Categories
Berita Semasa

Kerajaan Perpaduan: Tindak Balas ‘Israel’ Mengenakan Sekatan Massa Untuk Palestin

Rabu , 18-06-2014 – Jurucakap Kerajaan Perpaduan Palestin, Ehab Basisu menegaskan, tindak balas militan ‘Israel’ terakhir terhadap penduduk di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagai bentuk sekatan massa. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan menjaga warga Palestin.

Dalam pernyataan akhbar semalam, Ahad (15/6) Basisu mengecam aksi penangkapan ‘Israel’ terhadap penduduk di seluruh wilayah selatan Tebing Barat dan serangan udara ke Semenanjung Gaza.

Jurucakap kerajaan Perpaduan meminta masyarakat antarabangsa dan badan undang-undang dan kemanusian untuk melindungi rakyat Palestin setelah sekatan yang dikenakan terhadap tahanan Palestin baru-baru ini daripada menerima kunjungan keluarga dan sekatan militan Israel terhadap Hebron setelah tiga tenteranya hilang.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Anak kecil Palestin yang tercedera dalam serangan Israel tidak dapat diselamatkan.

Rabu , 18-06-2014 – Seorang anak kecil berusia lapan tahun telah terbunuh pada Sabtu malam yang lalu akibat kecederaan yang dialaminya dalam serangan udara dari pihak Israel di utara Semenanjung Gaza pada lewat minggu lepas.

Juru cakap Kementerian Kesihatan, Dr. Ashraf al-Qudra, telah memaklumkan kepada wartawan PIC bahawa anak kecil malang yang bernama Ali al-Awur, 8, telah mnegalami kecederaan yang kritikal ekoran serangan yang turut membunuh bapa saudaranya Mohammed Awur pada Rabu yang lepas.

Dalam kejadian tersebut, pesawat tentera Israel telah menembak rawak sebuah motosikal yang ditunggang oleh Awur, 33, dan mencederakan Ali yang sedang bersama pakciknya. Dua orang awam yang berdekatan turut tercedera dalam serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

ALHUSAAINAH DAN ALEMADI MENGKAJI PROJEK-PROJEK QATAR BAGI MEMBANGUNKAN SEMULA GAZA

Isnin , 16-06-2014 – Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Mofeed Alhussainah bersama Ketua Jawatankuasa Pembangunan Semula Gaza dan Duta Qatar, Mohammed Al-Emadi mengkaji projek-projek pembinaan semula Gaza.

Pusat Maklumat memaklumkan kepada Kementerian Kerja Raya bahawa Alhussainah menerima panggilan telefon pada petang ahad (6-9) daripada Al-Emadi yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan berharap agar beliau terus dalam khidmatnya kepada anak-anak penduduk Palestin.

Dikhabarkan bahawa kedua-dua pihak telah berbincang mengenai projek-projek negara dan projek-projek infrastruktur yang akan dilaksanakan oleh negara Qatar di Palestin dan cara-cara membantu rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Tahanan tanpa bicara meneruskan mogok lapar untuk hari ke 47

Isnin , 16-06-2014 – Tahanan tanpa bicara meneruskan mogok lapar untuk hari ke 47 manakala ramai daripada kalangan mereka dimasukkan ke hospital akibat keadaan kesihatan yang semakin teruk.

Pihak pentadbiran penjara Israel telah mengambil tindakan disiplin ke atas para pemogok lapar untuk menghentikan mogok tersebut dan mengasingkan kebanyakan mereka di sel terpilih dan bilik hospital. Dalam kejadian berkaitan, ribuan warga termasuk keluarga tahanan, aktivis hak asasi dan ahli parlimen menyertai perarakan pada petang Ahad di bandar Al-Khalil sebagai tanda sokongan ke atas pemogok lapar di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bahar, Hamas kecam serangan PA ke atas MP Palestin dan kaum wanita

Isnin , 16-06-2014 – Kepimpinan Hamas iaitu Hassan Youssef, Fathi Kar’awi serta ketua Hamas Sheikh Nazih Abu Oun, mengecam serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Palestinian Authority (PA) ke atas kaum wanita dan MPs, di samping menyertai perhimpunan secara bersepadu dengan peserta mogok lapar Palestin di Tebing Barat.

Serangan yang berlaku serentak dengan serangan Israel terhadap timbalan-timbalan Palestin itu, memberi petanda buruk kepada usaha perdamaian, menurut Naib Pengerusi Pertama Majlis Perundangan Palestin, Dr Ahmed Bahar.

Bahar menyeru pengerusi PA iaitu Mahmoud Abbas supaya bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan dan membentuk satu jawatankuasa khas untuk menyiasat maklumat lanjut serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pasukan Risikan akan Menyiasat kematian Pemuda Palestin pada Hari Nakba.

Isnin , 16-06-2014 – Pasukan doktor-doktor antarabangsa dari Denmark dan Amerika dijangka akan menyiasat kematian seorang remaja Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel pada hari Nakba berhampiran bandar Beitunia, di bahagian barat Ramallah dalam jarak beberapa meter.

Media Israel melaporkan bahawa bapa remaja berkenaan menerima untuk bedah siasat dilakukan ke atas mayat remaja berkenaan untuk menyiasat punca kematian. Siasatan ke atas kematian remaja terbabit dijangka akan selesai pada 11 Jun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Aparat Kerajaan menangkap Syeikh Nazih Abu Aun.

Isnin , 16-06-2014 – Aparat Keamanan kerajaan menangkap salah seorang pemimpin Hamas, Syeikh Nazih Abu Aun, kira-kira petang semalam (Isnin 9/6) dan beberapa orang pelapis gerakan Hamas, selepas menyoalsiasat beberapa orang penduduk, yang sedang bersiap menyambut tahanan yang dibebaskan di Nablus, Ibrahim al-Aqra’, utara Tebing Barat terjajah.

Wakil berita PIP menyatakan, sebenarnya aparat keamanan kerajaan telah menyerang penduduk yang sedang bersiap menyambut pembebasan Ibrahim al-Aqra’, yang dijadualkan dibebaskan hari ini, selepas 17 tahun mendekam di penjara. Lalu aparat tersebut menangkap Syeikh Nazih Said Abu Aun,53, semasa mereka lalu di khemah solidariti bersama tahanan di bandar Nablus, dan selepas itu mereka turut menangkap beberapa orang pelapis Hamas, selepas menyerang mereka dengan pukulan.

Wakil PIP menambah, sebenarnya tahanan yang dibebaskan itu, Ibrahim Al-Aqra’ enggan menghala ke rumahnya di bandar Badia, di daerah Salfit, sebelum menghala ke khemah solidariti bersama tahanan. Beliau turut mengesahkan maklumat bahawa keadaan yang dihadapi oleh tahanan penjara Israel sangat sukar, sambil menegaskan semua tahanan teguh mempertahankan pendirian mereka meskipun diseksa, meskipun segala seksaan yang dibuat oleh penjajah Israel itu adalah dengan tujuan menghancurkan pendirian mereka, supaya mereka mengelak daripada dipukul.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : asyraff

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar keengganan Abbas dan Hamdallah berhubung pembayaran gaji rakyat Gaza

Isnin , 16-06-2014 – Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Haya, menggesa Pengerusi PA Mahmoud Abbas untuk meneruskan dengan perintah pemerintah untuk pembayaran segera gaji pekerja Gaza.

“Presiden harus ingat peristiwa 2006, apabila tentera pekerja-Fatah bergabung menuntut gaji mereka,” kata al-Haya dalam sidang akhbar yang diadakan di Gaza pada petang Isnin. “Bukankah ini adalah hak rakyat Gaza untuk dibayar sebagai pekerja yang sah?” Yang memelikkkan al-Haya “Bukankah perselisihan di antara Gaza dan Ramallah belum disembuhkan melalui perdamaian? Kemarahan dan bantahan penduduk Gaza kedengaran agak munasabah sebenarnya. ”

“Anda harus ingat bahawa pekerja Gaza belum menerima gaji mereka sepenuhnya selama lapan bulan, dengan itu, oleh itu mereka tidak dapat menyara hidup untuk isi rumah dan anak-anak mereka,” tambah al-Haya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar rakyat Palestin yang ditahan tanpa perbicaraan diteruskan hingga hari ke 48.

Isnin , 16-06-2014 – Mogok lapar yang dilakukan oleh warga Palestin telah masuk hari ke 48 pada hari ini, Selasa, Jun 10, 2014. Mogok tanpa had ini dijalankan bagi membantah penahanan tanpa perbicaraan yang telah dijatuhkan kepada mereka.
Pihak Penjara Israel telah memaksa para tahanan bagi memastikan mereka menghentikan mogok lapar dengan mengasingkan kebanyakan mereka ke dalam kurungan khas dan dilik-bilik di hospital.

Ahli keluarga telah bercadang untuk memperbanyakkan lagi bantahan sebagai sokongan kepada tahanan-tahanan Palestin yang sedang mengadakan mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Abu Jahisyah: Serangan Terhadap Sukarelawan Solidariti Adalah Sokongan Terhadap Israel

Isnin , 16-06-2014 – Anggota parlimen Palestin dari Hebron, Muhammad Abu Jahisyah menegaskan, serangan terhadap sukarelawan solidariti untuk tahanan mogok lapar, sama dengan mendokong kejahatan Zionis terhadap para tahanan Palestin.

Dalam keterangannya kepada Pusat Informasi Palestina,Selasa (10/6) Abu Jahisyah menyatakan, serangan terhadap para sukarelawan solidariti sama dengan menyokong pihak penjara Israel yang menunda-nunda tuntutan para tahanan.

Berkait dengan serangan ganas yang dilakukan pihak keamanan otoriti, Abu Jahisyah menyatakan, tindakan tersebut merupakan respon kepada penjahat Netanyahu yang memprovokasi dan menakutkan pihak otoriti di Tebing Barat akan kudeta rakyat terhadap mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Parlimen Israel Meluluskan Undang-Undang Paksa-Makan

Isnin , 16-06-2014 – Parlimen Israel (Knesset) meluluskan undang-undang untuk memaksa-makan pemogok lapar ketika bacaan pertama apabila 29 ahli Knesset bersetuju manakala 19 yang lain menolak.

Undang-undang itu membenarkan Perkhidmatan Penjara Israel untuk menghantar permohonan kepada mahkamah daerah supaya mengeluarkan permit paksa-makan kepada tahanan yang mogok lapar.

Akhbar berbahasa Hebrew, Haarets menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memberikan tekanan ke atas ahli kerajaan gabungan untuk meluluskan undang-undang paksa-makan supaya dapat menghentikan mogok lapar yang diumumkan dan sedang berjalan sejak 50 hari lalu. Mogok lapar itu bertujuan untuk memprotes polisi tahanan tanpa bicara yang dilaksanakan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu bidas pembentukkan kerajaan perpaduan

Rabu , 11-06-2014 – PM Israel Benjamin Nantenyahu dalam satu sidang telah membidas dan akan membahas susulan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin. Pertemuan itu akan dihadiri oleh semua koalisi parti. Selain itu, terdapat juga rancangan untuk pembukaan penempatan haram Yahudi yang baru.

sumber : COMES
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Ratusan Penempatan Israel akan dibina di Jerusalem dan Tebing Barat

Rabu , 11-06-2014 – Laman Internet The Israeli Walla mendedahkan Israel menawarkan untuk memulakan pembinaan ratusan unit rumah penempatan di Jerusalem pada waktu Kementerian Perumahan dan Pembinaan memulakan strategi pemasaran pertama untuk membina 1,100 unit penempatan di Tebing Barat.

Mengikut sumber daripada pihak Israel, pembinaan serupa itu adalah siri keempat dari projek-projek penempatan yang dijangka akan diumumkan berikutan pembebasan kumpulan keempat banduan -banduan.

Sumber yang sama turut mendedahkan perancangan-perancangan yang sedang dilakukan untuk mengumumkan siri penempatan yang baru di Tebing Barat di kawasan-kawasan yang diperintah oleh Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Tahanan pentadbiran teruskan mogok lapar sehingga 43 hari

Rabu , 11-06-2014 – Khamis bersamaan 5 Jun merupakan hari ke-43 mogok lapar yang diisytiharkan oleh tahahan pentadbiran Palestin dalam usaha menuntut pembebasan segera dan satu pengakhiran kepada polisi penahanan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Israel, di mana kebanyakan mereka telah dipindahkan ke hospital.

Institusi hak asasi rakyat Palestin menyeru kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk membawa isu tahanan pentadbiran ini ke peringkat antarabangsa dan mempergiatkan lagi usaha untuk membebaskan mereka. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu di ibu pejabat PA di Ramallah, pusat Ahrar untuk kajian tahanan mendesak pentadbiran Palestin yang baru ditubuhkan untuk mengusahakan pembebasan para tahanan pentadbiran dari penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Abu Sabha: Belum ada maklumat tentang pembukaan sempadan Rafah secara kerap

Rabu , 11-06-2014 – Pihak berkuasa sempadan dan laluan di Gaza berkata tiada sebarang maklumat rasmi tentang pembukaan sempadan Rafah secara kerap buat masa ini.

Pengarahnya Maher Abu Sabha berkata pada Rabu bahawa perjanjian tentang sempadan Rafah ketika rundingan terkini antara pegawai Hamas and Fatah belum dilaksanakan. Abu Sabha menyatakan harapannya untuk melihat perkembangan terbaru berkaitan dengan pembukaan sempadan Rafah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati