Rabu, 19-04-2023 – Seorang gadis Palestin cedera teruk pada petang Isnin setelah dikatakan melakukan operasi tikaman di selatan Tebing Barat kota Bethlehem.
Sumber media melaporkan yang gadis Palestin itu cedera teruk setelah ditembak dengan peluru hidup oleh tentera rejim zionis (IOF) dekat pos pemeriksaan Etzion.
Manakala, seorang tentera IOF cedera ringan dalam cubaan ditikam dekat Bethlehem, demikian menurut organisasi Israel, Rescuers without Borders.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 19-04-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya dan setiausaha agung Inisiatif Nasional Mustafa al-Barghouthi telah menekankan keperluan bagi mengaktifkan usaha di peringkat serantau dan antarabangsa dalam menghadapi dan mengasingkan negara pendudukan haram Israel serta mendedahkan wajah sebenar mereka kepada dunia.
Semasa pertemuan mereka di Doha Isnin lalu, Haneyya dan Barghouthi membincangkan perkembangan politik dan lapangan terkini di Palestin, terutamanya semasa bulan suci Ramadan serta kesan situasi serantau dan antarabangsa semasa terhadap perjuangan Palestin.
Kedua-dua pemimpin Palestin juga membincangkan tentang pelanggaran etika tentera Israel di Baitulmaqdis dan di Masjid Aqsa serta jenayah yang dilakukan oleh tentera dan peneroka Israel di Tebing Barat termasuklah kesan sekatan di Semenanjung Gaza.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Selasa, 18-04-2023 – Pada Ahad, bekas Menteri Hal Ehwal Baitulmuqaddis, Khaled Abu-Arafa memuji rakyat Palestin yang meningkatkan keberadaan di Masjid Al-Aqsa ketika 10 hari terakhir bulan Ramadan yang mulia.
Abu-Arafa memuji mereka kerana menghidupkan Masjid Al-Aqsa sejak awal Ramadan walaupun Israel mengenakan sekatan ke atas mereka.
Beliau menekankan yang polis rejim cuba untuk melemahkan keazaman warga Baitulmuqaddis dengan menahan ratusan orang, mengeluarkan puluhan orang dari Masjid Al-Aqsa, dan menahan yang lain di rumah.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 18-04-2023 – Keadaan kesihatan banduan Palestin, Walid Daqqa yang menghidap kanser telah mencapai tahap yang membimbangkan serta semakin mengancam nyawanya.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Daqqa telah menjalani pembedahan paru-paru pada hari Rabu yang lalu di Hospital Barzilai di Ashkelon, berikutan penurunan kesihatannya yang semakin membimbangkan. Dia kini berada di unit rawatan rapi hospital selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian besar paru-paru kanannya.
Suruhanjaya juga berkata bahawa terdapat beberapa usaha yang giat dijalankan untuk membebaskan Daqqa.
Daqqa merupakan seorang penulis dan aktivis Palestin yang telah berada di penjara Israel semenjak 38 tahun yang lalu. Daqqa juga merupakan salah seorang tahanan Palestin yang terkenal dan paling lama berada di dalam tahanan Israel. Semasa di penjara, dia telah menulis beberapa buku, termasuk buku kanak-kanak.
Dia disahkan menghidap penyakit kanser myelofibrosis – sejenis kanser sumsum tulang yang jarang berlaku yang mengganggu pengeluaran normal sel darah badan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Moses
Isnin, 17-04-2023 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya menekankan yang rakyat Palestin akan sentiasa mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada pencemaran Israel walaupun melibatkan pengorbanan.
Dalam ucapan sambutan ulang tahun Hari Quds Antarabangsa, Haneyya berkata, rakyat Palestin akan terus menentang serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa sehingga tiada tempat untuk penceroboh.
Haneyya mengesahkan yang rakyat Palestin akan tetap melindungi Masjid Al-Aqsa daripada serangan Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 17-04-2023 – Dua warga Palestin telah mati ditembak dengan peluru hidup oleh rejim Zionis Israel pada Selasa di timur bandar Nablus di Tebing BaratPasukan khas rejim Zionis Israel telah menyerbu dan membunuh dua warga Palestin Mohammed Abu Dra’ dan Suod Al-Titi di perkampungan Deir-al-Hattab.
Menurut Briged Syahid Al-Aqsa, Abu Dra’ dan Al-Titi telah syahid ketika menjalankan perjuangan menentang rejim Zionis Israel yang menyerang warga Palestin di Jerusalem dan Tebing Barat.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 17-04-2023 – Majlis Penaung Kesatuan Islam Kristian bagi Tanah Suci Jerusalem telah mengutuk penjajahan rejim Zionis Israel dalam menarik balik ratusan permit masuk yang telah diberi kepada warga Kristian dari Semenanjung Gaza bagi perayaan Easter.
Dalam kenyataan media pada hari Rabu, Penaung melaporkan bahawa tindakan berikut melanggar hak kebebasan beragama dan menyanggah pendirian rejim Zionis Israel yang membenarkan kebebasan beragama dan pengunjungan ke tempat-tempat ibadah suci bagi warga Palestin.
Majlis Penaung menyatakan tindakan berterusan penjajahan Israel dalam meletakkan sekatan keatas umat Islam dan penganut Kristian dan sasaran tanah suci adalah melanggar Artikel 53 , Protokol Geneva Pertama 1977 dalam menghalang sebarang kuasa penjajahan dalam tindakan ke atas rumah ibadat dan menghalang penganut agama dari tempat suci mereka.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 17-04-2023 – Ahli biro politik Hamas, Sami Abu Zuhri telah mengesahkan penjajahan Israel dalam pembunuhan kejam terhadap pejuang Palestin tidak akan melemahkan semangat dan azam perjuangan Hamas.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis lepas, Abu Zuhri menyatakan pengakuan Benjamin Netanyahu dalam tanggungjawab ke atas pembunuhan Saud at-Titi dan Mohamed Abu Dira di Nablus mengesahkan warga Palestin menghadapi kenyataan rasmi keganasan dan ahli politik rejim Zionis Israel dan ketua angkatan tentera adalah sekumpulan pembunuh dan penjenayah perang.
Perjuangan menentang jenayah baru Zionis tidak akan mengambil masa yang lama kerta telah terbukti kesetiaan terhadap darah para syuhada dalam satu kenyataan rasmi Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 14-04-2023 – Pemimpin-pemimpin gereja Baitulmuqaddis mengutuk keputusan Israel mengehadkan jumlah orang yang dibenarkan melawat Gereja Holy Sepulcher di Baitulmuqaddis bagi sambutan Easter pada hujung minggu ini.
Polis rejim berkata, sekatan baru itu akan mengurangkan jumlah pelawat sebanyak 80 peratus bagi memastikan keselamatan.
Tetapi para pemimpin gereja menyifatkan keputusan itu sebagai satu penghinaan terhadap hak dan kebebasan komuniti Kristian tempatan, serta berazam untuk tidak mematuhinya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 14-04-2023 – Gerakan Hamas mengecam pembinaan jambatan gantung oleh Israel di lingkungan Wadi al-Rababa di daerah Silwan, Jarusalam timur, dan menggambarkannya sebagai “serangan terang-terangan terhadap identiti kota suci.”
Dalam pernyataan media pada hari Rabu, jurucakap Hamas Mohamed Hamada mengatakan bahawa projek pendudukan baru ini merupakan sebahagian dari polisi pengyahudian yang dilakukan oleh Regim Zionis Israel di Jerusalam.
Hamada menegaskan bahawa usaha Israel yang tergesa-gesa untuk melaksanakan dan memperluas projek pemukimannya akan menemukan dengan lebih banyak keazaman dan tentangan dari rakyat Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Khamis, 13-04-2023 – Kerajaan rejim Israel mengambil keputusan menghentikan pencerobohan pendatang Yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa hingga akhir bulan Ramadan yang mulia.
Para pelawat dan pelancong Yahudi dilarang memasuki dataran Masjid Aqsa di Baitumuqaddis sehingga tamat bulan Ramadan, demikian menurut kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Menteri Polis Netanyahu Itamar Ben-Gvir, bagaimanapun mengkritik keputusan itu. “Apabila keganasan menyerang kita, kita mesti menyerang balas dengan bersungguh-sungguh, bukannya menyerah,” katanya.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 13-04-2023 – Selasa (11/4/2023) malam, Puluhan ribu jamaah muslim melaksanakan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Aqsha yang diberkati, pada malam tanggal dua puluh satu bulan Ramadhan.
Lebih dari 20.000 warga Palestin menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Aqsha, meskipun ada sekatan dan pengerahan pasukan penjajah Zionis Israel di sekitar Masjid Al-Aqsha dan Kota Lama Al-Quds yang diduduki penjajah Israel.
Sebelumnya, Selasa pagi, ratusan pendatang ekstremis Yahudi menyerbu Masjid Al-Aqsha yang diberkati dari Gerbang Mughrabi (gerbang barat masjid yang dikuasai penjajah Israel), di bawah perlindungan ketat pasukan polis Zionis Israel pada hari-hari yang disebut hari besar “Paskah” Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 12-04-2023 – Sekurang-kurangnya 216 warga Palestin cedera pada Isnin dalam serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di Kampung Beita, selatan Tebing Barat kota Nablus.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan yang 185 orang warga Palestin sukar bernafas setelah tentera IOF melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada warga Palestin di Beita.
PRCS menambah yang 22 warga Palestin cedera akibat peluru besi bersalut getah manakala dua orang lagi cedera di kepala akibat bom gas pemedih mata.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 11-04-2023 – Gerakan Hamas menyelar pada Ahad terhadap kelulusan yang diberikan oleh rejim zionis bagi meluaskan penempatan sedia ada Israel di Tebing Barat.
Rancangan itu merupakan pelanggaran baru ke atas konvensyen antarabangsa yang menyatakan aktiviti pendatang sebagai jenayah, demikian menurut Gerakan itu.
“Kami mengesahkan yang polisi penempatan rejim tidak akan menjadikan penjajahan Israel sebagai sah, juga tidak akan menghentikan rakyat Palestin daripada meneruskan perjuangan bagi pembebasan,” tambah kenyataan Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 10-04-2023 – Rejim Zionis Israel telah merampas 20 dunum atau 5 ekar tanah Palestin di Barat Ramallah pada hari Selasa. Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis Israel merampas 20 dunum tanah Palestin di bandar Ni’lin di barat Ramallah bagi tujuan ketenteraan.
Pada bulan Mac lepas , askar rejim zionis dan peneroka haram yahudi melancarkan lebih 436 serangan ke atas warga Palestin dan tanah milik mereka
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul