Categories
Berita Semasa

Farwana: 750,000 rakyat Palestin telah diculik oleh Israel sejak 1967

Selasa, 19/04/2011 – Menurut pakar hal ehwal banduan,Abdulnaser Farwana, Israel telah menculik hampir 750,000 rakyat Palestin sejak 1967 termasuk 12,000 wanita dan puluhan ribu kanak-kanak.

Laporan ini dikeluarkan pada Hari Banduan Palestin yang jatuh pada 17 April.

Farwana menegaskan di dalam laporan tersebut ynag Israel telah menculik ramai warga Palestin tanpa pengecualian seperti kanak-kanak, warga tua lelaki dan wanita, kanak-kanak perempuan, isteri, ibu, pesakit, golongan cacat, ahli akademik, ahli parlimen, menteri dan ramai lagi.

Beliau menambah bahawa penculikan itu berlaku setiap hari dan merupakan amalan rutin pihak kerajaan haram Israel. Sebahagian besar penculikan dan penahanan tersebut tidak ada hubungannya dengan alasan keselamatan, tetapi mereka bertujuan untuk penghinaan dan balas dendam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel usir tahanan Palestin ke Malaysia

Selasa, 19/04/2011 – Tentera Zionis Israel telah mengusir tahanan Palestin, Maher Odeh ke Malaysia daripada kembali ke bandar kelahirannya Ein Yabrud di Ramallah.

Odeh ditangkap pada 14 Mac tahun lalu dan selepas 45 hari pusingan soal siasat yang kejam dia ditahan di pusat tahanan tanpa sebarang dakwaan ke mahkamah. Pusat hak asasi manusia dan kajian tahanan Ahrar berkata penyiasat Israel gagal mengeluarkan pengakuan dari Odeh dan menawarkan pengasingan berkali-kali tapi dia menolak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PLO menandakan persetujuan untuk meneruskan perbincangan keamanan

Jumaat, 15/04/2011 – Jawatankuasa Eksekutif PLO telah mengisyaratkan bahawa mereka bersetuju untuk meneruskan perbincangan damai dengan Israel berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Perancis, Inggeris, dan Jerman bulan lepas.

Jawatankuasa Eksekutif yang disebut di Quartet mengambil kenyataan dari tiga negara Eropah itu dan untuk melaksanakan tugasnya dalam proses keamanan tanpa penangguhan lebih lanjut ” dalam meletakkan dasar-dasar yang jelas untuk proses itu”.

“Penerapan prinsip-prinsip ini akan membuka jalan bagi pelancaran baru dan handal dari proses perdamaian dan menyimpannya dari Israel,” kata setiausaha agung jawatankuasa Yasser Abed Rabbo dalam kenyataan pada hari Rabu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mesir tarik semula kontrak gas dengan Zionis

Jumaat, 15/04/2011 – Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, mengarahkan pengkajian dan semakan semula kontrak gas yang dimeterai antara Mesir dan pelbagai negara termasuk kontrak yang pernah disepakati dengan entiti Zionis.

Kerajaan Mesir, telah menandatangani kontrak gas yang penuh knotroversi bersama Zionis pada tahun 2005 untuk membekalkan 1.7 billion meter padu gas setiap tahun selama 20 tahun, di mana harga yang dipersetujui adalah di antara 70 sen dan 1.5 dolar Amerika untuk setiap sejuta BTu. sementara harga kos pula adalah 2.65 dolar.

Menurut laporan media rasmi Mesir, penasihat Perdana Menteri Mesir, Ali Al-Simman, dalam kenyataannya pada hari Rabu (13 Mac) berkata : “Perdana Menteri (Mesir) menghendaki agar kajian dan semakan semula kontrak gas yang dipersetujui di antara Mesir dan beberapa buah negara, termasuk Jordan dan “Israel”, dan untuk meninggikan harga belian supaya memberi manfaat kepada rakyat Mesir.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Wanita warga emas ditahan di Awarta

Jumaat, 15/04/2011 – Seorang warga emas berusia 80 tahun selepas tentera rejim Zionis (IOF) mencetuskan huru-hara di Kampung Awarta dekat Nablus. IOF mendakwa misi itu bagi mencari pembunuh 5 orang sekeluarga yang merupakan pendatang haram Yahudi yang mendiami penempatan haram Itamar yang terletak berhampiran kampung itu.

Penahanan penduduk Palestin berlaku selepas IOF mengepung kawasan kampung selama 2 hari berturut-turut. IOF terus-terusan menggeledah rumah-rumah penduduk awam Palestin berkali-kali dan memusnahkan perabot serta barang-barang di dalam rumah mereka,” kata
Gabenor Awarta, Qais Awwad.

“Tiada rumah, lorong, padang mahupun masjid yang terlepas daripada serbuan dan digeledah oleh IOF selepas 5 orang pendatang haram Yahudi daripada penempatan haram Itamar disahkan mati pada 15 Mac lalu,” kata seorang penyelidik di Awarta, Salahuddin Awwad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

2 Juta Bunga di Gaza Rosak Jika Sempadan Tidak Dibuka

Jumaat, 15/04/2011 – Ketua Persatuan Bunga dan Beri para pekerja bantuan pertanian dan petani berjumpa pada Selasa untuk membincangkan kesan penutupan penyeberangan Gaza oleh Israel ke pada eksport bunga-bunga liar dan buah ke pasaran luar negeri.

Dua juta bunga disimpan di dalam peti sejuk menunggu untuk dieksport ke pasaran luar negeri selain daripada banyak lagi bunga yang belum dituai terdedah kepada kerosakan.Ketua Persatuan Bunga dan Beri Mahmoud Khalil berkata, mereka bertemu untuk berfikir tentang strategi musim berikutnya dari kemelesetan perniagaan di saat ini.

Khalil mencatat bahawa suhu tinggi mempengaruhi penanaman bunga di samping krisis kewangan antarabangsa yang melanda pasaran Eropah. Dia menekankan perlunya penyeberangan Gaza dibuka semula untuk eksport mereka terus ke pasaran Eropah dan mengelakkan kerugian harian petani.

Dia menegaskan bahawa 30 juta bunga yang seharusnya untuk dieksport tahun ini, tetapi hanya 10 juta yang dapat sampai ke pasaran Eropah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Sawasya: Penutupan Karam Abu Salim jenayah terhadap kemanusiaan

Khamis, 14/04/2011 – Pusat Sawasya hak asasi manusia di Palestin menyeru pembentukan sebuah jabatan untuk menilai keadaan kritikal kehidupan di Semenanjung Gaza tujuh hari selepas Israel menutup sempadan penyeberangan Karam Abu Salim.

Kumpulan ini disebut penutupan terminal “jenayah terhadap kemanusiaan dan melanggar hak terhadap konvensyen Gaza serta hak-hak asasi manusia yang paling dasar “.

Bahkan sebenarnya, persimpangan Karam Abu Salim sahaja tidak dapat menampung keperluan penduduk tempatan selepas Israel menutup penyeberangan Karni bulan lepas dan meletakkan semua beban di persimpangan Karam Abu Salim.

Penduduk terpaksa mengambil tindakan tambahan untuk memindahkan barang, menyebabkan harga melonjak kerana kos tambahan untuk pengangkutan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzouk: Visi Hamas untuk berdamai bertentangan dengan usaha Abbas

Khamis, 14/04/2011 – Timbalan ketua biro politik Hamas, Moussa Abu Marzouk mengesahkan bahawa interaksi telah dijalankan dengan ketua Fatah, Mahmoud Abbas untuk mengakhiri perpecahan di Palestin, tetapi beliau berkata, diskriminasi terhadap Hamas di Tebing Barat mestilah dihentikan sebelum perdamaian dapat direalisasikan.

“Sehingga kini tiada persefahaman muktamad dicapai berkaitan tajuk yang dicadangkan ataupun tempat bagi mengadakan mesyuarat,” beliau memberitahu PIC. “Saya percaya, isu ini akan diselesaikan segera,” beliau menambah.

“Abu Mazen (Abbas) telah menghubungi banyak negara termasuk Syria, Turki, Mesir dan lain-lain untuk mempromosikan inisiatifnya yang mencetuskan banyak perbincangan di media,”Abu Marzouk berkata tentang pendirian Hamas terhadap inisiatif Abbas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zoabu: Rakyat Palestin berhak mempertahankan diri sendiri

Khamis, 14/04/2011 – Anggota Arab di dalam Parlimen Israel, Hanin Zoabi menyatakan bahawa Hamas dan rakyat Palestin yang lain berhak untuk melepaskan tembakan roket untuk mendapatkan kemerdekaan.

Harian Hebrew Maariv memetik kata-kata beliau bahawa mereka yang hidup dalam pengepungan dan dalam keadaan daif sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pembebasan dan pihak berkuasa Israel haruslah memahami keadaan ini.

Parlimen Israel telah menarik balik pasport diplomatik Zoabi dan hak keistimewaan yang lain selepas mendakwa beliau sebagai ‘membelot Israel’ kerana menyertai rombongan Freedom Flotilla tahun lalu yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Roket Al-Qossam Hampir Bunuh Mantan Menteri Perang Israel

Khamis, 14/04/2011 – Sumber militan Zionis menyebutkan, salah satu roket yang dilancarkan brigade izzuddin Al-Qossam, sayap militan gerakan pejuang Hamas dari Gaza, Ahad malam (10/4) ke wilayah Askelon mengena beberapa rumah dan bangunan yang dihuni puluhan pegawai tinggi tentera Zionis.

Sumber tersebut menambah, Banyamin ben Eliyazer, bekas menteri perang sebelumnya adalah salah seorang penghuni perumahan tersebut. Ketika roket Al-Qossam jenis grad meledak, Eliyazer tak mampu turun dari rumahnya untuk bersembunyi di ruang kalis peluru yang berada di bawah bangunan.

Sementara Amer Oron, jurucakap tentera Zionis Israel mengatakan, Ben Ilyazer berada pada kedudukan yang berbahaya. Oleh itu roket Hamas tidak boleh dianggap mudah. Bahkan keberadaanya menakutkan serta menimbulkan kekalutan dan mengancam keamanan Entiti Zionis, katanya.

Sementara itu, mantan menteri perang ini mengatakan kepada harian Yedeot Aharonot, saya merasa kematian sangat dekat, katanya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel Setuju Bina Bisokop di Al-Quds

Khamis, 14/04/2011 – Zionis Israel telah bersetuju untuk membina sebuah gedung kebudayaan Israel. Gedung itu akan dibina atas tanah yang telah dirampas milik rakyat Palestin. Pembangunan gedung ini juga merupakan sebahagian perancangan Yahudisasi penempatan umat Islam di Palestin. Salah seorang ahli lembaga Al Quds Ahmad Uthwan, menyatakan rancangan ini telah lama dipersetujui. Uthwan juga mempertikaikan peranan Mahmoud Abbas yang tidak membela nasib al-Quds.

Uthwan menggesa seluruh umat Islam agar membantu dengan apa cara sekalipun bagi mempertahankan al-Quds dan kemuncak rancangan Zionis ini adalah memusnahkan masjid al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Himpunan di pejabat Kesatuan Eropah tuntut ditamatkan kepungan di Gaza

Khamis, 14/04/2011 – Pasukan tentera kebangsaan berkumpul pejabat Kesatuan Eropah di pinggir Jarrah Syeikh, Baitulmuqaddis Isnin lalu bagi menuntut untuk menamatkan kepungan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Mereka meminta Kesatuan Eropah agar campur tangan serta mengekang pencerobohan liar Israel dan meminta negara-negara anggotanya bertanggung jawab atas jenayah Israel terhadap wanita dan kanak-kanak.

Mereka menyerahkan memorandum kepada pengurus operasi di pejabat Kesatuan Eropah yang bertajuk “Hentikan pencerobohan tidak bertamadun di Gaza”, dan minta agar mendakwa Israel kerana melakukan jenayah perang dan melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Provokasi pembebasan armada 2

Khamis, 14/04/2011 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggambarkan armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza hanyalah sebagai “provokasi”.

Dia berkata kepada para duta besar Kesatuan Eropah dalam sebuah pertemuan pada hari Isnin bahawa bahawa perjalanan yang dijadualkan pada pertengahan Mei ini boleh mencetuskan ketegangan di seluruh wilayah.

Netanyahu mengatakan bahawa armada itu bukanlah untuk tujuan keamanan tetapi lebih kepada satu provokasi, disamping menyangkal kewujudan pelbagai krisis di Gaza. Ia mendakwa bahawa Palestin di Gaza “tidak kekurangan apa-apa”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Melancarkan Serangan Percubaan di Gaza

Khamis, 14/04/2011 – Pesawat tempur dan pengebom Israel menjalankan siri latihan serangan di Gaza pada Isnin, mengikut Pusat Info Palestin.

Wartawan PIC berkata bahawa latihan serangan ini dilancarkan ketika keadaan di Gaza berjaga-jaga dan menyebabkan kanak-kanak dan wanit amenjadi panik. Dia mengesahkan bahawa serangan udara dilancarkan di bandar Gaza dan di utara dalam usaha untuk melakukan keganasan ke atas penduduk awam dan menghalang pejuang penentang dari bertindak balas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Bahar Tuntut Percepatkan Keputusan Zon Larangan Terbang

Khamis, 14/04/2011 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin Dr Ahmed Bahar telah mendesak Liga Arab untuk segera mengeluarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB melaksanakan zon larangan terbang atas Jalur Gaza untuk melindungi orang awam Palestin dari kekejaman Israel.

Beliau menggambarkan keputusan ini sebagai langkah ke depan dan benar, mereka akan membuka jalan sebelum mengasingkan Israel di arena antarabangsa, katanya dalam siaran akhbar hari Isnin.

Ia meminta Liga Arab untuk mendapatkan sokongan antarabangsa untuk keputusan tersebut dan membincangkan cara pelaksanaannya.

Bahar menekankan pentingnya pelaksanaan resolusi Liga Arab tentang menamatkan pengepungan di Gaza, membuka sempadan Rafah secara kekal, dan mulakan pembinaan semula Gaza yang terkepung.

Dalam kenyataan sebelumnya pada hari Isnin, selain mengucap takziah kepada para syuhada Brigade Qassam, sayap bersenjata Hamas, ia menyalahkan kedudukan lemah masyarakat antarabangsa atas keganasan tentera Zionis baru-baru ini terhadap Gaza.

Bahar juga mengatakan penentangan terhadap penjajahan adalah sesuatu yang dibolehkan untuk semua bangsa di bawah penjajahan oleh undang-undang antarabangsa, menambah bahawa semua kumpulan pejuang Palestin bersatu dalam satu payung melawan pencerobohan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen