Categories
Berita Semasa

IOF tukar perkampungan Ramallah kepada kem tentera.

Jumaat, 13/05/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) merampas Kampung Nabi Salleh di Ramallah pada Ahad lepas, kata sumber tempatan. Menurut sumber tempatan itu, satu pasukan besar IOF menyerbu perkampungan itu dengan tembakan peluru dan bom berkelajuan tinggi yang dihempaskan ke lorong-lorong kampung terbabit.

Pasukan IOF itu telah ditempatkan di semua kawasan di kampung terbabit dan menukar pusat komunitinya menjadi pos tentera. Radio Israel pula mendakwa kononnya menara pemerhati milik IOF yang terletak di pintu masuk kampung terbabit telah menjadi sasaran bom pada malam Sabtu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel mula membina bahagian tembok pemisah di sekitar desa Qalandia

Jumaat, 13/05/2011 – Penguasa pendudukan Israel (tentera penjajah Israel) mula membina satu bahagian dari sebuah dinding pemisah di sekitar desa Qalandia di sebelah utara Baitulmuqaddis yang diduduki, kata penduduk tempatan pada hari Isnin.

Mereka berkata bahawa buldoser tentera penjajah Israel dikawal oleh pegawai-pegawai keselamatan mula meratakan tanah selatan desa.

Dinding itu akan membahagi desa menjadi dua sektor terpencil dan akan menempatkan puluhan ekar tanah petani Palestin padahal di sebalik ia adalah untuk menghalang mereka dari mencapai tanah mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Khater memberi amaran tindakan balas dendam Israel di Baitulmuqaddis

Jumaat, 13/05/2011 – Dr Hassan Khater, Setiausaha Agung Persatuan Kristian dan Islam untuk menokong Jerusalem dan tempat-tempat suci, memberi amaran, akan tindakan balas dendam Israel di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Dia menjelaskan dalam sebuah pernyataan pada hari Ahad bahawa Israel sangat terganggu oleh perdamaian Palestin dan boleh memulakan langkah-langkah agresif terhadap penduduk Jerusalem, tempat-tempat suci, dan juga tanah sekitaran.

Dia mendedahkan bahawa jawatankuasa perancangan dan pembangunan di Kota Baitulmuqaddis menyokong beberapa hari yang lalu projek penempatan terbesar dan paling serius di Baitulmuqaddis diduduki mensasarkan persekitaran Sheikh Jarrah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Banduan : Tidak Ada Keamanan atau Kestabilan Tanpa Pembebasan Tahanan

Jumaat, 13/05/2011 – Nasha’at Al-Wahidi, jurucakap untuk Jawatankuasa Tahanan, menegaskan bahawa perbicaraan di mahkamah tentera Israel adalah dan polisi yang tidak adil menghalang tahanan menerima kunjungan keluarga.

Dia mengatakan semasa demonstrasi duduk menyatakan perpaduan dengan para tahanan dan keluarga mereka di depan pejabat Palang Merah di Gaza pada hari Isnin bahawa tidak akan ada kedamaian atau kestabilan tanpa membebaskan para tahanan dari penjara penjajah Israel.

Wahidi mengingatkan pimpinan Palestin tidak menandatangani perjanjian yang tidak termasuk membebaskan semua tahanan dan hak kembali pelarian tanpa sebarang syarat.

Pelarian Palestin mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa mereka menolak kerajaan Palestin yang tidak mengutamakn program mereka kembali ke kampung halaman mereka dan juga isu-isu tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kementerian mohon Pertubuhan Palang Merah beri tekanan kepada rejim Zionis

Jumaat, 13/05/2011 – Kementerian Tahanan Penjara Gaza memohon Pertubuhan Palang Merah agar meningkatkan usaha meringankan bebanan tahanan penjara warga Palestin yang menderita di penjara-penjara rejim Zionis. Kementerian itu turut meminta agar program lawatan oleh keluarga tahanan penjara dari Gaza disambung semula setelah ia dihentikan sejak 4 tahun lalu.

Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin lalu sempena Hari Antarabangsa Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang jatuh pada Ahad lepas, bahawa pertubuhan itu telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertujuan untuk membantu manusia yang ditimpa krisis di serata dunia.

Telah dimaklumi bahawa Petubuhan Palang Merah telah dengan jayanya menjalankan tanggungjawabnya dalam pelbagai aspek di serata dunia tetapi apabila ia melibatkan rejim Zionis, pertubuhan itu tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya serta tidak memberi tekanan kepada rejim Zionis agar tunduk kepada undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan Perancis akan berlayar ke Gaza akhir Jun ini

Jumaat, 13/05/2011 – Konvoi bantuan dari Perancis sedang bersiap sedia untuk berlayar dari bandar Marcellia menuju ke Gaza pada akhir bulan Jun nanti, genap setahun selepas selepas serangan Zionis ka atas Freedom Flotilla yang sedang menuju ke Gaza pada 31 Mei lepas, yang mengorbankan 9 warga Turki.

Claud Leivostek, jurucakap kempen yang dinamakan sebagai “kapal Perancis demi Gaza” mengumumnkan bahawa pihak organisasi konvoi akan dapat mengumpul sumbangan yang mencukupi untuk menyewa kapal dan bertolak dari pelabuhan Marcellia pada minggu ketiga bulan Jun, sambil turut memberitahu bahawa “Perancis telah menyertai konvoi pertama yang menuju ke Gaza tahun lepas, tetapi tanpa menyewa kapal sendiri.”

Leivostek menerangkan bahawa beberapa personaliti umum, para menteri, artis dan atlit Perancis akan turut serta di dalam konvoi pada tahun ini, demi mengenangkan situasi meruncing yang tidak dapat terima akal yang dihadapi penduduk Gaza, dan di mana 80% daripada 1.5 juta penduduknya memerlukan bantuan dari pihak antarabangsa, manakala 60% pula tidak mampu mendapat makanan yang mencukupi untuk diri mereka dan keluarga mereka sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Israel Siap Perluas Kontrol Zona Air untuk “Melindungi” Gas Alam

Jumaat, 13/05/2011 – Zionis Israel hari ini akan mula persiapan ketenteraan dengan lebih agresif bagi menjaga pelantar-pelantar gas dan petroleum milik mereka. Pelantar yang berada di lautan Mediteranian. Pimpinan tertinggi angkatan laut Israel menyatakan langkah ini adalah respon kepada ancaman dan serangan yang besar akan dilancarkan oleh kumpulan pejuang Palestin kepada Zionis Israel.

Zionis-Israel kini semakin dalam keadaan terdesak dan takutr apabila mendakwa terdapat rancangan serangan dari Hizbullah.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menyerbu dataran Aqsa dan mengancam pengawal

Jumaat, 13/05/2011 – Seorang polis Israel menyerbu dataran Masjid Aqsa sebelum tengah malam Ahad dan mengugut pengawal-pengawalnya jika mereka tidak membuka pintu ke Perpustakaan Khatneye.

Salah seorang pengawalnya memberitahu Pusat Maklumat Quds dalam satu perbualan telefon bahawa polis tersebut mendakwa mereka ingin menggeledah perpustakaan tetapi para pengawal melarang.

Beliau berkata, polis itu mengancam untuk menangkapnya jika tidak mematuhi arahan dan seterusnya menghubungi balai polis untuk menakut-nakutkannya. Polis – polis tersebut kemudiannya meminta untuk melihat pengenalan diri para pengawal. Para pengawal tetap menolak dengan mengatakan mereka sedang bertugas sebagai pekerja di Islamic Awkaf di bawah bidang kuasa Jordan dan tiada siapa berhak meminta pengenalan diri atau menggeledah perpustakaan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu pemuda revolusi Mesir di Kaherah

Selasa, 10/05/2011 – Sempena beberapa siri mesyurat yang dijalankan di ibu kota Mesir, Kaherah, bersama dengan barisan rakyat dan para perwakilan Mesir untuk mencapai persepakatan dalan isu rekonsiliasi Palestin, Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mehs’al, sempat meluangkan masa dengan para pemuda revolusi Mesir pada petang Ahad (8 Mei) lalu.

Di dalam pertemuan tersebut yang dihadiri para pemuda revolusi Mesir dari pelbagai latar belakang, Mesh’al mengenangkan semula bahawa fail rekonsiliasi Palestin ini melibatkan jasa Mesir, dan usaha yang diggembeleng di Kaherah untuk merealisasikannya, yang pasti tiada tanpa berlakunya revolusi Mesir tempoh hari. Katanya lagi, “kami berterima kasih kepada para pemuda revolusi Mesir yang melancarkan satu era baru, dan kebangkitan Arab kesemuanya turut memetik hasilnya bersama.”

Mesha’l turut menyentuh berkenaan revolusi ini seperti katanya, “terdapat 3 perkara yang perlu ditekankan oleh para pemuda revolusi untuk masa yang mendatang. Pertama, semangat kebangkitan dan perubahan perlu terus berkobar. Kedua, kerajaan peralihan mesti digerakkan dengan berhikmah kerana ia adalah satu proses yang kritikal, dan kami mahu supaya para pemuda mengambil berat dengan perkara ini serta terus memberikan cadangan positif kepada barisan ahli politik dan menteri. Seterusnya, menyampaikan mesej bahawa para pemuda cakna dan sedang membina pemikiran untuk membangun dan bekerja, serta tidak melupakan definisi kesatuan dalam negara dan toleransi di Mesir.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Baitawi: Israel Paling Rugi Dengan Berlakunya Persepakatan

Selasa, 10/05/2011 – Anggota Dewan Legislatif Palestin dari Nablus, Syaikh Hamed Baitawi, menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel sedang bekerja untuk menggagalkan persepakatan Palestin kerana penjajah adalah pihak yang paling rugi apabila pesepakatan perpaduan berjaya.

Ketua Persatuan Ulama Palestin ini mengatakan, “Tidak diragukan lagi, Zionis Israel adalah pihak yang paling rugi dengan berlakunya persepakatan. Oleh kerana itu Israel berusaha untuk menghancurkannya dengan pelbagai cara.” Beliau menjelaskan bahawa penjajah Zionis sedang berusaha menghancurkan persepakatan dengan menjadi batu api, melalui propaganda penghentian pencairan dana pajak dan cukai, memtuskan bekalan air dan elektrik serta pelbagai bentuk propaganda yang lain.

Beliau menyatakan bahawa Israel meningkatkan operasi penangkapan di Tebing Barat serta berusaha mengosongkan dewan dari kelompok Islam dan pengaruh mereka. Beliau menegaskan bahawa semua rancangan Israel akan menemui kegagalan menghadapi kehendak rakyat Palestin yang kuat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

29 senator demokrat beritahu Obama agar hentikan bantuan kepada pihak berkuasa Palestin

Selasa, 10/05/2011 – 29 senator Demokrat Amerika Syarikat (AS) memberitahu presiden Barack Obama agar menghentikan bantuan kepada pihak berkuasa Palestin seandainya Hamas menyertai kerajaan tersebut hasil daripada perjanjian damai Fatah-Hamas.

Para senator Parti Demokrat menghantar mesej tersebut kepada Obama pada Jumaat, laporan akhbar Israel menyatakan pada Ahad. Yediot Ahronot menyebut, “Surat yang dimulakan oleh Senator Robert Menendez dari New Jersey dan Bob Casey dari Pennsylvania itu ditandatangani oleh senator-senator kanan termasuk Carl Levin, pengerusi Jawatankuasa Senat dalam Perkhidmatan Bersenjata dan Daniel Inouye yang mengetuai Jawatankuasa Penyesuaian Senat.”

“Dalam surat mereka kepada presiden Obama, senator-senator Demokrat itu menulis bahawa keputusan pihak berkuasa Palestin, presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas – sebuah kumpulan pengganas – akan menggugat usaha keamanan di Timur Tengah.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir mulakan perbincangan pertukaran tawanan antara Hamas dan Israel

Selasa, 10/05/2011 – Sumber maklumat Palestin mendedahkan bahawa Kementerian Luar Negeri Mesir bekerja ketika ini dalam menghidupkan kembali perbincangan pertukaran tawanan antara Israel dan Pergerakan Hamas .

Menurut Al-Jazeera Net, sumber mengatakan kementerian Mesir membuka fail ini di luar negara, terutamanya di Amerika Syarikat selepas menerima kepastian dari Hamas tentang kesediaannya untuk meneruskan perbincangan dalam perkara ini. Sumber tersebut menambah pegawai perisikan Mesir menawarkan formula perjanjian pertukaran tawanan yang boleh diterima oleh Hamas dan akan menghantarnya ke Tel Aviv melalui perantara Israel dalam beberapa hari akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan: Rejim Zionis dalang 42 keganasan tanah di Baitulmaqdis pada bulan April

Selasa, 10/05/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Tanah di Baitulmaqdis pada Rabu lepas melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis telah melakukan 42 jenayah harta-benda terhadap penduduk Baitulmaqdis pada bulan April 2011.

Laporan bulanan itu melaporkan bahawa pihak keselamatan rejim Zionis memaksa penduduk tempatan memusnahkan rumah-rumah mereka sendiri dan mengugut untuk menyita beberapa buah rumah lagi bagi membina penempatan-penempatan haram Yahudi di kota suci itu. Laporan itu merekodkan 37 jenayah hak asasi dilakukan, termasuklah seorang lelaki dipaksa memusnahkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Wadi al-Jawz di Silwan. Manakala sebanyak 32 keluarga lain yang terdiri daripada 280 orang anggota keluarga telah diugut akan dihalau keluar dari rumah mereka sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Konvoi besar-besaran Hamas di Nablus sempena rekonsiliasi dan tuntutan untuk bebaskan tawanan.

Isnin, 09/05/2011 – Buat pertama kalinya sejak 4 tahun, di tengah-tengah panggilan yang menyeru kesatuan dan pembebasan tahanan politik, Hamas mengadakan perarakan besar-besaran di Bandar Nablus, Khamis (5 Mei), bermula selepas solat Maghrib di hadapan Masjid An-Nasr dekat tengah Bandar Lama dan berakhir di Duwar Shuhada’.

Menteri Hamid Al-Baitawi memberi ucapan ringkas di tengah laungan takbir, dan memberi sambutan kepada semua rakyat Palestin sempena persetujuan rekonsiliasi dan atas rasa bersyukur dengan kegembiraan yang besar tersebut, meskipun dekelilingi pelbagai tekanan dan kesempitan. Dr. Mohd Ghazal, salah seorang pimpinan Hamas pula menyampaikan kata-kata dari gerakan itu, terutamanya memberi penekanan kepada rekonsiliasi, sambil mengingatkan supaya tiada siapa yang akan tunduk di bawah tekanan Zionis ataupun tekanan luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

IPS menghalang tahanan terpencil minum air selama dua hari

Isnin, 09/05/2011 – Perkhidmatan penjara Israel (IPA) telah menghalang tahanan Palestin Nasser Al-Shoki dari meminum air selama dua hari selepas mengasingkannya, menurut persatuan tahanan Palestin pada hari Khamis.

Mereka menambah dalam satu kenyataan bahawa kehidupan Shoki sedang dalam bahaya. Turut mencatatkan bahawa dia ditahan di penahanan pentadbiran sejak September 2008. Persatuan meminta pengarah penjara Jalbo, di mana Shoki sedang ditahan, untuk mempertahankan hak-haknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada