Categories
Berita Semasa

Sheikh Ekrima: Rancangan Israel di Baitulmaqdis bertujuan untuk memilikinya

Jumaat, 13-08-2021 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Islam Tinggi di Baitulmaqdis, telah menggambarkan rancangan perluasan Israel dan pembinaan lebih banyak jalan dan projek di Timur Baitulmaqdis sebagai “langkah sistematik yang bertujuan untuk merampas kota suci tersebut.”

Dalam kenyataan media, Sheikh Sabri mengutuk tindakan negara haram Israel di kota suci itu sebagai “haram dan tidak sah”, dan menegaskan bahawa rakyat Baitulmaqdis tidak akan pernah mengiktirafnya.

Dia juga menekankan bahawa rakyat Baitulmaqdis akan tetap teguh mempertahankan kota suci mereka dan tidak akan pernah meninggalkan Masjidil Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel Merobohkan Dua Unit Flat Perumahan Palestin Di Silwan

Jumaat, 13-08-2021 – Jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan di kota Silwan, Selasa (10/8) di kawasan selatan Masjidil Aqsa. Menurut sumber tempatan, jentolak milik Israel merobohkan dua buah flat perumahan milik dua orang warga Al-Quds bersaudara, Romah dan Ali Audah di daerah Bir Ayub kota Silwan Al-Quds.

Menurut sumber, pasukan penjajah Israel memaksa keluarga Audah untuk mengosongkan rumah mereka di daerah Bir Ayub sebelum proses perobohan dilakukan. Disebutkan bahawa flat yang dirobohkan merupakan bangunan dua tingkat milik Romah dan Ali Audah.

Warga kota Silwan mengecam keras tindakan merobohkan rumah oleh pihak otoriti penjajah Israel dan paksaan meroboh rumah sendiri dengan alasan remeh. Warga Palestin menuntut dunia antarabangsa membantu menghentikan perobohan yang dilakukan penjajah Israel yang bertujuan mengusir warga Palestin daripada kediaman mereka.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin cedera terkena tembakan Israel di selatan Nablus

Jumaat, 13-08-2021 – Seorang wanita muda Palestin mengalami kecederaan tembakan pada malam semalam apabila tentera rejim Zionis melepaskan tembakan ke arahnya berdekataan bandar Huwara, selatan Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah wanita tersebut semasa dia berada di persimpangan Salman al-Farsi berdekatan bandar Huwara.

Media Yahudi mendakwa wanita tersebut cuba untuk melakukan serangan tikaman di sekitar perkampungan Yitzhar, menambah bahawa dia ditahan selepas tentera melepaskan tembakan ke arah bahagian bawah badannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestine ditangkap rejim Zionis di Tebing Barat.

Jumaat, 13-08-2021 – Rejim Zinonis menahan dua orang warga Palestine di selatan Tebing Barat pada Ahad yang lalu. Sumber tempatan melaporkan bahawa rejim Zionis telah menangkap Ibrahim Roumi setelah menyerbu dan menggeledah rumah keluarganya yang terletak di Beit Jala.

Saksi di wilayah Al-Khalil turut menyatakan bahawa rejim Zionis telah menyerbu Kota Yatta dan menangkap anggota Gerakan Fatah, Muhammad al-Shawahim yang berusia 50 tahum setelah mereka menggeledah serta merosakkan kediamannya.

Dalam pada itu, tentera Zionis telah mendirikan khemah tentera bagi tujuan pemeriksaan di wilayah al-Khalil serta menggeledah kenderaan dan memeriksa kad pengenalan warga Palestine.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

14 Tahanan Palestin Teruskan Mogok Lapar Terbuka

Rabu, 11-08-2021 – Pada hari Sabtu, empat belas tahanan Palestin di penjara Israel meneruskan mogok lapar terbuka mereka, sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka.

Hassan Abd Rabbo, jurucakap Penguasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tawanan, mengatakan bahawa tahanan yang mogok bertekad untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka tercapai.

Dalam wawancara dengan radio Voice of Palestin, Abd Rabbo memperingatkan betapa seriusnya keadaan kesihatan tahanan, terutama dengan gelombang panas yang teruk di Palestin, kerana mereka mengalami keletihan yang teruk, selain penurunan berat badan, dan telah diperlakukan dengan buruk.

Israel menahan 4,850 tahanan Palestin di penjaranya, termasuk 41 tahanan wanita, 225 kanak-kanak dan 540 tahanan pentadbiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Haneyya temui Raisi, presiden baru Iran

Rabu, 11-08-2021 – Pemimpin Hamas, Ismail Haneyya, bertemu dengan presiden baru Iran, Ibrahim Raisi, di ibu negara Tehran pada Jumaat.

Haneyya dan delegasi kanan Gerakan Hamas mengucapkan tahniah kepada presiden Iran atas lantikannya dan mendoakan kejayaannya, demikian menurut kenyataan Gerakan itu.

Delegasi Gerakan tersebut memberikan taklimat ringkas kepada presiden itu tentang perkembangan Palestin terutamanya tentang peperangan Saif Al-Quds dan kesan positifnya terhadap perjuangan dan masa depan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

37 Warga Palestin Cedera Dalam Pertempuran di Beita

Rabu, 11-08-2021 – Sepuluh warga awam Palestin cedera ditembak peluru hidup dan peluru besi bersalut getah manakala yang lain mengalami masalah pernafasan pada Sabtu malam ketika pertempuran dengan Rejim Zionis di bandar Beita, selatan Nablus.

Ahmed Jibril, Pengarah Ambulans dan Kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Nablus, berkata pasukan ambulans membawa seorang warga Palestin yang cedera akibat peluru hidup di tangan ke Hospital Rafidia sementara sembilan yang lain cedera akibat peluru besi bersalut getah, 27 mengalami kesukaran bernafas, dan tiga jatuh semasa konfrontasi berkenaan.

Penduduk Beita telah mengadakan aktiviti tunjuk perasaan siang dan malam di persimpangan bandar berhampiran jalan utama untuk menuntut pembebasan jenazah syuhada Shadi al- Sharfa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

13 tahanan Palestin mengadakan mogok lapar

Rabu, 11-08-2021 – Kelab Tawanan Palestin mengesahkan bahawa 13 tahanan meneruskan mogok lapar di penjara Israel. Salem Zaidat dari bandar Bani Naim di al-Khalil adalah yang pertama melakukan mogok lapar dan telah mogok selama 28 hari.

Kelab itu mengatakan dalam satu kenyataan media bahawa dua tahanan, Muhammad Abu Sale dan Ahmed Abu Sal dari kem pelarian al-Aroub menangguhkan mogok lapar mereka setelah mereka mencapai kesepakatan untuk menetapkan tempoh penahanan mereka.

Tahanan yang sedang mogok lapar menghadapi keadaan kesihatan yang bertambah buruk dari semasa ke semasa kerana keengganan pihak berkuasa mengikuti permintaan mereka untuk mengakhiri penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Peneroka Serang Kenderaan Penduduk

Rabu, 11-08-2021 – Puluhan peneroka Yahudi menyerang kenderaan para penduduk berdekatan pusat pemeriksaan ketenteraan di Tayseer, timur Tubas pada petang Sabtu.

Pegawai Lembah Jordan di Tubas, Moataz Basharat berkata, peneroka terbabit bertindak memecahkan cermin dua kenderaan penduduk ketika melintasi kawasan berkenaan.

Para peneroka sedang berusaha mendirikan pos baharu bagi kem tentera Israel atas tanah Palestin di kawasan Biarat Saud, timur Tubas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi serbu al-Aqsa

Rabu, 11-08-2021 – Penceroboh Yahudi meneruskan kedatangan mereka di halaman masjid al-Aqsa pada hari Ahad dari pintu Magharabi di bawah perlindungan polis Israel. 

Sumber Baitulmuqaddis melaporkan bahawa berpuluh penceroboh mencemar masjid al-Aqsa, melakukan lawatan bersifat provokatif di halamannya dan melaksanakan ritual Talmud.

Sejak 2003, polis Israel telah membenarkan penceroboh masuk ke dalam masjid suci itu melalui pintu Magharabi di tembok barat masjid al-Aqsa sementara pada masa yang sama, mengenakan sekatan masuk ke masjid itu ke atas warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Susulan menyeru hentikan pengasingan Sheikh Salah

Isnin, 09-08-2021 – Jawatankuasa Tinggi Susulan untuk warga Arab di Israel telah menyeru rejim agar menamatkan penderaan dan hukuman ke atas Sheikh Ra’ed Salah, dan mendakwa rejim bertanggungjawab di atas sebarang kemudharatan yang menimpa beliau.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyelar, terutamanya pengasingan Sheikh Salah, ketua Gerakan Islam di Israel dan menyifatkan tindakan itu sebagai dendam politik.

“Sheikh Salah telah diasingkan secara bersendirian sejak beliau masuk penjara pada Disember tahun lepas bagi menjalani hukuman yang tidak adil dijatuhkan ke atasnya,” jawatankuasa itu menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesucian Masjidil Aqsa dicemari ratusan peneroka Yahudi

Isnin, 09-08-2021 – Ratusan peneroka Yahudi telah menceroboh dan mencemari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di bawah kawalan pihak polis pada Khamis lalu.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya seramai 145 orang peneroka Yahudi telah memasuki kawasan masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba sejak awal pagi lagi.

Mereka turut mendapati bahawa sejumlah peneroka menunaikan solat Talmud di kawasan Masjidil Aqsa yang suci terutamanya di bahagian timur masjid yang berhampiran dengan ruangan solat di Pintu al-Rahma .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pesawat Tempur Israel Serang Sempadan Lubnan

Isnin, 09-08-2021 – Tentera Israel telah meningkatkan tindak balasnya terhadap serangan semalam dengan melancarkan serangan udara pertama di Lebanon dalam tempoh tujuh tahun. Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata jet pejuang telah menyerang tempat pelancaran peluru yang ditembak pada hari sebelumnya, dan juga sasaran tambahan yang digunakan untuk menyerang Israel sebelum ini.

Mereka berkata Lubnan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tembakan di wilayah Israel dan memberi amaran terhadap tindakan seterusnya untuk menyerang sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Delegasi tertinggi Hamas tiba di Iran untuk upacara perlantikan Raisi

Isnin, 09-08-2021 – Delegasi pegawai tinggi pergerakan Hamas pada waktu subuh hari Khamis tiba di ibu negara Iran, Tehran, bagi menghadiri upacara perlantikan presiden yang dipilih, Ibrahim Raisi.

“Dengan jemputan oleh Republik Islam Iran, delegasi tertinggi daripada kepimpinan Pergerakan Penentang Islam, Hamas, diketuai oleh Ismail Haneyya tiba (di Tehran) untuk menyertai upacara perlantikan presiden Iran, Ibrahim Raisi”, dinyatakan Hamas pada laman sesawangnya. Ketua hakim konservatif Ibrahim Raisi dipilih sebagai presiden Iran kelapan pada 19 Jun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Paksa Penduduk Baitulmaqdis Robohkan Kediaman Sendiri di Silwan

Jumaat, 06-08-2021 – Pihak berkuasa rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah memberikan notis kepada seorang penduduk Baitulmaqdis dan memerintahkannya untuk merobohkan rumah tiga tingkatnya sendiri di kejiranan al-Bustan di daerah Silwan, di selatan Masjid Al-Aqsa.

Pemilik rumah berkenaan, Yaqoub Al-Rajabi, diberikan masa hingga 15 Ogos untuk merobohkan rumah tersebut untuk mengelakkan daripada membayar denda dan perbelanjaan meroboh kepada majlis perbandaran Israel.

Rejim Zionis mendakwa rumah itu, yang terdiri daripada dua pangsapuri dan tiga kedai, telah dibina tanpa lesen.

Sebilangan besar warga Baitulmaqdis harus mematuhi perintah perobohan oleh Israel untuk mengelakkan membayar denda yang melampau tingginya kepada Rejim Zionis.

Penduduk Baitulmaqdis tidak mempunyai pilihan selain membina tanpa lesen kerana tidak ada pelan struktur yang selari dengan peningkatan semula jadi dalam jumlah penduduk, maka oleh sebab itu, mereka tidak diberikan permit untuk membina rumah.

Rejim Zionis juga mengenakan sekatan pembangunan bagi penduduk tempatan Palestin di Baitulmaqdis dan menyukarkan mereka untuk mendapatkan lesen pembinaan.

Perobohan kediaman Palestin secara sistematik oleh pihak Israel di Baitulmaqdis Yang Diduduki dipercayai bertujuan untuk menyerang kaum keluarga di Baitulmaqdis secara psikologi dalam usaha untuk memaksa mereka untuk berpindah dari kota suci berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul