Categories
Berita Semasa

Wanita dan kanak-kanak Palestin diculik apabila tentera rejim Israel (IOF) masuk ke Silwan

Jumaat, 23-10-2015 – Pada petang Rabu (IOF) masuk ke Bandar Silwan dan menculik sejumlah warga Palestin termasuk kanak-kanak.

Ketua Jawatankuasa Tahanan Baitulmuqaddis, Amjad Abu Asab, berkata yang tentera IOF menyerbu kejiranan al-Bostan di Silwan dan menculik Mohamed Mahdi Shloudi, 11 tahun dan Fadi Hamza Shloudi, 14 tahun bersama 3 lagi pemuda dalam lingkungan usia 17 tahun.

IOF juga menahan seorang wanita berusia 33 tahun. Para tahanan dikerahkan ke pusat tahanan Ouz di Jabal al-Mukbir, tenggara Baitulmuqaddis, Abu Asab memberitahu demikian kepada Akhbar Quds.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

5 tentera rejim Israel cedera dirempuh kereta warga Palestin.

Jumaat, 23-10-2015 – 5 anggota tentera rejim penjajah Israel cedera, 2 darinya parah dalam satu kejadian rempuhan kereta yang berlaku di selatan Bethlehem pada malam Rabu, kelmarin.

Menurut laporan akhbar harian Maariv berbahasa Yahudi, sebuah kereta telah dipandu laju oleh seorang warga Palestin dan merempuh dengan sengaja sekumpulan anggota peronda pejalan kaki tentera rejim Israel. Laporan itu menambah, 5 dari anggota peronda yang cedera telah dihantar ke hospital manakala pemandu kereta itu, ditembak mati. Anggota tentera lain yang berada di tempat kejadian, menembak kereta itu menyebabkan pemandunya terbunuh, lapor akhbar itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

PCPS: 280 kanak-kanak ditahan di penjara Israel

Khamis, 22-10-2015 – Pusat Kajian Tahanan Palestin (PCPS) mengesahkan bilangan kanak-kanak yang ditahan di penjara Israel meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang mana sasaran adalah di bahagian dalam wilayah Palestin terutama Jerusalem. Jumlah kanak-kanak ditahan mencecah 280 orang.

Jurucakap pusat Riad al-Ashqar berkata, penjajahan Israel percaya kanak-kanak Palestin merupakan bahan api pencetus intifada (kebangkitan) yang berlaku beberapa bulan lalu di Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza termasuklah di wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1948.

Beliau berkata, askar IOF sengaja mengancam kanak-kanak tersebut dengan melakukan penahanan, penyeksaan dan pembunuhan bagi menakut-nakutkan mereka daripada menyertai intifada. Semasa dalam tahanan, tentera akan menyerang kanak-kanak Palestin tersebut dan memukul mereka dengan teruk sejurus selepas penangkapan mereka di bahagian badan yang bermungkinan mengakibatkan kecederaan teruk.Kemudiannya kanak-kanak tersebut dipindahkan ke pusat soal siasat bergantung kepada kecederaan yang dialami sebelum dipindahkan ke penjara utama.

Menurutnya, sejak IOF melancarkan kempen pada awal bulan ini lebih 600 rakyat ditahan yang mana 30 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : anna

Categories
Berita Semasa

Mogok dilancarkan di Issawiya, Baitulmaqdis.

Khamis, 22-10-2015 – Tokoh-tokoh kebangsaan telah mengisytiharkan mogok di perkampungan Issawiya, di Baitulmaqdis. Mogok menyeluruh itu akan dilancarkan di perkampungan itu pada hari Selasa (10-20). Mogok itu dilancarkan bagi menunjukkan bantahan terhadap penjajahan Israel yang sewenang-wenangnya dilakukan terhadap penduduk kampung itu dengan menyekat laluan jalan mereka.

Beliau berkata dalam satu kenyataan , pada petang Isnin yang lalu, mogok akan dilancarkan juga termasuk di sekolah, pengangkutan awam dan pekerja yang dipaksa keluar dari kampung itu terpaksa berjalan kaki kerana disekat dan tentera Israel telah mengepung kampung itu. Mereka mengutuk dan mengecam tindakan tentera zionis kerana sekatan tentera di jalan raya itu telah membawa kepada kematian seorang warga tua yang bernama Huda Darwish, pada waktu subuh hari ini, akibat daripada jalan yang dilaluinya telah disekat oleh tentera zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqah

Categories
Berita Semasa

Intifada al Quds Membuat Rakyat Zionis Menagih Sokongan Psikologi

Khamis, 22-10-2015 – Di tengah-tengah kecamuk aksi berani mati dan perjuangan yang dilakukan para pemuda Intifada al Quds sejak awal Oktober, dan di tengah-tengah meningkatnya konfrontasi, suara lidah akhbar Zionis Ma’arev membicara tentang meningkatnya kehadiran jumlah orang Zionis yang melawat pusat-pusat sokongan psikologi sehingga 100 peratus.

Ma’arev mengatakan bahawa kesan dari peningkatan keamanan, Psychological Support Centers mengumumkan terjadi peningkatan hingga 100 peratus. Menurutnya lagi, laporan-laporan yang dikirim oleh pusat-pusat terbabit, mereka berbicara tentang perasaan tentang permusuhan dan kebencian hasil dari video-video aksi brutal.

Video-video yang beredar melalui jaringan media sosial yang disiarkan TV Zionis dan bahkan TV Palestin, menunjukkan keadaan panik yang dialami warga Zionis dan penduduk Yahudi, bahkan oleh anggota polis dan tentera Zionis, hanya sekadar daripada kecurigaan tentang mujahidin Palestin membawa pisau di lokasi terbabit.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas menghadiri persidangan politik di Malaysia

Khamis, 22-10-2015 – Delegasi dari Gerakan Hamas pada Isnin menyertai persidangan tentang peranan politik wanita ASEAN di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh parti pemerintah Malaysia, UMNO.

Delegasi itu diketuai oleh pegawai kanan Hamas Khaled al-Qaddoumi. Pegawai gerakan itu di Malaysia juga turut menyertai persidangan. Qaddoumi mengadakan beberapa mesyuarat bersama parti UMNO serta delegasi dari negara-negara lain seiring dengan persidangan itu.

Salah satu mesyuarat adalah dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan sokongan tidak berbelah bagi negara itu terhadap perjuangan rakyat Palestin. Pegawai Hamas itu turut bertemu dengan setiausaha agung UMNO Adnan Mansour dan ketua Parti Islam Semalaysia (PAS) Abdul-Hadi Awang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan 20 warga Palestin di Tebing Barat.

Khamis, 22-10-2015 – Tentera rejim Israel lancar kempen besar-besaran dengan menjalankan operasi menangkap dan menahan warga Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada awal pagi Isnin, kelmarin. 20 warga Palestin telah ditahan dalam operasi tersebut.

Di al-Khalil, tentera rejim Israel menahan 5 warga Palestin yang berasal dari beberapa buah daerah berlainan termasuk seorang wanita berusia 50 tahun dan anaknya semasa mereka dalam perjalanan keluar melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan.

Tentera rejim Israel turut menjalankan operasi pemeriksaan dengan menyerbu dan memecah masuk beberapa buah rumah warga Palestin di Karmeh dan Terqoumia, 2 bandar dibawah pentadbiran àl-Khalil. Dalam operasi itu, pihak tentera rejim telah mengedar notis arahan kepada penduduk tempatan di mana pihak rejim akan mengetatkan langkah-langkah keselamatan dengan membuat sekatan ketenteraan di laluan masuk sekitar kedua-dua bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel menaikkan larangan perjalanan ke atas aktivis al-Khatib

Khamis, 22-10-201  – Pihak berkuasa Israel petang Isnin menaikkan larangan perjalanan ke atas aktivis anti-penjajajahan ,Timbalan Ketua Gerakan Islam Palestin, Sheikh Kamal Al-Khatib dengan alasan keselamatan.

Pengharaman, yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Israel, Silvan Shalom, menyatakan bahawa Sheikh al-Khatib dihalang daripada perjalanan sehingga 9 November, dengan kemungkinan mempunyai larangan diperbaharui untuk tiga bulan.

Gerakan Islam pada tahun 1948 Diduduki Palestin menyelar dalam satu kenyataan keputusan itu, penjenamaan ia “sewenang-wenangnya dan tidak boleh diterima.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tiga pekerja dicederakan oleh Tentera Mesir di terowong Rafah

Khamis, 22-10-2015 – Tiga rakyat Palestin telah dicederakan oleh tentera Mesir semasa bekerja di dalam terowong komersial di sempadan dengan Mesir di selatan Rafah. Seorang pekerja antara tiga yang ditahan.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa tentera Mesir melepaskan tembakan secara berterusan kepada pekerja mengakibatkan kecederaan kepada tiga lelaki dan penangkapan seorang daripada mereka.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa Mesir telah membanjiri sempadannya dengan Gaza untuk menenggelamkan terowong di sepanjang sempadan itu. Menurut pemerhati, ini akan memusnahkan infrastruktur di bawah tanah di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Lintasan Rafah Tutup Untuk 272 Hari

Khamis, 22-10-2015 – Lintasan sempadan Rafah ditutup sehingga kini selama 60 hari dan untuk 272 hari secara keseluruhan semasa 2015, Palestin Kementerian Dalam Negeri melapurkan.

Penutupan berterusan lintasan sempadan, yang merupakan satu-satunya saluran untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung, menyebabkan keadaan bantuan kemanusiaan yang sukar di Semenanjung Gaza terutama 25,000 orang dalam keperluan mendesak untuk melakukan perjalanan, Kementerian menjelaskan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Mesir tidak menampakkan apa-apa niat untuk membuka persimpangan pada hari-hari akan datang.

Lintasan Rafah telah ditutup sejak pertengahan tahun 2013, kecuali tiga hari setiap dua hingga tiga bulan. Kebanyakan rakyatPalestin tidak dapat bergerak kerana langkah-langkah ketat yang pihak berkuasa Mesir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sejak Intifadhah al Quds Berlaku 62 Serangan Terhadap Wartawan

Khamis, 22-10-2015 – Pejabat Penerangan Pemerintah di Jabatan Penerangan mengatakan bahawa serangan pasukan Zionis terhadap para wartawan dan staff media sejak meletus intifadhah al Quds bermula awal Oktober mencapai 62 serangan.

Menurut keterangan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penerangan Pemerintah hari Isnin (19/10) malam, ia merupakan serangan senjata oleh pasukan Zionis dengan menggunakan peluru tajam, peluru logam dan meriam gas pemedih mata. Turut berlaku tindakan penangkapan, memukul dan larangan rakaman berita.

Pejabat Penerangan Pemerintah Palestin mengecam keras tindakan pasukan penjajah Zionis yang menyerang para wartawan dan staff media sepanjang mereka membuat liputan peristiwa di Tebing Barat, al Quds dan Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Seorang Palestin Mati di Medan Pemberontakan, Iraz.

Selasa, 20-10-2015 – Syauqi Ubaid(37 tahun) yang berasal dari Jabalia utara Gaza mati syahid akibat cedera-cedera yang ditanggung saat melawan dengan tentera Israel di Bethanun Iraz, pada Jumaat lalu.

Asyraf Qudrah, jurucakap di Gaza memberitahu, Syauqi Jamal Ubaid (37 tahun) meninggal dunia akibat luka parah yang ditanggungnya saat bertempur di Iraz.

Dengan meninggalnya Ubaid, maka jumlah korban Palestin dalam intifadah Al-Quds sejak awal bulan Oktober bertambah menjadi 34 orang. 22 para syuhada dari Tepi Barat dan Al-Quds, sementara 12 para syuhada yang lain dari sempadan Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : asraf

Categories
Berita Semasa

Ulama Arab : Intifada Jerusalem mencerminkan kekejaman Israel

Selasa, 20-10-2015 – Bukan sahaja Intifada Yerusalem telah memerangkap penceroboh Israel dalam keadaan terasing tetapi ia juga telah menunjukkan kepada dunia imej hodoh dan sadis Israel, menurut Anwar Ishki , Pengarah Pusat Timur Tengah Kajian Strategik di Jeddah, Arab Saudi, semalam.

Bercakap kepada wartawan Quds, ulama Anwar Eshki berkata Intifada Yerusalem tidak hanya kekal sebagai reaksi spontan; ia juga sebahagian daripada pelan strategik yang lebih besar bertujuan untuk menyatukan rakyat Palestin dan penyembuhan perselisihan dalaman. Eshki menyeru Pihak Berkuasa Palestin dan pengerusinya Mahmoud Abbas untuk menggerakkan kempen antarabangsa dan diplomatik dalam sokongan untuk rakyat Palestin di forum-forum antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Serangan tembakan telah dilepaskan ke atas pusat pemeriksaan tentera zionis berdekatan dengan Hebron.

Selasa, 20-10-2015 – Para pejuang Palestin telah melancarkan serangan tembakan pada petang rabu kelmarin (14-10) ke atas pusat pemeriksaan tentera zionis di blok penempatan Etzion, di utara Hebron, selatan Tebing Barat.

Menurut saluran Israel 7 , yang melaporkan di laman webnya itu bahawa beberapa orang tentera zionis di persimpangan Etzion telah ditembak daripada kenderaan Palestin yang bergerak laju tanpa berlakunya kecederaan. Menurutnya lagi, kenderaan yang dipandu laju itu telah meninggalkan tempat itu dengan segera dan tentera zionis secara beramai-ramai telah menjalankan operasi mencari di kawasan
itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqah

Categories
Berita Semasa

Hamas mengadakan perarakan besar-besaran di Gaza dan intifada

Selasa, 20-10-2015 – Gerakan Hamas pada petang Khamis menganjurkan piket di pertengahan daerah di Semenanjung Gaza sebagai menyokong kebangkitan intifada al-Quds dan Masjid Aqsa.

Para peserta membawa bendera Palestin dan sepanduk serta melaungkan slogan mengutuk kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dan kegiatan memasukkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis.

Pegawai kanan Hamas Yahiya Mazid menyatakan dalam ucapannya ketika perarakan bahawa rakyat Palestin akan mempertahankan kawasan-kawasan suci dengan bersungguh-sungguh, dan menyeru rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan agar turut serta dalam mempertahankan Masjid Aqsa cengkaman Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati