Categories
Berita Semasa

Perhimpunan di Gaza untuk menyokong tahanan mogok lapar

Rabu, 12-03-2014 – Puluhan ibu tahanan yang di penjara jajahan Israel telah mengambil bahagian pada hari Sabtu dalam perhimpunan perpaduan yang dianjurkan oleh institusi Mohjat al-Quds, di hadapan ibu pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Gaza.
Perhimpunan itu diadakan pada Hari Wanita Antarabangsa untuk menyokong tahanan yang mogok lapar di penjara Israel terutamanya perempuan.

Ibu para tahanan, semasa perhimpunan tersebut, menggesa institusi hak asasi antarabangsa dan manusia untuk mengambil tindakan serius dan memberi tekanan terhadap pihak berkuasa Israel untuk memberikan semua tawanan wanita hak-hak mereka yang dijamin oleh semua undang-undang dan norma-norma antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Hamas berwaspada dengan konspirasi yang dikenakan terhadapnya

Rabu, 12-03-2014 – Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata Pergerakan beliau sedar betapa besarnya konspirasi yang dokenakan terhadapnya dan tahu bagaimana untuk menangani fasa yang sukar ini dengan bijaksana dan cekap.

“Walaupun semua berniat jahat terhadap Hamas, Gaza dan sikap berani kami dan segala usaha untuk mengheret kita jauh ke arah lain dari destinasi sebenar kita yang menentang penjajahan … Hamas masih menghadapi sedikit kesukaran dalam semua persamaan dan lebih besar daripada semua plot, “kata jurucakap Barhoum yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar pada hari Sabtu.

Jurucakap itu menekankan bahawa Hamas menghormati tanggungjawab dan komitmen terhadap rakyat dan negara dan hanya mereka akan sentiasa berada di barisan hadapan perjuangan bagi mempertahankan rakyat dan hak-hak mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis sekat perhimpunan wanita di hadapan pusat semak Qalandiya

Rabu, 12-03-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) menyekat perarakan wanita yang berlangsung di hadapan pusat semak Qalandiya di bahagian utara Baitulmuqaddis pada Sabtu lepas dan menyebabkan beberapa kes sesak nafas.

Pergerakan wanita menganjurkan perarakan itu pada pagi Sabtu di hadapan pusat semak Qalandiya bersempena Hari Wanita Antarabangsa bertujuan untuk menggesa supaya penjajahan Israel ditamatkan dan mengecam keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap wanita Palestin. Menurut sumber tempatan, tentera-tentera IOF melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap peserta perarakan itu, mengakibatkan beberapa aktivis mengalami kesesakan nafas

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Konfrontasi di Selatan Jenin, Puluhan Penduduk Cedera

Rabu, 12-03-2014 – 10 warga Palestin pagi ini Ahad (9/3) mengalami kecederaan dan sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata yang dilempar oleh pasukan penjajah Zionis dalam pertembungan sengit di baldah Yabud, selatan Jenin.

Sumber yang berada di lokasi kejadian menegaskan, puluhan alat militan Israel dilancarkan ke desa Yabud dan memprovokasi penduduk dengan menggunakan pembesar suara. Akibat provokasi tersebut berlaku pertempuran yang menyebabkan 10 warga Palestin mengalami sesak nafas kerana terkena gas pemedih mata.

Seorang pemuda Palestin Ahmad Taisir Hamarisyah (27) tercedera akibat lemparan pemedih mata yang terkena ke badannya. Beliau dibawa ke hospital di Jenin untuk menerima rawatan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah: Penahanan saya tidak akan menjejaskan semangat saya

Isnin, 09-03-2014 – Sheikh Ra’ed Salah, pemimpin Pergerakan Islam dalam tanah jajahan 1948, memperkecilkan impak hukuman penjara yang dikenakan terhadap beliau , dan menegaskan bahawa beliau akan tetap mempertahankan Masjid Al-Aqsa walaupon berada di dalam penjara.“Keputusan ini sangat menggembirakan hati saya kerana ini jelas menunjukkan kemuncak ketidakadilan Zionis dan memberi berita baik kepada saya bahawa penjajahan ini bakal berakhir, dengan izin Allah,” katanya dalam sidang berita berikutan perbicaraan pada Selasa lepas.

“Walaupun telah ditahan dan dipenjarakan berkali-kali, ketabahan dan kekuatan saya tidak akan terjejas, saya tetap seperti saya sebelum perbicaraan berlaku,” tambahnya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin bantah sekatan berterusan bahan binaan

Isnin, 09-03-2014 – Pekerja Palestin telah mengadakan demonstrasi pada Rabu lalu bagi mendesak Israel supaya menghentikan sekatan bahan binaan, dan menyeru kepada komuniti antarabangsa untuk mengakhiri cengkaman Israel ke atas Semenanjung Gaza yang telah terjadi selama 8 tahun berturut-

Demonstrasi anjuran Persatuan Umum Kesatuan Sekerja Palestin diadakan di luar kawasan projek pembangunan yang terbengkalai akibat kekurangan bahan binaan. Peserta demonstrasi itu memegang sepanduk dan melaungkan slogan supaya sekatan bahan binaan dan
pengepungan Semenanjung Gaza yang sedang berlangsung itu dihentikan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

OCHA: Penduduk Palestin di Kawasan C paling terdedah dengan polisi Israel

Isnin, 09-03-2014 – Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) di Palestin telah mengeluarkan maklumat baru pada Rabu lalu berhubung penduduk Palestin terjejas akibat dasar-dasar Israel di Kawasan C, Tebing Barat.

Menurut OCHA, dianggarkan 300,000 rakyat Palestin tinggal dalam ratusan kawasan kediaman yang terletak di Kawasan C hampir berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya.

“Penduduk di Kawasan C adalah antara yang paling terdedah di Tebing Barat dari segi keperluan kemanusiaan, termasuk akses kepada perkhidmatan asas,” kata Ramesh Rajasingham, ketua pejabat OCHA Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin memberi amaran tentang konspirasi Israel terhadap Istana tinggalan Umayyah

Isnin, 09-03-2014 – Para tokoh di Baitulmuqaddis memberi amaran tentang keputusan Mahkamah Daerah di Baitulmuqaddis untuk memindahkan pengurusan kawasan arkeologi di selatan Masid Al-Aqsa (istana era Umayyah) kepada Persatuan Elad.

Ketua Jawatankuasa Islam, Sheikh Ikrima Sabri berkata, kesatuan itu melakukan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dan ingin mencetuskan perang agama di kawasan itu.

Dr Sabri berkata, rejim Israel bertanggungjawab terhadap perkembangan ini dan menyeru kerajaan Arab dan Islam untuk mengambil tindakan serius bagi menghalang konspirasi yang menyasarkan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa. Sheikh Abdel Azim Salhab, ketua jawatankuasa Waqaf Islam berkata dalam kenyataannya pada Khamis bahawa rejim tidak berhak merubah keadaan Baitulmuqaddis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

IOF menangkap beberapa orang warganegara di Tebing Barat

Isnin, 09-03-2014 – Regim Zionis Israel (IOF) menahan pada subuh Khamis beberapa warganegara di Tebing Barat, termasuk lima aktivis dalam pergerakan Jihad Islam semasa serbuan ke atas kem pelarian Jenin, barat bandar itu. Sumber Jihad Islam memberitahu PIC bahawa IOF menyerbu pada waktu subuh rumah pemimpin Khaled Abu Zeina, 50, selepas membuka pintu, dan menahan beliau. Tentera Israel juga telah memecah masuk rumah-rumah pasukan pergerakan Jihad Islam, dan menahan empat daripada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

6 Pelarian Palestin di Syria Meninggal Dunia

Isnin, 09-03-2014 – Petugas untuk pelarian Palestin di Syria menyatakan, enam pelarian Palestin meninggal dunia semalam di Syria akibat kekurangan air dalam badan, kesan sekatan dan serangan pasukan regim ke kem-kem pelarian Palestin.

Dalam pernyatannya semalam, Khamis (6/3) pihak petugas menegaskan, warga Palestin, Muhammad Daib Muhammad Zain dan Muhammad Khalid Abdullah maut akibat kekurangan air dalam badan dan berlanjutan sekatan dan serangann terhadap kem pelarian Yarmuk.

Mangsa korban lain adalah Taisir Ahmad Husain semalam di kem Yarmuk yang merupakan salah seorang ahli Front Rakyat dan anak-anak Muhammad Misri, Umar Hamadis dan Mahmud Shibli setelah kem Handarat menjadi sasaran serangan.Serangan roket dari udara pasukan regim secara agresif ke kem pelarian Handarat di Aleppo semalam telah menyebabkan kerosakan teruk sejumlah rumah di kem tersebut. Tiga orang dinyatakan meninggal dunia.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas remaja Palestin

Isnin, 09-03-2014 – Pusat Ahrar bagi Kajian Banduan mengutuk keputusan mahkamah Israel untuk memenjarakan remaja Palestin Mahmoud al-Hotari, 17, selama 10 bulan dan denda beranggaran 6,000 shekel.

Pengarah pusat Ahrar, Fouad Khuffash menegaskan bahawa al-Hotri telah ditahan pada 26 Jun 2013 bersama abangnya yang telah dibebaskan sebulan yang lalu.

Fouad Khuffash berkata bahawa bilangan kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara Israel telah meningkat dengan ketara sejak permulaan tahun 2014, mereka mengalami penderitaan ketika berada di dalam tahanan dan juga soal siasatan yang sangat sukar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Israel menahan pemimpin Barisan Popular di Nablus

Isnin, 09-03-2014 – Tentera Zionis telah menahan salah seorang pemimpin Barisan Popular di Nablus, di jalan di antara bandar Nablus dan bandar Ramallah pada hari rabu (5-3).

Menurut sumber dalam Barisan Popular di Nablus kepada wartawan ”Pusat Maklumat Palestin”, tentera zionis telah menahan pemimpin, Hossam al-rizzah (55 tahun) di Pusat Pemeriksaan Tentera di jalan Ramallah, Nablus berhampiran dengan kem “Bait Eil”,
dan bergerak terus ke kem Hawara, selatan Nablus.

Sumber menambah bahawa tentera zionis telah menukar al-Rizzah ke tahanan pentadbiran bagi tempoh 6 bulan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Laporan: Israel telah mula membina sebuah taman dan teres menghadap timur Baitulmaqdis

Jumaat , 07-03-2014 – Pusat maklumat Wadi Hilwa-Silwan berkata bahawa pihak berkuasa regim zionis Israel memulakan satu projek Judaization baru di tanah Palestin di kejiranan Al-Sawana di timur Baitulmuqaddis.

Dalam satu laporan pada hari Selasa, pusat maklumat berkata projek itu termasuk penubuhan sebuah taman dan teres tempat duduk yang menghadap ke Bandar Lama Jerusalem, Masjid Aqsa dan kawasan sekitar dan kawasan kejiranan mereka.

Pusat itu berkata Moriah syarikat pembinaan telah diupah oleh majlis perbandaran Israel di Jerusalem untuk menjalankan projek ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kesihatan para tahanan yang mogok di Hospital Kaplan semakin teruk

Jumaat , 07-03-2014 – Peguam di kementerian hal ehwal tahanan di Tebing barat berkata, keadaan kesihatan para tahanan yang mogok di hospital Kaplan semakin teruk.

Peguam itu berkata, para tahanan muntah darah dan mereka diikat di katil hospital.Beliau menyebut dalam laporannya yang keadaan kesihatan tahanan Muammar Banat dan Akram al-Fasissi, yang sedang mogok lapar membantah penahanan mereka, semakin merosot.

Banat memberitahu peguam itu di Kementerian Tahanan Hanan al-Khatib bahawa mereka diasingkan di hospital dalam keadaan teruk dan tahanan lain melayan mereka dengan buruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah :  nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis tahan kanak-kanak Palestin

Jumaat , 07-03-2014 –Tentera penjajahan Israel (IOF) menahan seorang kanak-kanak Palestin di rumah keluarganya di Bandar Lama Al-Khalil pada Rabu lalu.

Sumber tempatan berkata askar IOF telah memecah masuk rumah keluarga Shehde Salayma di Bandar Lama Al-Khalil dan membawanya pergi selepas melakukan keganasan terhadap anggota keluarganya dan menyelongkar rumah itu.

Kata mereka tentera tidak memberi apa-apa sebab penangkapan kanak-kanak itu dan tidak menyatakan di mana dia ditahan.

Sumber-sumber berkata tentera Israel telah menyerbu beberapa lorong di Bandar Lama sementara unit-unit lain berpecah ke kem pelarian Aroub, utara Al-Khalil, pada waktu waktu pagi dan memulakan operasi mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz