Khamis, 27-02-2020 – Gerakan Hamas telah memberi amaran terhadap sebarang tindakan bodoh oleh rejim zionis ke atas warga Palestin dan penentang mereka di Semenanjung Gaza akan mengena semula kepada mereka.
Dalam
kenyataannya pada Ahad malam, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyatakan rejim
bertanggungjawab sepenuhnya setelah ia melakukan jenayah kejam yang melampaui
batas apabila mereka membunuh pemuda Mohamed al-Na’im, dan mencemarkan
tubuhnya.
“Tindak balas ini adalah normal hasil daripada jenayah zionis yang berterusan ke atas rakyat Palestin”, kata jurucakap itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 27-02-2020 – Rejim Zionis pada awal pagi Isnin menculik sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin dari rumah mereka, termasuk beberapa kanak-kanak dan seorang remaja perempuan.
Menurut beberapa sumber tempatan, rejim Zionis telah menculik 11 orang
Palestin di Tebing Barat dan 15 yang lain di daerah al-Issawiya, timur
Baitulmaqdis.
Antara yang ditahan adalah tiga kanak-kanak dari pekan Beitin di timur
Ramallah. Mereka dikenali sebagai Yousef Jaber, Mohamed al-Khatib dan
Abdul-Rahman Jaber.
Seorang gadis remaja yang dikenali sebagai Wafa Abu Zahra juga diculik
dari rumahnya di bandar Yatta, selatan al-Khalil.
Selain menculik 15 warga Palestin semasa satu serangan waktu subuh di rumah mereka di Issawiya, polis rejim Zionis turut menahan dua kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai Mohamed Obeid dan Saadi al-Rajbi untuk soal siasat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 25-02-2020 – Ketua Hamas di Gaza, Yahya as-Sinwar bertemu dengan duta Mohamed al-Emadi, pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Qatar untuk pembinaan semula Gaza, dan membincangkan isu-isu kepentingan bersama.
Dua
parti itu berbincang untuk memperbaiki keadaan kehidupan rakyat Gaza dan
saluran paip gas untuk stesen janakuasa, demikian menurut kenyataan Gerakan
Hamas.
Mereka turut setuju untuk menyumbang 12 juta dollar kepada 120,000 keluarga yang memerlukan , dan menyumbang dua juta dollar kepada 500 pemuda untuk bernikah, lagi dua juta untuk pengubahsuaian beberapa kediaman milik keluarga miskin dan satu juta untuk para lepasan universiti bagi membantu membayar kos pengajian mereka dan memperolehi ijazah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa, 25-02-2020 – Brigade Al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islami berkabung kematian salah seorang anggotanya, Mohammed al-Na’em, 27 tahun yang terbunuh selepas ditembak tentera rejim Israel berdekatan sempadan Gaza.
Al-Na’em terbunuh setelah terkena tembakan senjata api dan meriam tentera rejim di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Jentolak tentera rejim dirakam mengilis tubuh al-Na’em berulang kali dan kemudian menyodok, mengangkat dan menghayun ke depan dan belakang di udara mayat mangsa dengan penyodok jentolak, rakaman perbuatan itu tersebar luas dan mengundang rasa marah seluruh penduduk Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 25-02-2020 – Seorang pemuda Palestin terbunuh dengan darah yang dingin manakala 4 yang lain cedera parah selepas terkena terhadap tembakan artileri dan senjata api intensif oleh regim Zionis Israel di kawasan sempadan di tenggara Jalur Gaza pada pagi Ahad.
Menurut sumber tempatan,
tiga lagi pemuda turut mengalami kecederaan ketika mereka cuba mendapatkan
mangsa dan memindahkannya.
Serangan Israel terhadap pemuda itu berlaku di timur bandar Abasan al-Saghira, timur Khan Yunis di selatan Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 25-02-2020 – Seorang tahanan yang sedang menderita penyakit kanser Muwafaq Arouk, 77, telah dimasukkan semula ke hospital Israel selepas keadaan kesihatannya semakin merosot, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin pada hari Ahad lalu.
Suruhanjaya itu berkata bahawa Arouk mengalami pelbagai komplikasi
kesihatan, termasuk sakit teruk, demam, penurunan berat badan dan
ketidakupayaan untuk makan atau minum.
Menurut suruhanjaya berkenaan, Arouk kini diberi ubat penahan sakit, dan
hanya mengambil cecair dan analgesik.
Arouk disahkan menghidap penyakit kanser hati dan usus pada Julai 2019,
tetapi Perkhidmatan Penjara Israel telah melewat-lewatkan pemindahan beliau ke
hospital untuk rawatan kemoterapi sehingga November 2019, hanya selepas keadaan
kesihatannya semakin merosot.
Terdahulu pada bulan Februari, Arouk telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan
ketumbuhan di usus tetapi telah dikembalikan ke penjara Ramla hanya dua minggu
selepas pembedahan, tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya yang serius.
Arouk, 77 tahun, berasal dari wilayah terjajah 1948. Beliau telah berada di penjara Israel sejak tahun 2003 untuk menjalani hukuman penjara selama 30 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada 10 orang tahanan di penjara Israel yang menghidap pelbagai jenis kanser.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa, 25-02-2020 – Sejumlah warga Palestin cedera, akibat rangkaian serangan yang dilancarkan pesawat tempur Israel ke Semenanjung Gaza, Ahad (23/2).
Kementerian kesihatan di Gaza memaklumkan 4 mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Al-Syifa, akibat serangan udara Israel ke kota Gaza.
Antara rangkaian serangan pesawat tempur Israel adalah di Hithin milik Saraya Al-Quds di Khanyunis Barat, kawasan Thuffah di Gaza.Dua orang tercedera akibat serangan Israel ke Rafah. Serangan meningkat sehingga 18 kali ke kawasan Muhajir.
Israel melancarkan serangan menggunakan pesawat pengintai ke kawasan Shujaiyah di Gaza timur. Pesawat tempur Israel turut melancarkan serangan ke kawasan latihan Jihad Islami di Khanyunis Barat dan kawasan Muhajir di Rafah, menggunakan 3 buah roket. Pesawat helikopter Israel turut melepaskan 2 buah roket ke kawasan Ain Jalut, Barat daya Khanyunis.
Sebelum itu, Saraya al-Quds sayap militan gerakan Jihad Islami melancarkan tembakan roket ke sejumlah penempatan Israel di sekitar Gaza sebagai respon atas penahanan jenazah syahid Muhammad Naim, selepas terbunuh di Khanyunis timur.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 24-02-2020 – Pegawai kanan Hamas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov di ibu kota Qatar, Doha.
Pegawai Hamas itu termasuklah pegawai Hubungan Antarabangsa, Musa Abu Marzuk dan bekas Ketua Politik Khaled Mishaal, demikian kenyataan media yang dikeluarkan pihak Hamas.
Bogdanov dalam penerangan ringkasnya ketika pertemuan itu mengulas mengenai perkembangan politik semasa berhubung permasalahan rakyat Palestin dan menyentuh ancaman bahaya disebalik ‘Perjanjian Abad Ini’ tajaan AS.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Isnin, 24-02-2020 – Rejim Zionis pada waktu subuh Jumaat lalu telah menculik pegawai kanan Hamas, Ra’fat Nasif, 55, dari kediamannya di kota Tulkarem kira-kira empat bulan selepas pembebasannya dari penjara Israel.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu rumah Nasif di kejiranan
di selatan Tulkarem dan menahannya tanpa alasan.
Nasif telah ditangkap dan dipenjara beberapa kali sebelum ini oleh rejim Zionis. Secara keseluruhan, beliau telah menghabiskan masa selama 19 tahun dalam tahanan, kadang-kala secara pentadbiran tanpa perbicaraan mahupun dakwaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Jumaat, 21-02-2020 – Kementerian perumahan rejim telah mula menggerakkan rancangan membina kejiranan Yahudi secara besar-besaran di kawasan timur Baitulmuqaddis yang termasuk dalam peruntukan ‘rancangan damai’ pentadbiran AS untuk pusat pelancongan Palestin, demikian menurut pelbagai laporan berita.
Pada 9 Februari, kementerian menyerahkan rancangan pembinaan yang melibatkan 9000 unit di kawasan bekas lapangan terbang Qalandiya airport (dikenali Israel sebagai lapangan terbang Atarot) dekat kejiranan Baitulmuqaddis Kafr Aqab, yang sudah tidak beroperasi sejak tercetusnya Intifada Palestin pada tahun 2000.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Jumaat, 21-02-2020 – Tentera rejim Israel melancarkan serangan senjata api ke atas sebuah pos peninjau pejuang Palestin berhampiran kawasan timur bandar Khuza’ah, selatan Semenanjung Gaza yang kepung itu.
Pemberita Palestinian Information Center (PIC) melaporkan, seorang penduduk tempatan cedera dalam serangan itu dan mangsa segera dibawa ke Hospital European Gaza.
Memetik kenyataan pihak hospital pula berkata bahawa mangsa cedera terkena peluru di bahagian bahu dan kaki.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 21-02-2020 – Jurucakap Kementerian Perhubungan Israel menegaskan bahawa “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel telah bersetuju membangunkan stesyen kereta berdekatan Tembok Al-Buraq (tembok barat Masjid al-Aqsha) di Kota Tua al-Quds yang diduduki penjajah Israel.
Menteri Pengangkutan Zionis, Biszil Smotrich, menyebut keputusan “Jawatankuasa Infrastruktur Nasional” Israel tersebut sebagai keputusan yang “bersejarah”.
Di sisi lain, Pengarah Pusat al-Quds untuk Hak Sosial dan Ekonomi, Ziyad Al-Hamouri mengatakan bahawa projek ini dan semua projek-projek lain penjajah Israel di sekitar Kota Tua bertujuan hanya untuk melayani penduduk Yahudi di kota tersebut dengan mengorbankan penduduk Palestin. Beliau menambah, “Israel ingin menarik pelancong dan perusahaan ke bandar terowong yang sedang dibina di bawah Kota Tua.
Media-media Israel menjelaskan bahawa pelancaran kereta ekspres ini dimulakan dari Stesyen Yitzhak Navon di pintu masuk kota al-Quds ke Tembok Al-Buraq, semua laluannya akan melalui bawah tanah.
Laluan ini terbentang dari bawah jalan Jaffa Street di al-Quds, pada kedalaman sekitar 80 meter dari Stesyen Navon Yitzhak hingga kedalaman 50 meter ketika mencapai stesyen Tembok Al-Buraq, yang akan diberi nama Stesyen Donald Trump.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 20-02-2020 – Pihak rejim zionis (IOA) pada Isnin menghalang lima warga Palestin daripada melalui laluan Allenby (King Hussein) yang bersempadan dengan Jordan.
Polis
PA berkata yang mereka dihalang oleh IOA atas sebab keselamatan yang tidak
dijelaskan.
Walau bagaimanapun, 5,164 warga Palestin dan warga asing boleh melalui laluan tersebut daripada dua arah pada hari yang sama, demikian meurut polis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis, 20-02-2020 – Hari Selasa lalu puluhan rakyat Palestin sesak nafas disebabkan oleh gas pemedih mata yang dilancarkan oleh rejim Zionis ketika konfrontasi di Tulkarem dan Ramallah di Tebing Barat.
Di Tulkarem, sekumpulan rakyat Palestin berarak untuk menyuarakan
bantahan terhadap “Perjanjian Abad Ini” yang dipelopori Amerika Syarikat, sambil
mengibarkan bendera Palestin dan membakar tayar kereta, sumber tempatan
melaporkan.
Rejim Zionis telah menyerang penunjuk perasaan dengan peluru logam
bersalut getah dan gas pemedih mata. Berpuluh-puluh orang mengalami kesukaran
bernafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Sementara itu di Ramallah, puluhan penduduk Palestin mengadakan tunjuk
perasaan di kampung al-Mughayyir untuk mempertahankan tanah mereka daripada
serangan haram oleh rejim Zionis.
Rejim Zionis telah bertindak balas dengan ganas ke atas penunjuk
perasaan dengan menembak peluru logam bersalut getah, bom pegun dan gas pemedih
mata ke arah penduduk kampung.
Sejumlah mereka sesak nafas disebabkan gas pemedih mata tersebut dan telah menerima rawatan di lokasi kejadian.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul