Categories
Berita Semasa

IOF geledah rumah di kawasan Jenin

Rabu , 02-07-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) menyerbu masuk bandar Taanach, Araqa, Anin dan Zbobh di kawasan barat Jenin pada waktu subuh Sabtu lepas dan menggeledah rumah-rumah dalam usaha untuk mencari tiga penduduk penempatan yang hilang.

Sumber tempatan melaporkan tentera-tentera IOF memecah masuk ke dalam bandar Araqa dan melakukan provokasi. Beberapa orang rakyat Palestin diinterogasi secara intensif ketika solat Jumaat oleh pihak berkuasa Israel. Pihak berkuasa Israel juga menyerbu masuk ke bandar Anin pada awal pagi lalu mendirikan pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar itu bagi tujuan memeriksa kad pengenalan penduduk yang lalu-lalang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

OCHA memberi amaran ke atas kesan operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat

Rabu , 02-07-2014 – Pejabat PBB dalam urusan berkaitan Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNHCHR) telah menggesa Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa, dengan mengelak daripada menghukum individu di atas kesalahan yang mereka tidak lakukan atau mengenakan hukuman kolektif.

Dalam laporan mingguan yang diterbitkan pada hari Jumaat, OCHA berkata operasi besar-besaran tentera Israel, yang bermula pada 13 Jun di Hebron disyaki susulan penculikan tiga belia Israel, dan telah diteruskan dan diperluaskan di seluruh Tebing Barat, dengan objektif mencari dan melepaskan pemuda tersebut, dan pada masa yang sama juga melemahkan infrastruktur Hamas.

Menurut laporan tersebut lagi, kebanyakan operasi telah mencetuskan pertempuran di antara penduduk Palestin dan tentera Israel dalam berpuluh bandar-bandar, kampung-kampung dan kem-kem pelarian, di mana empat orang awam Palestin telah ditembak dengan peluru hidup dan dibunuh. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam selepas operasi 13 Jun tersebut meningkat kepada enam kes.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalaman menafikan tuntutan Mesir terhadap Da’ish di Sinai

Rabu , 02-07-2014 – Kementerian Dalaman Palestin di Gaza menyangkal dakwaan Keselamatan Mesir bahawa pengganas di Negara Islam di Iraq dan Sham yang dikenali sebagai Da’ish telah menyusup ke Sinai melalui terowong Gaza.

Jurucakap Kementerian Iyad Bazam berkata pada hari Sabtu, bahawa dakwaan tersebut adalah pembohongan terang-terangan dan sebahagian daripada kempen berterusan untuk memburuk-burukkan Mesir terhadap Jalur Gaza. Bazam mengesahkan bahawa semua terowong antara Gaza dan Mesir tidak wujud selepas tentera Mesir memusnahkan semua terowong tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

529 tangkapan dalam tempoh 10 hari

Isnin , 30-06-2014 – Sekurang-kurangnya 529 penduduk Palestin telah ditahan sejak Israel menjalankan kempen tangkapan rawak sepanjang kependudukan di Tebing Barat pada Khamis petang, 12 Jun 2014.

61 tangkapan dilakukan pada Isnin lepas dibeberapa kawasan di Tebing Barat.Selebihnya, Pertubuhan Banduan Palestin (PPS) melaporkan 179 tangkapan dibuat di al-Khalil, manakala 87 tangkapat dilaporkan di Nablus. 75 warga Palestin juga ditahan di Bethlehem, manakala 52 tahanan dicatatkan di Jenin. 49 wraga Palestin telah ditahan di Ramallah, manakala 36 orang pula dari Jerusalem telah ditahan dan 23 orang dari Tulkarem, dan 13 lagi ditangkap di Qalqiliya. Selain itu 7 tangkapan dilaporkan di Tubas, dan 7 lagi di Salfit, manakala seorang di Jericho.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Russia Kecam Serbuan Israel Ke Pejabat TV Russia Di Ramallah

Isnin , 30-06-2014 – Kementerian Luar Russia mengecam keras serangan yang dilancarkan militan Israel terhadap Pejabat TV Russia berbahasa Arab, di kota Ramallah, Tebing Barat, Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Russia, Alexandre Lokasyivtis dalam keterangan akhbarnya menyatakan, Moscow mengecam tindakan ganas terhadap jurnalis, walau apapun motifnya.

Menurutnya, penggunaan kekerasan terhadap warga sivil tidak boleh dilakukan dalam apa jua keadaan. Alexandre menuntut militan Zionis mengembalikan peralatan komputer yang disitanya, termasuk file dan data milik TV Russia ketika melakukan serbuan, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Para pekerja Gaza akan meningkatkan protes

Isnin , 30-06-2014 – Para pekerja kesihatan Gaza mengugut untuk meningkatkan protes kerana tidak menerima gaji mereka, dan menggesa Pengerusi Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri kerajaan perpaduan Rami Hamdallah agar membayar gaji mereka yang tertangguh untuk beberapa bulan.

Kesatuan perdagangan perubatan dan kesihatan menganjurkan perkumpulan protes di luar Kementerian di Bandar Gaza pada Selasa sempena mesyuarat mingguan kerajaan yang diadakan menerusi persidangan video.

Kerajaan perpaduan enggan membayar gaji 4000 orang pekerja Gaza dengan alasan mereka diambil bekerja selepas pembahagian. Pekerja Gaza sekarang telah diambil bekerja setelah pekerja kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung kerja mereka bagi menekan kerajaan Hamas ketika itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan: Lebih dari 1,400 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel sejak 2000.

Isnin , 30-06-2014 – Satu pertubuhan hak asasi antarabangsa telah mengeluarkan laporan baru yang mendedahkan mengenai pembunuhan 1,405 orang kanak-kanak Palestin dan penahanan 8,000 kanak-kanak di Palestin sejak tahun 2000.

Laporan baru yang diterbitkan oleh Defense for Children Intrenational (DCI-Palestine) itu menyatakan bahawa tentera Israel telah menahan lebih dari 8,000 kanak-kanak sejak tahun 2000. Sejak 2008, terdapat sekurang-kurangnya 170 orang kanak-kanak Palestin yang berada dalam tahanan pada setiap Yang lebih mengejutkan ialah fakta 1,405 orang kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera
Israel atau penduduk penempatan Israel sejak tahun 2000 menunjukkan berlakunya kebebasan yang membolehkan keganasan sedemikian berleluasa, menurut laporan itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Khaled Amayreh Beri Kenyataan Balas Terhadap Kenyataan ‘Hampa’ Oleh Jeneral-Kosul Amerika di Jerusalem

Isnin , 30-06-2014 – Jeneral Konsul Amerika di Jerusalem, Michael A. Ratney pada Isnin, 23 June, telah mempengerusikan konvensyen tahunan Persekutuan Amerika Ramallah, Palestin di ceroboh (AFRP), kali ke-56 bertempat di Ramallah.

Bercakap dihadapan lebih daripada 1500 rakyat Amerika-Palestin, Ratney berkata, kerajaan Amerika masih komited terhadap ‘proses damai’ , beliau juga menambah bahawa penyelesaian dua hala memerlukan pembinaan ekonomi yang teguh dan berdikari.

Namun begitu, beliau tidak menjelaskan bagaimana ekonomi sedemikian boleh dibina apatah lagi dengan pencerobohan tentera asing yang berniat jahat dan tiada bayang-bayang Palestin akan mendapat kedaulatannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

36 rakyat Palestin dihantar ke pusat tahanan pentadbiran

Isnin , 30-06-2014 – Menurut Pusat Ahrar untuk Kajian Banduan, 36 tahanan yang ditangkap sejak beberapa hari lalu telah dipindahkan ke Pusat Tahanan pentadbiran pada hari Isnin.

Ketua pusat berkenaan Fuad al-Khuffash berkata, berpuluh-puluh rakyat Palestin ditangkap oleh Tentera Israel setiap hari adalah sebahagian daripada kempen ketententeraan yang dimulakan sejak 12 hari yang lepas di Penempatan Tebing Barat yang menyasarkan ketua-ketua Hamas dan timbalan-timbalan PLC.

Al Khuffash menekankan keperluan untuk menggunakan strategi pertahanan kebangsaan terhadap tahanan-tahanan pentadbiran yang ditahan di penjara-penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Melakukan Serangan dan Penahanan di Tebing Barat

Isnin , 30-06-2014 – Tentera Penjajahan Israel menyerbu Nablus, Jenin dan al-Khalil pada pagi Selasa. Mereka juga turut memecah masuk puluhan rumah di Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan besar-besaran dan operasi mencari dan menggeledah rumah-rumah milik penduduk Palestin. 50 rakyat Palestin ditahan ketika kempen itu sebelum dibebaskan semula.

Di Nablus, seorang pelajar Palestin yang berkait dengan blok Islamik telah ditahan di bandar Tel setelah rumahnya diserbu dan digeledah dengan ganas sebanyak dua kali.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Zionis Berniat Jadikan 200 Mangsa Penangkapan Sebagai Tahanan Administratif.

Rabu, 26-05-2014 – Pihak Mahkamah Tentera Zionis berniat mengeluarkan perintah penahanan secara administratif terhadap lebih kurang separuh mangsa penangkapan dalam operasi militan di Tebing Barat. Demikian menurut surat khabar Zionis Ha?aretz, Ahad (22/6).

Sebanyak 100 mangsa penangkapan sudah dijadikan tahanan administratif. Pada waktu yang sama Mahkamah Tentera Zionis menyampaikan kepada Mahkamah Militan Ofer di barat Ramallah, tentang niatnya untuk mengeluarkan perintah penahanan administratif terhadap 100 mangsa penangkapan lainnya.

Ha?aretz menyebutkan bahawa Mahkamah Zionis telah mulai menyiasat mangsa pada Khamis lalu dan meminta penundaan tahanan sejumlah besar dari mangsa tersebut kerana terdapat tekanan besar yang dialaminya.

Menurut Ha?aretz, pihak perisikan Zionis hanya menyiasat 30 orang sahaja dari jumlah keseluruhan 400 mangsa penangkapan sepanjang operasi militan terakhir di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

6 Kanak-kanak Palestine dibunuh oleh Zionis Sejak 2014

Rabu, 26-05-2014 – Enam orang kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak permulaan tahun 2014, yang terkini adalah Mohamad Doudin, 15 tahun yang ditembak dibahagian dadanya pada kempen Israel dekat Khalil, jumaat lepas.

Defense for Children International (DCI), memetik saksi sebagai berkata bahawa peristiwa tersebut berlaku apabila pertempuran meletus antara remaja di bandar Dura dengan pasukan tentera Israel yang menceroboh dan menggeledah beberapa rumah.

Tentera penceroboh menghujani remaja tersebut dengan gas pemedih mata dan bom tangan serta menembak mereka dengan peluru getah dan peluru hidup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

MK Zoabi: Abbas ialah pembelot kepada rakyatnya

Rabu, 26-05-2014 – Ahli Arab Knesset Hanin Zoabi menyelar presiden Mahmoud Abbas di atas pendiriannya tentang penangkapan 3 pendatang Yahudi, dan menyifatkannya sebagai pembelot. Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu, Zoabi berkata, penglibatan Abbas dalam penyelarasan keselamatan dengan Israel merupakan pembelotan terhadap kebaikan rakyat Palestin. Ahli parlimen itu menyatakan kenyataan Abbas yang terbaru itu adalah kerana kebimbangannya jika hilang kuasa di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Pakar Keselamatan : Israel masih gagal jumpa petunjuk kehilangan penjajah.

Rabu, 26-05-2014 – Pakar Keselamatn Palestin Mahmoud al-Ajrami berkata pihak tentera Israel dan agensi-agensi keselamatan masih gagal untuk mendapatkan maklumat tentang nasib tiga orang penjajah Israel yang hilang setelah sepuluh hari kehilangan mereka.

Al Ajrami memberitahu PIC bahawa kenyataan oleh pegawai kanan tentera Israel membayangkan kegagalan Israel untuk mengetahui perihal kejadian tersebut. Dia juga menegaskan, walaupun dengan koordinasi keselamatan mereka dan pihak berkuasa keselamatan Palestin, Israel masih gagal mencari ketiga-tiga tentera yang hilang yang diculik di kawasan pendudukan yang paling ketat kawalannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Penangguhan pengundian di bawah undang2 memberi makan kepada tahanan yang mogok lapar secara paksa.

Rabu, 26-05-2014 – Radio Awam Israel berkata bahawa gereja zionis telah menangguhkan pengundian bagi bacaan kedua dan ketiga sekurang-kurangnya seminggu yang dijadual berlangsung pada hari isnin (23-6) dibenarkan di bawah rang undang-undang. Ini bagi kemaslahatan tahanan Palestin yang telah mogok lapar secara paksa.

Menurut radio tersebut, punca penangguhan pengundian adalah disebabkan tekanan yang dilakukan kumpulan “di sana ada masa depan” yang diketuai Menteri Kewangan Israel Yair Lapid kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Akhbar Zionis Haaretz melaporkan bahawa Lapid menuntut penangguhan undi resolusi selama seminggu bagi membincangkan undang-undang secara mendalam disebabkan rundingan puluhan perkara dalam undang-undang yang dibentangkan anggota gereja Yifat Crieff dari parti Yesh Atid dengan bacaan permulaan, kedua dan ketiga bagi mengesahkan undang-undang memberi makan kepada tahanan Palestin oleh pihak berkuasa.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah