Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serang penduduk kampung di timur Yatta

Rabu , 30/03/2011 – Puluhan pendatang Yahudi menyerang petani dan penggembala serta merosakkan kebun-kebun ketika tentera Israel membuka jalan kemasukan mereka ke Buwaib di timur YAtta, wilayah Al-Khalil pada pagi Isnin.

Serangan ganas itu telah menimbulkan rasa takut dan gentar pada penduduk tempatan, kata Ratib al-Jabour, penyelaras jawatankuasa menentang pembinaan tembok pemisah dan penempatan di timur Al-Khalil.

Para tentera tidak campur tangan untuk menghentikan serangan pendatang-pendatang itu, beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Nunu: Kerajaan Palestin tempa kejayaan dalam kekejaman serangan terbaru rejim Zionis

Selasa , 29/03/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri Ismail Haneyya telah berjaya mematahkan serangan terbaru rejim Zionis ke atas Gaza dengan bantuan penduduk tempatan dan bantuan pihak luar, kata jurucakap kerajaan pada Ahad lalu,
Taher al-Nunu.

Beliau melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sehingga tercapainya matlamat itu serta mengucapkan terima kasih kepada sayap pejuang kerana berdiri teguh dan tenang dalam menghadapi situasi genting ketika ini. Dalam satu kenyataan media, Nunu berkata sayap-sayap pejuang tersebut telah menunjukkan semangat kenegaraan yang tinggi dalam menghidapi situasi terkini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli paramedik Gaza menunggu kelulusan untuk menyertai misi bantuan ke Libya

Selasa , 29/03/2011 – Ahli perubatan Gaza menanti kelulusan Jawatankuasa Utama Ketenteraan yang telah diberikan kuasa di Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan bagi memasuki Libya berikutan daripada ketiadaan majoriti staf perubatan kerana mereka telah meninggalkan negara.

16 nama telah dipilih daripada 100 paramedik yang ingin menyertai misi tersebut. Mereka telah bekerjasama dengan Kesatuan Doktor Arab dan akan meneruskan usaha dengan lebih ramai doktor dan lebih banyak peralatan perubatan sewaktu melalui Mesir, demikian menurut setiausaha Kesatuan Paramedik Gaza, Yousef Fahjan.

“Kami sangat memahami kesengsaraan yang dirasai rakyat Libya, memandangkan kami saban hari kami diserang dengan keganasan. Perasaan ini merupakan motivasi terbesar kami untuk membantu rakyat Libya menerusi tanggungjawab kemanusiaan dan professional, terutamanya setelah kebanyakan paramedik telah meninggalkan Libya dan menyebabkan kekurangan paramedik.”

“Inilah sahaja yang mampu kami lakukan untuk membantu rakyat Libya yang telah menyokong kami ketika perang di Gaza. Kebanyakan yang menghubungi kami untuk menaikkan semangat ketika peperangan ialah warga Libya,” Fahjan berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Calon Presiden Mesir: Saya Akan Putuskan Gas Mesir Kepada Entiti Zionis

Selasa , 29/03/2011 – Salah seorang calon Presiden Mesir Hamdin Sabahi mengatakan bahawa tindakan pertama yang akan dia ambil jika terpilih menjadi presiden Mesir adalah menghentikan eksport gas Mesir kepada entiti Zionis Israel. Beliau menegaskan bahawa tidak akan menjadi presiden untuk memerangi entiti Zionis namun untuk memerangi kemiskinan, pengangguran dan kerosakan.

Sabahi menyatakan beliau tidak ingin Mesir masuk dalam perang yang mengurangkan potensinya. Beliau menghormati semua kesepakatan yang ditandatangani Mesir, namun menjadi hak rakyat untuk meninjau kembali dan melakukan referendum, termasuk perjanjian damai dengan penjajah Zionis Israel.

Sabahi termasuk tokoh pembangkang, mantan anggota parlimen dan pengkritik kesepakatan Camp David yang ditandatangani Mesir dengan entiti Zionis Israel. Beliau mengkritik perjanjian Camp David kerana keuntungan yang diperoleh Mesir tidak seimbang dengan darah yang ditumpahkan para syuhada. beliau menyatakan bila terpilih sebagai presiden akan meninjau kembali perjanjian tersebut dengan melakukan referendum rakyat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pendeta anti-Israel bakar bendera Israel di Bailtulmaqdis

Isnin , 28/03/2011 – Pada petang Isnin lepas, sekumpulan pendeta Yahudi yang anti-organisasi Neturei Karta Israel/ rejim Zionis telah membakar sebuah bendera Negara Israel. Ia bersempena hari cuti Yahudi yang digelar Purim. Kejadian berlaku di Baitulmaqdis yang dirampas rejim Zionis.

Akhbar Maariv berkata pendeta-pendeta tersebut mahu menzahirkan penentangan mereka terhadap aktiviti penaklukan Palestin dan penafian hak-hak rakyat Palestin ke atas tanahair mereka. Menurut akhbar itu lagi, kumpulan pendeta itu mengibarkan bendera Negara Palestin selepas membakar bendera Negara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pejuang Palestin Bertindak Balas

Isnin , 28/03/2011 – Pasukan Pejuang Palestin melancarkan roket pada Isnin ke atas target di Israel di sepanjang sempadan Utara Gaza sebagai tindak balas ke atas kekejaman Israel di kawasan berpenduduk yang banyak mencederakan orang awam di semenanjung Gaza.

Beberapa roket buatan sendiri dilancarkan ke Ashkelon dan Siderot menyebabkan penduduk Israel berlindung dalam situasi panik.

Tindakan itu dibuat sebagai membalas tindakan dan serangan udara rejim Israel yang menghentam semenanjung Gaza mengorbankan 18, termasuk 7 kanak-kanak dan 6 wanita. Serangan itu juga menebabkan kerosakan beberapa rumah dan sebuah klinik yang menyediakan khidmat kepada 10000 penduduk Palestin sebulan.

Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa perisikan Israel telah memberi amaran kepada Mahmoud an-Najjar, bapa kepada seorang pejuang Bridged al-Qassam supaya mengosongkan rumahnya sebelum mengebom rumah itu.

Bridged al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS telah memberi amaran kepada Israel bahawa Israel akan membayar harga yang tinggi jika tindakan agresif pihak Israel berterusan di Gaza.

Berdasarkan kepada laman web al-Qassam, mereka melancarkan 30 mortar ke arah musuh pada sabtu sebagai balasan biasa ke atas tindakan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Lapan Terbunuh, 35 Cedera Dalam Serangan Israel

Isnin , 28/03/2011 – Dua pejuang pembebasan Palestin cedera pada pagi Rabu selepas serangan udara rejim Israel di timur Gaza, daerah al-Shajaa’iyya.

Kedua lelaki daripada Bridged al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islam di Gaza. Salah seorang daripada lelaki itu terpaksa dipotong kaki dan dijangka bakal dipotong tangan jika keadaannya bertambah buruk, kata pegawai perubatan kepada PIC. Pejuang kedua pula mengalami kecederaan kecil.

Pesawat pejuang Israel meancarkan serangan di jalan al-Mansura di al-Shajaa’iyya di mana sebuah roket menghentam sebuah kereta mangsa dan sebuah roket lagi mengenai kumpulan manusia di kawasan itu, kata koresponden Pusat Info Palestin.

Sebuah kumpulan di sebuah ladang di timur al-Zaytoun juga menjadi sasaran dengan tiada laporan kecederaan direkodkan. Ambulan dikejarkan ke kawasan itu untuk melihat mangsa yang cedera.

Israel menguatkan serangan pada 24 jam terakhir (23 Mac), membunuh 8 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak, seorang tua dan empat pejuang Palestin, mencederakan 35 yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Seorang penduduk terbunuh dan 39 yang lain cedera dalam sebuah ledakan di Jerusalem

Isnin , 28/03/2011 – Seorang penduduk Israel terbunuh dan 39 yang lain mengalami kecederaan akibat ledakan yang terjadi pada Rabu malam di sebuah stesen bas di Baitulmuqaddis, menurut sumber-sumber pendudukan Israel.

Sumber-sumber perubatan pendudukan Israel berkata bahawa sekitar separuh daripada orang yang tercedera berada dalam keadaan terkawal.

Yedioth Ahranoth berkata bahawa pendudukan Israel mengesyaki bahawa letupan itu sebagai akibat dari sebuah bom yang diletakkan di sebuah tempat sampah dan diletupkan dengan alat kawalan jauh. Mereka turut menduga bahawa Palestin adalah dalang di sebalik kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Penyatuan Palestin Masih Tertunda

Isnin , 28/03/2011 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah menegaskan kepada Presiden Mahmoud Abbas untuk datang ke Jalur Gaza untuk memulakan perbincangan penyatuan dengan menyelesaikan semua masalah nasional.

Seruan itu adalah sejajar dengan demonstrasi di Jalur Gaza dan Tebing Barat menuntut menamatkan perpecahan politik Palestin.

Abbas menjawab tetapi menetapkan syarat sebelum menuju ke Jalur Gaza, mengatakan perundingan haruslah sekitar pilihan raya yang akan diadakan pada bulan September.

“Kita perlu meletakkan satu masa perbicaraan dan kemudian bersetuju mengadakan persidangan kebangsaan di sini dan di luar negeri untuk menjelaskan masalah Palestin,” kata Haneyya semasa berkunjung ke rumah Ahmed Yassin, menandakan tujuh tahun pembunuhan oleh tentera Zionis.

“Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) harus direformasi, dan pemilihan perlu diadakan untuk Dewan Nasional Palestin (PNC) untuk mencapai pilihan raya yang sebenarnya,” katanya.

Dia menegaskan bahawa bahawa Hamas percaya perbincangan harus mendahului penyatuan, menambah bahawa perjanjian penyatuan Makkah membuktikan bahawa penyatuan tanpa pembicaraan akan gagal membawa hasil yang diingini.

Sementara itu, Majlis Perundangan Palestin (PLC) ahli Mushir al-Masri menyeru Fatah untuk meninggalkan pra-syarat mereka dan memulakan perbincangan penyatuan.

Dia mengatakan kenyataan-kenyatatan oleh Fatah telah menunjukkan keraguan mereka terhadap usaha ini, dan menambah bahawa penangkapan berterusan dan perbicaraan tentera di Tebing Barat telah menimbulkan soalan tentang keseriusan panggilan terkini parti Fatah untuk dialog nasional.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel bunuh 10 warga Palestin dan mencederakan 43 orang sejak Ahad

Isnin , 28/03/2011 – Tentera rejim Israel lancarkan lebih 17 serangan udara dan menembak lebih 60 roket antara 20 Mac dan 23 Mac lalu menyebabkan kematian 10 warga Palestin dan 43 lain yang cedera.

Sumber perubatan Palestin di Gaza mengesahkan jumlah itu serta menambah bahawa jumlah yang syahid bakal meningkat memandangkan beberapa orang yang cedera dalam keadaan kritikal.

Adham Abu Selmeyyah, jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa jumlah yang syahid mencapai 10 orang, 5 daripadanya kanak-kanak dan kecederaan melibatkan 43 orang, 15 daripadanya kanak-kanak dan 6 daripadanya adalah wanita.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

EgyptAir mengeluarkan destinasi Israel dari laman web

Isnin , 28/03/2011 – Syarikat penerbangan rasmi Mesir (Egypt Air), mengeluarkan Israel dari laman webnya sebagai salah satu destinasi penerbangan pesawat mereka.

Rabu lalu, akhbar Yedioth Ahronoth berkata penumpang Israel yang ingin melakukan perjalanan melalui lapangan terbang Ben-Gurion tidak akan menemui Israel sebagai destinasi pada laman web EgyptAir.

Akhbar itu mendakwa EgyptAir merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan Israel dari peta syarikat penerbangan, sementara penerbangan seperti Royal Jordan dan Turki dan masih mengandungi Israel sebagai destinasi.

Semua penerbangan antara Kaherah dan Israel dihentikan sementara selepas tercetusnya revolusi Mesir Januari lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Al-Mishri: Revolusi Arab hasil dari konsistensi di Gaza

Isnin , 28/03/2011 – Pimpinan HAMAS Mushir Al-Mishri, menegaskan bahawa revolusi bangsa Arab adalah hasil inspirasi dari kemenangan dan konsistensi rakyat Palestin di Gaza dalam menentang kezaliman Zionis-Israel. Al-Mishri menegaskan proses kebangkitan Islam memerlukan pengorbanan dalam menuju kemerdekaan. Dalam siri seminar politik itu, Al-Mishri menyeru agar Fatah menggugurkan syarat-syarat yang dikenakan dalam meneruskan beberapa perjanjian. Penangkapan yang terus dilakukan oleh polis Fatah menyukarkan keadaan.

Beliau juga mengingatkan setelah 7 tahun kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin, seluruh hidup Sheikh Ahmad Yassin dihabiskan memperjuangkan aspirasi rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

PBB membuat panggilan rasmi penyelesaian pembinaan “pembersihan etnik”

Khamis , 24/03/2011 – Richard Falk, pelapor khas PBB berkenaan hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki secara haram, memberi amaran bahawa aktiviti penempatan Israel dan pengusiran orang-orang Palestin dari rumah mereka bertujuan untuk “pembersihan etnik”.

Falk berkata ketika berbicara di Dewan HAM PBB bahawa Israel mengambil langkah-langkah baru untuk menukar komponen penduduk Jerusalem Timur.

“Pola terus perluasan pemukiman di Jerusalem Timur digabungkan dengan pengusiran secara paksa warga Palestin yang sudah tinggal lama-mencipta situasi yang tidak tidak boleh dibiarkan,” katanya, menambah bahawa situasi “hanya dapat dijelaskan dalam kesan secara terkumpul sebagai bentuk pembersihan etnik. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

8 syahid dan puluhan cedera serangan 24 jam dari Zionis

Khamis , 24/03/2011 – Dua pejuang dari Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan bagi gerakan Jihad Islami, dilaporkan cedera pada pagi Rabu (23 Mac) dekat Hayyu Syujaieyah, di timur Bandar Gaza.

Sumber badan perubatan memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa serangan peluru yang dilancarkan oleh jet perang Zionis mensasarkan penduduk awam mengakibatkan 2 kecederaan di mana mangsa pertama berada dalam keadaan kritikal dan kaki kiri beliau sudah dipotong, selain terdapat kemungkinan bahawa tangannya juga perlu dipotong. Oleh kerana cedera parah, mangsa kini ditempatkan di Unit Jagaan Rapi. Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

Menurut wartawan Pusat Informasi Palestin : “jet perang Zionis melepaskan peluru misil ke arah sekumpulan pejuang pertahanan di Jalan Al-Mansoura, dekat Hayyu Syujaiayah, Gaza. Misil tersebut telah merosakkan kenderaan milik barisan pertahanan tersebut sebelum dilancarkan pula ke arah para pejaung yang berada di tempat tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

8 rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak dan seorang warga tua dibunuh tentera rejim Israel (IOF)

Khamis , 24/03/2011 – 8 rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak dan seorang warga tua telah dibunuh dan sekurang-kurangnya 11 yang lain tercedera apabila IOF mengebom sebuah kediaman di timur Gaza pada petang Selasa diikuti oleh satu serangan udara.

IOF melancarkan sekurang-kurangnya 5 tembakan ke arah rumah Fayek Al-Hillu di Jalan Nazaz timur Gaza, menyebabkan kematian 4 orang dan mencederakan 10 penghuni rumah tersebut dan sekitarnya, sumber tempatan memberitahu wakil Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, sumber tersebut memberitahu. Sumber itu menambah, ia melibatkan kecederaan yang serius.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati