Categories
Berita Semasa

Mahasiswa al Azhar untuk solidariti al-Aqsa

Isnin , 12/03/2012 – Seramai lebih kurang 5000 mahasiswa Ikhwanul Muslimin di Universiti al Azhar telah mengadakan demo bagi mengecam sikap Zionis yang sedaya upaya menghancurkan masjid al Aqsa dan mengusir rakyat Palestin. Demo yang diadakan selepas Zohor itu menyeru seluruh masyarakat dunia membebaskan masjid al-Aqsa. Mereka turut mengecam pemimpin Arab khususnya yang berdiam diri.

Mereka turut menggesa agar kedutaan Zionis ditutup, memboikot barangan Zionis dan sekutunya dan menyeru agar mengambil serius dengan penuh keimanan isu Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Pasukan Zionis Melancarkan Serangan Ke Utara Gaza.

Isnin , 12/03/2012 – Tentera pasukan Zionis menembusi utara Gaza,telah diratakan .dan ditutup Beit Hanoun ‘Erez” untuk tempoh tertentu.

Melalui pusat maklumat Palestin,pasukan Zionis keluar pada pagi Rabu di Beit Hanoun “Erez’ dan menembusi kira-kira 200 meter dalam wilayah rakyat Palestin dan pergi ke kawasan perindustrian,berhampiran persimpangan. Beliau menambah bahawa tentera menutup semasa pencerobohan Beit Hanoun dan menghalang penumpang dari perjalanan melaluinya,dan kemudian membuka semula selepas penccerobohan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Hamas Ahli Parlimen meminta campur tangan antarabangsa memihak kepada tahanan Palestin

Khamis, 08-03-2012 – Ahli Parlimen Hamas di Tebing Barat telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan di hadapan pejabat Palang Merah di El-Bireh bandar menuntut perpaduan dengan tahanan Palestin di penjara Israel terutamanya pemogok lapar Hana’a Shalabi.

Mereka menuntut lebih banyak tindakan politik pada peringkat antarabangsa untuk menuntut tekanan yang besar kepada Israel untuk membebaskan semua tahanan Palestin terutamanya wanita dan tahanan pentadbiran, yang ditahan tanpa perbicaraan atau caj.

Penggubal undang-undang menggariskan bahawa dasar tahanan pentadbiran Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana ia adalah berdasarkan fail rahsia yang dibentangkan di dalam ringkasan daripada ujian biasa, menuntut bahawa semua mahkamah Israel adalah salah di sisi undang-undang kerana mereka mengikut peraturan-peraturan penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

2 kanak-kanak meninggal dalam letupan

Khamis, 08-03-2012 – Dua kanak-kanak Palestin terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan senjata yang ditinggalkan oleh tentera Israel dekat kampung Sa’eer di Al-Khalil.

Nasser Qabaja, ketua bahagian kecemasan dan ambulans di wilayah itu memberitahu Akhbar Quds bahawa dua kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh di dalam kejadian itu. Beliau berkata, Persatuan Bulan Sabit Palestin membawa mangsa ke hospital kerajaan Al-Khalil, dan memaklumkan bahawa keadaan mereka yang cedera adalah stabil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Kempen Int’l menyalahkan dunia yang berdiam diri atas tindakan IOA yang berterusan terhadap Ahli Parlimen

Rabu, 07-03-2012 – Kempen antarabangsa untuk pembebasan Ahli Parlimen Palestin yang ditahan di penjara Israel telah menyalahkan dunia kerana berdiam diri atas kedegilan pihak berkuasa pendudukan Israel dalam penggubalan undang-undang tahanan Palestin.

Kempen itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin mengulas mengenai pembaharuan tahanan pentadbiran MP Mahmoud Al-Ramahi selama empat bulan untuk kali keempat berturut-turut. Tindakan IOA yang berterusan begitu seolah-olah berterima kasih keatas dunia yang berdiam diri.

Ia turut membidas dasar Israel, sambil menambah bahawa ia adalah terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa dan imuniti Ahli Parlimen.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Resheq: Kerajaan peralihan kebangsaan

Rabu, 07-03-2012 – Ahli biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq telah mengesahkan bahawa isu berkaitan pembentukan kerajaan perpaduan kebangsaan yang baru akan diteruskan pada hari-hari akan datang.

Beliau berkata di dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin bahawa tiada siapa harus bertanggungjawab di atas kelewatan membentuk kerajaan itu. Kelewatan itu adalah perkara biasa rentetan dari rundingan antara pemimpin Hamas, Khaled Mishaal dan pemimpin Fatah serta ketua PA Mahmoud Abbas.

Resheq berkata, kerajaan yang akan dibentuk terdiri daripada tokoh-tokoh bebas dan akan diteruskan tanpa program politik. Beliau berkata ia akan mempunyai 3 misi utama untuk dicapai: bersedia untuk pilihanraya, pembinaan semula Gaza dan baikpulih bahagian dalaman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Thair ditahan semula oleh Zionis-Israel

Rabu, 07-03-2012 – Mahkamah Zionis hari ini telah mengarahkan penangkapan semuala ahli parlimen Palestin Abu Thair. Sumber dari pejabat HAMAS menyatakan Abu Thair telah ditahan di penjara Over selama 6 bulan. Setakat ini, masih belum terdapat sebab yang kukuh mengapa beliau ditahan semula.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

200 Orang Ditangkap Sejak Awal Tahun Di Hebron

Rabu, 07-03-2012 – Israel meningkatkan usaha menangkap penduduk Hebron, selatan Tebing Barat. Menurut catatan, sejak awal tahun hingga akhir Februari lepas, tidak kurang dari 200 warga Hebron ditangkap tentera Zionis.

Amjad Najar, pengarah persatuan tawanan Palestin di Hebron menjelaskan kepada Pusat Informasi Palestina, tentera Israel telah menangkap lebih dari 100 orang bulan Februari lepas. Tiga diantaranya wanita. Sementara itu pada Januari lepas seramai 98 orang ditangkap dalam tindakan penangkapan yang semakin galak.

Najar menambah, gelombang penangkapan yang dilakukan Israel mencakupi seluruh pelusuk Hebron. Tentera Zionis sentiasa melakukan serangan dan penganiayaan terhadap hak-hak penduduk. Bahkan mereka menghalau seluruh penghuni rumah, walau dalam keadaan sangat sejuk musim dingin atau waktu hujan lebat sekalipun.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Baraka minta duta Iraq baiki situasi pelarian Palestin

Rabu, 07-03-2012 – Wakil Hamas di Lubnan, Ali Baraka telah bertemu duta Iraq ke Lubnan, Omar Barazanji pada Isnin lalu bagi membincangkan tentang keseluruhan keadaan di rantau ini.

Satu kenyataan Hamas berkata, Baraka yang diiringi tiga pegawai Hamas telah berbincang dengan Barazanji tentang situasi pelarian Palestin di Iraq.

Baraka meminta menambah baik situasi hidup pelarian dan memberi mereka pasport khas untuk memudahkan pergerakan dan perjalanan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

200 Rakyat Palestin Ditangkap Di Hebron Awal Tahun Lalu.

Rabu, 07-03-2012 – Tentera Zionis telah meningkatkan penangkapan di Hebron,di mana mereka telah melakukan sejak awal tahun ini sehingga akhir bulan february lalu,menangkap kira-kira 200 penduduk dan diantara 100 rakyat Palestin setiap bulan.

Amjad Najjar telah berkata,Pengarah Kelab Banduan Palestin, di Hebron,pendudukan tentera ditangkap pada bulan February lalu lebih daripada 1,000 rakyat Palestin,termasuk tiga wanita manakala ditahan dalam bulan January lebih kurang dalam 98 rakyat.

Najjar menambah bahawa penangkapan berlaku di seluruh Hebron,pada bulan Mac tentera menindas dan ,menyalahgunakan hak rakyat sebagai tentera penjajahan.Semasa serbuan dengan serangan yang tentera gunakan adalah memusnahkan rumah penduduk dan membuang semua ahli keluarga walaupun dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

WAFA: Tentera Israel Melakukan 25 Perlanggaran Hak Terhadap Wartawan Pada Februari

Rabu, 07-03-2012 – Agensi Berita dan Maklumat Palestin, WAFA, mengeluarkan laporan pada hari Isnin yang lalu merekodkan perlanggaran hak yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap wartawan Palestin pada Februari 2012.

Laporan itu menyatakan bahawa 11 orang wartawan cedera semasa 25 kali perlanggaran hak tersebut berlaku. Kebanyakan mereka yang cedera terkena tembakan tentera gas pemedih mata dan peluru keluli bersalut getah. 11 kes lain yang ditahan dan ditangkap oeleh tentera Israel terhadap para wartawan telah direkodkan oleh WAFA.

WAFA menyatakan dalam laporannya bahawa tentera Israel telah menyerang tiga syarikat Media Palestin pada bulan Februari. Dalam kejadian tersebut tentera Israel menyerbu pejabat WATAN TV, dan TV Pendidikan AL Qudes di Ramallah. Pada 29 Februari kakitangan yang sedang bekerja ditahan, komputer dirampas bersama-sama dengan peralatan penyiaran meninggalkan kedua-dua steses tersebut ‘off-air’.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Kilang-kilang di Gaza diancam penutupan kerana krisis tenaga

Rabu, 07-03-2012 – Ketua Persekutuan Industri Palestin, Ali Al-Hayek memberi amaran berlakunya impak bekalan tenaga yang serius ke atas produk industri tempatan di penjara terbuka, Gaza.

Hayek memberitahu bahawa berpuluh-puluh kilang yang kebanyakannya terlibat dalam bidang pembinaan dan pembuatan makanan, akan ditutup kerana kekurangan bekalan tenaga yang digunakan untuk menghidupkan mesin-mesin industri. Beliau menggesa pihak berkuasa di Gaza untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk
menyelamatkan sektor industri.

“Saya menuntut kerajaan Gaza membekalkan bahan api yang digunakan oleh kilang-kilang untuk menghasilkan produk tempatan, terutamanya bahan api diesel yang diperlukan untuk menngoperasi mesin,” katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis membuka tembok di tengah bumi Gaza akibat ditenggelami rumah penduduk.

Rabu, 07-03-2012 – Ahad lalu,air hujan telah membanjiri rumah-rumah penduduk di tengah Gaza,berikutan itu penduduk telah membina perisai di Timur Gaza.

Air hujan telah membanjiri di tengah-tengah Gaza di sektor di mana hujan telah membanjiri kebanyakan rumah,dan memotong jalan utama yang meghubungkan utara selatan wilayah.

Satu kenyataan oleh pasukan pertahanan Palestin,penduduk telah membuka tembok di tengah-tengah Gaza,yang mana telah membawa kepada aliran air hujan yang jatuh di Negev dalam wilayah yang diduduki pada athun 1948,yang membanjiri rumah di tengah Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Israel enggan membenarkan doktor merawat Shalabi

Selasa, 06-03-2012 – Pihak berkuasa rejim Zionist (IOA) telah menolak permohonan sebuah pasukan perubatan untuk memeriksa keadaan kesihatan seorang tahanan yang mogok lapar, Hana’a Shalabi.

Jawatankuasa banduan Palestin berkata bahawa satu pasukan yang mengumpulkan doktor-doktor tempatan dan antarabangsa telah merancang untuk memeriksa tahanan di penjara Hasharon. Jawatankuasa itu berkata bahawa pasukan tersebut telah ditubuhkan selepas IOA enggan membenarkan pemeriksaan kesihatan ke atas Shalabi atau untuk memindahkan beliau ke hospital selepas 18 hari mogok lapar walaupun menderita sakit dan kehilangan berat badan yang mendadak dalam tempoh beberapa hari lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tahanan di Penjara Keamanan Abbas Terus Diseksa

Selasa, 06-03-2012 – Keluarga mangsa tahanan politik pihak keamanan Abbas di kota Duro di selatan Hebron, Mahmun Muhammad Sulaiman (21), menyeru badan-badan hak asasi manusia dan jawatankuasa Kebebasan, untuk bertindak membebaskan anaknya yang diseksa, diasingkan dan dirantai di penjara keamanan Abbas sejak 22 Februari lalu.

Sumber dekat dengan mangsa menyebutkan, ibu mangsa berjaya mengunjunginya hari Sabtu (3/3), selama 5 minit saja, dan menegaskan bahawa anaknya mengalami penyeksaan dan yang teruk.

Ibu mangsa menambah bahwa anaknya menemuinya dalam keadaan yang lemah dan menyedihkan . Mangsa mengatakan selama berhari-hari di tahanan beliau mengalami pelecehan dan penyeksaan keras ketika cuaca musim dingin sekarang di kawasan tersebut.

Ibu mangsa mengatakan bahawa pihak keamanan Abbas menuduh mangsa telah mengajar anak-anak di dalam masjid. Pihak keamanan juga melarang ibu mangsa membawa pakaian ketika mengunjunginya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman