahap kesihatannya merosot teruk terutamanya apabila berat badannya susut kerana dia telah berhenti mengambil minuman, gula, garam dan juga vitamin dan hanya meminum air. Mousa kini mengalami kesakitan teruk di bahagian perutnya, pening yang berterusan, hilang rasa di kedua belah kakinya dan muntah 4-5 lima kali sehari.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurangnya 6 warga Palestin diculik semalaman

Khamis , 06-11-2014 – Tentera rejim Israel dilaporkan menculik 6 warga Palestin pada subuh Selasa ketika serbuan besar-besaran di seluruh Tebing Barat yang dijajah.

Menurut media Palestin, sumber tempatan menyatakan, tentera rejim menahan seorang pelajar universiti setelah dengan ganasnya menyerbu dan menggeledah rumahnya di bandar Deir Sammit, selatan al-Khalil (Hebron).

Ahli keluarganya dilaporkan terpaksa berada di luar rumah dalam cuaca hujan ketika serbuan. Manakala, 2 bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama beberapa bulan di penjara Israel turut ditahan apabila tentera rejim menyerbu kediaman mereka di Beit Ummar, Hebron. Di Jenin, tentera rejim menculik seorang pemuda yang cedera, Mujahed al-Iz, pada subuh hari dari rumahnya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Hamdallah gesa komuniti antabangsa untuk penuhi tanggungjawan ke atas Gaza.

Khamis , 06-11-2014 – Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa khasnya Kesatuan eropah untuk mempercepatkan pelan pembangunan semula Gaza. Ahli-ahli daripada pelbagai komuniti antarabangsa semakin memberi sokongan kepada Palestin.

Sewaktu mesyuarat dengan wakil Kesatuan Eropah ke Pihak Berkuasa Palestin, John Gatt-Rutter, di Ramallah, Mr. Hamdallah menggesa komuniti antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap janji yang dibuat sewaktu Persidangan Bantuan Antarabangsa untuk Pembangunan Gaza, untuk membolehkan rakyat di Gaza meneruskan kehidupan sukar yang terpaksa dilalui mereka terutamanya apabila musim sejuk semakin hampir.

Menurut WAFA Ejensi Berita dan Maklumat Palestin, Hamdallah meminta negara-negara EU mengambil langkah-langkah muktamad untuk memastikan Masjid Al Aqsa dilindungi, untuk menghentikan keganasan Israel terhadap masjid dan rakyat Palestin di Jerusalem dan juga untuk menghentikan keganasan penjajah ke atas tempat-tempat suci orang Islam dan Kristian.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Askar Menyerang, Menculik Seorang Wanita Palestin Di Masjid Al-Aqsa

Rabu , 05-11-2014 – Tentera Israel yang menyamar pada pagi Isnin telah menculik seorang wanita Palestin di halaman masjid al-Aqsa di Jerusalam, apabila wanita tersebut cuba untuk menghentikan anggota pelampau Knesset (MK) dari menyerang dan menguasai laman masjid yang diiringi oleh pengawal bersenjata dan tentera Israel.

Saksi mengatakan wanita itu, Sahar Natasha, mula melaung dan menjerit Allahu Akbar (Allah Maha Besar) untuk menyatakan penolakannya terhadap pencerobohan dan pencemaran masjid, dan cuba untuk menghentikan MK Israel, Shuli Mualem-Rafaeli, dari Parti “Home Jewish “. An-Natasha adalah salah seorang daripada ramai wanita yang cuba menahan Shuli dan pengawal, yang mara ke arah Kubah Emas, selepas
menguasai lamannya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Bangunan milik kaum Badwi di Hebron dimusnahkan

Rabu , 05-11-2014 – Tentera rejim Israel memusnahkan 4 bangunan di kampung Badwi, Umm al-Daraj, tambahan kepada pemusnahan sebuah ketuhar tradisional di Umm al-Khair, demikian menurut laporan Operation Dove pada Rabu. Ramai wanita dan lelaki di Umm al-Khair dilaporkan diserang oleh tentera dan polis rejim ketika mereka cuba untuk menghentikan pemusnahan harta benda mereka secara aman.

Pada awal pagi Isnin, tentera rejim Israel memecah masuk Umm al-Daraj menggunakan 2 jentolak. Sebuah tandas, pondok untuk biri-biri, gua yang digunakan sebagai rumah dan sebuah rumah yang menjadi kediaman 8 orang telah dimusnahkan. 2 jam kemudian, tentera rejim tiba di kampung Umm al-Khair dan mengumumkan ia sebagai kawasan ketenteraan yang tertutup, demikian menurut laporan WAFA. Mereka menghalau sukarelawan antarabangsa yang tiba untuk mengawasi perlanggaran hak asasi manusia dan mengugut untuk menahan mereka.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menculik tiga warga Palestin Di Hebron

Rabu , 05-11-2014 – Beberapa kenderaan tentera Israel menyerang bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing Barat dan menculik dua warga Palestin . Seorang lagi warga Palestin juga telah diculik semasa menghadiri persidangan mahkamah untuk sepupunya di mahkamah tentera Israel di Ofer.

Sumber tempatan mengatakan tentera menyerbu sebuah petempatan di kota Hebron dan menculik seorang warga Palestin yang dikenali sebagai Mo’taz Taiseer an- Natsha , setelah mencari dan menggeledah rumahnya. Selain itu , tentera menyerang kota Beit Ola , barat Hebron, dan menculik seorang warga Palestin yang dikenalpasti sebagai Ra’ed Abdul- ‘Afo al- ‘Emla juga setelah menggeledah rumahnya , menyebabkan kerosakan harta benda yang berlebihan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana