Categories
Berita Semasa

Halaiqa: Kuasa untuk membuat jalan kejutan konsensi yang dibuat secara rundingan

Jumaat, 21-02-2014 – Ahli majlis Perundangan Palestin, Samira Halaiqa menganggap bahawa ucapan yang disampaikan Mahmud Abbas, Pihak Berkuasa Palestin semalam, ahad (2-16) di hadapan delegasi yahudi adalah terus-menerus untuk mengelirukan rakyat Palestin tentang kehidupan yang mengelirukan yang dicari oleh beliau.

Halaiqa mengambarkan dalam kenyataan kepada Quds Press bahawa ucapan itu sebagai percubaan yang terdesak untuk keluar daripada situasi takut dan keliru yang dihadapi pihak berkuasa dan membuat konsensi selepas konsensi.

Halaiqa, timbalan blok “Perubahan dan Reformasi” pergerakan HAMAS melihat bahawa kenyataan seperti itu mencerminkan jumlah konsensi yang bersedia untuk melakukan apa-apa yang memihak kepada beliau tidak mahu berperang dengan zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Kerugian Zionis Bertambah Parah Akibat Pemboikotan Ekonomi

Jumaat, 21-02-2014 – Pemimpin Inisiatif Nasional Palestin, Dr. Mustafa Barghotsi menegaskan bahawa kerugian pihak Zionis di Tebing Barat terus bertambah akibat pemboikotan ekonomi. Hal tersebut disampaikan Mustafa Barghotsi sewaktu Persidangan Gerakan Pemboikotan Ekonomi untuk Produk Penjajah Zionis yang diadakan di Al Bira, Isnin (17/2).

Beliau mengatakan bahawa gerakan pemboikotan ini bukan hanya berjaya, tetapi telah memasuki tahap kritikal kepada Israel. Beliau menambah ada perluasan besar pada jumlah pihak pemboikotan rakyat dan sivil di Eropah. Dengan demikian, strategi yang menggabungkan antara perjuangan rakyat dan pemboikotan merupakan jalan utama untuk merubah situasi dan elemen perimbangan untuk kepentingan rakyat Palestin serta memaksa penjajah Zionis mengalami kerugian.

Mengenai dana 100 juta Shekel yang diperuntukkan pihak penjajah Zionis untuk melawan kempen pemboikotan, Mustafa Barghotsi mengatakan, “Ini membuktikan kejayaan kempen pemboikotan barangan Israel yang dijalankan.” Beliau bertanya, “Jika benar kempen ini gagal, apakah Israel akan memperuntukkan dana dan melakukan langkah-langkah perlawanan terhadap kempen pemboikotan ini?”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kerajaan menyelar keputusan Abbas untuk memadamkan status agama dari kad pengenalan rakyat Palestin

Jumaat, 21-02-2014 – Kerajaan Palestin di Gaza dengan kukuh mengecam keputusan yang diambil oleh Presiden Mahmoud Abbas untuk menghapuskan status agama dari kad pengenalan dan menuduhnya membuka jalan bagi pelan rangka kerja Kerry. Penasihat politik kepada Perdana Menteri Taher Al-Nunu berkata langkah oleh Abbas ini bertujuan untuk menyediakan jalan bagi pelaksanaan pelan Kerry yang menuntut pihak berkuasa Palestin (PA) untuk menyerap pendatang Yahudi ke dalam masyarakat Palestin sebagai warganegara dua kerakyatan negeri yang dicadangkan.

Nunu menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan menerima keadaan itu atau membenarkan Abbas untuk menyerahkan satu inci tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq mengutuk penghapusan etnik Muslim di CAR

Jumaat, 21-02-2014 –Pergerakan Hamas pada hari Sabtu telah mengutuk penghapusan etnik yang dilakukan terhadap umat Islam di Republik Afrika Tengah (CAR).

Pemimpin Hamas Ezzat Resheq, di laman Facebook beliau dengan tegas mengecam jenayah kejam yang dilakukan terhadap umat Islam di CAR dan masyarakat antarabangsa yang hanya berdiam diri mengenai isu ini dan juga kegagalan dunia Islam untuk melindungi dan mempertahankan rakyat Islam die CAR. Beliau menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk minoriti Islam di Afrika Tengah merupakan satu jenayah kemanusiaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Hamas nafi tuntutan Mesir mengenai insiden Al-Asher di Ismailia

Jumaat, 21-02-2014 – Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyangkal media baru Mesir yang mendakwa badan pengebom berani mati yang dikatakan dari kawasan ladang Al-Asher di bandar Ismailia adalah milik pemimpin pergerakan beliau.

Abu Zuhri pada hari Ahad lalu menyatakan tiada anggota dari Hamas mati di Mesir dan menyifatkan tuduhan Mesir sebagai pembohongan yang tidak berasas.

Jurucakap itu mencabar pihak berkuasa Mesir mengisytiharkan nama lelaki yang mati itu dan berkata tuduhan itu adalah sebahagian daripada pembohongan media Mesir terhadap perjuangan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kementerian Pendidikan Gaza sekat penggunaan kurikulum UNNWA yang tidak disahkan

Selasa, 18-02-2014 – Kementerian Pendidikan Palestin telah memaklumkan kepada pengarah operasi UNRWA Gaza, Robert Turner mengenai keputusan kementerian tersebut untuk menyekat penggunaan kurikulum yang dikeluarkan oleh agensi itu dalam proses pembelajaran di sekolah-sekolah. Ini kerana kurikulum URNWA itu tidak mendapat pengesahan untuk digunakan.

Turner dimaklumkan mengenai perkara ini dalam satu sidang mesyuarat di antara Turner dan Menteri Pendidikan, Osama al-Muzaini di Gaza.
Muzaini mengesahkan kementeriannya bersetuju untuk membentuk satu jawatankuasa bersama untuk membincangkan buku-buku yang dianjurkan oleh UNRWA. Beliau turut menyatakan kesediaan Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dengan UNRWA dalam usaha menyediakan buku-buku,
dengan syarat buku-buku tersebut mengambil kira nilai-nilai nasional and norma rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Resheq: Pelan Kerry adalah tidak berkembang dan berat sebelah

Selasa, 18-02-2014 – Anggota Biro Politik Hamas Ezzat Al-Resheq mengulangi langkah beliau dalam menolak mana-mana pelan yang mengambil hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka di seluruh tanah Palestin dengan Jerusalem sebagai ibu negara.
Beliau memberi komen kepada akhbar Al-Risala, Resheq mengambarkan rangka kerja pelan Kerry adalah tidak berkembang dan terlalu berat sebelah bagi pihak Israel.

Hamas dengan rasminya memberi amaran kepada kegigihan PA dalam bersama-sama dengan kedudukan US yang berat sebelah, walaupun terdapat kata sepakat yang jelas,Palestine bersetuju mengenepikan pelan dan cadangan Keery.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Keadaan kesihatan seorang tahanan yang lumpuh semakin buruk

Selasa, 18-02-2014 – Status kesihatan tahanan yang lumpuh,Hamza Abu al-Haija, yang ditahan di penjara Shata semakin buruk akibat pelbagai kecederaan yang dialaminya ketika peperangan di khemah pelarian Jenin pada tahun 2002.

Keluarga Hamza menyatakan kebimbangan yang teramat tentang keadaan kesihatan Hamza yang mengalami kecederaan serius sebelum penahanannya. Serpihan peluru tertinggal di dalam badannya. Keluarganya turut menambah yang Hamza mengalami kesakitan anggota dalaman.

Hamza telah ditembak pada tahun 2002 ketika pencerobohan Israel di kem pelarian Jenin yang mengakibatkan beliau lumpuh. Keluarga Hamza menyeru agar Hamza diberikan rawatan sewajarnya. Manakala 5 pemogok lapar Palestin yang ditahan di hospital penjara Ramle telah menyeru rejim Israel untuk memberikan mereka kain kapan sebagai tanda keteguhan mereka untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Gaza Boleh Meledak Bila-Bila Masa

Selasa, 18-02-2014 – Panglima Tentera Wilayah Selatan militan ‘Israel’ Sami Turjuman mengatakan, situasi tenang ketika ini di sempadan Semenanjung Gaza adalah tidak kekal dan boleh meledak bila-bila masa.

Dalam majlis perasmian Pusat Informasi perisikan Khusus di Gaza tadi, Turjuman menegaskan peranan Pusat Informasi tersebut dalam mengumpul maklumat yang diperlukan pasukan ‘Israel’ di lapangan akan lebih cepat dan terintegrasi.

Beliau menyatakan jika informasi ini tidak dimanfaatkan dengan baik maka akan membebani ‘Israel’ lebih besar dalam bentuk kerugian nyawa. Keberkesanan pusat kajian ini dalam pertempuran akan diuji dalam pertempuran mendatang dan pihak militan ‘Israel’ sudah siap siaga.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel ditikam di hadapan pintu gerbang di Baitul Maqdis.

Jumaat, 14-02-2014 – Seorang penduduk Israel telah ditikam oleh orang yang tidak dikenali petang ini di pintu gerbang baitul Maqdis.

Radio Israel melaporkan bahawa penduduk Israel tersebut ditikan di bahagian atas badan beliau dan mengalami kecederaan sederhana. Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Radio Israel berkata bahawa pihak polis bergegas ke tempat kejadian tersebut dan membuka kertas siasatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Bahar mengalu-alukan keputusan Speaker Parlimen Denmark untuk melawat Gaza

Jumaat, 14-02-2014 – Dr Ahmed Bahar, Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin, telah mengalu-alukan lawatan yang dirancang oleh Speaker Parlimen Denmark Mogens Lykketoft untuk ke Ramallah dan Semenanjung Gaza, tanpa melawat negeri yang diduduki Yahudi, dan menganggap langkah itu satu langkah ke arah yang betul.

Bahar memberi amaran cubaan pendatang Israel untuk menghalang lawatan itu, menekankan bahawa “menghalang lawatan itu bermaksud melanggar proses demokrasi, dan jelas telah melanggar hak-hak perjalanan dan pergerakan.”
Beliau juga menggesa Lykketoft untuk meneruskan lawatan beliau, dan membuat lebih banyak usaha untuk memastikan pembebasan ahli parlimen Palestin yang diculik di penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak antara yang ditahan IOF dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil

Jumaat, 14-02-2014 –Tentera rejim Israel (IOF) menahan seorang kanak-kanak Palestin dan seorang tahanan yang dibebaskan dari penjara sebaik sahaja dibebaskan pada Ahad dekat Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Sumber tempatan memberitahu wakil PIC bahawa IOF menahan seorang budak lelaki Khaled Zahida dari kota lama al-Khalil, ketika berada dekat Masjid Ibrahimi Mosque, selepas menyerangnya dan seterusnya membawanya ke destinasi tidak diketahui.

IOF turut menahan seorang warga hanya beberapa jam selepas pembebasannya dari penjara di al-Khalil ketika serbuan ke atas rumahnya dan memindahkannya ke destinasi tidak diketahui, warga tempatan memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya kepada tokoh bebas : Perdamaian adalah matlamat utama kami

Jumaat, 14-02-2014 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Gaza, memberitahu delegasi tokoh bebas pada hari Sabtu bahawa kerajaannya berkeras untuk mencapai perdamaian.

Hanneya , menurut kenyataan beliau untuk pejabatnya, telah mengadakan perbincangan yang mendalam dengan delegasi yang melawatnya mengenai isu perdamaian. Dikatakan bahawa delegasi itu menyerahkan mesej utama dengan menyatakan penghargaan di atas langkah-langkah baru yang diambil oleh Haneyya untuk memberikan suasana perdamaian termasuk pembebasan tahanan dan membenarkan kemasukan Ahli Parlimen Fatah ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Skim Israel untuk menukar tanah Jambatan Zarka kepada taman nasional

Isnin, 10-02-2014 – Pihak Jawatankuasa Popular dan Badan Bersekutu Demokratik Nasional (NDA) di perkampungan Jisr Al-Zarqa di Garisan Hijau menyeru kepada pemilik-pemilik tanah untuk membuat bantahan terhadap Israel yang merancang untuk merampas dan menukar tanah simpan semulajadi di utara perkampungan Arab kepada taman nasional.

Satu pelan terperinci untuk menukarkan tanah simpan semulajadi itu kepada taman nasional telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Daerah Haifa serta Jawatankuasa Tempatan Perancangan dan Pembangunan.

Sami al-Ali, yang merupakan salah seorang ahli majlis tempatan NDA dan ketua Jawatankuasa Popular, hari ini, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Ahad lalu, menyatakan bahawa rancangan Israel untuk menukar status tanah simpan tersebut kepada taman nasional adalah bertujuan untuk menjalankan beberapa proses pengubahsuaian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Zionis Setuju Naikkan Ganti Rugi Korban Marmara Menjadi USD20 Juta

Isnin, 10-02-2014 – Surat khabar Zionis, Ha’aretz edisi Isnin (3/2), menyebutkan pemerintah Zionis setuju menaikkan nilai ganti rugi yang diminta keluarga mangsa korban serangan militan Zionis terhadap kapal Turki, Mavi Marmara yang menyertai armada “Freedom Flotilla” yang berangkat menuju Semenanjung Gaza untuk membebaskan sekatan yang sudah berlangsung selama tiga tahun setengah berturut-turut. Kenaikan nilai ganti rugi itu mencapai USD20 juta.

Surat khabar Zionis ini memetik dari sumber barat yang mengetahui perundingan yang sedang berlangsung antara kedua belah pihak, ‘Israel’ menyetujui menaikan ganti rugi yang diusulkan atas peristiwa serangan kapal Mavi Marmara pada tahun 2010 menjadi USD20 juta . Sumber ini menyatakan, “Sudah ada kemajuan. Namun kedua-dua belah pihak belum capai kata sepakat”.

Perlu disebutkan bahawa hubungan antara Ankara dan Tel Aviv mengalami ketegangan selama beberapa tahun terakhir pasca serangan yang dilancarkan pasukan militan Zionis pada 31 Mei 2010 lalu ke konvoi armada “Freedom Flotilla” ketika melalui perairan antarabangsa menuju Semenanjung Gaza untuk membebaskan sekatan yang dikenakan terhadap wilayah tersebut. Konvoi ini disertai oleh lebih dari 500 sukarelawan solidariti kemanusiaan antarabangsa dan sebahagian besarnya dari Turki. Pasukan militan Zionis menggunakan serangan senjata otomatik dan mengakibatkan 9 aktivis kemanusiaan Turki syahid serta puluhan aktivis lain cedera.

sumber : COMES
penterjemah : Osman