Categories
Berita Semasa

Satu operasi rahsia menyeludup Yahudi Yaman kepada Zionis

Sabtu ,17-08-2013 – Media Hebrew mendedahkan pada hari Khamis (15-8) mengenai pelancaran operasi rahsia Zionis yang bertujuan menggantikan Yahudi Yaman kepada Zionis pada tempoh yang lalu.

Sebuah laman sesawang “Wala” berkata mengenai berita Zionis bahawa Agensi Yahudi serta bersama bantuan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Hal Ehwal Luar Negeri dan penyerapan Zionisme, menjalankan operasi rahsia untuk menggantikan 17 orang Yahudi Yaman dari Yaman kepada Zionis.

Beliau menyebut secara tidak langsung bahawa tahun 2009 telah menjadi anjakan 151 orang Yahudi dari Yaman. Sehubungan itu, sejak awal tahun ini telah bertambah 45 orang Yahudi dari Yaman kepada Zionis. Hal ini menunjukkan bahawa tiga puluh orang Yaman Yahudi telah dipindahkan ke Britain pada Ogos lepas atas alasan bahawa mereka adalah pelarian politik dan kemudian dihantar pulang ke Argentina dan kemudian dihantar pulang ke Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nor syuhadak

Categories
Berita Semasa

Front Rakyat Minta Abbas Hentikan Perundingan

Sabtu ,17-08-2013 – Front rakyat untuk pembebasan Palestin kembali menyatakan penolakannya terhadap perundingan dengan Zionis. Ia meminta Presiden Otoriti Palestin, Mahmud Abbas untuk menarik balik keputusanya dan menghentikan perundingan segera, sesuai dengan konsensus nasional dan PLO yang menolak sebarang perundingan dengan Zionis.

Dalam keterangannya, Khamis (15/8) Front Rakyat menjelaskan, keputusan pihak Otoroti untuk kembali ke perundingan adalah keputusan sepihak dan sangat merugikan bagi kepentingan Palestin. Perundingan tersebut hanya menguntungkan pihak Zionis demi tujuan strategis Amerika dan Zionis. Disebutkan, pihaknya akan tetap pada keputusan awal walau apapun risikonya untuk membatalkan kesepakatan Oslo dan kesannya yang akan menghancurkan masalah Palestin.

Berkaitan isu lain, Front menyambut pembebasan 26 tawanan Palestin. Pembahagian masalah tawanan di penjara Israel serta menguruskannya agar bebas dari tekanan.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rundingan dengan Israel tidak memberi faedah kepada Palestin

Sabtu ,17-08-2013 – Gerakan Hamas mengutuk penyambungan rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan rejim Israel dan memberi amaran ia tidak akan mengambil kira kepentingan Palestin.

Hamas berkata rundingan yang diperbaharui itu akan menjejaskan rakyat Palestin, hak dan kesatuan serta masa depan Palestin. Fawzi Barhoum, jurucakap gerakan, menekankan dalam kenyataannya bahawa gerakannya menolak sekeras-kerasnya sambungan rundingan yang hanya akan mementingkan rejim. Beliau menyeru semua rakyat Palestin dan semua kumpulan agar sedia menghadapi perancangan bahaya ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Forum media mengutuk pembunuhan 7 wartawan oleh pasukan keselamatan Mesir

Sabtu ,17-08-2013 – Forum media Palestin mengutuk pasukan keselamatan Mesir yang telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh wartawan dan penulis serta mencederakan dan menangkap yang lain semasa demonstrasi bantahan secara aman yang memihak kepada Presiden
Mesir Mohamed Morsi.

Forum itu berkata dalam satu kenyataan yang diterima Pusat Maklumat Palestin pada petang khamis, 8.15 bahawa data yang ada merujuk kepada pembunuhan sekurang-kurangnya tujuh orang wartawan dan penulis serta mencederakan dan menahan beberapa
orang yang lain sebaik sahaja pasukan keselamatan Mesir melancarkan das tembakan secara rawak semasa menghalang demonstrasi bantahan secara aman yang berpihak kepada Presiden Morsi.

Antara senarai wartawan yang mati terbunuh ialah :

1) Mick Deane, jurugambar “British Sky News”,beliau terbunuh semasa membuat liputan tentang peristiwa Rabiah el-Adawiyah di Kaherah. Beliau juga menyertai liputan mengenai peperangan Gaza baru-baru ini.

2) Ahmed Abdul Jawad, wartawan di jabatan berita di saluran percuma 25 dan saluran Mesir 25.

3)Habibah Ahmed Abdul Aziz, wartawan akhbar “Gulf News” UAE

4) Asma Saqar, penulis berita tentang menangani isu-isu keluarga dan sosial daripada perspektif islam.

5) Mus’ab al-Shami, jurugambar rangkaian pemantauan media. Beliau terbunuh ketika membuat liputan demonstrasi bantahan di Rabiah

6) Adam Mohamed Adam jurugambar pentas di Rabiah el-Adawiyah

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Abdullah al-Barghouthi dipindahkan ke hospital penjara Ramle

Sabtu ,17-08-2013 – Banduan dari Jordan, Abdullah al-Barghouthi telah dipindahkan dari hospital Afula ke hospital penjara Ramle walaupun keadaan kesihatannya merosot secara mendadak selepas 104 hari mogok lapar, menurut sumber dari hak asasi manusia.

Institusi Mandela bagi hal ehwal tahanan Palestin mengesahkan bahawa al-Barghouthi telah dipindahkan ke hospital penjara Ramle setelah menghentikan mogok lapar sejak Ahad lalu.Institusi itu melahirkan kebimbangan terhadap status kesihatan al-Barghouthi apabila beliau
dipindahkan dari penjara Afula sebelum beliau sembuh sepenuhnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul husna

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionismenahan 9 penduduk Palestin di Tebing Barat termasuk pemimpin Hamas

Sabtu ,17-08-2013 – Tentera Zionis Israel (IOF) pada subuh semalam telah menahan sepuluh rakyat Palestin dari tempat berbeza di Tebing Barat, termasuk pemimpin bernama Hamas Hatem Amro (49 tahun).

Sumber khas memberitahu wartawan PIC pasukan itu menyerbu dan menggeledah rumah Amro, kemudian menangkap dan membawanya ke tempat soal siasat Ashkelon.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesir Tutup Laluan di Sempadan Rafah

Sabtu ,17-08-2013 – Maher Abu Sabha, pengarah laluan sempadan di Gaza memaklumkan bahawa pihak berkuasa Mesir mengumumkan penutupan sempadan Rafah di Selatan Tebing Gaza..

“Pihak Mesir telah memaklumkan secara rasmi penutupan sempadan Rafah di kedua-dua hala disebabkan kepincangan situasi keselamatan di Utara Sinai,” kata Sabha dalam kenyataanya. Kementerian Ketua Direktorat Bahagian Dalaman laluan sempadan telah mengumumkan penutupan semua pejabat pendaftaran (bagi yang ingin mengembara) dan pembatalan semua senrai ahli yang telah mendaftar untuk mengembara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda sulaiman

Categories
Berita Semasa

Latihan ketenteraan untuk tentera penjajah di Jenin

Isnin ,05-08-2013 – Pasukan penjahahan Zionis menyerbu tanah lapang di selatan Jenin pada Rabu malam (31/7), dan menjalankan operasi dan latihan ketenteraan berselang dengan pendaratan helikopter.

Saksi berkata bahawa operasi ketenteraan besar-besaran yang dimulakan oleh pasukan penjajahan sejak petang hari di atas tanah pertanian bertempat di tanah lapang bandar barat daya, Jenin di mana pendaratan tentera dari sebuah helikopter berdekatan “Mapudothan” yang dirampas. Rakyat menyatakan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup dan bom bertubi-tubi seperti melancarkan bom pancaran cahaya, dan saya mendengar suara-suara tentera semasa latihan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : norsyuhadak

Categories
Berita Semasa

Tentera Palestin: Perbincangan disambung untuk menutup jenayah Israel

Isnin ,05-08-2013 – Kesatuan Tentera Palestin di Lubnan menolak keputusan Abbas untuk meneruskan perbincangan hasil tekanan Amerika meski jenayah Israel terhadap rakyat Palestin tidak pernah berhenti.

Sambungan perbincangan itu seperti duri dalam daging bagi usaha Palestin dan menutup jenayah Israel terutamanya tentang pembesaran penempatan Yahudi, rampasan tanah dan pengusiran Badwi Negev dan sekatan ke atas Gaza yang semakin ketat, demikian menurut kenyataan kesatuan itu.

Kesatuan itu menyeru kepimpinan PA dan PLO untuk menghentikan rundingan yang tidak bermakna itu dan bekerja bagi mencapai keamanan kebangsaan dan kesatuan untuk membentuk strategi berasaskan penentangan oleh rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Qassem: Mana-mana pihak yang berkaitan dengan pihak Zionis adalah tidak dipercayai

Isnin ,05-08-2013 – Abdul-Sattar Qassem, Profesor Sains politik di An-Najah National University, berkata bahawa mana-mana pihak yang bekerjasama dengan regim Zionis berkemungkinan mengambil bahagian dalam kempen hasutan.

Mengenai dokumen yang diterbitkan oleh pergerakan Hamas, beliau menyatakan bahawa mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam keselamatan dan pentadbiran penyelarasan dengan regim zionis tidak boleh dipercayai. Penyelarasan keselamatan dengan regim zionis adalah dua garis yang bercanggah dan tidak boleh bertemu, katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Rang undang-undang Zionis untuk “melegitimasi” memberi makan kepada tahanan yang mogok dengan menggunakan kekerasan

Isnin ,05-08-2013 – Akhbar (Haaretz) menyatakan bahawa Setiausaha badan kehakiman Tzipi Livni sedang berusaha beberapa hari ini untuk merangka draf undang-undang baru bagi memberi makan tahanan yang mogok lapar «dengan menggunakan kekerasan» melalui pengesahan mahkamah setelah dikemukakan kepada beliau laporan perubatan yang menyatakan bahawa kehidupan tahanan mogok lapar berisiko sekiranya tidak berhenti mogok lapar.

Beliau menegaskan bahawa rang undang-undang tersebut adalah bagi menghadapi perluasan fenomena tahanan mogok lapar «yang mahu mogok untuk memberikan tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk melepaskan mereka». Akhbar itu menyatakan bahawa Peguam Negara bagi Hal Ehwal Jenayah, Dan Nzera menjalinkan hubungan dengan wakil-wakil Perkhidmatan Keselamatan dan Kementerian Kesihatan bagi mengkaji cara-cara untuk mengurangkan kejadian mogok lapar, dan memberitahu kepada mereka mengenai «tindakan untuk memberi makan kepada tahanan mogok lapar dengan menggunakan kekerasan» yang mana telah diamalkan di beberapa negara di Barat.

Dan ia telah dipersetujui untuk mengikuti prosedur seperti mana pemberian hak yang telah diputuskan oleh mahkamah selepas mendengar laporan perubatan dan kedudukan tahanan atau wakilnya. Canselor akan menyampaikan cadangan itu kepada Setiausaha badan kehakiman dan Peguam Negara, Yehuda Feinstein dan tahap politik sebelum meletakkan ia sebagai undang-undang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen

Categories
Berita Semasa

Dokumen yang memalukan.. Kejadian dan Tarikh Pembukaan mengesahkan kesahihannya.

Isnin ,05-08-2013 – Kebanyakan rakyat Palestin tidak terkejut dengan dokumen-dokumen yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas pada hari selasa, mengenai munculnya konspirasi yang dimainkan Pergerakan Fatah untuk menjatuhkan imej Gaza, Pergerakan Hamas dan Pergerakan Rintangan
Palestin.

Semalam, dunia dan rakyat Palestin menyaksikan dokumen yang tepat, bertarikh dan bertandatangan, yang merupakan satu jenayah baru dengan rekod pemalsuan dan penipuan yang dilakukan oleh Pergerakan Fatah yang dilihat sebagai ideologi politik yang berlawanan dan pertama di arena Palestin.

Seperti yang didedahkan oleh Pergerakan Hamas, Pergerakan Fatah dan Pihak Berkuasa Palestin bertanggungjawab secara langsung dalam kempen hasutan yang mendedahkan tentang Gaza dan rakyat palestin dalam media Mesir, mereka juga menerbitkan beberapa dokumen yang berkaitan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Seorang mati dan 200 yang lain ditahan sepanjang bulan Julai

Isnin ,05-08-2013 – Tentera ZIonis Israel telah membunuh seorang rakyat Palestin dan menahan 200 yang lain sepanjang bulan Julai lalu di Tebing Barat dan Gaza, menurut laporan Hak Asasi Manusia Yayasan Tadamun.

Ahmad al-Bitawi, seorang penyelidik di yayasan itu berkata Moataz Sharawna Idris, 19, telah dibunuh selepas dilanggar jip Israel semasa pertempuran yang meletus di Dura , al-Khalil. Laporan yayasan itu menyebut 200 rakyat Palestin telah ditahan Julai lalu termasuk 40 kanak-kanak berusia di antara 12-18 tahun dan 10 orang pelajar universiti yang belajar di luar negara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Ikhwan menolak dasar perkara yang realiti

Jumaat ,02-08-2013 – Tidak akan menjadikan 30 Jun sebagai pengganti kepada 25 Januari, dan tidak akan mengenakan rampasan kuasa dan realiti baru kepada rakyat Mesir atau pergerakan dan gerakan Islam di Mesir. Kami telah mendapati bahawa rampasan kuasa adalah untuk mengekalkan dasar perkara realiti. Hal ini melalui penolakan inisiatif baru melebihi 30 Jun atau tuduhan tentera kepada pimpinan al- Ikhwan Muslimin bahawasanya ia adalah khayalan dan mereka mesti mengiktiraf dasar perkara realiti. Dan impian ini memikat para perampas kuasa yang menganggap bahawa masa boleh kembali ke belakang atau kerana tentera mempunyai keupayaan untuk menipu rakyat dan orang Islam lagi.

Catherine Ashton, wakil kanan bagi dasar luar negara telah bertemu dengan Presiden Dr Mohamed Morsi selama dua jam dalam Kesatuan Eropah. Para perampas kuasa tidak membenarkan lawatan sedemikian secara sukarela, tetapi mereka berbuat demikian kerana tekanan Barat ke atas mereka dan dipengaruhi oleh apa yang berlaku di jalan Mesir, dan lawatan itu sendiri adalah bukti kekuatan gerakan Islam untuk menyokong syariah dan tidak berserah kepada rampasan kuasa atau tunduk kepada dasar perkara realiti. Maka penyelesaian politik tersebut mengikut Ikhwan Muslimin adalah ditolak, yang tidak bermula dengan kepulangan Presiden Mohamed Morsi untuk pemerintahan bersama kejatuhan puak pemberontak pada 30 Jun, dan semua undang-undang yang berbangkit dan perlembagaan iklan haram, serta memegang penjenayah yang bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dengan ucapan khianat al-Sisi terhadap orang-orang Mesir dan presiden Mesir yang sah, Mohamed Morsi.

Kita harus ingat bahawa had waktu yang diberikan oleh tentera kepada rakyat telah berakhir dan kawasan tidak boleh dikosongkan walaupun pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Bsais atau awam,
Kita juga harus ingat juga bahawa bantahan meningkat dalam kuantiti dan kualiti, di mana berjuta “pengaman” akan menuju ke ibu pejabat keselamatan, dan itu bererti bahawa menghadapi rampasan kuasa tidak terhad kepada masyarakat dalam kawasan dan masjid-masjid, tetapi juga mengambil bentuk-bentuk lain seperti perhimpunan di hadapan pangkalan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya badan kehakiman, serta kedutaan asing dan misi diplomatik di Kaherah dan yang akan mempunyai impak yang besar terutamanya jika mereka “menyerang” AS dan kedutaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Penolakan semula rundingan

Jumaat ,02-08-2013 – Pasukan kebangsaan Palestin dan puak-puak lain, kecuali pergerakan Fatah, telah memperbaharui semula penolakan mereka ke atas rundingan antara PA dan pendudukan haram Israel di tengah-tengah tuduhan kepada pergerakan Fatah dan PA atas pengamalan system diktator.

Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP) menggesa rakyat Palestin untuk menolak inisiatif Kerry untuk meneruskan rundingan. The DFLP telah memanggil untuk berpegang kepada tuntutan asas negara termasuk menghentikan pembinaan penempatan, pembebasan tahanan dan menolak tekanan Israel dan Amerika.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada