Categories
Berita Semasa

Kerana Simbol 4 Jari, Anggota Polis Ramallah Diancam Pemecatan

Jumaat, 13-09-2013 – Sejumlah anggota polis Otoriti Palestin di Ramallah mendapat ancaman pemecatan gara-gara meletakkan simbol empat jari di laman sosial masing-masing, yang menggambarkan simpati mereka terhadap apa yang dialami pendokong Mursi di dataran Rabiah Adawiyah, Mesir, yang diserang oleh pasukan keselamatan Mesir.

Sumber-sumber Palestin kepada wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan, sejumlah anggota polis telah mendapatkan peringatan dari ketua mereka. Mereka diberi ancaman pemecatan jika tidak menukar simbol empat jari di akaun facebook mereka.

Seorang ketua polis telah mengingatkan kepada anggotanya, “Jika ingin terus mendapatkan rezeki, maka perlu membuang simbol-simbol tersebut dari halaman facebook masing-masing.”

penterjemah : osman
sumber : COMES

Categories
Berita Semasa

Kerajaan: Israel menggunakan rundingan untuk mengenakan keadaan yg dihadapi di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Kerajaan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis menggunakan proses rundingan untuk menutup keadaan yg dihadapi di bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.

Unit Hal Ehwal Jerusalem di Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan: “Regim zionis ini bertujuan untuk melaksanakan projek yang bertujuan untuk memindahkan orang-orang Islam Palestin dari kota suci untuk menjadikannya sebuah bandar Yahudi, merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina kuil di atas runtuhan masjid Al-Aqsa. ” Ia mengutuk serangan ganas sehari-harian regim Zionis ke atas tapak suci di Jerusalem, terutama Masjid Al-Aqsa.

penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

Categories
Berita Semasa

Berpuluh2 pokok zaitun dicabut oleh penerola di Yatta

Selasa,10-09-2013 – Para peneroka mencabut lebih daripada empat puluh pohon zaitun pada petang Ahad 8/9 di Yatta, selatan Hebron, di selatan Tebing Barat. Seorang aktivis di Pusat Berita Palestin, Ratib Jabour berkata lebih daripada 40 pokok zaitun ditebang oleh peneroka dibawah perlindungan tentera penceroboh di Khirbet Merah, timur Yatta di mana mereka menyerbu kawasan tersebut dan memulakan kegiatan tersebut.

Sementara di selatan Hebron, puluhan peneroka melancarkan serangan yang sama dan menghalan para petani daripada memasuki tanah mereka serta mengancam untuk menembak mereka. Pada masa yang sama, di Nablus, para peneroka memecahkan cermin-cermin kenderaan sebagai isyarat bagi indeks memuncak kempen mereka terhadap hak-hak Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfarhana

Categories
Berita Semasa

Perpecahan Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat Gaza Menimpa lagi

Selasa,10-09-2013 – Kesatuan Guru-Guru Tebing Barat menerima tamparan baru pada hari ahad dengan pengisytiharan perletakan jawatan kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm daripada keanggotaan Perhimpunan Agung Kesatuan Guru Palestin atas alasan kecuaian hak-hak guru dengan perjanjian yang tidak adil bersama kerajaan.

Perletakan jawatan ini datang selepas gelombang besar perletakan jawatan yang menyaksikan sektor-sektor besar dari kalangan guru di tebing barat Gaza pada bulan lalu dan tuntuan mengasaskan kesatuan sekerja badan baru yang mewakili guru yang tidak dipimpin oleh nafsu-nafsu politik.

Kakitangan yang meletak jawatan berkata dalam satu kenyataan, selepas keputusan yang menyedihkan yang memaksa kesatuan Guru-Guru menandatangani perjanjian dengan kerajaan Palestin manakala pentadbir di pejabat-pejabat Pelajaran dikecualikan, Kakitangan Pejabat Pendidikan Tulkarm memutuskan “pengasingan” daripada Kesatuan Guru-Guru.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadirah

Categories
Berita Semasa

Reseheq menyelar seruan Kerry kepada EU agar menangguhkan sekatan bantuan kewangan kepada penempatan Yahudi

Selasa,10-09-2013 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Resheq menyelar sekeras-kerasnya seruan setiausaha AS John Kerry kepada EU agar menangguhkan sekatan bantuan kewangan ke atas penempatan Israel.

Resheq berkata di laman Facebook pada Ahad bahawa seruan Kerry menggambarkan sikap berat sebelah yang jelas kepada Israel.

Beliau berkata seruan itu ditolak kerana ia menggalakkan Israel untuk meneruskan jenayah dan perang ke atas rakyat, tanah dan tempat suci Palestin. Resheq berkata, kata-kata Kerry itu merupakan peringatan bahawa pentadbiran AS sememangnya memihak kepada Israel dan ternyata Israel tidak sesuai menjadi pemudahcara bagi sebarang rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Abu Sabha: Mesir Buka Sebahagian Pintu Rafah

Selasa,10-09-2013 – Pihak berkuasa Mesir membuka sebahagian pintu sempadan Rafah pada pagi Ahad, selepas pengumuman penutupan pada hari Sabtu berikutan situasi tegang di Sinai. Maher Abu Sabha, pengarah sempadan Rafah, memberitahu PIC bahawa pihak berkuasa Mesir memberitahu mereka bahawa sempadan Rafah akan dibuka semula sejak 11 pagi.

Beliau berkata: “Kita bercakap tentang kelewatan yang menyebabkan bencana dan beribu-ribu kes-kes yang telah terlibat secara langsung dengan penutupan berterusan Rafah kepada pelajar dan pesakit.”

Pegawai Palestin juga menegaskan bahawa hubungan yang berterusan yang diadakan pada peringkat rasmi antara pihak berkuasa Mesir dan Kementerian Luar Negeri, di samping hubungan antara bidang pentadbiran sempandan dan pentadbiran am sempadan di sebelah Mesir, untuk penyelesaian krisis sempadan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ha’aretz: Hubungan Kaherah Tel Aviv Semakin Mantap

Selasa,10-09-2013 – Sumber-sumber media Zionis menyebutkan bahawa salah satu hasil dari kudeta militan Mesir yang menumbangkan Presiden Mursi adalah semakin mantapnya hubungan antara Kaherah dan Tel Aviv. Kedua belah pihak dapat memperolehi apa yang disebutkan sebagai “pembaikan besar” dalam hubungan keduanya “di sebalik layar”.

Surat khabar Zionis Ha’aretz edisi Ahad (8/9), mengatakan bahawa hubungan antara Kaherah dan Tel Aviv tidak hanya terbatas pada perhubungan dan kerjasama keamanan saja, namun meluas mencakupi pertemuan kepentingan strategis bersama bagi kedua-dua belah pihak setelah rentetan perkembangan dramatik yang terjadi di Mesir sejak Januari 2011.

Penulis Zionis khusus berkenaan dunia Arab, Amos Hariel menambah, “Sangat sukar untuk menjangka apa yang akan terjadi kepada bulan-bulan mendatang. Namun dalam jangka pendek Israel memetik buah perubahan besar bagi kemaslahatan keamanannya di bahagian selatan dan barat.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas menafikan tuntutan Mesir memusnahkan bot-bot tentera Qassam

Isnin,09-09-2013 – Dr Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan kementerian dalaman Mesir bahawa tentera laut Mesir telah memusnahkan enam kapal perang yang dimiliki oleh Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, ketika cuba menyusup masuk ke perairan Mesir.

Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa dakwaan itu adalah “tidak masuk akal” dan tidak berasas.

Beliau menggesa rakyat di Mesir agar menjadi rasioanal dan menilai semula kedudukan mereka seperti “sandiwara” yang telah pergi terlalu jauh dalam menghasut rakyat Palestin berdasarkan rentetan pembohongan yang telah berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Amaran tentang ugutan Israel ke atas Masjid Aqsa

Isnin,09-09-2013 – Ahli Biro Politik Gerakan Pejuang Islam. Izzat al-Risheq , memberi amaran tentang penindasan berterusan Israel ke atas Majid Aqsa akibat daripada sikap berdiam diri dunia Arab dan Islam.

Beliau menyatakan terdapat sejumlah terowong baru ditemui di bawah Masjid Aqsa. Rejim Israel menggunakan rundingan dengan pihak berkuasa Palestin sebagai pelindung kepada jenayah berterusan dan pelan memasukkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.
Rakyat Palestin tidak akan membenarkan walau seinci wilayah Palestin diambil, beliau menekankan. Pemimpin gerakan Hamas menekankan keperluan menyatukan semua usaha penentangan terhadap perancangan Israel dengan mengatakan bahawa penentangan merupakan satu-satunya pilihan bagi menangani rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

MP Bahar Seru Mesir Buka Rafah Secara Kekal

Isnin,09-09-2013 – Majlis Perundangan Palestin (PLC) telah menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menghentikan kempen iaitu merobohkan terowong sempadan yang digunakan untuk membawa bekalan penting ke Gaza yang dikepung.

Dr Ahmed Bahar, timbalan pengerusi pertama PLC, katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pada pagi Isnin di sempadan Rafah, bahawa terowong ini merupakan nadi kehidupan Gaza sejak 2007.

Terowong ini adalah satu penyelesaian yang luar biasa sehingga pembukaan Rafah secara kekal bagi pergerakan individu dan barang-barang, katanya, menyeru pihak berkuasa Mesir tidak mengambil bahagian dalam rancangan Israel dan Amerika untuk membunuh kanak-kanak di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ahli Keluarga Tahanan Jordan Meminta Kerajaan menyusuli lawatan Anak-Anak Mereka

Isnin,09-09-2013 – Beberapa ahli keluarga melawat Kementerian Luar Jordan hari ini, Isnin di ibu negara Amman untuk mengetahui apa yang dilakukan kementerian dalam kerangka menyusuli perjanjian anak-anak tahanan dengan kebaikan tahanan zionis yang disebabkan oleh peleraian mogok terhadap pendapatan kehidupan iaitu lawatan.

Menurut jurucakap keluarga tahanan dalam satu perbualan telefon dengan wartawan media kumpulan penyokong tahanan “tebusan”, ahli keluarga terkejut menetahui fail dipindahkan daripada pegawai ke pegawai yang lain di kementerian luar tanpa adanya maklumat yang cukup dikalangan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengenai kes dan perjanjian tersebut dan tanpa maklumat terdekat tentang apa-apa
perkembangan dalam melaksanakan penyusunan yang perlu bagi ahli keluarga melawat anak2 mereka di penjara Israel.

Diberitakan bahawa tahanan Jordan meleraikan mogok mereka yang berlangsung selama 102 hari pada 11/8/2013 kerana susunan lawatan pertama yang selesai pada 27/8 telah berlalu tanpa sebarang tindakan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kumpulan Palestin di Beirut: Kami menolak sebarang keganasan di mana-mana negara Arab

Isnin,09-09-2013 – Pimpinan serta jawatankuasa kumpulan Palestin di Beirut telah mengisytiharkan penolakan serangan Amerika yang dirancang terhadap Syria.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, pimpinan tersebut menolak sebarang serangan ke atas mana-mana negara Arab dan menggesa semua pihak di Syria bersetuju dengan penyelesaian secara aman terhadap masalah mereka yang akan memelihara keselamatan, kestabilan dan peranan Syria di rantau ini.

Sambil menegaskan semua kumpulan akan terus menghadapi pengganas Zionis, menolak penempatan, melindungi Baitulmuqaddis dan menuntut kebebasan untuk semua tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Amaran tentang ugutan Israel ke atas Masjid Aqsa

Rabu,04-09-2013 – Ahli Biro Politik Gerakan Pejuang Islam. Izzat al-Risheq , memberi amaran tentang penindasan berterusan Israel ke atas Majid Aqsa akibat daripada sikap berdiam diri dunia Arab dan Islam.

Beliau menyatakan terdapat sejumlah terowong baru ditemui di bawah Masjid Aqsa. Rejim Israel menggunakan rundingan dengan pihak berkuasa Palestin sebagai pelindung kepada jenayah berterusan dan pelan memasukkan unsur Yahudi di Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa. Rakyat Palestin tidak akan membenarkan walau seinci wilayah Palestin diambil, beliau menekankan. Pemimpin gerakan Hamas menekankan keperluan menyatukan semua usaha penentangan terhadap perancangan Israel dengan mengatakan bahawa penentangan merupakan satu-satunya pilihan bagi menangani rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

MP Bahar Seru Mesir Buka Rafah Secara Kekal

Rabu,04-09-2013 – Majlis Perundangan Palestin (PLC) telah menggesa pihak berkuasa Mesir untuk menghentikan kempen iaitu merobohkan terowong sempadan yang digunakan untuk membawa bekalan penting ke Gaza yang dikepung.

Dr Ahmed Bahar, timbalan pengerusi pertama PLC, katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pada pagi Isnin di sempadan Rafah, bahawa terowong ini merupakan nadi kehidupan Gaza sejak 2007.

Terowong ini adalah satu penyelesaian yang luar biasa sehingga pembukaan Rafah secara kekal bagi pergerakan individu dan barang-barang, katanya, menyeru pihak berkuasa Mesir tidak mengambil bahagian dalam rancangan Israel dan Amerika untuk membunuh kanak-kanak di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ahli Keluarga Tahanan Jordan Meminta Kerajaan menyusuli lawatan Anak-Anak Mereka

Rabu,04-09-2013 – Beberapa ahli keluarga melawat Kementerian Luar Jordan hari ini, Isnin di ibu negara Amman untuk mengetahui apa yang dilakukan kementerian dalam kerangka menyusuli perjanjian anak-anak tahanan dengan kebaikan tahanan zionis yang disebabkan oleh
peleraian mogok terhadap pendapatan kehidupan iaitu lawatan.

Menurut jurucakap keluarga tahanan dalam satu perbualan telefon dengan wartawan media kumpulan penyokong tahanan “tebusan”, ahli keluarga terkejut menetahui fail dipindahkan daripada pegawai ke pegawai yang lain di kementerian luar tanpa adanya maklumat yang cukup dikalangan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengenai kes dan perjanjian tersebut dan tanpa maklumat terdekat tentang apa-apa
perkembangan dalam melaksanakan penyusunan yang perlu bagi ahli keluarga melawat anak2 mereka di penjara Israel.

Diberitakan bahawa tahanan Jordan meleraikan mogok mereka yang berlangsung selama 102 hari pada 11/8/2013 kerana susunan lawatan pertama yang selesai pada 27/8 telah berlalu tanpa sebarang tindakan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah