Categories
Berita Semasa

Polis Israel melepaskan suspek yang disyaki pembunuh Abu Khdeir

Rabu , 16-07-2014 – Polis Israel melepaskan tiga daripada enam pendatang Yahudi yang mengaku pembunuhan budak Palestin Mohammed Abu Khdeir. Akhbar harian Ibrani Yediot Ahronot berkata pada hari Khamis bahawa polis akan meletakkan tiga suspek bawah tahanan rumah. Enam pendatang Yahudi dituduh membakar budak itu hidup-hidup.

“Enam suspek, dari kawasan Jerusalem, telah ditangkap pada hari Sabtu dan Ahad. Penyiasatan telah menimbulkan syak bahawa sebahagian daripada mereka telah merancang pembunuhan terlebih dahulu, tiba di Beit Hanina Rabu lepas pada waktu awal pagi, mangsa berusia 16 tahun Abu Khdeir, mengikat dia di hutan di luar Jerusalem dan dibakar hingga mati. Pembunuhan itu adalah dengan niat “, kata akhbar itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Bashir dan Mishaal bertemu di Doha, bincang isu perang Israel ke atas Gaza

Rabu , 16-07-2014 – Presiden Sudan Omar Al-Bashir bertemu dengan ketua biro politik Hamas Khaled Mishaal pada hari Rabu di Qatari kapital Doha bagi membincangkan perkembangan terbaru dalam isu-isu Mishaal memberi taklimat kepada Bashir mengenai perkembangan terkini di Gaza dan Tebing Barat mengenai keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang semakin berleluasa .

Beliau juga memberi jaminan kepada Bashir mengenai pertahananan Palestin untuk berhadapan dengan serangan Israel sekaligus untuk menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

968 rakyat Palestin ditahan sejak pelancaran kempen penahanan oleh rejim Zionis

Rabu , 16-07-2014 – Tentera Penjajah Israel dan pihak polis menahan 33 orang penduduk awam Palestin pada malam Rabu dan awal pagi Khamis di Tebing Barat dan 48 tempat lain di kawasan Palestin yang dijajah, meneruskan siri-siri tangkapan yang dibuat dan menjadikan jumlah yang ditahan semenjak bermula kempen penahanan besar-besaran oleh IOF ini kepada 968 orang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Tahanan Palestin pada hari Khamis, Unit peronda Israel memberkas 2 rakyat Palestin dari Bethelem, 2 dari Ramallah dan masing-masing satu daripada Jenin dan Tulkarem.

12 Rakyat Palestin ditahan di Jerusalem yang diduduki, termasuk 10 di Shufaat dan Ras Al Amoud dan dua lagi di Bandar Lama, lapor peguam PPS.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Untuk pertama kali,Qassasm mengebom Rehovot dan Bat Yam dengan peluru tanah 55.

Rabu , 16-07-2014 – Briged Izz ad-Din al-Qassam mengumumkan pengeboman dua penempatan, Rehovot dan Bat Yam dengan sepuluh peluru tanah 55 untuk kali pertama.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada tengah hari Khamis bahawa pengeboman ini sebagai tindak balas terhadap jenayah Isarel dan pencerobohan tidak bertamadun yang berterusan ke atas rakyat kita di Semenanjung Gaza.

Rakyat Palestin berjanji tidak akan berdiam diri dengan jenayah Israel. Mereka akan menbuat Israel membayar semua harga di atas pencerobohan ini dan menjadikan mereka berfikir seribu kali sebelum melakukan pencerobohan ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

24 Ahli Parlimen Palestin, 3 menteri ditahan di penjara Israel

Rabu , 16-07-2014 – Tentera Israel menculik 13 ahli Parlimen Palestin dan 2 bekas menteri ketika kempen penangkapan oleh Israel baru-baru ini yang dilancarkan di seluruh Tebing Barat, menjadikan jumlah ahli Parlimen Palestin yang ditahan di penjara Israel berjumlah 24 berikutan tambahan daripada 3 bekas menteri, Kajian Banduan dari Pusat Ahrar mendedahkan.

Ketua pusat Fuad Khuffash mengatakan bahawa 20 Ahli Parlimen daripada 24 timbalan PLC, yang ditahan di penjara Israel, telah ditahan dalam tahanan pentadbiran dimana tahanan dipenjara tanpa caj atau percubaan.

Beliau menyeru parlimen di seluruh dunia dan institusi antarabangsa untuk bekerja keras dalam membebaskan 24 timbalan PLC dan 3 menteri dari penjara Israel yang telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan jelas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

8 orang awam terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara oleh Israel pada waktu Subuh

Rabu , 16-07-2014 – 8 orang awam Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan yang lain mengalami kecederaan dalam serangan udara Israel pada subuh Khamis di sebuah rumah di kejiranan Jouret Akkad di kem pelarian Khan Younis.

Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa sebuah pesawat perang Israel tanpa sebarang makluman membom sebuah rumah milik keluarga Al-Hajj di kawasan populasi padat di kem Khan Younis.Serangan udara tersebut membunuh 8 orang awam, termasuk 4 wanita dan 2 kanak-kanak. Warga dan pekerja pertahanan awam telah berusaha mencari lebih ramai mangsa dalam timbunan runtuhan kesan bom.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel sasar puluhan rumah awam di Gaza

Rabu , 16-07-2014 – Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera apabila dua rumah mereka menjadi sasaran pesawat perang Israel di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, malam Rabu.

Sumber perubatan dan keselamatan memberitahu pemberita PIC, pesawat pejuang Israel telah mengebom sebuah rumah milik keluarga Fares di Khan Younis, yang menyebabkan kecederaan seramai 4 orang.

Rumah keluarga Abu Salah itu juga disasarkan dalam serangan udara Israel yang berterusan ke atas Bandar tersebut. Tiga kecederaan dilaporkan dalam serangan itu, tambah sumber.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen HAMAS Ashqar: Tiada Kedamaian Sehingga Serangan Ditamatkan, Pengepungan Diangkat

Jumaat , 11-07-2014 – Ahli Parlimen (MP) HAMAS Ismail al-Ashqar menegaskan bahawa Pihak pejuang tidak akan menjamin keamanan kepada penjajah Israel sehingga mereka menamatkan serangan dan mengangkat pengepungan ke atas Gaza.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa keamanan hanya akan dicapai dengan syarat-syarat yang ditetapkan pejuang.
Pesawat tempur Israel terus melakukan serangan ke atas bangunan awam di Semenanjung Gaza manakala pihak pejuang membalas dengan menghantar roket ke arah sasaran Israel.

Bagi pihaknya, jurucakap HAMAS Husam Badran menulis dalam laman Facebooknya pada Selasa bahawa memberhentikan serangan roket merupakan ‘mimpi Zionis’. Beliau menambah bahawa Israel yang memulakan serangan, manakala penduduk Palestin hanya mempertahan diri dan tanah air mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Negeri Menafikan Rompakan Yang Berlaku di Bank Palestin di Gaza

Jumaat , 11-07-2014 – Kementerian Dalam Negeri di Gaza menafikan kesahihan beberapa laman web yang menyebarkan berita tentang rompakan yang berlaku di sebuah bank Palestin di Gaza.

Jurucakap kementerian Dalam Negeri, Eyad Bozum dalam satu kenyataan pada pagi selasa dalam laman facebooknya berkata bahawa berita yang tersebar tentang rompakan bank Palestin itu tidak benar. Beliau menegaskan pihak polis telah mengepung tempat kejadian selepas
penyerang membaling bom di pintu bank dan melarikan diri. Beliau menambah lagi bahawa pihak polis membuka kertas siasatan tentang kejadian tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Kasari Wanita Muslim, Halau Dari Masjid al-Aqsa

Jumaat , 11-07-2014 – Yayasan Al-Aqsa berkaitan Endowmen dan Warisan melaporkan bahawa anggota polis Israel telah bertindak ganas dengan menafikan wanita Islam, khususnya para pelajar, memasuki Masjid al-Aqsa sejak awal pagi Selasa.

Pasukan polis telah menyerang sekumpulan wanita Palestin yang berkumpul di pintu al-Aqsa bagi membantah tindakan kejam tersebut setelah diharamkan masuk ke masjid. Sementara itu, sekumpulan perusuh yang terdiri dari 15 peneroka pelampau Israel, yang diketuai oleh fanatik Likud, Yehuda Glick, telah memecah masuk ke masjid yang dikawal oleh polis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

896 rakyat Palestin ditahan sejak kempen penahanan Israel bermula

Jumaat , 11-07-2014 – Angkatan Bersenjata Israel (IOF) telah menahan sebanyak 896 rakyat Palestin dari beberapa bahagian Tebing Barat sejak kempen penahanan Israel bermula pertengahanan Jun, menurut Palestinian Prisoner Society pada Selasa lalu.

66 penangkapan dilakukan pada malam semalam termasuklah 24 orang rakyat Palestin dari tanah Palestin 1948, 36 orang rakyat Palestin dari Baitulmuqaddis dan 6 orang dari Bethlehem, Tulkarem, Ramallah dan Jericho.

Sementara itu, Palestin Center for Prisoner Studies berkata lebih dari 1555 orang rakyat Palestin telah ditahan dalam suku kedua tahun 2014, sementara 1175 orang lagi telah ditangkap dalam suku pertama tahun yang sama. Statistik keseluruhan mendedahkan bahawa 2370 penahanan telah dijalankan sejak awal tahun 2014.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Sumber mini kabinet : Serangan Israel terhadap Gaza termasuk pembunuhan terancang

Jumaat , 11-07-2014 – Sumber rasmi Israel daripada mini kabinet keselamatan menyebut serangan balas Israel terhadap tembakan daripada Gaza termasuk polisi membalas pembunuhan.

Sumber tersebut berkata kepada Akhbar Yedioth Abronoth yang Israel tidak akan terlibat dengan perang habis-habisan dengan pihak Hamas.
Di bahagiannya, Alon Ben David , jurucakap Perhubungan Tentera untuk saluran 10 Israel, berkata di dalam pesanan yang disiarkan, pihak tentera Israel akan menggandakan serangan ke atas Gaza bermula malam Isnin, tetapi tiada rancangan untuk eelancarkan operasi besar-besaran buat masa sekarang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor azihan

Categories
Berita Semasa

Keadaan pelarian Palestin di Syria semakin teruk

Jumaat , 11-07-2014 – Seorang pelarian Palestin telah dibunuh pada Isnin dalam peristiwa berdarah di Syria. haled Abdu, ahli Tentera Pembebasan Palestin telah ditembak mati oleh penembak tepat di Bandar Adreh Amayleh town, demikian menurut lapran kumpulan tindakan untuk pelarian Palestin di Syria dalam laporannya pada Selasa.

Sementara itu, pesawat perang rejim Syria menyasarkan kem pelarian Handarat dengan 4 bahan letupan yang menyebabkan kerosakan harta benda. Kem Handarat sekarang ini dikuasa Tentera Pembebasan Syria. Majoriti penghuni kem itu telah meninggalkan dan melarikan diri ke Turki dan bandar-bandar berhampiran untuk mengelakkan pengeboman yang berlaku setiap hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi merampas tanah milik Palestin di bawah perlindungan tentera di bandar Arrabah

Jumaat , 11-07-2014 – Sebilangan besar peneroka Yahudi di bawah perlindungan tentera pada hari Selasa merampas sebuah kawasan besar tanah milik Palestin di bandar Arrabah, selatan Jenin, dan memulakan kerja-kerja untuk meratakan tanah dan menumbangkan pokok-pokok zaitun di kawasan tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera dan peneroka bersenjata mengepung kawasa dan menghalang pemiliknya dari memasuki kawasan tersebut.

Mereka menambah bahawa peneroka Yahudi mengambil tanah tersebut sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk merampas tanah milik Palestin berhampiran penempatan Dotan dan untuk mengembangkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Seramai 60 rakyat Palestin ditangkap oleh Zionis

Rabu , 09-07-2014 – Seramai 60 warga Palestin telah ditangkap ketika mereka sedang bersama demonstrasi aman membantah pembunuhan kejam remaja Palestin Muhammad Abu Khidir. Di kalangan yang ditahan adalah kanak-kanak yang meneyertai demo aman itu. Terdapat juga yang cedera kerana dikasari oleh Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Ateed