Categories
Berita Semasa

Hamas: Pemerintah Kerajaan Perpaduan Lari Daripada Tanggungjawab

Selasa , 06-01-2015 – Gerakan Perjuangan Islam Hamas dalam pernyataan hari ini, Isnin (5/1/2015), menuduh PM Kerajaan Perpaduan Nasional Dr. Rami Hamdallah, telah lari dari tanggungjawabnya terhadap Semenanjung Gaza.

Jurucakap Hamas Dr. Sami Abu Zuhri mengatakan, ?Seruan PM Rami Hamdallah agar pintu masuk diserahkan adalah alasan untuk lari dari tanggungjawabnya, kerana pada dasarnya memang tidak ada pegawai pemerintah sebelumnya di pintu masuk dengan penjajah Zionis.?

Gerakan Hamas meminta Hamdalah untuk menghentikan tindakan diskriminasi dan mengabaikan apa yang terjadi di Semenanjung Gaza. Hamas meminta Hamdalah agar tidak mejadi alat untuk melaksanakan permainan politik Mahmud Abbas yang mencekik Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Banduan Palestin menggeletar kesejukan, IPS tidak endah

Selasa , 06-01-2015 – Tahanan–tahanan Palestin yang ditahan dalam penjara Israel melancarkan isyarat kecemasan atas keadaan mereka dalam penjara yang tragis berikutan kekurangan selimut dan cuaca musim sejuk yang melampau.

Tahanan Palestin dalam penjara Ofer dan Shatta bersuara menentang sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) terhadap penderitaan yang dialami para tahanan dengan kedatangan musim sejuk beku di Palestin. Laporan yang dikeluarkan oleh satu jawatankuasa tahanan dan bekas tahanan penjara telah menimbulkan kesedaran mengenai kekurangan tilam panas dan selimut di penjara Shatta Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Erdogan mengubah nasib keluarganya dari kehidupan yang daif di Miyah wa Miyah

Selasa , 06-01-2015 – Keberanian kerajaan Turki menyokong rakyat Palestin di Semenanjung Gaza didalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera laut Israel ke atas kapal bantuan Turki, Mavi Marmara memotivasikan seorang pelarian Palestin, Muhammad Shana’a untuk menamakan anaknya bersempena nama Perdana Menteri Turki itu, Recep Tayyip Erdogan.

Ketika itu, Shana’a tidak mengetahui bahawa kanak-kanak ini akan menyebabkan perubahan drastik di dalam kehidupan daifnya di kem pelarian Lubnan. Lawatan Erdogan ke Saida pada tahun 2010 untuk menaja pembukaan Hospital Turki adalah satu peluang keemasan kepada Shana’a untuk menemui pemimpin itu.

Selepas 4 tahun daripada pertemuan itu, Shana’a bersama anaknya “Recep Tayyip Erdogan” dan lima adik-beradiknya yang lain beserta ibubapanya telah diberi kerakyatan Turki, sekaligus memberikan mereka peluang untuk memulakan hidup baru menggantikan kehidupan mereka yang miskin dan derita semasa di kem pelarian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Menyerang Rakyat Turki di Masjid al-Aqsa

Isnin , 05-01-2015 – Polis Penjajah Israel menahan seorang remaja Palestin dan menderanya secara fizikal di masjid al-Aqsa pada hari rabu lepas.

Jurucakap Penguatkuasa Waqaf Islam, Firas al-Debs berkata bahawa polis Israel itu terlibat dengan perbalahan dengan remaja Palestin ketika kehadirannya di Kubah Batu, dalam kawasan masjid Al-Aqsa sebelum menahannya secara keras.

Debs menerangkan bahawa seorang polis bercakap dan meminta pasport remaja Turki itu secara kasar, walaupun remaja itu tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Hebrew, Arab dan Inggeris. Selepas itu, remaja itu digari dan dibawa ke balai polis di luar masjid al-Aqsa untuk soal-siasat sebelum dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

IOF halang perarakan aman di barat Ramallah

Isnin , 05-01-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) menghalang perarakan yang dianjurkan oleh aktivis penentang di kampung Nabi Saleh, barat Ramallah pada petang Khamis. Perarakan itu bersempena ulang tahun ke 50 gerakan Fatah.

IOF menggunakan gas pemedih mata dan peluru kejutan untuk menyuraikan peserta yang menuju kawasan al-Ain yang menghadapi ancaman untuk di’yahudi’kan. Sejumlah peserta menderita akibat sesak nafas. Manakala, para peserta membaling batu ke arah tentera dan pertelingkahan berterusan selama beberapa jam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Seorang budak perempuan antara empat yang ditahan di seluruh Tebing Barat.

Isnin , 05-01-2015 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menahan dua rakyat Palestin dari Ramallah di dalam kempen serbuan yang dijalankan diseluruh bandar tersebut pada pagi Khamis.

Sumber-sumber tempatan nerkata kedua-dua tahanan ditahan dibawa pergi ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui setelah memecah masuk dan menggeledah rumah mereka. Tahanan politik yang ditahan sebelumnya di penjara PA kerana mempunyai kaitan dengan pergerakan Hamas adalah antara dua tahanan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kejayaan Lawatan Menteri Bergatung Kepada Abbas

Jumaat , 02-01-2015 – Pegawai Kanan Hamas, Salah Bardawil berkata bahawa kejayaan lawatan delegasi kerajaan ke Semenanjung Gaza bergantung kepada betapa seriusnya presiden Mahmoud Abbas untuk melaksanakan perjanjian penyatuan, dan sejauh mana beliau menghormati prinsip penyatuan kebangsaan.

“Lawatan delegasi kementerian Palestin tidak akan berjaya tanpa dua perkara; iaitu betapa seriusnya Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas tentang penyatuan itu, dan bidang kuasa yang beliau (Abbas) berikan kepada delegasi itu untuk melaksanakan perjanjian penyatuan itu,” Bardawil berkata pada Pusat Media Bayan pada Isnin.

“Perkara kedua bergantung kepada sebanyak mana Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin berusaha ke arah konsep penyatuan kebangsaan kerana penyatuan ini bermaksud perkongsian dalam semua perkara tanpa mengabaikan pihak lain untuk kepentingan sesebuah pihak yang lain,” tambah pegawai Hamas itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin

Jumaat , 02-01-2015 – Kapal tentera laut Israel melepaskan tembakan machinegun berat ke arah bot-bot nelayan Palestin di luar pantai Semenanjung Gaza pada pagi Selasa.

Sumber Palestin memberitahu Quds Press bahawa kejadian itu berlaku di luar pantai utara Gaza dan mujurlah tiada kecederaan yang dialami akibat daripada tembakan itu. Mereka berkata , bagaimanapun, tembakan yang berat itu memaksa nelayan untuk kembali ke pantai. Insiden itu ternyata melanggar lagi perjanjian gencatan senjata yang masih baru yang dicapai dengan puak Palestin di Gaza di bawah pengantaraan Mesir pada 26 Ogos lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Resolusi PBB tentang Palestin dihantar semula dengan perubahan besar

Jumaat , 02-01-2015 – Versi yang diubah daripada draf resolusi Palestin-Arab yang dihantar semula oleh Jordan pada Isnin akan diundi pada Selasa termasuk perubahan besar, demikian menurut agensi berita Anadolu.

Draf akhir resolusi itu merangkumi perubahan ke atas yang asal difailkan oleh Jordan pada 17 Disember berkenaan isu tahanan politik, penempatan haram, tembok pemisah dan status Baitulmuqaddis. Ia menyeru agar akhir tahun 2017 merupakan tarikh akhir bagi penarikan diri Israel dari wilayah Palestin yang dijajahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

SMC selar draf resolusi cadagan rakyat Palestin

Jumaat , 02-01-2015 – Majlis Tertinggi Orang Islam (SMC) di Jerusalem melahirkan rasa kesal pada hari Isnin apabila draf resolusi Cadangan Rakyat Palestin tidak didedahkan kepada rakyat Palestin sebelum dihantar kepada majlis Keselamatan PBB.

Pihak SMC menekankan di dalam kenyataan akhbar bahawa kenyataan akhbar yang bocor telah mengesahkan bahawa di dalam draf akhir resolusi Rakyat Palestin telah merujuk bahagian timur bandar Jerusalem yang dijajah sebagai bandar yang dikongsi antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA). Kenyataan tersebut dilihat sebagai menghentam keras tindakan PA yang mengenepikan rakyat Palestin dan Jerusalem khasnya setelah ia tidak mendedahkan butiran draf akhir resolusi sebelum dihantar ke Majlis Keselamatan PBB.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Dovutoglu dan Mishaal berbincang tentang isu Palestin di Konya

Rabu , 31-12-2014 – Perdana menteri Turki, Ahmet Dovutoglu bertemu dengan ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal pada petang Sabtu di rumahnya di bandar Konya, Turki sambil membincangkan perkembangan terbaru hal ehwal Palestin terutamanya di Gaza dan Baitul Maqdis.

Pejabat perdana menteri Turki itu mengeluarkan kenyataan media bahawa kedua pihak itu berbincang selama 4 jam tentang beberapa isu yang berkaitan, termasuklah bantuan kemanusiaan Turki kepada Gaza, dan langkah diplomatik Turki untuk menghalang perlanggaran Israel di Baitul Maqdis.

Pejabat itu juga menambah bahawa Dovutoglu dan Mishaal bercakap tentang lawatan presiden Mahmoud Abbas ke Turki yang akan berlaku tidak lama lagi, sambil menyatakan bahawa pertemuan antara Mishaal dan Dovutoglu membuahkan hasil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Takatka dalma keadaan kritikal

Rabu , 31-12-2014 – Keadaan kesihatan tahanan, Amal Takatka di Hospital Hadassah Ein Karem masih lagi kritikal, menurut peguam tahanan Palestin pada hari Ahad. Takatka cedera parah akibat beberapa tembakan sewaktu tahanannya sebulan yang lalu dan telah melalui beberapa siri pembedahan pada bahagian badan, perut dan kaki kirinya. Peguam tersebut berkata di dalam suatu kenyataan bahawa dia masih perlu melakukan satu pembedahan pada tangannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

3 orang awam cedera akibat peluru tembakan IOF di perarakan aman Gaza

Rabu , 31-12-2014 – 3 warga Palestin menderita akibat cedera di tangan disebabkan tembakan peluru tentera rejim (IOF) di utara Gaza pada petang Ahad ketika menyertai perarakan aman menentang pengepungan Gaza.

Dr. Ashraf al-Qidra, jurucakap kementerian kesihatan di Gaza, memberitahu wartawan PIC yang 3 warga cedera dalam tembakan oleh IOF ketika perarakan dekat laluan Beit Hanun (Erez) di utara Semenanjung Gaza. Ribuan rakyat Palestin menyertai perarakan “Hari Kebangsaan Menentang Pencerobohan” yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islamik di kawasan yang terlibat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menahan 10 warga Palestin di Tebing Barat

Isnin , 29-12-2014 – IOF menahan 10 warga Palestin pada subuh Khamis dari pelbagai kawasan di Tebing Barat. Sumber media Israel menyatakan, “10 orang yang dikehendaki termasuk 3 ahli gerakan Hamas telah ditangkap semalaman dan dibawa ke pusat penyiasatan.”

Penangkapan tersebut dilakukan di Jenin di mana 3 tahanan ditangkap, manakala 2 lagi ditahan di Ramallah. 2 tangkapan dilaporkan di Qalqilia and Tulkarem, manakala 2 lagi ditahan di al-Khalil and Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Al-Wafa melancarkan konvoi bantuan untuk pelarian Palestin

Isnin , 29-12-2014 – Kempen al-Wafa eropah menyatakan keinginan mereka untuk mengadakan kempen baru untuk memperbanyakkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian di Palestin di Palestin , Syria Lubnan dan Turki menjelang kedatangan musim sejuk.

Ketua Kempen Eropah, Amin Abu Rashid menjelaskan bahawa “Kempen Bersama Memanaskan Musim Sejuk” adalah konvoi bantuan kemanusian diadakan untuk membantu membekalkan pertolongan kecemasan kepada pelatian Palestin yang kekurangan keperluan asas insan pada musim sejuk ini. Bantuan kempen dijangka diagihkan dalam empat negara utama disebabkan keadaan kehidupan yang miskin dan susah yang dialami oleh pelarian yang dipaksa keluar ini, Tambahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah