Khamis , 08-08-2019 – Tentera Zionis pada pagi Selasa telah menghancurkan beberapa bangunan di wilayah Palestin sekitar pekan Beit Jala, barat Bethlehem, atas alasan pembinaan tersebut tidak berlesen.
Jurucakap pegawai tempatan, Hasan Brijiyeh melaporkan bahawa, Zionis menyerang kejiranan Beit Aouneh di Beit Jala dan memusnahkan beberapa asas rumah yang sedang dibangunkan.
Zionis mempertahankan tindakan mereka atas alas, pembinaan di Kawasan C sekitar Tebing Barat yang dikawal oleh Israel tidak mendapat sebarang lesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : syed ahmad muhsin
Rabu , 07-08-2019 – Jawatankuasa Pembinaan dan Perancangan Israel telah mengemukakan perancangan baru untuk membina di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut Jerusalem Post, empat pos yang mana sebahagiannya telah dipindahkan, akan dibina semula. Akhbar Israel itu tidak menyebutkan maklumat lanjut.
Jerusalem Post menyatakan yang Kabinet Keselamatan Israel beberapa hari lalu mengambil keputusan untuk membina 700 unit kediaman di Kawasan C, yang ditadbir secara ekslusif oleh Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nur idawati
Rabu , 07-08-2019 – Paderi Atallah Hanna memberi amaran terhadap apa yang dipanggil sebagai kumpulan “Kristian Bersatu untuk Israel” di Amerika, menyelar golongan itu sebagai sebuah pertubuhan yang “memainkan peranan politik saling mencurigai yang bertentangan dengan keadilan, menyokong penjajah Israel serta mengamalkan dasar dan tindakan yang memerangi rakyat Palestin.”
Hanna, Ketua Paderi Gereja Ortodok Palestin di Baitulmuqaddis menjelaskan bahawa organisasi Amerika itu mendapat sokongan dari pihak pentadbiran Amerika Syarikat masa kini dan dari sesetengah golongan penganut Kristian.yang sesat.
Beliau berkata bahawa “kumpulan itu melakukan sesuatu yang bukan dari ajaran Kristian dan ahlinya adalah Zionis yang mentafsir kitab Bible mengikut kehendak mereka.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 07-08-2019 – Rangkaian Solidariti Tahanan Palestin (Samidoun) menggesa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap tahanan Palestin dengan menengahkan isu berkenaan ke Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Agensi yang bertapak di Brussel itu telah menggesa PLO mengusahakan supaya Majlis Keselamatan dan Perhimpuan Agung mengadakan sesi khas untuk membincangkan isu tahanan Palestin di pusat-pusat tahanan Israel.
Samidoun menegaskan betapa pentingnya pihak-pihak antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam dan terancang oleh pihak Israel ke atas warga Palestin di pusat-pusat tahanan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu , 07-08-2019 – Kerajaan Haram Israel berhasrat untuk menghormati seorang pelampau rabbi yang memuji pembunuhan orang bukan Yahudi, terutama umat Islam di Palestin.
Menurut akhbar Haaretz, Menteri Pendidikan Rabbi Rafi Peretz dan Menteri Pengangkutan Bezalel Smotrich akan mengiktiraf rabbi Yitzchak Ginsburgh, yang memuji pembunhan kejam tahun 1994 di kota al-Khalil dan sebelumnya dituduh menghasut perkauman.
Para menteri akan berucap pada acara Khamis di mana anugerah akan diberikan kepada Ginsburgh.
Rabbi yang dilahirkan di AS terkenal menerbitkan sebuah risalah yang memuji tindakan pengganas Baruch Goldstein, yang pada tahun 1994 melakukan pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi, di mana dia membunuh 29 orang Muslim dan puluhan yang cedera ketika mereka berdoa.
Ginsburgh juga termasuk para rabbi yang menulis buku “The King Torah” yang membincangkan keadaan di mana orang Yahudi boleh membunuh orang bukan Yahudi mengikut undang-undang Yahudi.
Hadiah akan diberikan di bawah naungan institusi yang dipanggil “Cathedra for Torah and Wisdom,” yang menerima sokongan kewangan dari jabatan Kementerian Pendidikan untuk budaya Yahudi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa , 06-08-2019 - Jurucakap Hamas, Hazem Qassem mengatakan bahawa tindakan berterusan pihak Otoriti Palestin melaksanakan perjanjian dengan penjajah Israel membuktikan sikap dan keupayaan pihak Otoriti Palestin. Beliau meminta pimpinan Otoriti Palestin untuk mengeluarkan keputusan agar berhenti berurusan dengan perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan penjajah Israel hingga benar-benar dilaksanakan keputusan tersebut.
Bukan sekadar pengumuman melalui media semata-mata. Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan pada Rabu (31/7/2019) malam, Hazem Qassem menegaskan bahawa berlanjutnya kesan dari perjanjian-perjanjian antara Otoriti Palestin dan penjajah Israel, terutama koordinasi keamanan, yang diantaranya tindakan penangkapan warga Palestin secara berterusan yang dilakukan pihak keselamatan dan pasukan penjajah Israel, menimbulkan banyak pertanyaan tentang keseriusan Otoriti Palestin dalam keputusannya untuk menghentikan perjanjian-perjanjian dengan penjajah Israel.
Beberapa hari yang lalu Presiden Otoriti Palestin Mahmud Abbas mengumumkan bahawa dia telah membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan perjanjian-perjanjian dengan penjajah Israel. Akan tetapi dia menyatakan telah menugaskan panitia untuk menentukan mekanismenya, tanpa mengumumkan secara rasmi pelaksanaan keputusan tersebut. Penganalis politik, Sari Arabi menilai bahawa pengumuman yang dikeluarkan Mahmud Abbas tersebut akan menjadi tidak bererti.
Ini kerana pimpinan Palestin sepenuhnya menyedari bahawa pilihan yang merugikan rakyat Palestin akibat jalan yang mengarah ke perjanjian ini menjadi dasar berdirinya Otoriti Palestin, adalah pilihan yang salah. Oleh itu tidak ada cara untuk memperbaikinya kecuali keluar dari perpanjian tersebut. Arabi mengatakan, memang benar akan terjadi sikap yang meragukan keseriusan Otoriti Palestin untuk benar-benar keluar dari perjanjian-perjanjian tersebut.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa , 06-08-2019 – Beberapa jam setelah mengarahkan seorang kanak-kanak empat tahun disiasat, polis rejim mengeluarkan satu lagi arahan untuk menyiasat seorang kanak-kanak.
Menurut sumber tempatan di bandar Issawiya, Qais Obeid, 6 tahun menerima arahan dari polis Israel agar pergi ke mana-mana balai di kota suci itu pada pagi Rabu.
Isnin lepas, polis rejim menyerbu daerah Issawiya di timur Baitulmuqaddis dalam usaha untuk menangkap Mohamed Aliyan, 4 tahun sebelum menyerahkan arahan untuk disoal siasat kepada keluarganya. Polis rejim menuduh kanak-kanak tersebut atas perbuatan membaling batu ke arah mereka di Issawiya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 06-08-2019 – Rejim Zionis (IOF) pada waktu subuh hari Rabu menculik sejumlah rakyat Palestin, termasuk bekas tahanan, semasa serangan rumah di kawasan berbeza Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menangkap 14 warga Palestin, aktivis dan bekas tahanan di Nablus, al-Khalil, Ramallah, Tulkarem, Qalqilya dan Jenin.
Mereka melaporkan bahawa pertempuran ganas berlaku di kem pelarian Jalazone berhampiran Jenin apabila Rejim Zionis IOF menyerbu kawasan itu di tengah-tengah tembakan peluru dan bom gas pemedih mata.
Beberapa rakyat Palestin mengalami kesukaran bernafas dan diberi rawatan di lapangan, tambah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Selasa , 06-08-2019 – Rabu lalu Kabinet Keselamatan Israel telah meluluskan pelan untuk membina 6,000 unit perumahan di kawasan penempatan Israel di Tebing Barat.
Dalam konteks berkaitan, Kabinet Keselamatan telah memutuskan untuk membenarkan pihak Palestin untuk membina 715 unit perumahan di Kawasan C, yang merangkumi 60% dari seluruh keluasan Tebing Barat dan ditadbir sepenuhnya oleh pihak Israel.
Sumber media Israel berkata bahawa keputusan ini dibuat beberapa hari sebelum menjelangnya lawatan penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, ke Israel dan beberapa negara Arab yang lain.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Israel telah mempertingkatkan aktiviti pembinaan penempatan di Kawasan C. Dalam masa yang sama, berpuluh-puluh kediaman dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan di bawah alasan tidak berlesen.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Selasa , 06-08-2019 – Pergerakan Hamas mengatakan bahawa negara haram Israel akan mendapat balasan setimpal terhadap serangan ganas ke atas Baitulmaqdis dan penduduknya.
Dalam satu kenyataan pada Rabu lalu, Hamas mengatakan bahawa sokongan yang tidak pernah wujud oleh pentadbiran Amerika terhadap Israel, kesunyian antarabangsa terhadap pelanggaran dan gelombang normalisasi di rantau Arab telah membangkitkan usaha Israel untuk melaksanakan pembunuhan beramai-ramai di Sur Bandar Baher dan menyasarkan daerah Issawiya dan rakyatnya setiap hari.
Gerakan Hamas mendesak dunia Arab dan Islam untuk menguatkan sokongan kepada Baitulmaqdis dan rakyatnya serta tidak meninggalkan mereka bersendirian dalam menghadapi serangan Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis , 01-08-2019 - Tidak peduli bahawa tindakannya telah melanggar undang-undang, norma dan peraturan antarabangsa, Israel terus melakukan pelanggaran berat hak asasi manusia terhadap kanak-kanak Palestin. Pihak Otoriti penjajah Israel di al-Quds memburu seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, setelah sebelumnya pelanggaran yang sama terjadi pada kanak-kanak berusia 4 tahun, dengan melayangkan surat panggilan untuk disoal siasat melalui keluarganya.
Menurut sumber tempatan di kota Issawiya, di al-Quds, pasukan penjajah Israel menghantar surat panggilan rasmi kepada kanak-kanak Palestin bernama Qais Ubaid melalui keluarganya untuk datang ke pusat soal siasat Israel di al-Quds pada hari Rabu (31/7/2019) jam 8 pagi. Melalui laman web, warga media sosial media menyatakan kecaman terhadap kezaliman pihak Israel kepada kanak-kanak termasuk dipenjara dan dibunuh.
Sebelumnya, pada Isnin (29/7/2019) malam, pasukan penjajah Israel dalam jumlah besar menyerbu kota Issawiya di al-Quds yang diduduki penjajah Israel, dengan target untuk memburu seorang kanak-kanak bernama Mohammed Rabia Alyan, yang usianya tidak lebih dari empat tahun.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 01-08-2019 – Polis rejim Israel cuba menculik seorang kanak-kanak berusia 4 tahun di Baitulmuqaddis dan mengarahkan keluarganya menyerahkan beliau untuk disoalsiasat.
Menurut sumber tempatan, sejumlah besar polis rejim menyerbu daerah Issawiya di timur Baitulmuqaddis untuk menangkap kanak-kanak Palestin, Mohamed Aliyan.
Polis rejim mengejar kanak-kanak tersebut dan apabila keluarganya muncul, mereka menyerahkan arahan untuk membawanya ke balai polis di kota suci itu pada Isnin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Khamis , 01-08-2019 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran akan bahaya yang boleh mengancam nyawa ramai penghidap Thalassemia dan Hemophilia disebabkan ketiadaan beberapa jenis ubat bagi merawat penyakit tersebut.
Semasa sidang media yang diadakan di European Hospital di Khan Younis, pegawai kesihatan kementerian itu, Hani Ayyash yang merupakan seorang pakar penyakit darah merayu kepada semua pihak berkaitan dan sesiapa yang mahu membantu Gaza supaya dapat menghulur bantuan dengan membekalkan ubat-ubatan yang pesakit seperti mereka itu perlukan dan bagi membolehkan mereka terus hidup.
Beliau menjelaskan bahawa kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk penghidap barah darah boleh menyebabkan mereka mengalami komplikasi kesihatan yang serius dan juga membawa maut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Khamis , 01-08-2019 – Kabinet Keselamatan Israel sedang membincangkan pelan penempatan baru yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk “Kawasan C” di Tebing Barat .
Hari Selasa lalu akhbar Haaretz melaporkan bahawa mengikut pelan cadangan Netanyahu, sebanyak 6,000 unit perumahan akan dibina di kawasan penempatan Israel.
Perbincangan ini diadakan menjelang lawatan ke Israel daripada penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner, yang dijadualkan berlangsung dalam beberapa hari lagi.
Kushner juga bertanggung jawab untuk melaksanakan apa yang digelar “Perjanjian Abad Ini” (“Deal of the Century”), yang didakwa pihak Amerika akan menyelesaikan kemelut konflik Palestin-Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ezatul
Rabu , 31-07-2019 – Yayasan Muhjat al-Quds untuk Syuhada dan Tahanan berkata yang tahanan Palestin di Bahagian 1 penjara Ramon baru-baru ini diserbu berulang kali di penjara mereka serta turut menerima denda kewangan.
Ini dinyatakan dalam surat oleh tahanan daripada Gerakan Jihad Islam dan dibuat salinan yang diperolehi oleh Muhjat al-Quds.
Menurut surat tersebut, sel-sel di bahagian 1 penjara itu telah digeledah berulangkali oleh rejim Isrel sejak pentadbiran penjara melanggar janji untuk menyediakan telefon awam kepada para tahanan di setiap bahagian.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati