Categories
Berita Semasa

Pam Baru Israel Curi Air Silwan

Khamis, 29/09/2011 – Sekumpulan penduduk di Jerusalam menuduh pihak berkuasa pendudukan Israel menggunakan pam yang besar untuk mencuri bekalan air dari telaga Ayyoub bersejarah di daerah Arab Baitulmuqaddis Timur Silwan.

Terletak 450 meter di selatan Masjid al-Aqsa, kedalaman 130 meter dan telah membekalkan Jerusalem, Jericho, Ramallah dan Bethlehem dengan air, kata Fakhri Abu Diab, seorang ahli jawatankuasa Mempertahan Silwan.

Sebelum Israel, agensi bantuan PBB UNRWA telah memasang pam di sana untuk membekalkan air kepada masyarakat Palestin di wilayah yang dijajah Israel dan Jordan.

Abu Diab berkata beberapa tahun yang lalu pihak berkuasa Israel mula mencuri sebahagian daripada air telaga dan memindahkan penempatan Yahudi. Beberapa hari lalu, pihak berkuasa memasang pam dan tangki besar dalam langkah yang bertujuan untuk memindahkan air kepada sebahagian barat dari kota, katanya.

Di tempat lain, pihak berkuasa Israel membanjiri kawasan besar Muslim bersejarah Ma’manullah tanah perkuburan dengan ancaman kerosakan yang serius, sumber-sumber biasa dengan kejadian itu berkata Ahad.

Mustafa Abu Zahra, pengerusi jawatankuasa penyelenggaraan tanah perkuburan, berkata beliau melihat deposit besar air di bahagian barat tanah perkuburan yang disebabkan oleh paip air yang didirikan di sana.

Tanah perkuburan Islam yang terbesar dan yang paling penting di Jerusalam, dengan beberapa sahabat Nabi Muhammad yang dikebumikan di sana. Ia juga menjadi tapak projek pembinaan yang menimbulkan banyak kontroversi yang melibatkan pembuangan rangka manusia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peres: Abbas ialah pemimpin Palestin yang terbaik untuk bekerjasama dengan Israel

Khamis, 29/09/2011 – Presiden Israel Shimon Peres berkata pada Isnin bahawa presiden pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbas merupakan pemimpin Palestin terbaik untuk bekerjasama dengan Israel dalam proses damai.

“Saya menyeru sahabat saya, presiden Mahmoud Abbas yang saya hormati sebagai pemimpin terbaik pernah bekerjasama dengan Israel agar kembali ke meja rundingan,” Peres berkata di majlis Rosh Hashanah yang dihadiri para diplomat asing.

“Terdapat sokongan majoriti yang jelas terhadap konsep dua negara untuk dua orang dan setelah ucapan ini berakhir, maka tibalah masa untuk melaksanakannya,” Peres berkata dan menambah bahawa kedua-dua belah pihak mesti merealisasikan rundingan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rayuan pelepasan Salah akan didengar pada Isnin

Selasa, 27/09/2011 – Mahkamah imigran di Birmingham dijadualkan mendengar rayuan oleh pemimpin politik Palestin Sheikh Raed Salah.

Salah telah ditahan 3 bulan lalu setelah memasuki UK ketika Setiausaha Theres May mengumumkan arahan melarang beliau memasuki negara itu.  Kesahihan larangan dan penangkapan Salah telah dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dan Salah turut menyaman memohon pampas atas kesalahan penangkapan. Perbicaraan dua hari diadakan pada 14-15 September tetapi keputusan belum dikeluarkan. Ia dijangka dikeluarkan dalam minggu ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Gaza Kehabisan Stok 120 Jenis Ubat

Selasa, 27/09/2011 – Kementerian Kesihatan di Gaza menegaskan berlakunya krisis kekurangan ubat di Gaza terus meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Bahagian Ubat-ubatan, Dr. Munir Burs, dalam laporan bulan September ini menyatakan, 120 jenis ubat-ubatan sama sekali tidak ada stok, sementara itu 150 jenis peralatan medik juga kehabisan stok. Ketika ini 76 jenis ubat dan 75 jenis peralatan medik dijangka habis dalam tempoh tiga bulan ke hadapan.

Dr. Munir menyebutkan bahawa perkhidmatan kesihatan di beberapa hospital dan pusat-pusat kesihatan mengalami kesan langsung dari krisis ini yang dari masa ke masa terus meningkat. Hal ini mengancam kelangsungan kerja di beberapa hospital. Disebutkan bahawa pihak kementerian berusaha mengelola keadaan sukar tersebut agar tetap dapat memberikan khidmat kesihatan secara menyeluruh dalam batas yang boleh dilakukan.

Beliau mendesak agar pihak berkaitan seperti badan kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk memberikan bantuan ubat-ubatan ke Gaza secara berterusan supaya krisis dapat diatasi secara optimum.

sumber : COMES
penterjemah : osman dan hijjaz

Categories
Berita Semasa

Fatah lancar kempen tangkapan besar-besaran penduduk

Isnin, 26/09/2011 – Badan Keselamatan PA di Tebing Barat sejak mala Rabu lalu telah melancarkan penangkapan besar-besaran para penduduk daerah itu, dan menumpukan kerja mereka di dua kawasan, Al-Khalil (Hebron) dan Nablus yang bertujuan untuk mengelakkan sebarang demonstrasi terhadap pengganas Zioni pada hari Jumaat berikutnya.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Badan Khidmat Inteligen telah menahan wartawan, Muhammad Mana (29 tahun) di Bandar Nablus, dan seperti yang dilaporkan media, badan tersebut memecah masuk rumah seorang penulis blog, Thamer Saba’anah dekat Bandar Jenin. Saba’anah baru sahaja dilepaskan daripada tahanan PA Fatah seminggu lepas.

Beberapa mahasiswa Universiti Palestin turut memberitahu bahawa mereka ternampak konco-konco badan tersebut telah meletakkan kereta-kereta mereka di luar pintu universiti, yang turut dilaporkan oleh saksi lain di Bandar Nablus adalah Badan Keamanan Fatah telah menceroboh beberapa buah rumah penduduk dekat Bandar Bahtha, dalam usaha mencari 15 pendukung Hamas sekitar daerah Nablus dan Tulkarem.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Karamah” Tunisia Tunggu Keizinan Mesir Untuk Masuk Gaza.

Isnin, 26/09/2011 – “Konvoi Kemanusiaan Karamah” dijangka tiba di Gaza dalam waktu terdekat ini. Konvoi tersebut telah bertolak pada pertengahan September lalu dari ibukota Tunisia dan sekarang dalam proses mendapatkan keizinan untuk memasuki wilayah Mesir menuju Gaza.

Akhbar Tunisia edisi Khamis (22/9) menyatakan bahawa anggota Konvoi Tunisia menuntut pegawai terlibat di Mesir atau kedutaan Tunisia untuk segera memberi izin bagi mereka mengunjungi Gaza melalui pintu masuk Rafah.

Konvoi Karamah yang membawa bantuan perubatan berupa ubat-ubatan dan kerusi roda merupakan yang pertama memasuki Gaza setelah revolusi Tunisia.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Protes BDS memaksa penutupan peruncit Israel di London

Isnin, 26/09/2011 – Kempen boikot, penjualan, dan sekatan (BDS) mendatangkan hasil sehingga pembekal produk kecantikan Ahava Israel di London ditutup setelah dua tahun protes dwi-mingguan diadakan.

Aktivis pro-Palestin telah menyasarkan Ahava berdasarkan fakta ibu pejabat utamanya terletak di penempatan haram Israel, Mitzpe Shalem dan produk yang diimport adalah dari Laut Mati dimana Israel telah adakan sekatan terhadap rakyat Palestin sejak tahun 2000 dengan melanggar syarat Perjanjian Laut Mati.

Walaupun bantahan kadang-kala membawa kepada kerahan pegawai-pegawai polis Britain berhampiran kedai yang terletak di kawasan berprestij Covent Garden London, namun kedai menanggung kerugian besar dan akhirnya ditutup.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Israel mengumumkan situasi kecemasan di Baitulmuqaddis

Isnin, 26/09/2011 – Polis rejim Israel mengumumkan situasi darurat pada Jumaat kerana bimbangkan demonstrasi rakyat Palestin bersempenan permohonan keahlian penuh PBB.

Jurucakapnya berkata, mereka telah mengumumkan situasi darurat tahap ketiga, iaitu satu tahap lebih rendah daripada tahap maksimum. Pengumuman ini disasarkan untuk solat jumaat.

Walaupun situasi darurat tersebut meliputi semua kawasan Tebing Barat, ia tertumpu di Baitulmuqaddis dan kawasan perhubungan antara warga Palestin dan tentera serta pendatang Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel masih tahan lima penduduk Gaza sebagai “pejuang yang menyalahi undang-undang”

Jumaat, 23/09/2011 – Tentera Zionis Israel masih menahan lima penduduk Gaza di bawah undang-undang yang kononnya mengatakan pejuang yang melanggar undang-undang selepas menamatkan tempoh tahanan di penjara, kata Kementerian Tahanan Palestin di Gaza Rabu lalu.

Riyadh Al-Ashqar, jurucakap kementerian itu, berkata IOA telah membebaskan Mughiseeb Abu Abdullah, 29, minggu lalu selepas menjalani hukuman penjara enam tahun kemudian ditambah dua tahun lagi di bawah undang-undang tersebut dan mengurangkan bilangan tahanan menjadi lima orang.

Dia ditahan IOA dengan mengguna pakai undang-undang itu pada tahun 2005 selepas pengunduran dari Semenanjung Gaza dan selepas mendapat pengesahan Knesset bagi mengelak daripada undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

OIC kutuk tindakan Israel luluskan 900 unit penempatan

Jumaat, 23/09/2011 – Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) menyelar tindakan Israel meluluskan pembinaan 900 unit penempatan Yahudi di Baitulmuqaddis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, setiausaha agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata keputusan untuk meluaskan penempatan oleh jawatankuasa perumahan baru Israel itu merupakan tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa kerana Baitulmuqaddis ialah jajahan Palestin.

Ihsanoglu menekankan bahawa bahawa Baitulmuqaddis merupakan salah satu bahagian kawasan jajahan Palestin dan penempatan Yahudi itu adalah tidak sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sambutan “Langkah September” Dingin di Jenin

Jumaat, 23/09/2011 – Kekecewaan menimpa pimpinan gerakan Fatah di Jenin akibat kurangnya sambutan masyarakat terhadap festival “Mendukung Langkah September” di kota Jenin yang dijalankan berdekatan pejabat gabenor pada Rabu (21/9).

Kehadiran massa sangat sedikit, hanya kelompok siswa sekolah yang diwajibkan datang setelah waktu persekolahan ditamatkan awal pada pukul sepuluh pagi dan mereka dipaksa datang ke tempat festival. Keadaan ini juga terjadi pada pegawai pemerintah yang diwajibkan datang pada pukul sepuluh, walaupun demikian penglibatan mereka sangat minimum.

Gerakan Fatah menyeru tindakan massa dan diadakan festival di beberapa bandar Tebing Barat, namun sambutan tidak seperti yang diharapkan, berbeza dengan apa yang disiarkan oleh beberapa media milik Fatah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

PASF bertekad untuk menghalang sebarang perhimpunan ketika proses rayuan PBB

Khamis, 22/09/2011 – Jurucakap Bahagian Keselamatan PIhak Berkuasa Palestin Adnan al-Damiri telah memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebarang demonstrasi ketika rayuan memohon keahlian penuh Palestin PBB.

Dalam satu kenyataan kepada agensi berita Wafa, beliau berkata perarakan aman yang dijadualkan pada Jumaat anjuran parti Fatah dan Presiden Mahmoud Abbas adalah tidak berbahaya.

Damiri juga memberi amaran agar tidak cuba bertelingkah dengan tentera Israel, “Kami tidak akan membenarkan sesiapa pun meninggalkan kawasan di bawah seliaan kami dan juga semua kawasan di kawasan bergolak yang bukan di bawah seliaan kami.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Oghlu Potong Pidato Ayalon Di Persidangan “Memerangi Terorris” di New York

Khamis, 22/09/2011 – Menteri Luar Turki, Ahmad Daud Oghlu, memotong pidato wakil Menteri Luar Israel, Danny Ayalon pada Persidangan “Memerangi Teroris” yang diselenggarakan pada Selasa (20/9) di pejabat PBB di New York.

Laman web “TRT” Turki melaporkan bahawa Daud Oghlu terus meninggalkan dewan persidangan segera setelah selesai menyampaikan pidatonya yang menegaskan pentingnya bekerjasama memerangi “Teroris”, aksi ini bertepatan dengan naiknya wakil Menteri Luar Israel ke podium untuk menyampaikan pidatonya.

Disebutkan bahawa Ayalon adalah pihak yang terlibat dengan tindakan meremeh dan memperlekeh Duta Besar Turki di Tel Aviv pada awal tahun 2010, dimana Duta Besar Turki sengaja dipersilakan duduk di kerusi yang rendah. Ayalon juga berperanan dalam meningkatkan krisis diplomasi antara Ankara dan entiti Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Dweik: Kita tidak seharusnya terlalu optimis dengan resolusi PBB

Khamis, 22/09/2011 – Speaker Majlis Perundangan Palestin Aziz Dweik memberi penekanan dalam surat kepada Pengerusi Majlis Negara Palestin, Salim Za’noun bahawa apa-apa tindakan politik yang melibatkan nasib rakyat Palestin mesti dibuat dengan konsensus kebangsaan dan barisan bersatu Palestin.

Kenyataan itu datang dengan cabaran berikutan langkah unilateral PLO untuk mendapatkan keahlian penuh di PBB dengan berkompromi dalam pengurangan sempadan 1967.

PLC, badan perundangan sementara kerajaan Palestin yang diwujudkan semasa Perjanjian Oslo tahun 1993, ditinggalkan tanpa aktif disebabkan kekejaman Israel selepas Hamas mendapat majoriti kerusi dalam pilihan raya 2006. PNC merupakan cawangan perundangan PLO yang menandatangani Perjanjian Oslo dan ia juga termasuk ahli-ahli PLC.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penguasa Fatah lanjutkan penahanan pimpinan Hamas di Tebing Barat

Rabu, 21/09/2011 – Pihak berkuasa Fatah di Jenin dan Tubas melanjutkan tepoh penahanan 3 peimpin Hamas selama 2 minggu, selepas perbicaraan mereka di mahkamah dekat kedua-dua tempat.

Sumber khas Pusat Informasi Palestin melaporkan : “Mahkamah Majistret di Jenin melanjutkan tempoh tahanan menteri Dr. Muhammad Ezzat As-Sayyid (46 tahun) selama 15 hari di bawah Badan Keselamatan, yang telah menahan beliau pada hari Ahad selepas di soal siasat.”

Dr. As-Sayyid berkhidmat sebagai pensyarah di Al-Quds Open University dekat Jenin, dan pernah ditahan Fatah beberapa kali sebelum ini, yang mencapai tempoh 6 bulan kesemuamya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen