Categories
Berita Semasa

PRC menyambut baik niat HC untuk mengundi bagi mengiktiraf Palestin

Khamis , 09-10-2014 – Ketua Pusat Kepulangan Palestin (PRC) Majed al-Zeer mengalu-alukan niat House of Common Britain (HC) untuk mengundi cadangan bagi mengiktiraf Palestin. Cadangan oleh ahli Parlimen Grahame Morris itu merupakan satu pencapaian hasil kemenangan lagenda dan kesungguhan rakyat Palestin ketika perang Israel ke atas Gaza.

Ia merupakan satu langkah wajar yang akan membantu menaikkan isu Palestin di forum antarabangsa dan mempercepatkan projek pembebasan Palestin, beliau dipetik menyatakan demikian kepada Akhbar Quds. Beliau menjelaskan bahawa kempen pro-Palestin di Britain dan Eropah memberi tekanan kepada para pembuat keputusan Eropah agar mengambil tindakan yang menyebelahi kepentingan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kanak2 cedera parah disebabkan bahan letupan yang digugurkan oleh tentera

Rabu , 08-10-2014 – Sumber perubatan Palestin di Bethlehem berkata, seorang kanak-kanak cedera parah pada petang Selasa apabila sebuah bahan letupan yang digugurkan oleh Tentera Israel dalam sesi latihan meletup berhampiran dengannya sewaktu dia sedang mengembala kambing milik keluarga.

Sumber berkata Malek Abu Dayya, 12 tahun cedera di kawasan al-Manshiyya di Bandar Teqoua’, Tenggara Bethlehem. Awalnya dia dihantar ke klinik setempat sebelum dipindahkan ke hospital di Bethlehem akibat kecederaan serius yang dialaminya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

OCHA: Loji Kuasa Gaza Akan Beroperasi Semula Bergantung Kepada Bekalan Minyak

Rabu , 08-10-2014 – “Penyambungan operasi loji kuasa Gaza (GPP) adalah bergantung kepada kesediaan bekalan minyak” umum United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) pada hari Isnin lalu, dalam laporan mingguan ‘Protection of Civilians’.

Laporan itu menerangkan lagi, menurut Al-Ray, GPP telah diberhentikan operasi sejak 29 Julai akibat beberapa serangan oleh Israel, yang mengakibatkan Semenanjung Gaza terpaksa bergantung penuh kepada bekalan elektrik yang dibeli daripada Mesir dan Israel.

Turut dilaporkan bahawa walaupun kesediaan bekalan minyak dapat diperolehi, adalah sukar untuk membekalkan servis di kawasan-kawasan yang paling terkesan oleh serangan Israel yang terakhir di rantau itu. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Beit Hanoun, Al Shuja’eyyah, Khuza’a dan Rafah timur.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menyelar reaksi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) ke atas tragedi pembunuhan di Gaza

Rabu , 08-10-2014 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyelar keengganan UNHRC memperakui tindakan Israel di Semenanjung Gaza, pada Isnin dan mengataka ia akan menggalakkan para penentang menggunakan perisai manusia sebagai taktik perang.

Dia menekankan bahawa kritikan ke atas serangan Israel terhadap Gaza merupakan mesej kepada “seluruh pengganas agar menggunakan kanak-kanak sebagai perisai manusia”, dalam kenyataannya di Perhimpunan Umum UN di new York, demikian menurut Ynet.

“UNHRC telah mengkhianati misi murninya untuk melindungi mereka yang tidak bersalah. Jawatankuasa Hak Asasi Manusia telah menjadi Jawatankuasa Hak Asasi Pengganas,” dia menambah. Ma’an melaporkan bahawa Netanyahu turut menyelar ucapan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum perhimpunan, di mana beliau menyalahkan tentera rejim Israel atas pembunuhan beramai-ramai ketika serangan 50 hari di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menyerbu kedai kopi, kedai roti di Jenin. 10 diculik di Tebing Barat.

Rabu , 08-10-2014 – Sekumpulan jeep tentera Israel menyerbu bandar Jenin di utara Tebing Barat pada subuh Isnin dan memecah masuk ke kedai kopi dan kedai roti. Pihak tentera turut menculik sepuluh rakyat Palestin di beberapa tempat berasingan di Tebing Barat.

Sumber tempatan menyebut, pihak tentera menyerbu Kedai kopi Baladna di tengah bandar dan Kedai Roti Abboud, menggeledah premis berkaitan sambil menyoalsiasat para pekerja dan pelanggan. Serbuan menyebabkan berlaku pertembungan antara tentera dan pemuda tempatan yang melempar batu dan botol kosong ke arah mereka sementara pihak tentera melepaskan tembakan pemedih mata, peluru getah dan beberapa peluru hidup.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Askar Israel Menembak dan Mencederakan Petani Palestin di Utara Gaza

Khamis, 02-10-2014 – Tentera Israel yang ditempatkan di sempadan Gaza telah menembak seorang petani berusia 22 tahun yang bekerja di ladangnya, pada petang Ahad, dalam kawasan yang ditetapkan oleh tentera Israel sebagai ‘ no- go zon ‘ , di bahagian utara Semenanjung Gaza.

Sejak serangan Israel sepanjang 50 hari ke atas Semenanjung Gaza yang berakhir pada 27 Ogos, tentera Israel telah meluaskan ‘ no- go zon ‘ di sepanjang sempadan Gaza , sekali gus berkesan merampas 40% daripada keluasan tanah yang berbaki yang amat sesak di Semenanjung Gaza.

Menurut perjanjian gencatan senjata awal, ‘no -go zon ‘ sepatutnya dikurangkan kepada 100 meter dari pagar sempadan. Semasa gencatan senjata itu petani dapat masuk ke kawasan tanah mereka yang telah ditetapkan. Tidak lama selepas itu ia berubah, dan tentera Israel mula dengan cepat memperluaskan ‘no-go-zon’ . Tiada jarak tertentu di mana rakyat Palestin yakin bahawa mereka boleh menjadi selamat untuk mengusahakan tanah .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Tercedera Setelah Dilanggar Kereta Penduduk Penempatan di Hebron

Khamis, 02-10-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa seorang kanak-kanak mengalami kecederaan setelah dilanggar oleh sebuah kereta penduduk penempatan di timur bandar Yatta, di selatan bandar Tebing Barat selatan di Hebron pada petang Ahad lalu.

Menurut sumber itu, kanak-kanak tersebut, Islam al-‘Amour, berusia enam tahun, mengalami beberapa keretakan tulang, luka dan lebam-lebam di beberapa bahagian tubuhnya dan telah dipindahkan ke hospital al-Ahli di bandar. Seperti kes-kes yang terjadi sebelum ini, penduduk penempatan itu melarikan diri dari kawasan kemalangan.

Telah berlakunya kejadian seumpama ini sebelum ini terutamanya setelah penduduk penempatan menggunakan pelbagai laluan pintasan di kawasan kediaman dan kawasan luar bandar di daerah Hebron.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Israel Merobohkan Tempat Tinggal 5 Tingkat di Abu Dis

Khamis, 02-10-2014 – Tentera Israel meruntuhkan bangunan 3 tingkat milik Palestin di Abu Dis, timur Baitul Maqdis pada Ahad malam sambil menyatakan bahawa pemilik bangunan tidak mempunyai kebenaran yang lengkap.

Saksi memberitahu Agensi Berita Ma’an bahawa 5 jentolak Israel ditemani tentera Israel mengelilingi sebuah bangunan 5 tingkat di Abu Dis selepas tengah malam dan memulakan kerja meruntuh pada jam 1.40 pagi. Muatasim Adilah, pemilik dan pensyarah di Universiti al-Quds berkata bahawa dia dan keluarganya diarahkan untuk keluar daripada bangunan tanpa dibenarkan untuk mengambil barang-barang mereka.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Jabatan Ortodoks menyelar usaha Israel untuk memecah-belahkan rakyat Palestin

Khamis, 02-10-2014 – Jabatan Greek Ortodoks di Baitulmuqaddis mengeluarkan kenyataan akhbar menyelar draf undang-undang Israel untuk menjadikan Kristian Aramik sebagai bangsa dan berkata bahawa Israel berusaha untuk memecah-belahkan rakyat Palestin secara amnya, dan warga Palestin Kristian khususnya.

Bapa Father Issa Musleh, jurucakap Gereja Ortodoks Kristian di Baitulmuqaddis berkata, undang-undang Israel ialah ‘pecah dan perintah’ yang sebenar, dan menambah bahawa ianya merupakan sebahagian daripada usaha Israel yang ditolak pihak gereja. Salah satu contohnya ialah draf undang-undang untuk menjadikan warga Palestin Kristian di Israel menyertai tentera, sebagai sebahagian cara bagi mencetuskan konflik di antara Muslim dan Arab Kristian dan rakyat Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

“Pendidikan Pusat” melawat keluarga pelajar mati syahid

Khamis, 02-10-2014 – Satu delegasi dari Direktorat Pendidikan dan Pengajian telah melawat daerah tengah yang mempunyai pelajar-pelajar yang syahid sepanjang serangan ke atas Semenanjung Gaza yang lepas.

Delegasi itu termasuk Pengarah Pendidikan dan Pengajian, Abu Hasbullah, dua orang timbalan pentadbiran dan teknikal, pengarah perhubungan awam dan beberapa orang guru. Abu Hasbullah sepanjang lawatannya melahirkan rasa simpati terhadap keluarga para syuhada’ sambil menegaskan kesinambungan proses pendidikan bagi memenuhi pengorbanan para pelajar yang syahid.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Pendapatan Purata Harian Penduduk Di Gaza Hanya Sekitar 1 USD

Khamis, 02-10-2014 – Jawatankuasa Rakyat Untuk Penamatan Sekatan Gaza mengatakan, pendapatan harian individu di Gaza pasca serangan zionis dan kesan sekatan, mencapai 1 USD lebih kurang RM3.

Dalam keterangan akhbarnya, Pihak Jawatankuasa mengatakan, sejak sekatan Zionis terhadap Gaza tahun 2007, keadaan buruk ini terus berlanjutan hingga kini. Lebih dari 1.5 juta warga Palestin di Gaza, hidup bergantung kepada bantuan kemanusiaan. Peratus pengangguran meningkat pasca serangan Zionis, menjadi 65%.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

2 tahanan wanita dibebaskan, 18 lagi masih di dalam penjara

Isnin , 29-09-2014 – Pusat Ahrar untuk Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia telah melaporkan bahawa rentetan pembebassan 2 orang tahanan wanita, jumlah tahanan oleh Israel adalah 18 orang buat masa ini.

Ahrar berkata, Israel baru-baru ini membebaskan ‘Alaa Abu Zeitoun, dari Nablus, dan Reem Hamarsha dari Jenin. Ketua Pusat Ahrar Fuad al-Khoffash berkata, sama seperti tahanan lelaki, tahanan wanita mengalami keadaan yang sangat sukar, manakala ramai tidak dibenarkan menerima lawatan keluarga. Salah seorang daripada mereka, Mona Qa’dan, telah dinafikan hak menerima lawatan keluarga sejak beliau diculik pada tahun 2012.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Knesset akan melawan mahkamah tinggi berkaitan perlaksanaan perlindungan

Isnin , 29-09-2014 – Ahli Knesset yang berpengaruh mencadangkan agar kuasa mahkamah Tinggi Israel disekat berikutan keputusan hari Isnin yang menukar polisi rasmi berkaitan pemohon-pemohon perlindungan dengan membuat keputusan perundangan adalah tidak sah.

Mahkamah telah membuat keputusan setelah menerima petisyen daripada enam kumpulan hak asasi manusia, bahawa undang-undang yang membenarkan pemohon perlindungan untuk dipenjarakan sehingga satu tahun tanpa pembicaraan adalah tidak sah. Mahkamah kemudiannya mengisytiharkan bahawa Israel perlu menutup Kemudahan Tahanan Holot “yang terbuka”, di mana pemohon perlindungan yang memasuki Israel secara tidak sah akan ditahan untuk tempoh waktu yang tidak diketahui tanpa kemungkinan untuk dibebaskan.

Knesset akan memulakan apa yang dinamakan oleh portal berita Israel ynews sebagai “melawan” pihak Mahkamah Tinggi. Seawal minggu depan, di dalam pembukaan sesi musim sejuk Knesset, badan perundangan kementerian akan membicarakan usul Ayelet Shaked (Jewish Home) untuk meminda Undang-undang Asas : Maruah dan Kebebasan Manusia dalam usaha mengurangkan kuasa mahkamah mengubah undang-undang.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kumpulan penjajah dan ketua agama Yahudi mencemar masjid Aqsa.

Jumaat , 26-09-2014 –Lebih kurang lima puluh orang penjajah Yahudi diketuai oleh ketua agama mereka telah mencemar kesucian Masjid Aqsa pada pagi Selasa di bawah kawalan ketat perlindungan polis. Yayasan Aqsa untuk pembiayaan dan warisan berkata penjajah dan ketua agama melawat persekitaran masjid walaupun dikawal polis. Pihak yayasan menambah polis Israel menghalang lelaki-lelaki Palestin di bawah umur 45 dan semua wanita daripada memasuki masjid pada waktu pagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Kedutaan Palestin akan dibuka di La Paz, Bolivia

Jumaat , 26-09-2014 – Abbas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Morales atas rasa persaudaraan negara Bolivia dan juga tindakan politik yang diambil terhadap isu Palestin. Rasa terima kasih itu juga khusus pada pengiktirafannya ke atas Negeri Palestin juga sokangan yang kukuh terhadap Palestin ketika serangan Israel terbaru ke atas Semenanjung Gaza .

Menurut PNN , Presiden Abbas menyatakan kesanggupan untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara , di samping peningkatan penglibatan Amerika Lattin dalam usaha politik yang akan datang untuk menamatkan penjajahan Israel .

Presiden Abbas dilaporkan menegaskan bahawa , selama bertahun-tahun , Palestin telah menjadi pintu masuk bagi negara-negara sahabat untuk memperluaskan hubungan dengan negara lain di dunia Arab, dan bahawa ini tidak akan menjadi apa-apa yang berbeza dalam kes Bolivia.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada