Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis tangkap 7 penduduk Palestin

Khamis, 19-04-2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menahan tujuh warga Palestin dikawasan beberapa kawasan di Tebing Barat pada subuh Ahad lalu, menurut akhbar Israel. Ia berkata 3 penduduk Palestin telah ditahan di Al-Khalil dan dua yang lain di Ramallah dan Baitullaham. Laporan akhbar Israel berkata tahanan tersebut akan disoal siasat oleh perisikan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ansar Asra gesa sesi PLC khas untuk tahanan penjara

Khamis, 19-04-2012 – Kumpulan hak asasi Palestin menggesa Majlis Perundangan Palestin (PLC) supaya mengadakan satu sesi tergempar bagi menyatakan sokongan kepada para tahanan penjara berketurunan Palestin, sebelum mereka melancarkan
mogok lapar pada hari Selasa.

Ansar Asra membuat kenyataan itu pada hari Ahad lepas dan menggesa semua blok Parlimen supaya turut hadir dalam sesi tersebut. Hari Tahanan Penjara Palestin pada tahun ini membawa kepentingan khusus kerana para tahanan terbabit berada dalam keadaan kurungan yang sangat teruk dan merancang untuk mengadakan mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Air France batalkan tiket para peserta ke acara “Selamat Datang Ke Palestin”

Khamis, 19-04-2012 – Syarikat “Air France” mengumumkan pada Sabtu, bahawa ia telah membatalkan tiket para aktivis yang menyokong Palestin yang sepatutnya berlepas pada Ahad dari lapangan terbang Roissy – Charles de Gaulle dekat Paris dan Nice. Mereka sepatutnya menyertai acara “Selamat Datang Ke Palestin”.

Jurucakap syarikat tersebut berkata, menurut perjanjian Chicago, Air France menolak untuk membawa mana-mana penumpang yang tidak dialu-alukan di Israel. Tambahnya lagi, Israel telah memberikan mereka senarai penumpang yang tidak dialu-alukan.

1,500 aktivis sepatutnya menyertai acara tersebut, termasuk 500 hingga 600 aktivis Perancis yang akan pergi ke Bethlehem untuk merasmikan sebuah sekolah antarabangsa. Para aktivis yang datang dari beberapa lapangan terbang di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat, terpaksa menggunakan “Lapangan Terbang Lod” di Tel Aviv pada Ahad.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zion Henti Perarakan Aman: Warga Palestin Cedera

Khamis, 19-04-2012 – Pasukan Pendudukan Israel (IOF) menggunakan kekerasan dalam menghentikan perarakan aman ‘Anti Wall’ di perkampungan Beit Ummar, utara Al-Khalil Sabtu lepas, lapor sumber-sumber tempatan.
Sumber- sumber menyatakan pasukan tentera IOF telah mengepung kumpulan perarakan tersebut semasa perjalanan mereka untuk merampas kawasan berhampiran penempatan Karmi Tzur serta melepaskan tembakan berpeluru dan gas pemedih mata kepada peserta.

Sumber-sumber turut mendedahkan terdapat sebilangan peserta yang telah dirawat akibat luka tembakan dan sebilangan lain yang mengalami sesak nafas. Sekatan jalan raya IOF telah diadakan di laluan masuk ke kampung, di mana pasukan tentera IOF telah memeriksa kenderaan dan pejalan kaki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Banduan yang berpegang teguh kepada tuntutan mereka serta pertemuan akhir dengan pengurusan penjara tidak mendapat hasil.

Khamis, 19-04-2012 – Berkata editor tawanan dan pengarah Pusat “percuma” untuk Kajian tahanan dan hak asasi manusia Fuad Khuffash bahawa itu mesyuarat antara kepimpinan tawanan pergerakan itu dalam di penjara Zionis itu dan “panel pakar” di penjara pentadbiran Zionisme diketuai “Atshak Jabaa”, yang merupakan bekas pengarah perisikan Zionisme dan perasmian fail rundingan mogok 2004 yang “gagal, tanpa mencapai satu perjanjian. ”

Khuffash dalam satu kenyataan eksklusif “Pusat Maklumat Palestin” pada Ahad petang (15.4) bahawa pengurusan penjara Zionis menegaskan untuk menunda satu langkah mogok dan perjanjian penyelesaian kebanyakan masalah banduan, yang menolak tawanan kepimpinan pergerakan itu, mewakili Baloseren Mohammed Sabha dan Moatassem Samara, mengingatkan bahawa “tidak berundur dari fail tanpa menamatkan mogok tidak bersenjata. ”

Beliau Khuffash berkata bahawa “akan membuat kebenaarn di luar keraguan yang munasabah bahawa mogok umum dalam di penjara penjajahan akan menjadi Selasa depan, yang 17 April semasa,” dan Fatah yang akan mengambil bahagian dalam 3 penjara untuk menyerang “Naffhah dan Eichel, Ashkelon” dalam 17 dan 24 February.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi Curi Biri-biri Milik Penternak Palestin.

Selasa , 17-04-2012 – Sekumpulan peneroka Yahudi daripada penempatan haram Hagai mencuri sekumpulan kambing biri-biri milik gembala Palestin dari kampung Rehiya, selatan Al-Khalil, pada hari Ahad.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa peneroka haram Israel telah merompak Yousef Al-Haroush sebanyak 13 ekor kambing biri-biri beliau. Peneroka Yahudi secara rutin menyerang petani dan penternak Palestin dan mencuri tanaman mereka secara berduyun-duyun dalam usaha untuk mengganas dan menghalau dari tanah mereka.

http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Tangkap Pengarah Yayasan Pemakmuran al Aqsa di al Quds

Selasa , 17-04-2012 – Peguam dari Jawatankuasa Hak Asasi Manusia “Mizan”, Khaled Zabariqah, menyebutkan bahwa penjajah Zionis Israel ketika ini sedang menyiasat Dr. Hikmat Na’ama, Pengarah Yayasan Pemakmuran al Aqsa dan tempat-tempat suci, berkait dengan peristiwa sebelumnya yang berkaitan dengan masjid al Aqsa. Beliau dibawa ke pengadilan pada Ahad (15/4).

Zabariqah menegaskan, Dr. Hikmat tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga ditangkap dan ditahan.” Dr. Hikmat ditangkap hari Sabtu (14/4) di tempat letak kereta awam, puluhan meter dari pintu al Asbat di al Quds. Sebelumnya penjajah Zionis Israel telah mengeluarkan perintah ketenteraan, seminggu lalu, yang melarang beliau masuk masjid al Aqsa selama sebulan penuh.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Israel mencederakan tiga warga Palestin, menebang berdozen pohon zaitun dalam dua kejadian yang berasingan.

Selasa , 17-04-2012 – Pada hari Khamis dan Jumaat di the West Bank, kumpulan-kumpulan peneroka-peneroka haram Israel yang bersenjata telah menyerang warga Palestin dan harta mereka. Di utara Tebing Barat pada hari Khamis, peneroka-peneroka bersenjata Israel menyerang tiga orang petani Palestin, di selatan Tebing Barat Jumaat, sekumpulan peneroka-peneroka memusnahkan ladang zaitun Palestin dengan menebang kesemua pokok-pokok mereka.

Insiden pada hari Khamis berlaku di kampung Yanun dekat Nablus, di mana para petani Palestin bekerja di tanah mereka apabila beberapa peneroka-peneroka haram Israel sampai ke atas tanah itu dan menyerang mereka. Seorang peneroka-peneroka terlibat dalam serangan itudikenal pasti sebagai Matan Fogel, saudara lelaki kepada lelaki Israel yang telah dibunuh bersama d keluarganya dalam peerbicaraan Itamarta tahun lepas. Warga Palestin yang dipersalahkan dalam hal ini.

Fogel dan peneroka-peneroka haram yang lain memanggil tentera Israel untuk membantu mereka dalam menyerang para petani Palestin. Bila tentera tiba, askar-askar menembak gas pemedih mata ke arah warga Palestin dan melarikan lima pekebun Palestin, menurut sumber tempatan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Bahar menggesa agar perhebatkan tekanan terhadap penjajahan supaya MP dapat dibebaskan

Isnin , 16-04-2012 – Timbalan Speaker PLC, Dr. Ahmed Bahar menggesa semua pihak memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan rejim Zionis supaya membebaskan anggota-anggota Parlimen (MP) yang berada di dalam tahanan mereka. Kegiatan tangkapan politik ini semakin berleluasa kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Bahar menyeru agar semua pihak memberi sokongan daripada pelbagai segi terhadap MP Ahmed Hajj Ali yang sudah tua dan menderita pelbagai jenis penyakit. MP itu kini sedang melakukan mogok lapar bermula Selasa dan akan diteruskan sehingga beliau dibebaskan.

Dr. Bahar turut melahirkan rasa hairan dengan pendirian membisu organisasi-organisasi antarabangsa dan hak-hak kemanusiaan melihat jenayah terancang ini. Kerajaan rejim Zionis terus-menerus menzalimi dan mencabul hak-hak para anggota Parlimen (MP) yang dipilih sendiri oleh rakyat. Beliau juga merasa hairan berhubung ketiadaan inisiatif
yang mengutuk amalan penjajah terhadap para MP.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Masri: Penahanan Berterusan MP Hajj Ali adalah bukti keangkuhan Rejim Zionis

Isnin , 16-04-2012 – Moushir Al-Masri, jurucakap blok Perubahan dan Reformasi, berkata bahawa penahanan berterusan MP Ahmad Hajj Ali adalah satu bentuk pengingkaran terhadap perjanjian dan bukti dasar pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) yang angkuh terhadap tahanan dan Ahli Parlimen yang dipilih.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lepas, Masri berkata bahawa IOA yang angkuh dan semberono telah memperbaharui penangkapan MP Ahmed Hajj Ali , 74 tahun, yang telah diculik dan ditukar statusnya kepada tahanan pentadbiran bersama 26 Ahli Parlimen lagi. Masri telah menegaskan bahawa IOA menarik balik keputusannya dalam kebenaran pembebasan awal kepada Hajj Ali selepas 19 hari beliau menjalankan mogok lapar.

Beliau juga menyanjung kesabaran Hajj Ali yang telah menyambung mogok lapar sebagai membantah terhadap penculikan dan hukuman tahanan pentadbiran ke atas beliau, sambil menekankan bahawa perjuangan seumpamanya itu merupakan satu bentuk tekanan yang kuat ke atas rancangan IOA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh aktivis berkumpul sokong tahanan wanita Palestin

Isnin , 16-04-2012 – Puluhan aktivis perpaduan Palestin dan asing dan saudara-mara tahanan berkumpul di depan penjara Sharon, Israel pada hari Rabu lalu bagi menuntut pembebasan semua tahanan wanita Palestin.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh jawatankuasa tahanan dan jawatankuasa solidariti antarabangsa untuk tahanan wanita Palestin. Pihak polis Israel enggan membenarkan aktivis untuk menghampiri penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Berpuluh-puluh cedera, ditangkap dalam persidangan Bilin

Isnin , 16-04-2012 – Puluhan aktivis tempatan dan luar negara sama ada cedera atau ditahan apabila tentera Israel (IOF) mengganggu peserta dalam persidangan Bilin antarabangsa yang ke-7 berhampiran masjid Ibrahimi di Al-Khalil pada hari Rabu.

Saksi-saksi berkata bahawa para peserta pada hari kedua persidangan itu, yang telah dianjurkan di Old Town berhampiran masjid Ibrahimi, memutuskan untuk pergi melawat di sekitar masjid. Mereka berkata bahawa tentera IOF yang hadir di kawasan itu dipintas perarakan mereka dan bertengkar dengan aktivis asing, empat daripadanya cedera dalam kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Barghouthi mogok lapar bermula Khamis

Isnin , 16-04-2012 – Abdullah Al-Barghouthi, yang sedang menjalani hukuman tertinggi di penjara Israel, telah mengumumkan bahawa beliau akan memulakan mogok lapar pada hari Khamis menuntut pengakhiran kepada pengurungan seorang diri.

Barghouthi, dalam mesej salinan yang telah diperolehi oleh sindiket kompleks profesional Jordan, berkata bahawa dia menolak layanan buruk pihak berkuasa penjara Israel terhadapnya dan terhadap semua tahanan Palestin.

Barghouthi, pemegang kerakyatan Jordan, berkata bahawa beliau khususnya mendapat layanan memalukan dan kejam sejak penahanannya. Beliau berkata bahawa dia telah diletakkan di bilik kurungan seorang diri sejak dia ditangkap pada tahun 2004 dan telah dinafikan lawatan keluarga. Barghouthi, yang dihukum 67 kali penjara seumur hidup, menyeru rakyat Jordan dan kumpulan hak asasi manusia untuk menyokong perjuangannya.

Bagi anggota biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq menyeru untuk perpaduan yang lebih besar dengan Barghouthi dalam mogok lapar beliau. Resheq, pada laman Facebook beliau pada hari Rabu, memperjuangkan hak tahanan Palestin secara umum dan yang dikurung secara berasingan khususnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tempat Suci Dan Rumah Ibadah Terus Menjadi Sasaran Serangan Penjajah Israel

Isnin , 16-04-2012 – Pasukan penjajah Israel dan para penduduk Yahudi meneruskan serangannya terhadap tempat suci dan rumah ibadah seperti mengalihkan sebahagian perkuburan Islam di Asqalan menjadi tempat letak kereta dan merobohkan kubur pejuang Izuddin Al-Qassam di Haifa. Tindakan ini sangat tidak berperikemanusiaan dan melanggar norma serta undang-undang antarabangsa.

Pelanggaran terhadap tempat suci dan rumah ibadah yang dilakukan oleh penduduk Yahudi dengan pengawalan pasukan penjajah Israel, seperti yang terjadi terhadap Masjidi Aqsa, ketika dunia Arab sibuk dengan isu negara masing-masing.

Menurut Jawatankuasa Hak Palestin, pelanggaran ini sangat bertentangan dengan fasal 51/A konvensyen Genewa yang melarang melakukan pencerobohan terhadap peninggalan bersejarah, tempat ibadah, kebudayaan mahupun nilai spiritual sesuatu bangsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perbandaran Gaza beri amaran tentang bencana kemanusiaan

Isnin , 16-04-2012 – Perbadanan Gaza memberi amaran tentang bencana kemanusiaan yang mungkin melanda Semenanjung Gaza akibat pemberhentian perkhidmatan-perkhidmatan terutamanya rawatan kumbahan kerana kekurangan bahan bakar.

Ketua perbandaran, Rafiq Mikki berkata dalam temuramah di TV pada Rabu, bahawa jika bahan bakar tidak dapat disalurkan kepada perbandaran dalam masa seminggu, ia terpakasa menghentikan penyaluran air daripada telaga-telaga ke kawasan kediaman. Beliau berkata, perbandaran telah menutup sebahagian pam kumbahan dan akan terpaksa berhenti mengambil sampah oleh sebab yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati