Categories
Berita Semasa

Tentera Haram Zionis (IOF) Pecah Masuk Kedai Roti Palestin

Jumaat, 13-09-2019 – Tentera Haram Zionis (IOF) pada petang Rabu menyerbu kawasan Jabal al-Mawalih di Baitulaham.

Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menyerbu kedai roti milik penduduk Palestin dan menimbulkan kekacauan di dalamnya.

Mereka menambah bahawa askar IOF, setelah menggeledah kedai roti, dikerahkan di kawasan jiran dan menggeledah tempat lain. Tiada alasan diberikan untuk kempen itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel gempur 2 pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara

Jumaat, 13-09-2019 -  Pesawat-pesawat tempur penjajah Israel pada Rabu (11/9/2019) malam menggempur dua pos pejuang Palestin di Semenanjung Gaza utara. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan bahawa pesawat tempur penjajah Israel menembak tiga peluru berpandu ke arah pos "Ashkelon" milik pejuang di kota Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara, tanpa ada laporan tentang mangsa yang terkorban.

Menurut sumber tempatan, pasukan pertahanan darat pejuang Palestin menembaki pesawat drone pendudukan penjajah Israel yang menyebabkan siren di penempatan Israel di pinggiran Semenanjung Gaza berbunyi.

Jurucakap tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu dilakukan sebagai reaksi terhadap tembakan roket dari Gaza ke penempatan Yahudi di pinggir Semenanjung Gaza pada hari sebelumnya.

Pada Rabu petang, kenderaan militan penjajah Israel menembak dua pos pemeriksaan milik Brigade al-Qassam di Semenanjung Gaza utara.

Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan bahawa pasukan artileri penjajah Israel melancarkan serangan ke pos pejuang dan kemudian ke pos lain di kota yang sama.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel musnahkan fasiliti Palestin di Al Khalil

Jumaat, 13-09-2019 –  Jentolak Israel telah memusnahkan beberapa harta benda milik warga Palestin di pekan Masafer Yatta, selatan bandar al-Khalil di Tebing Barat, Rabu lalu.

Menurut sumber tempatan, jentolak Israel telah memusnahkan beberapa karavan yang digunakan oleh keluarga warga Palestin sebagai rumah bergerak, memandangkan pihak berkuasa Israel tidak membenarkan sebarang bentuk pembinaan di kawasan berkenaan.

Rejim Zionis pada awal paginya telah menyerang perkampungan Khirbet ad-Dabe’ yang berdekatan, menggeledah beberapa buah rumah, dan menahan beberapa orang penduduk Palestin untuk beberapa jam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Tahan 22 orang Palestin

Jumaat, 13-09-2019 – Tentera Zionis (IOF) pada Subuh hari Selasa menculik sejumlah rakyat Palestin ketika serbuan di Tebing Barat dan Jerusalem.

Sumber tempatan melaporkan bahawa 22 penduduk Palestin ditangkap di beberapa kampung di Nablus, Jenin dan Jerusalem.

Sementara itu di Ramallah, berpuluh-puluh penduduk Palestin di kampung Um Safa mengalami kesukaran bernafas selepas menghidu gas pemedih mata yang ditembak oleh tentera zionis semasa serbuan di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen



Categories
Berita Semasa

Israel kembali Menyerang Semenanjung Gaza pada Rabu pagi

Khamis, 12-09-2019 -  Pesawat-pesawat tempur penjajah Israel pada Rabu (11/9/2019) pagi melancarkan rangkaian serangan udara terhadap beberapa sasaran di Semenanjung Gaza, namun  belum ada mangsa yang terkorban dilaporkan.

Di kota Deir al-Balah di wilayah tengah Semenanjung Gaza, pesawat tempur penjajah Israel melancarkan empat serangan udara ke sebuah rumah warga awam yang terbengkalai di barat daya kota itu.

Pesawat-pesawat tempur dan dron penjajah Israel juga menggempur pos milik pejuang Palestin di timur kota Beit Lahia di Semenanjung Gaza utara. Serangan dilakukan dengan menggunakan lebih dari tujuh pesawat tempur.

Pesawat-pesawat tempur penjajah Israel juga melancarkan bom ke arah sebuah pos polis laut Palestin di sebelah barat Deir al-Balah di Semenanjung Gaza tengah.

Sumber-sumber media Palestin di Semenanjung Gaza belum melaporkan adanya mangsa yang cedera  akibat dari serangan tersebut. Namun  kerosakan teruk kelihatan di tempat-tempat yang menjadi target serangan dan sekitarnya.

Sebelumnya para aktivis memviralkan video  Netanyahu dilihat melarikan diri setelah terdengar bunyi siren di sekitar wilayah pinggir Semenanjung Gaza.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Warga Palesitn tunjuk perasaan di Al Khalil membantah kematian Al Sayeh

Khamis, 12-09-2019 – Berpuluh-puluh warga Palestin berarak di al-Khalil Selasa lalu sebagai menyuarakan bantahan terhadap kematian Bassam al-Sayeh, seorang warga Palestin yang ditahan di penjara Israel. Kematian al-Sayeh dikatakan adalah disebabkan oleh kecuaian perubatan yang disengajakan.

Penunjuk-penunjuk perasaan telah mengibarkan bendera Palestin dan memampangkan potret al-Sayeh dan sepanduk yang mengutuk tindakan jenayah Israel ke atas tahanan Palestin. Mereka juga menggesa supaya pihak antarabangsa memberikan perlindungan kepada tahanan-tahanan Palestin.  

Selain itu, penunjuk perasaan telah membantah tindakan kecuaian perubatan yang dilakukan secara sistematik ke atas tahanan politik Palestin oleh pihak Perkhidmatan Penjara Israel yang telah menyebabkan kematian berpuluh-puluh tahanan. Paling baru, Bassam al-Sayeh yang menderita barah tulang dan darah tidak diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul


Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel ceroboh Gaza.

Rabu, 11-09-2019 – Beberapa buah jentolak milik rejim Israel didapati telah menceroboh kawasan sempadan timur di utara dan tengah Gaza dan mula mèmbuat kerja-kerja meratakan tanah di kawasan tersebut.

Menurut kata saksi, empat jentolak milik tentera rejim dari sebuah pos tentera Israel bersebelahan pagar keselamatan yang terletak di timur bandar Jabalia, utara Gaza dilihat bergerak menuju arah timur Bandar Gaza.

Sementara empat lagi jentolak memasuki timur Maghazi dan kem pelarian al-Bureij di tengah Gaza. Jentolak itu melakukan kerja-kerja mengali tanah di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 Peneroka Haram Israel Cemar Masjid al-Aqsa

Rabu, 11-09-2019 – Puluhan peneroka haram Israel pada pagi Isnin menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Yerusalem di bawah kawalan polis haram Israel.

Sumber-sumber media Palestin melaporkan bahawa 107 peneroka haram Yahudi menyerbu masuk ke Masjid al-Aqsa melalui pintu al-Maghareba .

Jurucakap Jabatan Waqaf Islam Jerusalem berkata, 45 peneroka, 45 pelajar Yahudi, 15 pegawai kerajaan dan dua anggota polis menyerbu tapak Islam dan menjelajah halamannya sambil memberi pembentangan mengenai “Temple Mount”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Lapan jentolak tentera Israel menyusup sempadan Gaza

Rabu, 11-09-2019 – Beberapa jentolak Israel pada pagi Rabu menyusup ke kawasan sempadan timur di utara dan tengah Gaza dan memulakan meratakan tanah.

Menurut sumber tempatan, empat jentera berperisai maju dari kawasan tentera di belakang pagar keselamatan di timur bandar Jabalia di utara Gaza dan menuju ke timur Kota Gaza.

Empat jentera lain menyusup ke timur kem pelarian al-Maghazi dan al-Bureij di pusat Gaza. Semua jentera yang tiba membuat kerja-kerja menggali tanah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan rumah warga Palestin di Lod

Rabu, 11-09-2019 – Hari Isnin lalu, jentolak milik Rejim Zionis telah memusnahkan sebuah rumah milik warga Palestin di kejiranan al-Mahatta di bandar Lod di dalam kawasan terjajah Palestin.

Menurut sumber tempatan, tentera Rejim Zionis telah mengepung kawasan kejiranan berkenaan dan menghalang penduduk Palestin daripada menghampiri rumah yang menjadi sasaran untuk dimusnahkan, sebelum rumah berkenaan dibinasakan sama sekali dengan alasan kononnya dibina tanpa lesen yang sah.

Rejim Zionis pada kebiasaannya sering menolak permohonan untuk mendapatkan permit pembinaan untuk warga Palestin yang tinggal di kampung-kampung dan pekan-pekan yang telah dijajah semenjak tahun 1948.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Saudi Tahan Tokoh Pimpinan Mereka Sejak 5 Bulan Lalu

Rabu, 11-09-2019 -  Gerakan Pejuang Islam Hamas menyatakan bahawa kerajaan Saudi telah menahan Dr. Muhammas Khuduri (81 tahun) sejak lima bulan yang lalu. Beliau adalah salah seorang pimpinan Hamas dan sudah tinggal di kota Jeddah sejak 30 tahun yang lalu. Dengan ini Hamas meminta kerajaan Saudi untuk segera membebaskanya dan sejumlah warga Palestin yang masih dipenjara pemerintah tersebut. 

Pihak Hamas menambah bahwa al-Khodari telah bertugas mengelola hubungan dengan Arab Saudi selama dua dekad. Beliau memegang posisi sebagai pimpinan senior dalam gerakan tersebut.

Dia menunjukkan contoh terbaik dengan usianya yang telah mencapai 81 tahun serta keadaan  kesihatannya, di mana beliau menderita pelbagai penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Selain itu dengan status keilmuan dan kepakaran beliau sebagai salah satu konsultan terkemuka di bidang telinga, hidung dan kerongkong, beliau wajib dibebaskan. 


Di samping perjuangannya serta layanannya yang luar biasa kepada rakyat Palestin dan tujuan nasional mereka di dalam dan di luar Palestin, maka tak ada alasan untuk menahannya.

Dalam sebuah pernyataannya Hamas menyebutkan, bukan saja beliau ditangkap, tetapi putera sulungnya (Dr. Hani) juga ditangkap tanpa sebab yang munsabah..

Dia menekankan,  selama 5 bulan terakhir Hamas bersikap diam diri untuk memberikan ruang kepada pihak diplomatik dan para mediator, tetapi sejauh ini belum membuahkan hasil.

Hamas mengatakan bahawa gerakan berkewajiban mengumumkan masalah ini dan menyeru pemerintah Saudi untuk segera membebaskan al-Khodari bersama anaknya serta seluruh tahanan Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel lanjut tempoh tahanan pelajar universiti kali ke enam.

Selasa, 10-09-2019 – Sebuah mahkamah tentera di Israel melanjutkan lagi tempoh tahanan seorang pelajar universiti warga Palestin, berasal dari Jenin buat kali ke enam.

Menurut keluargaYazan Naddad, mahkamah tentera di Salem telah menambah tempoh tahanan sehingga 22, September.
Tentera rejim menangkap Baddad, seorang pelajar Universiti an-Najah, Februari lalu tanpa sebab. Mangsa kini ditahan di penjara Gilboa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin



Categories
Berita Semasa

Euro-Med Gesa Switzerland Tidak Tunduk Kepada Desakan Israel

Selasa, 10-09-2019 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean menyeru parlimen Swiss untuk tidak tunduk kepada desakan Israel untuk menggantung undang-undang jenayah Switzerland yang membenarkan perbicaraan untuk mendakwa para ahli politik dan pemimpin tentera haram Israel yang terlibat dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin.

Euro-Med berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka melihat lawatan delegasi Israel ke Switzerland, yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri Yisrael Katz dan disertai oleh pasukan undang-undang untuk menekan pihak berkuasa untuk menggantung undang-undang jenayah yang membolehkan tindakan undang-undang terhadap pemimpin Israel dan tentera yang terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia di wilayah Palestin.

Menurut Monitor, Switzerland adalah salah satu negara yang pertama termasuk dalam perundangan domestik yang membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap kejahatan oleh penjenayah utama jika mereka tidak diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Lapan Warga Palestin di Culik oleh Rejim Zionis di Tebing Barat dan BaitulMaqdis

Selasa, 10-09-2019 – Rejim Zionis (IOF) telah menculik lapan warga Palestin sewaktu Subuh selepas merampas rumah mereka di Tebing Barat dan BaitulMaqdis.

Tentera Israel mendakwa dalam satu kenyataan bahawa pasukannya menangkap tujuh orang Palestin di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik dua belia dari rumah mereka di bandar Rujeib, timur Nablus, dan bandar Beit Kahil, barat al-Khalil.
Mereka dikenali sebagai Ghazi Abu Mustafa dan Mu’taz Asafera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hartabenda dan warga Palestin diserang penduduk haram di Nablus

Selasa, 10-09-2019 – Segerombolan penduduk haram pelampau Yahudi telah menyerang warga Palestin dan harta benda mereka Rabu lalu, di pekan-pekan Madama dan Burin, di selatan Nablus di kawasan terjajah Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, berdozen-dozen penduduk haram dari kawasan Yitzhar merusuh kawasan selatan Madama dengan dibantu perlindungan anggota keselamatan dan tentera, dan telah membakar dan memusnahkan beberapa batang pokok zaitun.

Apabila beberapa orang penduduk tempatan Madama cuba bersemuka dengan perusuh berkenaan, anggota tentera telah campur tangan dan melepaskan gas pemedih mata, dan menyebabkan kecederaan ke atas penduduk tempatan.

Di dalam kejadian berasingan, penduduk haram di kawasan yang sama telah menceroboh pada waktu malam ke dalam pekan Burin berdekatan dan menyebabkan kerosakan ke atas beberapa pokok zaitun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul