Categories
Berita Semasa

Jordan kutuk rancangan Israel bina unit perumahan baru di Baitulmaqdis.

Rabu, 05-08-2020 – Kementerian Luar Jordan mengutuk tindakan Israel meluluskan rancangan untuk membina lebih 1000 penempatan haram baru di kawasan E1, timur Baitulmaqdis.

Jurucakap kementerian itu, Deifallah Fayez mengulangi pendirian kerajaan Jordan yang menolak sebarang bentuk aktiviti penempatan Yahudi yang beliau sebut sebagai satu mencabulan ke atas undang-undang antarabangsa dan melanggar ketetapan Majlis Keselamatan PBB.

Beliau menegaskan perlunya pihak rejim Israel agar menghentikan segera polisi pembukaan penempatan haram dan jujur dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara penjajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Lancar Mogok Lapar Di Penjara Israel


Rabu, 5-8-2020 –  Tahanan Palestin Khalil Abu Aram telah melancarkan mogok lapar di penjara Ashkelon, kata Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada hari Isnin.

PPS mengatakan bahawa mogok itu berlaku sebagai tindak balas kepada penangguhan secara sengaja oleh pihak Perkhidmatan Penjara Israel untuk membenarkan Abu Aram menemui anaknya Ahmad, yang telah dipenjarakan secara pentadbiran sejak September 2019 di Penjara Negev.

Menurut PPS, ini adalah satu-satunya kesempatan untuk Abu Aram, yang ditahan sejak tahun 2002 dan menjalani hukuman penjara seumur hidup, bertemu dengan anaknya, yang sudah bertahun tidak berjumpa dan dijadualkan untuk dibebaskan pada bulan September depan.

Abu Aram, seorang bapa kepada lima orang anak, telah menghasilkan sejumlah buku dan kajian selama tempoh beliau dipenjarakan bertahun-tahun.

Tahanan Palestin biasanya melakukan mogok lapar terbuka apabila pelbagai kaedah dialog dengan pihak berkuasa rejim Zionis gagal. Walaupun ia berkemungkinan mendatangkan mudarat kepada aspek psikologi dan fizikal kehidupan tahanan, ia tetap menjadi satu-satunya cara untuk mereka mendapatkan hak mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Covid19 : 244 kes terbaru , 527 pulih di Palestin

Rabu, 05-08-2020 – Kementerian kesihatan yang berpusat di Ramallah pada hari Isnin yang lalu mengumumkan bahawa 244 kes baru COVID-19 telah dikesan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sementara 527 pesakit telah pulih dalam 24 jam terakhir.

Kementerian itu mengatakan dalam laporan hariannya bahawa kadar pemulihan di kalangan pesakit COVID-19 di Tebing Barat dan Baitulmaqdis telah meningkat menjadi 44.9%, kadar kes-kes yang aktif telah menurun kepada 54.6% dan kadar kematian telah menurun 0.5%.

Jangkitan baru termasuk 27 kes di Baitulmaqdis, 131 di al-Khalil, 14 di Nablus, 14 di Jericho dan Lembah Jordan, 1 di Bethlehem, 2 di Qalqilya, 10 di Jenin, 42 di Ramllah dan al-Bireh, 1 di Tulkarem, 1 di Salfit, dan 1 di Tubas.

Kementerian mengatakan bahawa 9 pesakit dalam keadaan kritikal telah dimasukkan ke unit rawatan intensif, termasuk dua yang telah menerima bantuan lat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Israel Lancarkan Serangan Udara ke Semenanjung Gaza Selatan

Rabu, 05-08-2020 – Pesawat Israel melancarkan serangan ke ruang udara Gaza Selatan pada tengah malam Isnin (3/8). 

Menurut sumber tempatan, sejumlah pesawat Zionis meledakkan bom ke sebuah pengkalan tentera Palestin di bagian barat daya Deir al-Balah, yang terletak di kota Qarara, sebelah timur Khan Yunis.

Sementara itu serangan lain terjadi di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber mengatakan, pemboman itu bertepatan dengan serangan angkatan laut Zionis yang menembak para nelayan di laut Khan Yunis.

Jurucakap tentera Zionis, Avikhai Adraei dalam sebuah pernyataan akhbar mendakwa bahawa serangan tersebut dilakuan setelah sebuah roket Palestin yang ditembak dari arah Semenanjung Gaza.

Dia menyebutkan, beberapa pesawat Israel dan helikopter menyerbu sejumlah sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Dia menuduh bahawa pengkalan tersebut mengeluarkan alat yang digunakan untuk menggali infrastruktur bawah tanah Palestin menjadi sasaran penembakan selama ini, selain target serangan terhadap infrastruktur bawah tanah Hamas. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 orang pendatang mencemarkan Masjid Aqsa dengan dikawal polis.

Selasa, 04-08-2020 – Puluhan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim pada waktu pagi memasuki Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis dan mencemarkan datarannya.

Menurut Jabatan Awqaf Islam, sekurang-kurangnya 110 pendatang menyerbu Masjid Aqsa dan berlegar-legar di datarannya dalam kumpulan berbeza.

Manakala Jawatankuasa Popular Pertahanan Masjid Aqsa telah menggesa rakyat Palestin untuk meningkatkan kehadiran mereka di Masjid Aqsa pada Hari Arafah (30 Julai) dan ketika Eid al-Adha (31 Julai).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meratakan tanah di Tebing Barat untuk membina sistem air sisa bagi para pendatang

Khamis, 30-07-2020 – Rejim Israel (IOA) pada Isnin meratakan sejumlah keluasan tanah Palestin di Bandar Burqin wilayah Salfit.

Datuk Bandar Burqin, Marwan Abdul-Rahman berkata jentolak-jentolak Israel meratakan sejumlah tanah milik penduduk di kawasan utara Bandar itu bagi membina saliran paip air sisa untuk pendatang Yahudi di penempatan haram Bruchin.

Berdasarkan statistik Palestin, IOA telah meratakan seluas 1,100 dunum tanah pertanian di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada setengah tahun pertama. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Asra Media memberi amaran mengenai wabak coronavirus di penjara Israel

Khamis, 30-07-2020 – Pusat Media Asra telah memberi amaran bahawa tahanan Israel berada dalam keadaan berbahaya akiabt jangkitan coronavirus yang boleh mengancam nyawa tahanan Palestin, serta menuduh pihak penjara Israel tidak peduli dengan keselamatan para tahanan.

Amaran ini muncul setelah bekas tahanan Mohamed Hazeen, yang dibebaskan beberapa hari yang lalu, dinyatakan positif COVID-19. Dia berasal dari kem pelarian Qalandiya di Baitulmaqdis.

Setelah mengumumkan bahawa Hazen menderita jangkitan tersebut, pentadbiran Israel di penjara Negev menutup seksyen 22 di mana bekas tahanan berada, dan mendakwa bahawa tahanan lain di bahagian tersebut akan menjalani ujian perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Zionis Robohkan Tempat Cuci Kereta, Rampas Peralatan di Al-Khader, Tebing Barat

Khamis, 30-7-2020 – Rejim Zionis pada hari Selasa telah merobohkan tempat cuci kereta milik warga Palestin dan merampas peralatannya di bandar al-Khader, selatan Bethlehem.

Pegawai tempatan Hasan Bureijia mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menyerbu wilayah Umm Rukba di bandar itu, merobohkan tempat cuci kereta milik Ahmed Abdul-Salam dan merampas peralatan beliau dengan alasan bahawa ia dibina tanpa lesen.

Bureijia menambah bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Abdul-Salam tentang rancangan mereka untuk merobohkan bangunan tersebut pada Mac lalu.

Dalam kejadian berasingan, Rejim Zionis telah mendirikan pusat pemeriksaan sementara dekat perkampungan pelancongan Haddad, di sebelah timur kota Jenin.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memintas puluhan kenderaan Palestin di pusat pemeriksaan berkenaan, memeriksa identiti penumpang dan menyoal siasat ramai dari penumpang tersebut.

Rejim Zionis juga telah memperhebatkan kehadiran mereka berhampiran bandar-bandar, kampung-kampung dan pekan-pekan di Jenin.

Di Baitulmaqdis utara, Rejim Zionis telah mempertingkatkan langkah keselamatan di persimpangan Qalandiya, di mana tentera memeriksa pengenalan penumpang dan menggeledah kereta-kereta.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi membakar masjid di Al Bireh.

Khamis, 30-07-2020 – Para pelampau yahudi telah membakar sebuah masjid di kota al-Bireh di Daerah Ramallah pada Isnin yang lalu. Mereka juga telah melakar lukisan yang berunsur rasis menggunakan cat penyembur di dalam masjid tersebut.

Sumber tempatan mengatakan bahawa mereka menyelinap masuk ke kota tersebut pada waktu malam dan memenuhi dinding masjid tersebut dengan kata-kata yang bersifat melampau dan rasis keatas orang Arab dan Muslim sebelum membakar sebahagian masjid tersebut.

Penduduk Palestin di al-Bireh bergegas ke lokasi setelah mereka terhidu bau asap dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut sebelum api tersebut marak yang boleh mengakibatkan bahagian masjid yang lain juga terbakar.

Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam pembakaran ini dan tindakan ini juga menjelaskan mentaliti Israel yang rasis dan bersifat radikal. Mereka juga menuduh kerajaan Israel kerana menyokong tindakan pelampau yahudi ini.

Serangan pembakaran pelampau ini di masjid-masjid Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis menyaksikan peningkatan ketara dalam beberapa tahun terakhir. Namun, mereka jarang disiasat oleh pihak berkuasa Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi

Categories
Berita Semasa

Dua wanita Palestin diasingkan dan dilayan teruk di penjara Israel

Rabu, 29-07-2020 – Dua tahanan wanita Palestin sedang berada di dalam keadaan yang sangat teruk di sel pengasingan penjara Jalamah.

Tahanan-tahanan itu, Fadwa Hamada dan Jihan Hashima, sedang ditahan di dalam sel pengasingan, dipantau oleh tiga kamera keselamatan, dan keperluan asas diabaikan, demikian menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

 “Sejak kami dipindahkan ke penjara pengasingan, kami masih memakai pakaian yang sama. Mereka tidak membawa barang kami. Kami diberi sehelai baju dan ubat gigi beserta berus yang telah rosak,” Suruhanjaya itu memetik kata-kata para tahanan.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tangkapan dan Serbuan Dalam Serangan Rejim Zionis

Rabu, 29-7-2020 –  Pada hari Isnin lalu rejim Zionis telah menaham sejumlah warga Palestin dan bertembung dengan penduduk di beberapa kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa kempen besar-besaran di waktu subuh.

Sumber tempatan mengatakan bahawa Rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 10 warganegara Palestin di kawasan yang berbeza-beza di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Lebih 20 rumah warga Palestin telah diserbu dan digeledah dalam serbuan itu, tambah mereka.

Bandar Jaba di daerah Jenin telah menyaksikan konfrontasi ganas antara tentera Zionis dan penduduk tempatan yang diserang dengan gas pemedih mata dan bom tangan.

Pemberontakan lain juga meletus di Anza, sebuah kampung berdekatan di mana Rejim Zionis melepaskan peluru logam bersalut getah dan gas pemedih mata secara bertubi-tubi ke arah belia-belia tempatan yang bertindak balas dengan melemparkan batu dan botol kosong.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ceroboh Gaza.

Rabu, 29-07-2020 – Tentera rejim zionis Israel melancarkan satu operasi terhad dengan menyeberang masuk ke dalam wilayah Semenanjung Gaza, Isnin semalam.

Sumber berita tempatan berkata, beberapa buah jentolak tentera rejim dilihat bergerak memasuki lebih kurang 100 meter ke dalam kawasan Rafah di selatan Gaza.

Sejumlah kawasan tanah pertanian milik penduduk Palestin telah ditolak bersih dalam operasi yang turut diiringi dengan tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata itu. Bagaimana pun, tiada yang kecederaan dilaporkan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan peneroka Yahudi mencemar Masjidil Aqsa


Rabu, 29-07-2020 – Sekumpulan peneroka Yahudi mencemari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang disertai oleh seorang rabbi dan pasukan polis bersenjata Israel.

Sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka tersebut melakukan ritual Talmud semasa lawatan mereka ke laman suci Islam.

Kumpulan fanatik Yahudi telah meminta untuk menodai tempat suci itu secara beramai-ramai mulai hari ini, Isnin hingga Khamis untuk menandakan pemusnahan “Kuil”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hamas Tolak USD 15 Billion Ganjaran Menamatkan Perjuangan

Rabu, 29-07-2020 – Hamas menolak tawaran USD15 billion untuk menamatkan, menyerahkan Jerusalem dan mengasingkan Gaza dari seluruh Palestin, kata Ismail Haneyya, ketua biro politik Hamas.Dalam wawancara dengan laman web Qatar pada hari Isnin, Haneyya mengatakan bahawa pakej perjanjian itu membayangkan pelancaran projek infrastruktur utama seperti pelabuhan laut, lapangan terbang dan lain-lain di Semenanjung Gaza.

Beliau menambah bahawa pihak-pihak yang mengemukakan rancangan itu meminta balasan untuk menggabungkan sayap bersenjata Gerakan dalam pasukan polis Palestin setelah melucutkan senjata, menyerahkan Jerusalem dan mentadbir Semenanjung Gaza secara berasingan.

Pemimpin Hamas menegaskan bahawa Gerakannya tidak akan  menerima apa yang disebut “Kesepakatan Abad” atau rancangan serupa lainnya.”Kami ingin mengakhiri pengepungan di Gaza dan memiliki pelabuhan laut,lapangan terbang dan projek lain tetapi hanya sebagai hak untuk penduduknya dan bukan sebagai balasan untuk melucutkan senjata atau pendirian politik tertentu,” tegas Haneyya.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

4 kematian terbaru, 330 kes terbaru di Palestin dalam 24 jam.

Rabu, 29-07-2020 – Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah mengatakan bahawa pada hari Ahad bahawa terdapat empat kematian terbaru yang berkait dengan virus Covid-19, 330 kes positif yang terbaru dan 470 masih dalam rawatan di kawasan Palestin sepanjang 24 jam yang terakhir.

224 kes terbaru ini direkodkan di wilayah Baitulmaqdis di al-Khalil, 3 di Ramallah dan al-Bireh, 8 di Tulkarem, 4 di Bethlehem, 14 di Jenin, 20 di Dablus, 11 di Jericho dan 6 di Qaqilya.

Menurut laporan harian kementerian, kadar pemulihan di kalangan pesakit Covid-19 di Tebing barat dan Baitulmaqdis telah meningkat kepada 36 peratus, kadar kes aktif pula telah menurun sehingga 53.4 peratus dan kadar kematian masih stabil dibandingkan dengan jumlah kes baru iaitu 0.6 peratus.

Oleh itu, jumlah kes aktif telah menurun kepada 8,320, sementara jumlah pesakit yang pulih telah meningkat menjadi 4,726 dan jumlah kematian meningkat kepada 78 orang.

12 daripada pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan perubatan intensif dan dua yang lain menggunakan bantuan alat pernafasan, menurut laporan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi