Categories
Berita Semasa

Kementerian Perancangan: Israel membunuh seorang warganegara, dan telah menangkap 290 yang lain sepanjang September

Jumaat,18-10-2013 – Kementerian Perancangan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis pada bulan September meneruskan polisi-polisi penindasan terhadap rakyat Palestin, dimana mereka berterusan menyerang rakyat Palestin manakala rampasan juga tanah telah meningkat.

Seorang warganegara terbunuh manakala 70 yang lain cedera pada bulan yang lalu. Regim zionis juga menahan 290 orang rakyat Palestin dari bahagian yang berlainan di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Semenanjung Gaza.

Kata kementerian itu dalam laporan bulanannya, yang memantau pelanggaran Israel yang paling menonjol dan penyelewengan terhadap rakyat Palestin, dimana bulan September menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel menangguhkan perbicaraan Mona Qadan untuk kali kesembilan

Jumaat,18-10-2013 – Satu mahkamah Israel menangguhkan perbicaraan tahanan Mona Qadan pada Selasa untuk kali kesembilan berturut-turut, pusat kajian dan hak asasi tahanan Ahrar menyatakan.

Fuad Al-Khafsh, pengarah pusat itu berkata, mahkamah Israel telah berulang kali menangguhkan perbicaraan Qadan, 43, tanpa sebarang sebab. Beliau berkata mahkamah Israel tidak mengambil berat keadaan kesihatan Qadan yang membimbangkan. Qadan berasal dari perkampungan Arraba di Jenin. Beliau menyebut bahawa Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) menghalang keluarga Qadan melawat dan setiap kali saudara Qadan memohon kebenaran untuk melawat ia akan ditolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Israel Mengotorkan Halaman Masjid Al-aqsa

Rabu,09-10-2013 – Hampir 22 orang zionis Israel mengotorkan halaman masjid al-Aqsa sebentar tadi dari pintu Mughrabi yang dijaga pasukan polis Israel dan pasukan khas yang dilakukan penceroboh sepanjang operasi pencerobohan. Mereka melaksanakan solat talmud di situ.

Sumber tempatan berkata, jumlah penceroboh Israel berkurangan secara ketara berbanding pencerobohan sewaktu perayaan yahudi di mana halaman masjid al-aqsa hari ini menyaksikan kehadiran yang ketara di kalangan jemaah solat, pelajar dan pelawat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sani’a: Ketegangan pada tahun wilayah 1948 membuka jalan bagi Intifada baru

Rabu,09-10-2013 –Talab Sani’a, ketua Parti Demokratik Arab di Palestin pada 1948, berkata keadaan rakyat Palestin di wilayah 1948 telah bertambah buruk sejak Al-Aqsa Intifada pada tahun 2000.

Beliau menegaskan bahawa keganasan Israel terhadap warga Arab dalam Talian Hijau telah meningkat. Sani’a memberitahu Quds Press pada hari Sabtu bahawa amalan Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah 1948, terutamanya melanggar hak-hak asasi mereka, membuka jalan bagi tercetusnya Intifada yang baru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hamas berhubung rapat dengan Qatar

Rabu,09-10-2013 – Ezzat Resheq, ahli biro politik Hamas, menafikan sebarang perubahan dalam perhubungan dengan Qatar, dan menekankan bahawa Qatar memberikan Hamas kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

Resheq menafikan laporan yang direka oleh beberapa pihak media tentang sekatan pergerakan pemimpin Hamas di Qatar dan berkata, “kami menikmati kebebasan bekerja dan bergerak. Hubungan kami dengan Emir Qatar adalah sangat rapat dan khabar angin itu bertujuan menjejaskan Hamas dan Qatar.”

Beliau menekankan bahawa rundingan dengan tentera Israel menutup jenayah dan perancangan Israel ke atas tanah dan kawasan suci Palestin untuk memasukkan unsur Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

 

Categories
Berita Semasa

Rasyiq: Qatar Telah Berikan Pelbagai Kemudahan Kepada Gaza

Rabu,09-10-2013 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezat Rasyiq membantah cadangan perubahan tentang hubungan Hamas-Qatar. Beliau menegaskan, bahkan hubungan dengan Doha berada dalam keadaan terbaik sekarang ini. Qatar telah memberikan pelbagai bentuk kemudahan kepada Hamas. Ia telah memenuhi semua keperluan Gaza.

Adalah tidak benar tentang beberapa berita media yang melaporkan bahawa gerakan Hamas terkongkong di Qatar.Kholid Misy’al bersama beberapa pimpinan Hamas lainya menikmati kebebasan dan dapat bergerak bebas. Hubungan kami dengan Emir Qatar sangat baik. Semua isu dan berita buruk tentang Hamas di sana, hanya bermaksud memperburuk hubungan Hamas dan Qatar.

Dalam status facebooknya, Ahad (6/10) Rasyiq mengatakan, ada 10 kesimpulan berkait perkembangan terakhir di Palestin. Perundingan dengan Zionis telah memberikan kesempatan bagi mereka untuk melanjutkan kejahatan dan rancangan buruknya untuk menghancurkan dan mengambil alih tanah untuk diyahudikan. Keadaan ini tentu menjadi kewajiban kepada kita semua untuk menghalangnya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mohamed al-Ramahi dari Ramallah memasuki tahun kesembilan berada dalam tahanan

Rabu,02-10-2013 – Menurut Pusat Pengajian Tahanan Ahrar dan Hak Asasi Manusia, Mohamed Omar Mohamed al- Ramahi, 25 tahun, tahanan dari bandar Ramallah telah masuk tahun kesembilan berturut-turut berada di penjara Zionis.

Al-Ramahi ditahan pada 29/9/2005 di rumahnya yang terletak di al-Bireh, dan ketika itu beliau adalah seorang pelajar menengah am. Sementara itu, pengarah pusat pengajian Ahrar, Fuad Khuffash berkata, al-Ramahi didakwa terlibat dalam kes pembunuhan salah seorang pemimpin perisikan zionis dalam tempoh itu bersama sekumpulan lelaki muda dan semuanya telah ditangkap.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Sekatan dan kekurangan bahan bakar menyulitkan pembelajaran di Gaza

Rabu,02-10-2013 – Kementerian Pendidikan menegaskan sekatan di Rafah dan kekurangan bahan bakar mengakibatkan pembelajaran di Gaza mengalami kesulitan. Dengan adanya sekatan dan kenderaan yang tidak dapat bergerak memberi kesan kepada pelajar dan mahasiswa di Gaza.

Kementerian Pendidkan mendesak masyarakat antarabangsa dan Hak Asasi Manusia agar campur tangan bagi menghapuskan sekatan yang dikenakan.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis isytihar penempatan musnah sebagai zon ketenteraan tertutup

Rabu,02-10-2013 – Tentera rejim Israel (IOF) mengistiharkan penempatan Khirbat Makhoul yang telah musnah sebagai zon ketenteraan tertutup untuk mencegah perarakan. Aref Daraghme, penegrusi perbandaran Wadi Al-Malih, berkata IOF membuat sekatan jalan raya menuju ke penempatan itu dan sekitarnya.Beliau menyatakan IOF semakin meningkatkan keberadaan mereka untuk menghalang perarakan kesatuan para aktivis dan wartawan ke penempatan itu yang telah dimusnahkan tiga kali oleh IOF sejak beberapa minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan kerajaan Gaza terhadap Mesir agar buka lintasa Rafah bagi mengelakkan bencana kemanusiaan

Rabu,02-10-2013 – Kerajaan Palestin merayu pihak berkuasa Mesir supaya mengambil kira keadaan penduduk yang dikepung di Gaza dengan membuka semula lintasan Rafah.

Kamel Abu Madi, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Gaza, dalam sidang akhbar yang diadakan petang Ahad lalu di Rafah menyeru Mesir membuka Rafah di kedua-dua arah.

Beliau menegaskan jumlah pelepasan telah berkurangan secara mendadak tahun ini dan memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di Gaza, sambil menyatakan lintasan itu dibuka selama enam hari sahaja sejak awal bulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Seorang ibu merayu untuk melepaskan kedua-dua anak-anaknya

Rabu,02-10-2013 – Keluarga Houtari merayu kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berkenaan dengan hak-hak kanak-kanak untuk campur tangan dan menuntut pembebasan dua kanak-kanak yang berada di penjara-penjara Israel.

Ibu Ali dan Mahmoud Al-Houtari, dari Qalqilia, berkata Regim Zionis Israel (IOF) menahan anak-anaknya Jun lalu ketika sedang membuat persediaan untuk peperiksaan sekolah akhir tanpa memberi sebab penangkapan itu.

Dia berkata bahawa Ali, 18 tahun, dan Mahmoud, 16 tahun, telah ditahan selama seminggu di sebuah pusat soal siasat sebelum mereka dipindahkan ke penjara Megiddo menunggu perbicaraan mereka atas tuduhan membaling Molotov koktel dan juga batu kearah askar regim IOF.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan Mesir Tangkap Dan Paksa Penduduk Palestin Mengaku Sebagai Ahli Hamas

Rabu,02-10-2013 – Sumber yang dipercayai dari pihak keselamatan Mesir dan Palestin mengingatkan penangkapan yang dilakukan pihak keamanan Mesir terhadap sejumlah pemuda Palestin yang memiliki identiti Mesir dan Palestin di Sinai baru-baru ini merupakan bahagian dari rancangan memperketat sekatan Gaza, yang berasaskan dakwaan bahawa Hamas camputangan dalam urusan dalaman Mesir.

Sumber menyebutkan, di antara mereka yang ditangkap adalah dua orang pemuda dari keluarga Syair, Ahmad Naim Iwad Syair (15) warga Rafah Mesir, dan Hisyam Jabar Syair (16) dari Rafah Palestin, di samping dua orang dari Gaza yang dipaksa memakai baju bercetak “Brigade Al-Qassam” dan memaksa membawa senjata RPJ, serta mengancam mereka untuk mengaku sebagai anggota Al-Qassam yang dikirim untuk melakukan operasi menganggu ketenteraman Sinai.Setelah rakaman pengakuan, mereka dijanjikan pembebasan namun ternyata mereka tidak dibebaskan dan dipindahkan ke penjara Abu Za’bal.

Menurut sumber tersebutlagi, keluarga dari penduduk yang ditangkap bertekad untuk menyampaikan hal ini kepada media, untuk menjelaskan hakikat yang menimpa anak-anak mereka yang dilakukan pihak keamanan Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pemeriksaan di Persekitarab Ya’bad , Selatan Jenin

Selasa,01-10-2013 – Pasukan Zionis menjalankan pemeriksaan secara besar-besaran di persekitaran kota Ya’bad selatan bandar Jenin pada pagi hari Rabu. Mereka juga mendirikan sebuah halangan di pintu masuk kota itu dan memeriksa semua kenderaan.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa lebih 15 kenderaan tentera ditempatkan disepanjang jalan yang menghubungkan kota Ya’bad dan barat Tura, manakala pasukan tentera pula ditugaskan di kawasan ladang zaitun, utara Ya’bad untuk menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Sumber-sumber tersebut berkata lagi, satu lagi kegiatan pemeriksaan dijalankan oleh pasukan tentera pada waktu subuh hari ini diiringi dengan melepaskan senjata api, bom serta peluru optik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana

Categories
Berita Semasa

Regim Zionis menghampiri pintu masuk utama ke kampung Beit Ummar, untuk menangkap pemuda

Selasa,01-10-2013 – Regim Zionis Israel (IOF) telah menutup sebuah pagar besi pintu masuk utama ke kampung Beit Ummar, utara Al-Khalil, pada malam Selasa.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa tentera rejim Zionis bersama-sama dengan pegawai-pegawai perisikan dalam tiga jip tentera telah menyekat pergerakan rakyat dalam dan di luar kampung.

Mereka berkata bahawa tentera memecah masuk ke banyak rumah-rumah di kampung mencari orang-orang yang melemparkan koktel Molotov di menara tentera berhampiran kampung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penempatan zionis dianggap melanggar perjanjian antarabangsa secara terang-terangan

Selasa,01-10-2013 – Hanna Issa, Setiausaha Agung Jawatankuasa Islam-Kristian sokongan Baitul Maqdis menganggap penempatan zionis di bumi Palestin yang diduduki termasuk Jerusalem adalah satu pelanggaran perjanjian antarabangsa secara terang-terangan.

Issa berkata dalam satu kenyataan bahawa semua penempatan zionis di Palestin berada di bawah undang-undang antarabangsa di samping pemindahan penduduk Palestin bercanggah dengan semua prinsip-prinsip antarabangsa dan Perjanjian Geneva yang keempat pada tahun 1949, di mana perjanjian ini memperincikan siri panjang larangan yang dikenakan ke atas kuasa penjajah, dan intipati perjanjian ini pada waktu ini melarang penempatan semula penduduk Israel di Palestin.

Beliau berkata lagi, apa yang saya sahkan semula oleh banyak keputusan antarabangsa yang sah yang mengesahkan penafian mana-mana status undang-undang penempatan, dan keputusan ni juga meminta pemansuhan dan pembubaran penempatan termasuklah di Jerusalem di mana pembinaan penempatan menjejaskan hak-hak penduduk Palestin di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah