Categories
Berita Semasa

Israel melarang ubahsuai Masjid Ibrahimi Hebron

Rabu, 27-01-2021 – Pasukan penjajah Israel telah melarang jawatankuasa pembangunan hebron meneruskan kerja ubahsuai dan baikpulih Masjid Ibrahimi, Hebron. Pengarah Masjid Ibrahimi, Syeikh Hafdzi Abu Sininah berkata, pasukan penjajah Israel melarang pekerja meneruskan kerja dgn alasan tidak mendapat kebenaran untuk melakukan ubahsuai.

Syeikh Hafdzi menyebut sebarang kerja ubahsuai atau baikpulih dalaman masjid adalah di bawah seliaan Kementerian Wakaf dan Agama. Tindakan penjajah dan pemukim Israel bertujuan untuk campurtangan dan memasukkan pengaruh menguruskan Masjid Ibrahimi.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Warga Arab Britain menolak normalisasi

Selasa, 26-01-2021 – Masyarakat Arab memberikan reaksi pada Sabtu kepada seruan Forum Palestin di Britain untuk menyatakan secara maya menolak normalisasi di bawah slogan “Palestine adalah hal saya dan normalisasi ialah pengkhianatan.”

Manakala dari Baitulmuqaddis, aktivis Hanadi al-Halawani menyeru usaha Bersama bagi menolak normalisasi dan mendedahkan bahawa normalisasi mengorbankan darah warga Baitulmuqaddis yang mempertaruhkan harga nyawa dan wang mereka bagi berjuang dan melindungi tanah air mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin mati setelah serangan gas pemedih mata Israel ke atas pekerja di Tulkarem

Selasa, 26-01-2021 – Seorang pekerja Palestin terbunuh pada pagi Ahad ketika Regim Zionis Israel (IOF) menyerangnya dan yang lain dengan gas pemedih mata berhampiran Tulkarem di Tebing Barat.

Mangsa dikenali sebagai Fuaad Jawdah berusia 50 tahun dari kampung al-Taya Iraq di timur Nablus.

Menurut saksi mata, tentera Israel mengejar dan menyerang sejumlah pekerja semasa percubaan mereka menyeberang ke Israel (tanah yang dijajah Israel pada 1948) melalui lubang di pagar perimeter dekat bandar Far’un di Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Amaran Kemerosotan Keadaan Kesihatan Tahanan Dijangkiti Corona

Selasa, 26-01-2021 – Pejabat akhbar Jabatan Tahanan telah memberi amaran pada pagi Ahad lalu mengenai keadaan kesihatan tahanan Palestin yang dijangkiti coronavirus yang semakin merosot di Seksyen 8 penjara Ramon Israel.

Pejabat berkenaan mengesahkan bahawa keadaan tahanan di Seksyen 8 ini sangat buruk kerana mereka tidak mendapat rawatan perubatan yang diperlukan.

Perkhidmatan penjara Israel (IPS) menghalang penyediaan vitamin dan bekalan perubatan yang diperlukan untuk tahanan yang dijangkiti.

Pejabat itu menyatakan bahawa seorang anggota Lembaga Pemerintahan Tinggi untuk Tahanan Hamas, Muammar Al-Shahroury, dibawa dari Tulkarem ke Seksyen 8 penjara Ramon setelah dia dijangkiti coronavirus.

Pejabat itu meminta institusi-institusi hak asasi manusia dan antarabangsa untuk segera campur tangan untuk memastikan agar IPS menyediakan ubat-ubatan yang diperlukan oleh tahanan yang dijangkiti.

Tahanan yang dijangkiti diasingkan dalam keadaan tragis di kawasan pengasingan yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan minimum, tambahnya.

Jumlah tahanan di Ramon adalah lebih daripada 650 orang.

IPS telah mengabaikan kebajikan tahanan dan menghalang mereka daripada mendapatkan kemudahan kaedah perlindungan seperti pensteril, alatan pembersih dan topeng, yang memaksa tahanan membeli barang-barang ini dengan perbelanjaan mereka sendiri.

Menurut statistik rasmi, Israel menahan sekitar 4,200 orang Palestin di penjara mereka, termasuk 700 orang pesakit di mana 40 orang menderita penyakit kronik dan sepuluh daripadanya menderita barah di pelbagai tahap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang perarakan anti penaklukan di Masafer Yatta.

Selasa, 26-01-2021 – Beberapa warga Palestin cedera pada hari sabtu yang lalu ketika Rejim Zionis menyerang perarakan damai mereka terhadap aktiviti penempatan di dusun Khirbet at-Tuwaimin di Masafer Yatta, selatan al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis telah menyerang peserta perarakan itu secara fizikal dan lisan dan mereka juga dihujani tabung gas pemedih mata.

Dalam serangan tersebut, rejim Zionis itu juga dibantu oleh peneroka dari penempatan haram Suseya dengan menyerang wartawan yang sedang membuat liputan kejadian dan mengejar mereka dengan anjing.
Di laporkan dua wartawan mengalami kecederaan dan lebam semasa serangan itu.

Pegawai tempatan Fuaad al-Ammour mengatakan bahawa perarakan itu diadakan untuk menyatakan penolakan terhadap aktiviti penakhlukan Israel di Wilayah Masafer Yatta dan bagi menunjukkan solidariti kepada penduduk Khirbet at-Tuwaimin yang diserang berung kali oleh tentera dan peneroka.

Sementara itu, warga Palestin dari bandar Madawa di selatan Nablus pada hari yang sama menumpaskan sekumpulan peneroka yang menyerang kawasan selatan bandar itu. 

Sumber tempatan berkata, tentera dan pengawal keselamatan dari penempatan haram Yitzhar sedang mengawal para peneroka yang menyerbu kawasan selatan kota itu dalam usaha menyerang perumahan. 
Tambah mereka, pemuda tempatan telah berhadapan dengan mereka dan bertempur dengan tentera yang melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan dan melepaskan tembakan demi mengawal penarikan penduduk dikawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hanafi


Categories
Berita Semasa

Israel melarang baikpulih Kubah Sakhrah

Selasa, 26-01-2021 – Tentera Israel Ahad ini melarang kerja baikpulih marmar dan tiang-tiang dalam Surau Kubah Sakhrah (Dome of the Rock), Masjidil Aqsa. Ketua panitia pemakmuran Masjid Al-Aqsa, Nasam al-Hallaq dalam sidang medianya berkata, tentera Israel menyerbu masuk ke surau Kubah Sakhrah serta melarang pekerja meneruskan kerja pengubahsuaian dan mengancam menangkap mereka sekiranya kerja baikpulih di teruskan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Pengembala di serang rejim Zionis di Al Khalil.

Selasa, 26-01-2021 – Peneroka haram Yahudi menyerang pengembala pengembala Palestin di kawasan Al-Tha’la, timur Yatta, selatan Al-Khalil. Fuad Al-Amour, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Pertahanan di selatan Al-Khalil, dalam kenyataan kepada pihak akhbar berkata sekumpulan peneroka haram Maon dan Karmiel menyerang pengembala di kawasan Al-Tha’la di Masafer Yatta dan menghalang mereka dari memasuki kawasan ragut dan menyerang ternakan mereka.

Beliau mengatakan dengan menyerang haiwan ternakan dan menghalang mereka dari memasuki padang ragut ini bertujuan untuk menyekat mata pencarian rezeki para pengembala ternakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi untuk seminggu lagi

Isnin, 25-01-2021 – Tentera rejim Israel pada Rabu melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil untuk seminggu lagi bagi orang Islam.

Pengurus kota suci Hifed Abu Sneineh berkata, tentera rejim melanjutkan penutupan Masjid Ibrahimi setelah menutupnya selama 13 hari atas alasan mencegah penularan coronavirus.

Beliau mengesahkan yang pihak rejim sentiasa menggunakan alasan tidak kukuh untuk menutup masjid bagi menguasai kota suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Desak Biden Batalkan Dasar Tidak Adil AS Terhadap Rakyat Palestin

Isnin, 25-01-2021 – Gerakan Hamas telah mendesak presiden AS Joe Biden untuk memperbetulkan polisi-polisi yang salah dan tidak adil terhadap rakyat Palestin yang telah diperkenalkan presiden terdahulu, dengan menekankan bahawa “tidak ada sesalan atas pemergian Donald Trump.”

“[Trump] telah menjadi sumber dan penaja terbesar ketidakadilan, keganasan dan ekstremisme dunia dan sekutu langsung penjajahan Israel dalam pencerobohan terhadap rakyat kami,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam kenyataan media pada hari Rabu.

“Presiden AS Joe Biden mesti membalikkan arah tuju polisi-polisi yang salah dan tidak adil terhadap rakyat kami dan membina dasar untuk keselamatan dan kestabilan di rantau ini.”

Jurucakap itu menggesa presiden baharu itu “untuk membatalkan semua keputusan yang cuba untuk melemahkan perjuangan Palestin, terutama yang berkaitan dengan Baitulmaqdis dan pelarian, dan semestinya menghormati kehendak dan pilihan demokratik rakyat Palestin.”

Biden mengangkat sumpah pada hari Rabu di bangunan Capitol sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, menggantikan presiden terdahulu Trump.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerang kawasan pertanian di Tenggara Gaza

Isnin, 25-01-2021 – Rejim Zionis (IOF) telah melepaskan tembakan ke arah kawasan pertanian di sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, IOF melepaskan tembakan dari kem tentera di belakang pagar sempadan di kawasan tanaman, sebelah timur kawasan
al-Qarara, Khan Yunis.

Askar Israel juga melepaskan tembakan dari menara pengawal ke sebidang tanah yang ditanam dengan tanaman kawasan timur Abasan al-Kabira dan Khuza’ah di Khan Yunis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis culik wakil rakyat Palestin, warga Palestin di Tebing Barat.

Isnin, 25-01-2021 – Pihak Rejim Zionis Israel, pada lewat malam Rabu dan awal subuh hari Khamis, telah menculik beberapa warga Palestin termasuk seorang penggubal undang-undang di Tebing Barat. Mengikut laporan tempatan, rejim Zionis menculik wakil rakyat Mohamed Bader setelah menyelongkar rumahnya di al-Khalil. Lima warga Palestin turut ditahan ketika serbuan rejim Zionis di al-khalil.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

UNRWA berharap sokongan Amerika semula dengan perlantikan Biden

Isnin, 25-01-2021 – Pejabat PBB menyambut baik perlantikan Joe Biden dan Kamala Harris sebagai Presiden dan Timbalan Amerika yang baru. Pesuruhjaya Umum UNRWA, Philippe Lazzarini menyatakan pihaknya mengharapkan kerjasama erat dengan Amerika yang berperanan besar dalam menyelesaikan isu Palestine secara adil dan kekal.

Presiden Amerika sebelum ini, Donald Trump telah menghentikan sumbangan dana kepada UNRWA dengan alasan krisis kewangan.
Setiap tahun Amerika menyalurkan dana sehingga US1.24juta kepada UNRWA (sebuah badan di bawah PBB untuk bantuan dan memperdaya Palestine). Pemberhentian sumbangan ini menjejaskan program-program bantuan UNRWA kepada rakyat Palestine yang berada di 5 Wilayah iaitu Semenanjung Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Syria dan Jordan dan turut
mengakibatkan penutupan semua klinik dan pusat kesihatan di kem-kem pelarian Palestine di Lubnan.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Rahibah Omar

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel menggegarkan selatan Gaza

Jumaat, 22-01-2021 – Pesawat perang Israel pada pagi Isnin mengebom kawasan pertanian di timur Rafah dan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, satu pesawat melepaskan tembakan dua peluru ke arah pos pejuang di timur Rafah dan memusnahkannya.

Satu lagi serangan udara menyasarkan tanah di timur Rafah. Pengeboman itu mengakibatkan kerosakan yang teruk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis Israel, peneroka haram yahudi mencemari perkarangan Al-Aqsa

Jumaat, 22-01-2021 – Polis rejim Zionis Israel and sekumpulan peneroka haram yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pada hari isnin lepas dan menjalankan upacara yahudi di bawah perlindungan polis, tatkala perintah berkurung di letakkan pada kawasan tanah suci itu.

Warga Jerusalem melaporkan beberapa dozen polis rejim Pencerobohan telah berlaku dari pintu Maghareba ke pintu al-Silsila, dan menerusi pintu al-Rahma dimana berlangsung upacara peneroka haram yahudi melakukan upacara keagamaan yahudi. zionis memecah masuk ke dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa pada waktu pagi setiap hari pertempuran berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Israel mengebom pos pejuang di Khan Yunis

Isnin, 18-01-2021 – Tentera rejim zionis pada petang Rabu melepaskan bom artileri di pos peninjau milik pejuang Palestin di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.           

Pengeboman itu berlaku setelah dakwaan Israel bahawa pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah kem tentera Israel yang memasuki selatan kota Khan Yunis,

Akhbar Maariv Israel menyatakan, “Tentera rejim yang beroperasi di kawasan Kissufim dekat sempadan Semenanjung Gaza menjadi sasaran tembakan. Tiada kecederaan dilaporkan.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati