Haneya Mulakan Lawatan ke Negara Jiran.


Rabu, 29/11/06 –
Pihak ibu pejabat Perdana Menteri Palestin, Isnin (27/11) menyatakan, Ismael Haneya akan memulakan lawatan ke beberapa negeri jiran untuk mendapatkan sokongan
politik dan dana.

Haniyya berjumpa ketua perisik Omar Suleman.


Rabu, 29/11/06 –Ghazi Hamad, jurucakap Kerajaan Palestin, berkata Perdana Menteri,Ismail Haniyaa mengadakan pertemuan denga ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman pada malam Selasa (28/11/2006).

Sderot di serang roket al-Aqsa.


Selasa, 28/11/06 –
Pejuang AMB pada hari Isnin (27/11/06) telah menembak dua peluru-peluru Aqsa-103 di Sderot di utara Semenanjung Gaza dalam tindak balas pencabulan gencatan senjata oleh askar rejim Zionis yang menjejaskan kepercayaan terhadap penyelesaian di antara Rakyat Palestin dan Ibrani yang dilakukan pada hari Ahad.

Israel Langgar Perjanjian, 2 Warga Jenin Syahid.


Selasa, 28/11/06 –
Belum sehari berlalu kesepakatan gencatan senjata antara kumpulan pejuang
Palestin dengan Israel, tiba-tiba dengan bengis dan biadab pasukan Israel membunuh
dua warga Palestin di daerah Qabatia, Jenin (Gaza Utara).

Remaja Palestin di tembak.


Selasa, 28/11/06 –Rejim Israel menembak remaja Palestin di bandar Beit Lahia utara Gaza dan menangkap beberapa mereka menjadikan kesemua 5 org dalam masa 10 jam.

PANAS !! Perisikan Israel: Al-Qassam Keluarkan Roket Katyosha 3 Bulan Lagi


Jumaat, 24/11/06 –
Sumber perisikan Zionis Israel menunjukan kegusaran besar kemungkinan peningkatan teknologi roket Brigade Izzuddin al Qassam, sayap militan gerakan Hamas.
Pihaknya menjangkakan dalam waktu terdekat al Qassam mampu mengeluarkan roket jenis Katyosha bahkan lebih canggih dari jenis Katyosha yang ada sekarang.

Dua Pejuang Syahid di Gaza


Jumaat, 24/11/06 –Sumber yang diperolehi dari penduduk Palestin melaporkan bahawa dua orang pejuang Salah Ed Deen Brigades, sayap bersenjata Jihad Muslim, telah terbunuh manakala tiga penduduk mengalami kecederaan, pada hari petang Khamis selepas tentera udara rejim Zionis melancarkan peluru berpandu terhadap kenderaan yang mereka naiki di Gaza City.

Inisiatif Eropah: Kemenangan HAMAS?

oleh : Maszlee Malik

Semenjak bulan Mac 2006 yang lalu, HAMAS yang memenangi pilihanraya Majlis Legaslatif kerajaan tempatan Palestin (PA) telah mengemukan ide kerajaan nasional bersekutu (Hukumah Wehdah Wataniyyah). Malangnya cadangn untuk penubuhan kerajaan campuran pelbagai parti itu telah ditolak oleh semua fraksi yang terlibat. Fatah yang merupakan parti kedua terbesar di Palestin itu pun turut menolak untuk menyertai kerajaan campuran tersebut. Alasan yang pernah diberikan oleh Saeb Erekat, pemimpin senior Fatah, mereka inign menjadi pembangkang yang setia. Walau bagaimanapun, akhirnya diketahui umum bahawa penolakan mereka berkait rapat dengan tekanan yang dikenakan oleh pihak “Israel” dan AS. Kedua-dua kuasa tersebut ingin HAMAS dibiarkan bersendirian untuk “dihukum” di atas kepercayaan yang telah rakyat Palestin berikan kepada mereka. “Hukuman” yang dikenakan itu malangnya bukan hanya kepada HAMAS, malah ianya lebih bertujuan untuk menghukum rakyat Palestin sendiri. Sekatan ekonomi selama lebih 8 bulan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin telah menyebabkan kehidupan mereka begitu sengsara. Malangnya, rakyat masih lagi bersama HAMAS dan masih lagi mengharapkan agar HAMAS terus memimpin mereka.

Penembak hendap rejim Zionis bunuh anggota Qassam.


Khamis, 23/11/06 –
Penembak hendap rejim Zionis telah menembak tepat terhadap sekumpulan warga Palestin di Timur Utara Beit Lahia Semenanjung Gaza dan mangsa yang terbunuh ialah Sami Anwar Al-Zibda ,22, laporan sumber-sumber tempatan.

Bekas Menteri Palestin di tembak


Khamis, 23/11/06 –
Abu Ali Shahin, ahli kumpulan Fatah telah cedera parah di tembak oleh seorang yang masih tidak di kenalpasti di Gaza malam tadi.

Zahhar bertemu Timbalan Presiden Syria.


Khamis, 23/11/06 –
Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Zahhar , telah bertemu dengan Timbalan Presiden Syria, Dr Farouk Al-Shara’a di kota Damascus di mana perbincangan berkisar tentang isu panas di Timur Tengah termasuk perkembangan terkini isu Palestin.

Menteri Luar Israel menuntut pemansuhan hak pelarian Palestin untuk pulang.


Khamis, 23/11/06 –
Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, meminta masyarakat antarabangsa terutamanya Negara-negara yang mempunyai pelarian Palestin agar memansuhkan hak pelarian untuk pulang ke Negara asal mereka

Roket Al-Qassam Semakin Canggih, Penduduk Israel Ketakutan Meninggalkan Rumah


Rabu, 22/11/06 –
Pemerintahan Zionis Israel berada dalam dilema yang belum pernah terjadi sebelumnya, akibat tembakan roket-roket kumpulan pejuang Palestin yang terus digiatkan dengan menggempur wilayah penempatan Israel di bahagian utara Gaza.

Jihad Muslim menafikan menyetujui gencatan senjata dengan Israel.


Rabu, 22/11/06 –
Tokoh Politik Jihad Muslim,Khaled Al-Batesh telah sama sekali menyangkal kenyataan-kenyataan terdahulu yang dibuat oleh MP Azzam al Ahmad (FATAH) bahawa kumpulan Jihad Muslim bersetuju menghentikan serangan sebagai penyelesaian ke atas orang Israel.

11 rakyat awam Palestin cedera.


Rabu, 22/11/06 –
Rejim Zionis semalam (21/11/06) telah melepaskan tembakan kepada sekumpulan rakyat awam Palestin di kem pelarian Jabalia , sumber perubatan melaporkan.