Categories
Berita Semasa

Serbuan dan penangkapan besar-besaran di Tebing Barat

Jumaat , 16-05-2014 – Tentera rejim Israel (IOF) menjalankan serbuan besar-besaran di Tebing Barat dan menahan 18 warga Palestin manakala 9 lagi dipanggil untuk siasatan, kebanyakannya ahli Hamas. IOF menyerbu kampong Qarawat Bani Hassan di wilayah Salfit pada Khamis dan menahan 10 warga yang berkait dengan Hamas.

Saksi mata memberitahu wakil PIC: “puluhan kenderaan dan gerombolan tentera menyerbu bandar itu pada tengah malam dan menyerang beberapa kediaman warga Palestin dan menahan ahli Hamas terbabit.” IOF menjalankan kempen serbuan itu di beberapa kawasan dan memeriksa kenderaan yang lalu lalang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sejumlah Perisik Zionis Bekerja Di Negara Arab

Jumaat , 16-05-2014 – Sejumlah sumber militan Zionis mengakui kesilapan yang berlaku dalam satu majlis yang dihadiri presiden Israel, Shimon Perez, semalam. Beliau memberikan penghargaan kepada 120 tentera yang cemerlang dalam kalangan militan. Akibatnya, sejumlah tentera diketahui identitinya, terutama daripada kalangan perisikan.

Sejumlah tentera yang diberikan penghargaan daripada presiden Israel ini, nampak cuba menyembunyikan muka mereka ketika sesi bergambar dengan presiden Perez. Namun wajah mereka tetap tersiar. Ternyata sejumlah nama diketahui bekerja di beberapa negara yang dianggap musuh oleh Israel.

Gambar yang disebarkan kemudian memperlihatkan sejumlah tentera yang sudah dikenali di beberapa negara, seperti di Tebing Barat, negara-negara Arab dan lainnya. Mereka ternyata adala para tentera Zionis yang ditugaskan untuk membuat risikan terhadap beberapa negara yang dianggap musuh oleh Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Redwan menyeru untuk melindungi Masjid al-Aqsa

Jumaat , 16-05-2014 – Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza, Dr Ismail Redwan, menekankan kepentingan untuk mempertahankan tempat suci Islam di Palestin terutama Masjid al-Aqsa berikutan siri serangan dari tentera Israel dan peneroka Israel beserta pencabulan keatas tempat suci tersebut.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Dr Redwan menegaskan bahawa 1300 peneroka Israel dan tentera Israel telah menyerbu Masjid al-Aqsa pada bulan April, manakala 70 rakyat Palestin dilarang untuk ke masjid pada tempoh masa yang berbeza 70 yang lain cedera dalam serangan oleh Israel.

135 penduduk Baitulmuqaddis ditahan dalam bulan April, katanya, ia menunjukkan bahawa penduduk Baitulmuqaddis masih tertakluk kepada pencabulan kejam oleh Israel dan serangan ke atas hakmilik dan kebebasan beribadat adalah sebahagian daripada skim yahudi Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Pakatan Freedom Flotilla bertemu di London untuk perbincangan bebaskan Gaza

Jumaat , 16-05-2014 –Pakatan Freedom Flotilla bercadang untuk mengadakan satu mesyuarat pada 10-11 Mei di London bagi membincangkan mekanisma – mekanisma untuk menghentikan sekatan maritim di Semenanjung Gaza.

Wakil – wakil dari ahli pakatan yang terdiri daripada 10 buah negara dijangka akan menghadiri mesyuarat tersebut.Pakatan itu juga akan mengadakan satu sidang akhbar pada hari Isnin depan untuk mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk membebaskan Gaza dari pengepungan yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Tahanan pentadbir meneruskan mogok untuk hari ke 13

Jumaat , 09-05-2014 – Tahanan pentadbir di penjara Israel terus mogok lapar selama 13 hari berturut-turut bagi menuntut pembebasan dan menamatkan penderitaan mereka. Tahanan tersebut melakukan protest ( perang perut kosong) pada 24 haribulan yang lepas melalui berhenti makan sebagai tanda bantahan mereka dan layanan buruk terhadap mereka.

Antara yang mogok lapar ialah, 51 tahanan pentadbir di penjara padang pasir Negev, 37 tahanan di pusat tahanan Ofer, mereka ditahan secara berasingan di penjara Ramlah kecuali 3 tahanan dipindahkan ke hospital Asaf Harofeh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Briged Al-Qassam mencipta lagu kebangsaan baru untuk Israel pada ‘hari kebangsaan’ Israel

Jumaat , 09-05-2014 – Briged Bahagian Maklumat Al-Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas telah mengeluarkan lagu di dalam bahasa Ibrani yang secara satira meniru lagu kebangsaan Israel bertajuk “Harapan” serta mengandungi mesej buat Yahudi Zionis.

“Akhirnya Sebuah Harapan” ialah lagu kebangsaan baru Israel dan merupakan hadiah buat para pendatang Yahudi sempena ‘hari kebangsaan’ Israel (penjajahan Palestin), demikian menurut Briged Al-Qassam, Hamas.

Salah seorang pembikin klip video itu memberitahu di laman web Briged Al-Qassam bahawa lagu itu mengandungi mesej untuk perkumpulan Yahudi di Palestin, menyatakan yang rakyat Palestin tidak pernah melupakan tanahair mereka dan mereka tidak akan gentar dengan tentera rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tutup laluan Abu Salem sempena cuti Yahudi

Jumaat , 09-05-2014 – Pihak Berkuasa Bersenjata Israel (IOA) meneruskan penutupan laluan Kerem Abu Salem , di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa, selama dua hari berturut-turut dengan alasan untuk mengadakan sambutan ulang tahun ‘Kemerdekaan’.

Pihak berkuasa tersebut menutup laluan pada hari Isnin lepas sempena satu lagi sambutan nasional. Ketua Jawatankuasa Koordinasi untuk kemasukan barang-barang ke dalam Raed Fattouh Gaza dalam satu kenyataan, berkata laluan Abu Salem ditutup pada hari Isnin dan Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Jerusalem mengugut melakukan lebih banyak serangan di Mesir.

Jumaat , 09-05-2014 – Sekumpulan ”Ansar Jerusalem” mengugut untuk melakukan lebih banyak serangan di Mesir dalam satu kenyataan yang mengumumkan bertanggungjawab terhadap dua serangan berani mati pada jumaat, malam pelancaran kempen pilihanraya presiden.

Kumpulan Ansar Jerusalem ini menjelaskan bahawa lebih banyak kumpulan jihad yang bersenjata aktif di Mesir, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web jihad, kami mengumumkan tanggungjawab kami terhadap dua serangan yang disasarkan terhadap pagar keselamatan dan bas pelancongan di daerah selatan Senai.

Kenyataan itu menambah bahawa, ” kami tidak akan berehat sehingga kami mempertahankan darah dan maruah orang Islam,” yang merujuk kepada keazaman kumpulan bersenjata ini dalam meneruskan serangan mereka di Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kumpulan fanatik Yahudi isytihar niat mengotorkan Masjid Aqsa esok

Rabu , 07-05-2014 – Kuil Yahudi dan kumpulan belia Zionis mengisytiharkan niat mereka untuk mengadakan satu perarakan besar-besaran ke Masjid Aqsa pada hari Selasa bagi meraikan hari ‘kemerdekaan’ Israel dan sebagai cubaan untuk menegakkan kedaulatan Yahudi ke atas Masjid. Perkara ini diumumkan dalam beberapa laman web Yahudi dan laman social.

Menurut pengumuman ini, perarakan akan bermula dari Al Khalil Gate di Bandar Lama Baitulmuqaddis dan berhenti di Al Maghriba Gate sebelum memulakan percubaan memasuki Masjid Aqsa untuk menjalankan ritual bagi sambutan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Chetboun: Tentera sepatutnya menjajah kawasan Palestin daripada mengawal pos kawalan

Rabu , 07-05-2014 – Sayap kanan Knesset Yoni Chetboun, dari parti Yahudi menyelar tentera Israel kerana menggunakan tenteranya sebagai polis dan menugaskan mereka di pos kawalan serta menggesa agar peraturan itu diubah. “Tempat seorang tentera bukan di kawasan tetap, sebaliknya di lapangan,” Chetboun berkata dalam temuramahnya dengan agensi berita Israel Arutz Sheva.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu untuk menjelaskan alasan terhadap peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu di mana seorang tentera Israel dirakam sedang mengugut para pemuda Palestin dengan senjata di kepala mereka. Menurut Chetboun, polis sepatutnya menduduki kampung serta bandar Palestin untuk menghalang sesiapa daripada menghampiri dan menyerang pos kawalan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Ekstrimis Zionis Tebang 50 Pokok Zaitun Yang Sedang Berbuah Milik Warga Palestin

Rabu , 07-05-2014 – Sumber Palestina melaporkan, Ahad (4/5) sekumpulan ekstrimis Yahudi menyerang kawasan pertanian milik warga Palestin di Ramallah Barat, Tebing Barat.

Menurut Ketua Dewan Urusan Pertanian Karkar, Ir. Bahjat Samhan, sekumpulan ekstrimis Yahudi menebang sekitar 50 pokok zaitun yang sedang berbuah di kawasan Maghtamah.

Pepohonan zaitun yang ditebang tersebut adalah milik Haji Shalih Thaha. Dua tahun sebelumnya puak ekstrimis Yahudi telah menebang pokok-pokok zaitunnya. Beliau telah menanam semula pokok zaitun yang baru.

Dua bulan sebelumnya, ekstrimis Yahudi menebang sekitar 77 pokok zaitun berbuah di kawasan yang sama. Kawasan Rasras sering menjadi sasaran serangan ganas ekstrimis Yahudi, dan tanahnya disita dan dirampas untuk kepentingan penempatan Yahudi sesuka hati.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Pelbagai Pihak Bentuk Jaringan Sokong Kerajaan Perpaduan

Selasa, 06-05-2014 – Beberapa yayasan dan pertubuhan masyarakat sivil serta sejumlah tokoh nasional mahupun ahli akademik di Nablus menyeru untuk membentuk susunan gerakan yang besar bagi menyokong kerajaan perpaduan nasional Palestin.

Mereka juga menyeru pembentukan jaringan pendamai untuk menjamin terlaksananya kerajaan perpaduan dan pentingnya meningkatkan semangat positif serta menyingkirkan semua bentuk unsur negatif yang akan menghalang pelaksanaannya.

Dalam keteranganya kepada lembaga-lembaga pendukung kerajaan perpaduan menyeru pihak-pihak berkaitan agar segera merealisasikan kesepakatan dan menyokong jawatankuasa yang lahir dari kesepakatan tersebut agar dapat bekerja secara bebas. Mereka juga menyeru agar semua pihak untuk mendukung kesepakatan perpaduan ini secara saksama. Tindakan awal adalah dengan memberhentikan penangkapan terhadap ahli politik serta dibuka kembali beberapa organisasi yang telah dibekukan. Semua pihak hendaklah maju ke hadapan dalam satu barisan dalam melindungi dan membela hak-hak dan masalah rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abbas memberi penerangan kepada Marzouki berkenaan kesan-kesan pembangunan ke atas rakyat Palestin.

Selasa, 06-05-2014 – Duta rakyat Plaestin ke Tunisia, Salman Hafri telah menyampaikan sepucuk surat dari pengerusi PA, Mahmoud Abbas ke President Tunisia, Mohamed Moncef Marzouki.Abbas menerangkan kepada rakan sejawatannya di Tunisia bekenaan khabar terkini berkenaan pembangunan rakyat Palestin terutamanya tentang kerosakan yang dilakukan oleh Israel termasuk pembinaan oleh penceroboh Yahudi dan juga polisi Pengyahudian. Surat itu juga menyentuh tentang perundingan Israel-Palestin di bawah perantaraan US juga halangan yang diletak oleh penceroboh yahudi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syuhada

Categories
Berita Semasa

Barghouthi: Undang-undang ‘Negara Yahudi’ bersifat perkauman

Selasa, 06-05-2014 – Dr. Mustafa Barghouthi, Ketua Setiausaha untuk Palestinian National Initiative, menyatakan bahawa percubaan Perdana Menteri Kerajaan Haram Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menggubal satu undang-undang asas yang menyatakan bahawa Israel adalah ‘negara bangsa Yahudi’ menjadi bukti kepada sistem apartheid Israel.

Dalam satu kenyataan beliau pada Jumaat lepas, Barghouthi berkata undang-undang tersebut mengancam hak-hak sejarah rakyat Palestin dan membuka laluan kepada dasar penjajahan Israel. “Undang-undang ini menafikan dakwaan bahawa Israel merupakan sebuah negara demokratik dan mengukuhkan lagi unsur diskriminasi dan perkauman yang wujud pada kurun ke-21 ini”, tambah beliau lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Israel Menahan dan Mengeluarkan Saman di al-Khalil

Selasa, 06-05-2014 – Tentera Israel telah memulakan kempen menahan dan mengeluarkan saman di al-Khalil dekat Selatan Tebing Barat.

Penduduk tempatan memberitahu wartawan PIC, tentera Israel telah menyerang bandar Yatta, Dora,Bani Naim dan Fahs di al-Khalil. Tiga rakyat Palestin ditahan selepas tentera Israel meceroboh rumah mereka dan telah menyerang mereka dengan ganas, tambah sumber tersebut.

Dalam masa yang sama, tentera Israel bertindak menceroboh beberapa perkampungan di bandar al-Khalil dan telah mendirikan beberapa pusat pemeriksaan pada pintu masuk mereka. Beberapa buah kenderaan telah ditahan dan diperiksa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : huda