Categories
Berita Semasa

Haneyya: Kerajaan tidak akan diam jika UNRWA abaikan permintaan kakitangan

Selasa, 11/10/2011 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya berkata kerajaan di Gaza tidak akan duduk diam dan memerhatikan sahaja Agensi Bantuan PBB mengabaikan tuntutan-tuntutan kakitangannya.

“Kami mengikuti perkembangan dan pertikaian antara UNRWA dan kesatuan kakitangan dan kami telah berbincang dan menugaskan menteri dengan pegawai-pegawai berkiatan dalam agensi bantuan itu,” kata Haneyya semasa majlis perasmian pesta buku antarabangsa di Gaza pada malam Rabu lalu.

“Kita tidak boleh leka dan menyaksikan respon dari gerakan-gerakan popular dan sikap berdiam diri pegawai-pegawai agensi terhadap permintaan kakitangan,” kata Perdana Menteri Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mahkamah tangguhkan perintah akhir rayuan penghantaran pulang Salah

Selasa, 11/10/2011 – Mahkamah imigresen UK Isnin lalu menangguhkan pemerintah akhir atas rayuan penghantaran pulang yang difailkan oleh pemimpin politik Palestin, Raed Salah.

Salah, pemimpin Gerakan Islam di wilayah yang diduduki 1948, telah ditangkap selepas memasuki UK pada Jun lalu tanpa mengetahui Setiausaha Negara UK, TheresaMay telah mengeluarkan satu perintah pengecualian terhadapnya. Dilaporkan delegasi dari Pergerakan Islam kini di UK bagi menunjukkan sokongan terhadap Salah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Khalil Al-Hayyah gesa untuk tingkatkan bantuan terhadap para tahanan

Jumaat, 07/10/2011 – Dr. Khalil Al-Hayyah, anggota Maktab Politik Hamas, menyeru kepada penyatuan untuk membantu menyokong para tahanan, yang kini sedang melancarkan mogok lapar. Beliau menggesa barisan faksi pertahanan untuk mengambil tindakan untuk terus menekan Zionis yang sedang mencabuli hak para tahanan.

Al-Hayyah berkata sewaktu beliau menyertai rapat umum Hamas yang disertai ribuan peserta di Gaza selepas solat Isya’ hari Rabu (5 Oktober) yang bertujuan untuk mengembalikan hak tahanan, : “kami akan mempertahankan para tahanan kami dan kamu akan melawan Zionis di serata tempat.”. Beliau turut menegaskan bahawa Hamas dan warga Palestin, “tidak akan sekali-kali berundur selagi kesemua para tahanan di dalam penjara Zionis dibebaskan, para pemuda Palestin bersatu mempertahankan perkara ini terutamanya yang melibatkan para tahanan, Al-Quds dan hak kembali para pelarian.”

Pimpinan Hamas berkata bahawa Hamas sedang berusaha keras untuk mencapai pembebasan para tahanan, dan menjaga kemerdekaan, memelihara maruah serta keinsanan mereka yang segala-galanya telah dirobek oleh Zionis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Senjata Nuklear Israel Ancaman Kepada Rantau

Jumaat, 07/10/2011 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa senjata nuklear Israel adalah satu ancaman kepada rantau ini, kata agensi berita Anatolia Turki.

Semasa lawatan rasmi ke Afrika Selatan, Erdogan berkata bahawa Israel adalah satu ancaman kepada rantau ini kerana ia mempunyai senjata nuklear.

Erdogan mengulangi kutukan serangan maut Israel ke atas kapal bantuan Turki ke Gaza pada tahun 2010 dan penggunaan kekerasan yang berlebihan dan senjata yang diharamkan dalam perang ke atas Gaza 2008-2009.

Perdana Menteri Turki menuduh Israel “pengganas negara” di Timur Tengah tetapi Israel enggan mengesahkan sama ada ia mempunyai senjata nuklear. Beliau menambah bahawa ia adalah salah untuk mengkritik Iran atas program nuklear kontroversi dan mengabaikan Israel, yang dipercayai kuasa hanya nuklear di rantau ini.

Beliau berkata Ankara menentang perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah dan menyeru kepada pendekatan diplomatik untuk menangani krisis di antara kuasa-kuasa Barat dan orang-orang Iran dengan mengambil kira cita-cita nuklear Iran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: tindakan keras terhadap pemogok lapar akan meningkatkan lagi keinginan tahanan

Jumaat, 07/10/2011 – Hamas berkata tindakan keras dalam menghadapi mogok lapar besar-besaran yang menggoyahkan penjara Israel hanya akan mengukuhkan perpaduan sesama tahanan Palestin seperti yang telah ditunjukkan di jalanan sekitar Palestin dengan pelbagai cara.

Dalam satu kenyataan baru, Hamas memandang berat siri tindakan keras sebagai tindak balas kepada mogok lapar yang disertai oleh beribu-ribu tahanan Palestin dan memuji mereka kerana tetap teguh dengan tuntutan mereka.

“Kami berjanji kami akan kekal setia terhadap tahanan dan perjuangan mereka dan perjuangan itu akan kekal sebagai keutamaan tertinggi negara, dan kami akan berusaha untuk membebaskan mereka, dan meyakinkan mereka dan seluruh dunia bahawa tentera Zionis, Gilad Shalit tidak akan menikmati kebebasan sehingga tawanan kami menikmatinya, ” kata Hamas pada Rabu lalu sambil menggesa lebih banyak sokongan dan bantuan untuk para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Aman Dicemari Serangan Militan Zionis di Hadapan Penjara Over

Jumaat, 07/10/2011 – Puluhan penduduk tercedera ketika demonstrasi aman di depan penjara Over untuk memprotes tindakan zalim pihak penjara. Mereka tercedera akibat serangan tentera Zionis di depan penjara Over, dekat Ramallah.

Sementara itu, menurut saksi, tentera Israel menembak para penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan peluru asap. Sebanyak 15 orang yang hadir mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata yang bertubi-tubi dari tentera Zionis yang mengawal ketat kawasan tersebut.

Penjara Over terletak sangat dekat dengan kota Ramallah. Terdapat 800 tawanan Palestin yang dibahagikan dalam lapan blok. Penjara ini dilengkapi pejabat perisikan Shin Bet serta pengawal perdagangan bagi keluar masuk kontainer yang datang dari pelabuhan-pelabuhan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 8,000 guru-guru mengadakan tunjuk perasaan dengan duduk beramai-ramai di ibu pejabat UNRWA.

Khamis, 06/10/2011 – Lebih 8,000 guru Palestin bercadang untuk bertahan duduk-dalam ibu pejabat Agensi Pekerja Relief PBB di Gaza untuk membantah pemecatan pengerusi kakitangan kesatuan UNRWA Arab Suhail al-Hindi.

Guru dan kakitangan di sekolah-sekolah UNRWA telah meningkatkan tindakan yang lebih tegas terhadap UNRWA termasuk mogok yang menyebabkan semua sekolah-sekolah UNRWA terpaksa ditutup di seluruh Semenanjung Gaza.

Tuntutan mereka termasuklah sekurang-kurangnya, mengembalikan semula Hindi ke dalam jawatannya itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pembakaran masjid mencetuskan kemarahan antarabangsa

Khamis, 06/10/2011 – Pembakaran masjid di Lembah Atas Galilee telah mencetuskan kemarahan dunia apabila Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menyeru Israel untuk mengambil tanggungjawab di atas tindakan menyerang perkampungan rakyat Palestin di tanah jajahan 1948.

Pendatang Yahudi memulakan kebakaran di Masjid Al-Nour di kampung Tuba-Zangareya pada Ahad malam dengan membakar kitab-kitab suci dan mengakibatkan kerosakan teruk. Contengan di dalam bahasa Hebrew juga
terdapat pada dinding.

Kumpulan pejuang Hamas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan penakut dan perkauman serta berkata, serangan pendatang yang berterusan dan juga perlindungan pihak Zionis ke atas pelampau-pelampau ini merupakan perlanggaran undang-undang suci dan antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sebuah roket jatuh di Askelon

Khamis, 06/10/2011 – Sebuah roket telah jatuh di bandar Askelon. Mengikut media Zionis, roket itu telah dilancarkan dari arah Gaza. Namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Jika benar roket itu berasal dari Gaza, ini menambahkan kebimbangan kepada pihak ZIonis apabila roket yang mungkin kepunyaan HAMAS telah berjaya sampai ke tempat mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pihak rejim Israel menahan seorang wanita Palestin untuk menekan abangnya

Khamis, 06/10/2011 – Pihak berkuasa rejim Israel menahan seorang wanita berusia 20 tahun dari Beit Fajjar yang terletak 8km sebelah selatan Tebing Barat pada petang ahad untuk menekan abangnya melakukan pengakuan.

Tahanan tersebut, Nubal Ali Issa Taqatqa telah dipanggil beberapa kali untuk disoalsiasat oleh pihak keselamatan dan pihak berkuasa Palestin.

Abang Taqatqa, Muhammad Ali Issa Taqatqa telah ditahan pada 1 Sept 2011 ketika menuju ke Masjid Ibrahimi di Al-Khalil untuk bersolat dan masih dalam penyiasatan kerana disyaki menikam tentera Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja lelaki berusia 16 tahun ditembak askar Zionis

Khamis, 06/10/2011 – Tentera Zionis Israel menembak dan mencederakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di kawasan Jahar al-Deik, selatan bandar Gaza.

M.S telah ditembak di paha kiri dengan peluru hidup yang dilepaskan oleh tentera Zionis Israel di timur Jahar al-Deik, kata Abu Salmiyya, jurucakap Jawatankuasa Tinggi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di Gaza. Mereka yang cedera telah dibawa ke hopital al-Shifa di Gaza di mana luka itu agak sederhana, tambahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Bardawil panggilan pada Fatah tidak berlembut bagi agenda rundingan damai

Khamis, 06/10/2011 – Pegawai Kanan Hamas Salah al-Bardawil berkata suatu tarikh yang belum ditetapkan untuk pusingan baru rundingan perdamaian dengan Fatah, menyeru parti Fatah tidak terlalu berlembut dalam agenda rundingan damai dengan Israel.

Bardawil menyeru Fatah untuk mempunyai keberanian dan semangat yang kuat untuk memenuhi hak-hak kebangsaan yang utama, terutamanya perkongsian dalam membuat keputusan negara, dengan penyusunan semula PLO mengikut perjanjian pada tahun 2005 dan 2010 di Kaherah, dan menghentikan mengelakkan keputusan negara dan terlalu berlembut semata-mata untuk agenda rundingan politik dengan Israel. Ini datang dalam ucapan ceramah oleh pemimpin-pemimpin Fatah, Azzam al-Ahmed, menetapkan tarikh untuk pusingan baru rundingan perdamaian.

Bardawil berkata, keutamaan pertama ialah untuk mengadakan perbincangan mengenai perjanjian yang mendalam ke atas program kebangsaan berdasarkan mengekalkan hak-hak kebangsaan yang telah dipersetujui dalam dokumen pendamaian nasional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Al Qassam: Intifadhah Boleh Diperbaharui Kembali

Selasa, 04/10/2011 – Brigade al Qassam, sayap militan Hamas, menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel hanya memahami bahasa kekuatan dan penumpahan darah dan mereka hidup dalam kubangan kolam darah melalui entitinya sejak tahun 1948.

Jurucakap al Qassam, Abu Ubaidah, dalam pernyataannya hari ini, Ahad (2/10),dalam rangka memperingati 11 tahun intifadhah al Aqsa, mengatakan, 適ami telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa di sana ada model di tanah Palestin, sekelompok pejuang yang berpegang teguh dengan sikap membela tanah dan bangsanya serta tempat-tempat sucinya.葱elompok ini, tegas Abu Ubaidah, akan terus konsisten berjuang sepanjang zaman, lama atau pendek waktunya.

Abu Ubaidah menegaskan bahawa Intifadhah al Aqsa merupakan tanda pemisah dalam sejarah bangsa Palestin. Intifadhah ini muncul untuk menyelamatkan isu Palestin setelah kesepakatan palsu dan zalim yang mendatangkan bahaya besar kepada Palestin. Beliau menjelaskan bahwa intifadhah ini telah menyelamatkan isu Palestin dari terowong gelap dan mengekspresikan nurani bangsa Palestin yang menolak penghinaan, perhambaan dan pengabaian tanah dan tempat-tempat sucinya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh seru dialog komprehensif untuk strategi nasional

Selasa, 04/10/2011 – Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Palestin, meminta untuk melancarkan dialog yang lengkap mendalam agar persepakatan dapat dicapai dalam isu strategi nasional yang berpijak di atas dasar pertahanan dan meyakinkan lagi pilihan Hamas dan meyatukan pilihan tersebut dengan gerak kerja politik dan diplomasi yang sebenar.

Haniyyeh menegaskan dalam ucapannya pada hari Ahad (2 Oktober) melalui video conference yang bersiaran dari Muktamar Nasional ke-lima di Gaza sempena sokongan yang diberikan untuk Intifadhoh Pemuda Palestin di Tehran – bahawa satu-satunya pilihan yang tinggal di hadapan warga Palestin – di bawah tekanan kepungan oleh Zionis – adalah untuk meyempurnakan persepakatan rekonsiliasi yang telah dipersetujui di Kaherah pada Mei lepas.

Haniyyeh menekankan – kepentingan persepakatan yang akan dicapai sewaktu sesi dialog ini adalah untuk meyelaraskan di antara proses pembebasan Palestin dan ketegasan untuk terus berpegang dengan strategi tanah Palestin, dan tegasnya, bahawa beliau tidak akan membiarkan dan mengabaikan sekecil tanah dari bumi Palestin, hatta kebajikan dan hak-hak mereka yang terdahulu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel: Penempatan di Baitulmuqaddis adalah muktamad

Selasa, 04/10/2011 – Timbalan perdana menteri Israel Silvan Shalom berkata, pembinaan penempatan di Baitulmuqaddis adalah muktamad, meski terdapat tentangan oleh beberapa kumpulan.

Berkenaan rundingan damai dengan Palestin, Shalom memberitahu Radio Israel pada Ahad, bahawa segala isu yang tertangguh akan didebatkan tetapi bukan berdasarkan cadangan Quartet antarabangsa. Shalom juga
berkata, soal sempadan dan keselamatan menjadi perkara pertama untuk dibincangkan.

Seorang pegawai kanan Israel berkata, walaupun rakyat Palestin berjaya mencapai tuntutan serantau, namun tidak akan ada kesepakatan dalam isu-isu yang penting bagi Israel seperti pemulangan pelarian Palestin
dan hal-hal berkaitan Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan suci.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati