Categories
Berita Semasa

Anggota Militan Berkurang, Israel Resah

Khamis, 23/06/2011 – Seorang pegawai militan Israel menyatakan masalah yang akan dihadapi pasukan militannya pada masa akan datang dimana jumlah warga Israel yang ingin menjadi anggota militan berkurang.

Sebelumnya, beberapa laporan media menyiarkan keresahan pegawai militan Israel karena kemungkinan mereka menghadapi penurunan jumlah individu yang menyertai militan Israel secara wajib di masa mendatang. Ketua bahagian sumber manusia militan Israel, Jeneral Avi Zamir menegaskan bahawa kurang dari 50% warga Israel yang berada di usia wajib menyertai tentera (18-45) bersedia menjalankan tugas ketenteraan ketika ini, namun dari jumlah itu, mereka yang menarik diri dari tugas tidak lebih dari 20%.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tentera menembak seorang pemuda dan menangkapnya

Khamis, 23/06/2011 –Tentera rejim Zionis  (IOF) telah menembak seorang lelaki Palestin di pintu masuk ke timur bandar Qalqilia dan menangkapnya selepas dia mengalami kecederaan, kata sumber-sumber tempatan.

Mereka berkata bahawa Mahdi Amer, 22, mengalami kecederaan tahap sederhana. Menurut sumber itu lagi tentera mendakwa pemuda itu cuba menyerang mereka di pintu masuk lokasi tentera di mana pejabat perhubungan Palestin dan Israel terletak.

Sumber IOF berkata seorang pemuda menghayun pisau dan cuba menyerang tentera wanita sambil melaungkan Allahu Akbar, menyebabkan tentera kepada menembaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyyeh : Komited bekerja untuk mencapai rekonsiliasi

Selasa, 21/06/2011 – Ismael Haniyyeh, Perdana Menteri Kerajaan Palestin, menegaskan komitmen Hamas untuk mencapai rekonsiliasi dan usaha untuk mencapainya, meskipun terdapat permintaan daripada pihak Fatah untuk menangguhkan mesyuarat yang pada mulanya dipersetujui untuk diadakan pada hari Selasa depan yang akan dihadiri oleh Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas.

Ismael Haniyyeh dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian beberapa projek khidmat masyarakat di bandar Gaza petang Ahad (19 Jun) berkata : “kami akan terus komited dengan usaha rekonsiliasi dan terus mara ke hadapan untuk merealisasikannya demi tanah Al-Quds dan para pelarian meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan risiko.”

Beliau menambah lagi “Fatah meminta untuk menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan di Kaherah, yang ditaja oleh Mesir, dan kami telah bersedia untuk mesyuarat ini, di mana kami ingin membentangkan segala perkara berbangkit berkenaan kerajaan konsensus ini.. Namun, kami menegaskan bahawa kami akan terus komited dalam usaha menemui rekonsiliasi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Lebih banyak rundingan diperlukan sebelum membentuk kerajaan perpaduan

Selasa, 21/06/2011 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya mengumumkan pada Ahad bahawa pertemuan hari Selasa antara orang-orang penting dari Hamas dan Fatah telah ditangguhkan. Beliau mengisyaratkan pertemuan itu sebagai tanda usaha ke arah perbincangan serius untuk rundingan.

“Terdapat kemungkinan penangguhan pertemuan antara Presiden Mahmoud Abbas dan En. Khalid Mishaal,” Haneyya berkata ketika majilis pengharagaan jawatankuasa tertinggi Hari Nakba, serta menambah bahawa perkembangan itu menjejaskan pembentukan kerajaan baru. “Hal ini perlu dikaji dan dibincangkan dengan lebih teliti,” beliau berkata serta menyuarakan harapan agar perjanjian perpaduan Palestin yang ditandatangani baru-baru ini dilaksanakan dengan praktikal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pejuang Qassam adakan mogok lapar selama lapan hari

Selasa, 21/06/2011 – Islam Hamed dan Atef al-Salihi telah mengadakan mogok lapar hari lapan selama yang dibuat bagi membantah pemindahan mereka ke penjara jenayah dan tidak berperikemanusiaan, lapor sumber dekat dengan tahanan politik itu.

Mereka dari Silwad, timur laut Ramallah sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan mengambil bahagian dalam satu operasi di Romanim di mana dua rakyat Israel cedera. Pihak polis telah mengasingkan mereka yang merupakan pejuang Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas di dalam sel sebesar kurang daripada dua meter persegi dengan kebocoran sisa kumbahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Gaza Siap Menyambut Kedatangan Konvoi “Miles of Smiles 3″

Selasa, 21/06/2011 – Ahad (19/6) selepas zohor, konvoi kemanusiaan “Miles of Smiles 3″ bertolak menuju pintu masuk Rafah setelah menyelesaikan proses muat turun dari kapal yang membawa bahan bantuan di pelabuhan al Arish, Mesir.

Koordinator “Miles of Smiles 3″, Isham Mustafa, menegaskan konvoi telah menuju pintu masuk Rafah dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza setelah menyelesaikan proses muat turun dan mendapatkan kelulusan dari pihak pentadbiran pelabuhan.

Mustafa menyatakan bahawa sambutan rasmi diadakan untuk para sukarelawan ini dengan dihadiri gabenor al Arish dan sejumlah pegawai di daerah tersebut. Dalam majlis tersebut gabenor memuji misi kemanusiaan konvoi dan usaha yang dilakukan para aktivis yang menyelenggarakan konvoi tersebut.

Mustafa menjelaskan bahawa gabernor al Arish sendiri akan mengiringi konvoi ini sampai di pintu masuk Rafah sebagai tanda sokongan terhadap para peserta konvoi yang mendokong erti kemanusiaan yang besar.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi membakar pokok zaitun di Barat Ramallah

Selasa, 21/06/2011 – Peneroka Yahudi membakar berpuluh-puluh pokok zaitun milik orang Palestin di tanah kampung Bilin di belakang tembok pemisah barat bandar Ramallah, kata jawatankuasa anti tembok pemisah dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, kebakaran telah bermula pada malam tadi berhampiran penempatan Yahudi, yang telah dibina di atas tanah kampung Bilin. Ia menunjukkan bahawa kuasa-kuasa penjajah Israel sengaja ditempatkan di pintu pagar tembok untuk menyekat kemasukan pasukan bomba untuk memadamkan api. Ia menyebabkan api marak ke kawasan lain dengan begitu cepat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kempen Eropah: Penerusan kepungan Gaza membuktikan masyarakat dunia bersubahat

Selasa, 21/06/2011 – Sikap berdiam diri antarabangsa terhadap kepungan Israel di Gaza untuk tahun kelima berturut-turut menunjukkan masyarakat dunia bersubahat, menurut kenyataan kempen Eropah bagi menamatkan serangan ke atas Gaza Rabu lalu.

Dalam hal ini, mereka menegaskan konvoi kebebasan 2 seperti yang dijadualkan akan belayar menjelang akhir bulan ini bagi membawa bantuan kemanusiaan kepada Gaza sambil menambah sebarang halangan yang dihadapi oleh seorang atau lebih daripada peserta dalam kumpulan ini tidak akan menjejaskan yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hamas bersungguh ke arah perpaduan, gesa penahanan politik dihentikan

Jumaat, 17/06/2011 – Anggota kanan Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa pergerakannya serius untuk mematuhi perjanjian persefahaman dengan Fatah. Walaubagaimanapun,isu tahanan penjara berunsur politik di Tebing Barat mesti dihentikan dahulu kerana ia memberi kesan negatif terhadap perjanjian persefahaman.

Kenyataan beliau dikeluarkan pada Selasa lepas, beberapa ketika sebelum pertemuan antara wakil-wakil Hamas dan Fatah diadakan di Kaherah bagi membincangkan isu tahanan politik, seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani mereka pada awal Mei lalu. Kedua-dua parti politik itu juga akan membincangkan tentang siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan sementara selepas pilihanraya yang dijadual diadakan pada September nanti.

“Kami berharap isu ini akan diselesaikan hari ini tanpa sebarang halangan. Ketua kerajaan dan Perdana Menteri akan ditentukan dalam perjanjian tersebut dan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,” kata Resheq.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir tahan ejen Mossad kerana mengintip

Jumaat, 17/06/2011 – Mesir telah menahan seorang rakyat Israel yang disyaki mengintip dan cuba mengumpul pemuda-pemuda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti anti-kerajaan dalam protes yang diadakan di Dataran Tahrir selepas bekas Perdana Menteri Hosni Mubarak digulingkan, kata sumber perundangan pada Ahad lepas.

Suspek berkenaan yang bernama Ilan Goren merupakan seorang pegawai di agensi perisikan Israel, Mossad. Dia menyertai protes di Dataran Tahrir itu setiap hari dan memprovok pemuda-pemuda supaya bertempur dengan pihak tentera, kata sumber dari pasukan pendakwa. Dia turut dilaporkan mengedar sejumlah wang tunai bagi mengumpulkan peserta protes.

Kesatuan Media Antarabangsa melaporkan bahawa Goren, 41, turut disyaki terlibat menyebarkan maklumat dalaman semasa berlaku revolusi pada 25 Januari lalu. Menurut agensi (media) itu lagi, seperti yang dimaklumkan oleh pihak pendakwa, ejen risikan itu berjaya dijejak di wilayah Imbaba, Kampung Sol dan beberapa tempat lain di Kaherah yang mana pertempuran berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas, Fatah meneruskan rundingan di Kaherah pada Selasa depan dengan kehadiran Abbas, Mishaal

Jumaat, 17/06/2011 – Wakil dari Hamas dan Fatah menyimpulkan mesyuarat di Kaherah pada hari Selasa sebagai tiada kemajuan ketara dalam rundingan perdamaian mereka.

Mereka bersetuju untuk mengadakan mesyuarat lain pada Selasa depan di hadapan ketua PA dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Mishaal. Ezzet Al-Resheq, anggota biro politik Hamas berkata, mesyuarat hari ini adalah positif, sambil menambah bahawa isu tahanan politik telah dibincangkan. Beliau menjelaskan bahawa kedua-duanya bersetuju dengan kesimpulan itu dan menubuhkan satu mekanisme untuk memantau perkembangannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu-Blair bincang supaya deklarasi Palestin gagal dilaksanakan

Jumaat, 17/06/2011 – Media hari ini melaporkan bahawa pertemuan PM Israel Benjamin Netanyahu dan Tony Blair adalah berkaitan perbincangan bagaimana untuk merancang supaya deklarasi negara Palestin akan gagal dilaksanakan pada sidang umum PBB bulan September akan datang. Netanyahu begitu yakin bahawa Amerika akan menggunakan kuasa vetonya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Menteri German lawat Gaza, puji rundingan

Jumaat, 17/06/2011 – Menteri Pembangunan German Dirk Niebel berkata perjanjian perdamaian Fatah-Hamas merupakan langkah penting dan mampu memainkan peranan utama dalam melaksanakan penyelesaian dua negeri itu.

Niebel bercakap dalam sidang akhbar di ibu pejabat UNRWA (Agensi Bantuan Keamanan PBB) di kota Gaza pada Selasa, bahawa tidak akan ada kemajuan tanpa penyelesaian politik. Beliau menambah, sewajarnya terdapat rundingan yang kekal untuk mengakhiri konflik di Gaza. Beliau menyeru Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza agar pembangunan semula dapat dijalankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tindakan Menekan Semakin Meningkat Terhadap Tawanan Palestin

Jumaat, 17/06/2011 – Pihak penjara Israel secara ganas memindahkan para tawanan Palestin ke beberapa penjara tanpa diketahui sebabnya.

Fuad Khafas, Ketua Peneliti Ahrar, menyatakan bahawa pasukan khas dan terlatih Israel menyerbu segenap ruang penjara Holkdar yang terletak di Selatan Palestin dan memaksa keluar para tawanan dalam keadaan sehelai sepinggang dan kemudian menempatkan mereka di beberapa penjara.

Khafas menyebutkan, terdapat lebih kurang 120 tawanan Palestin, majoriti yang ditahan beberapa tahun dan seumur hidup. Proses pemindahan dilakukan dengan keras yang menimbulkan tentangan daripada para tawanan yang menolak pada awalnya, mereka meminta penjelasan dan meminta membawa keperluan pribadi mereka, namun pihak penjara menolak dan memindahkan mereka dengan cepat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin dinafikan pemilikan pasport di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Warga Palestin di Semenanjung Gaza yang dinafikan untuk memperbaharui pasport mereka oleh pihak berkuasa di Ramallah mengadakan tunjuk perasaan pada hari Isnin di depan pejabat PBB di kota Gaza.

Mereka membawa poster-poster mencela keputusan itu yang menurut mereka, ia adalah berdasarkan pada sekutu politik. Mereka meminta PBB untuk campur tangan dan menamatkan penderitaan mereka, khususnya ketika terdapat mereka yang sakit dan perlu perjalanan untuk rawatan.

Sebuah jawatankuasa dari warga Palestin mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini adalah sebagai sebahagian daripada siri tunjuk perasaan untuk memprotes keadaan mereka dan untuk mengesahkan hak-hak setiap warga negara untuk mendapatkan pasport.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada