Selasa, 27-2-2024 – Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam satu kenyataan berkata, sekolah di Gaza tidak lagi dapat dikenali kerana ia telah menjadi runtuhan yang rata.
UNRWA menambah bahawa 153 kemudahan telah musnah di Gaza semasa perang, manakala sekolah milik UNRWA telah menjadi tempat perlindungan bom.
Sejak 7 Oktober, tentera haram penjajah Israel terus-menerus melakukan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza. Tambahan pula dengan sokongan daripada Amerika dan Eropah, pesawat Israel berterusan mengebom sekitar hospital, bangunan, menara, dan rumah masyarakat awam Palestin. Penduduk dihujani dengan serangan udara dan bom-bom secara berterusan bahkan Israel turut menghalang kemasukan sumber air bersih, makanan, ubat, dan bahan api.
Pencerobohan berterusan terhadap penduduk Gaza setakat ini menyebabkan kematian yang mencapai angka 29,920 syahid dan kecederaan 69,280 orang, di samping pengusiran lebih daripada 85 peratus (kira-kira 1.9 juta orang) penduduk Semenanjung, menurut pihak berkuasa Strip dan badan organisasi antarabangsa.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Selasa, 27-2-2024 – Pasukan pendudukan Zionis terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-136 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai berdarah terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan. pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri Zionis meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Isnin – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, menyasarkan rumah, perhimpunan orang terlantar, dan jalan-jalan, membunuh ratusan orang dan mencederakan mereka.
Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa 18 kecederaan dilaporkan akibat daripada pendudukan yang menyasarkan pelbagai kawasan di bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.
Sementara itu, wartawan kami melaporkan bahawa terdapat korban ketika pendudukan mengebom tanah pertanian di Deir al-Balah, dan satu lagi pengeboman menyasarkan kawasan barat kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaqz
Rabu, 21-2-2024 – Presiden Brazil, Lula da Silva telah mengusir duta Israel dari Brazil dan memanggil semula dutanya dari Tel Aviv, dedah Reuters pada Isnin lalu.
Ini berlaku sejurus selepas Israel memanggil duta Brazil untuk menegur kenyataan yang dikeluarkan itu, yang disifatkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebagai ‘memalukan’.
Lula da Silva sebelum ini menuduh Israel melakukan “pembunuhan beramai-ramai” terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan membandingkan perangnya ke atas Gaza dengan kempen Adolf Hitler untuk menghapuskan orang Yahudi.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul
Selasa, 20-2-2024 – Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah menyangkal dakwaan Rejim Zionis bahawa tenteranya menangkap apa yang dilabelkan sebagai 20 pengganas di Hospital Al-Amal di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, PRCS mengesahkan bahawa tentera Israel menculik sembilan pekerja perubatan dan pentadbirannya serta sembilan pesakit bersama beberapa penjaga, menekankan bahawa kru ambulansnya tidak dapat memindahkan pesakit yang ditahan hari ini ke tempat lain pada 5 Februari, kerana keadaan kesihatan mereka yang serius.
PRCS mengecam dakwaan tersebut sebagai “fitnah yang bertujuan untuk membenarkan serangan Rejim Zionis ke atas hospital dan kru perubatan di Gaza”.
PRCS menegaskan bahawa kader perubatannya, termasuk pekerja dan sukarelawan, mematuhi peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang berkaitan dengan misi perubatan dan mendedikasikan diri mereka secara eksklusif untuk kerja kemanusiaan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom
Selasa, 20-2-2024 – Rakyat Palestin menyeru kerajaan Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera dan mengenakan tekanan politik di peringkat antarabangsa untuk menghentikan pencerobohan Israel dan mencabar rancangan pemindahan.
Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, mereka menyeru rakyat Palestin, negara-negara Arab dan Islam, penduduk dunia serta penyokong keadilan dan hak asasi manusia untuk turun ke jalan dalam kempen besar-besaran untuk menamatkan pencerobohan Israel dan menggagalkan rancangan pembunuhan beramai-ramai.
Mereka juga menyeru pengisytiharan hari Jumaat sebagai hari global untuk solidariti bersama rakyat Palestin di semua negara Arab dan Islam, dan Sabtu dan Ahad sebagai hari global untuk menyokong rakyat Palestin di semua negara Eropah, Barat, Amerika Latin dan Asia Timur.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Neina
Selasa, 20-2-2024 – Serangan Israel ke atas Bandar Natiyeh di Selatan Lubnan malam Rabu lalu telah menyebabkan 7 rakyat Lubnan terkorban.
The National News Agency melaporkan Rejim Zionis telah melancarkan serangan udara pada malam Rabu yang lalu yang mensasarkan kediaman keluarga Al-Berjawi yang berada di sebuah bangunan tiga tingkat, di tengah bandar Nabatiyeh, menggunakan peluru berpandu telah mengakibatkan tujuh rakyat Lubnan terbunuh.
The Agency melaporkan pasukan penyelamat telah berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak yang masih hidup di celahan runtuhan bangunan dan seramai lima orang mangsa telah dikeluarkan dari bawah runtuhan tersebut didalam operasi mencari dan menyelamat yang mengambil masa selama hamper empat jam itu.
Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan sehingga kini bagi mencari dua lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap dibawah runtuhan bangunan tersebut. Seramai tujuh mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Serangan udara Rejim Zionis malam Rabu lalu telah menyebabkan kerosakkan teruk kepada bangunan tiga tingkat bekenaan termasuk kediaman keluarga Al Berjawi. Bangunan tersebut kini tidak selamat untuk didiami memandangkan ianya terdapat rekahan besar dan akan runtuh pada bila-bila masa. Serangan ini juga mengakibatkan bangunan, kenderaan, rangkaian elektrik serta sistem komunikasi di kawasan sekitar rosak teruk,” tambah The Agency.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nor Azlin
Jumaat, 16-2-2024 – Pada masa Jabatan Negara Amerika bercakap tentang kepercayaannya bahawa perjanjian untuk pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas masih belum ada ketentuan,sementara itu terbongkar yang akhbar dan media Ibrani mengatakan sebaliknya, sementara pemerhati mengesahkan bahawa keseluruhan isu telah digantung antara “kehendak Amerika” dan “keangkuhan Netanyahu”, yang telah menjadi serupa dengan permainan “memasak kerikil” iaitu rakyat Palestin tidak berminat, meskipun “keyakinan” ada ditunjukkan oleh pengantara.
Masih terlalu awal untuk membincangkan butirannya Hussam Badran, ahli biro politik Hamas, berkata masih terlalu awal untuk membincangkan butiran mengenai apa yang berlaku dalam rundingan yang sedang berlangsung di Kaherah.
Badran berkata dalam kenyataan media yang dipantau oleh Pusat Maklumat Palestin: “Kami mempertahankan rakyat kami dan menghadapi pendudukan dengan segala keupayaan kami,” menunjukkan pada masa yang sama bahawa “Israel” terpaksa berunding kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan tahanan mereka. Beliau menegaskan bahawa “Netanyahu adalah orang yang menyekat untuk mencapai persetujuan dan jenayahnya berterusan di Semenanjung Gaza, sama ada dia memasuki Rafah atau tidak.”
Badran berkata: “Nampaknya kehendak untuk mencapai persetujuan belum wujud dalam pentadbiran Amerika” Beliau menegaskan bahawa “pendudukan menyedari bahawa penghapusan Hamas dan penentangan Palestin adalah mustahil,” menekankan bahawa matlamat utama perlawanan, yang diketuai oleh Hamas, dalam rundingan adalah gencatan senjata lengkap di Semenanjung Gaza.
”Memasak kerikil”
Bercakap mengenai berita mengenai perjanjian yang diharapkan, penulis dan penganalisis politik Yasser al-Zaatra berkata: Kebocoran maklumat di laman web musuh dan beberapa akhbar asing mengenai perjanjian tahanan tidak berhenti, dan malangnya media Arab mengenal mereka,
Dalam catatan blog yang dipantau oleh Pusat Maklumat Palestin, beliau menegaskan bahawa apa yang berlaku setakat ini adalah seperti ”memasak kerikil”, tentu saja, kerana keangkuhan penceroboh.
Al-Zaatra menegaskan bahawa sudah pasti bahawa kebanyakan kebocoran maklumat itu ada maksudnya, sudah tentu, untuk mendiamkan keluarga tahanan, dan mengalihkan perhatian daripada rancangan pembunuhan beramai-ramai, terutama yang baharu di Rafah.
Beliau menegaskan bahawa ini tidak menafikan keinginan Amerika untuk mencapai kesepakatan hingga ke bulan Ramadan, tetapi musuh mahukannya pada skala sendiri, dan Hamas tidak berminat untuk bertindak balas, walaupun berminat untuk meringankan penderitaan rakyat dengan cara yang meyakinkan.
“Jika pergerakan itu tidak mengesahkan sebarang berita baru, ia tidak bernilai,” kata Zaatra.
Apakah ertinya Optimisme?
Bagi pihaknya, wartawan Islam Badr mengulas mengenai perkara itu dengan berkata: Dalam ceramah Kaherah, pengantara optimis, begitu juga realiti bersetuju dengan optimisme ini!
Badr menegaskan dalam catatan blog, yang dipantau oleh Pusat Maklumat Palestin, bahawa “Israel sangat degil dan tidak mahu sebarang kerjasama”
Beliau meneruskan: Gencatan senjata, bukan gencatan senjata, satu fasa sebulan setengah, bukan tiga fasa empat bulan, dan tiada janji untuk menarik balik tentera dari Segenting Gaza! Badr bertanya: “Mengapa pengantara optimistik !!”.
Rundingan Ihsan
Saluran 12 Israel berkata delegasi Israel yang diketuai ketua Mossad meninggalkan Kaherah tanpa sebarang tanda kemajuan. Penyiar negara Israel, mengesahkan bahawa Netanyahu telah menghantar setiausahanya bersama delegasi rundingan Kaherah untuk memastikan ketua Mossad mematuhi mandatnya. Ini disahkan oleh Channel 13 Israel yang memetik seorang pegawai Israel: Perbezaan besar sebelum pemergian delegasi Israel ke Kaherah. Parti kontroversi yang bocor itu mengakhiri dakwaan media mereka dengan mengatakan bahawa penyertaan delegasi Israel dalam rundingan Kaherah adalah ihsan atas permintaan Biden.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Jumaat, 16-2-2024 – Human Rights Watch berkata pada hari Isnin bahawa Israel memaksa 1.7 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza untuk berpindah sekali lagi adalah “tidak sah dan akan membawa akibat bencana.” Ini datang dalam siaran oleh organisasi hak asasi manusia pada akaunnya di platform “X”
“Memaksa 1.7 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Rafah untuk berpindah semula, tanpa tempat perlindungan yang selamat, adalah tidak sah dan akan membawa akibat bencana,” tambah Human Rights Watch.
Dia menekankan bahawa “tidak ada tempat yang selamat untuk pergi di Gaza.” Organisasi hak asasi manusia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil “langkah-langkah yang perlu untuk mencegah kekejaman selanjutnya.”
Penerbitan Human Rights Watch datang bersempena dengan peningkatan Israel di sempadan Rafah, selatan Semenanjung Gaza, bersebelahan dengan sempadan Mesir,yang menempatkan lebih daripada sejuta orang yang berpindah.
Rafah menyaksikan, pada waktu subuh pada hari Isnin, malam berdarah di mana berpuluh-puluh terbunuh dan cedera akibat serbuan ganas Israel dan pertempuran antara pejuang penentangan Palestin dan tentera Israel di barat laut bandar itu, yang sesak dengan orang yang berpindah, dan jelas Israel mengabaikan amaran antarabangsa
Jumlah syahid bertambah.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza mengumumkan bahawa 164 terbunuh dan 200 yang lain cedera akibat pembunuhan beramai-ramai kejam yang dilakukan oleh pendudukan Zionis terhadap keluarga di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lalu.
Kementerian menambah dalam satu kenyataan hari ini, Isnin, bahawa sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan raya. Zionis menghalang ambulans dan krew pertahanan awam daripada menyelamatkan mereka.
Oleh itu, jumlah korban pencerobohan “Israel” meningkat kepada 28,340 syahid dan 67,984 cedera sejak 7 Oktober lalu.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq
Rabu, 14-2-2024 – Kepimpinan pertahanan awam di Semenanjung Gaza menggesa negara-negara Arab, khususnya Mesir, agar bertindak segera bagi mencegah pertumpahan darah di Rafah. Mahmoud Basal, jurucakap kepimpinan itu, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin lalu berkata bahawa pencerobohan darat Israel di Rahah, di selatan Semenanjung Gaza, pasti akan membawa kepada pertumpahan darah.
Sebarang peningkatan pencerobohan Israel di Rafah City yang sesak itu mengancam pembunuhan beramai-ramai yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap ratusan ribu rakyat Palestin, yang sedang mencari perlindungan di bandar itu, tambah beliau.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf
Rabu, 14-2-2024 – Pasukan penceroboh Zionis Israel terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza dan telah memasuki hari ke-130 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan serangan darat yg bertali arus, sambil melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang semakin runcing dan dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih 90% daripada penduduk Gaza.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri penjajah Israel meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, di pelbagai sudut di Semenanjung Gaza, menyasarkan rumah, perhimpunan orang awam, dan jalan-jalan, sekaligus membunuh ratusan orang dan mencederakan yang lain.
Pesawat penjajah haram Israel juga di laporkan telah melancarkan 3 serbuan di timur kejiranan Al-Zaytoun, selatan Kota Gaza, dan bunyi tembakan kedengaran berhampiran 8th Street.
Sumber media melaporkan bahawa ramai yang cedera akibat bom yang di jatuhkan di terminal luar lintasan darat Rafah, dan tembakan artileri berterusan di timur Rafah.
Seorang kanak-kanak di laporkan cedera akibat terkena tembakan artileri Israel yang menyasarkan tembok persimpangan Rafah.
Pesawat perang Israel juga di laporkan telah mengebom balai polis di bandar Al-Shouka timur bandar Rafah. Pesawat penjajah haram Israel juga menyasarkan kawasan Zalata, timur bandar Rafah, dan melancarkan 3 serbuan di timur bandar itu.
Pesawat penjajah juga mengebom sebuah rumah untuk keluarga Qadoha di sekitar Masjid Syuhada, timur kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, mengakibatkan 6 orang terbunuh, termasuk artis dan personaliti media Alaa Qadoha, selain mencederakan orang lain. Pesawat penjajah turut mengebom sebuah rumah untuk keluarga Abed di Jalan Awni Dhair di Rafah.
Bekalan elektrik ke Kompleks Perubatan Nasser dilaporkan turut terputus selepas janakuasa berhenti, dan menyebabkan kematian mangsa kanak-kanak.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi
Rabu, 14-2-2024 – Pegawai Kanan Hamas, Osama Hamdan telah memberi amaran bahawa rantau ini tidak akan menikmati keselamatan dan kestabilan kecuali pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza dan pendudukan Israel di Tanah Palestin berakhir. Hamdan berkata, dalam sidang akhbar di Beirut pada petang Rabu, bahawa perang ini mempamerkan kekurangan kehendak dan sifat pilih kasih masyarakat dunia terhadap konflik ini.
Pada hari ke-124 Perang Gaza, Hamdan berkata, krisis kemanusiaan semakin mendalam kerana Israel terus mengebom jalur yang dikepung dan menghalang bantuan daripada organisasi bantuan. “Rejim terus-menerus melaksanakan hukuman mati dan telah menghalang konvoi bantuan serta mendesak pelarian untuk meninggalkan tempat perlindungan dan hospital, yang semuanya menunjukkan kezaliman dan kekejamannya,” katanya.
“Kami memberi amaran kepada rejim terhadap pembunuhan beramai-ramai di hospital al-Amal dan Nasser dan kami mempertanggungjawabkan pentadbiran AS kerana menyediakan Israel dengan semua jenis sokongan.” Hamdan juga menegaskan bahawa delegasi Hamas yang diketuai oleh Khalil al-Hayya, ahli Biro Politik kumpulan itu, akan menuju ke Kaherah untuk bercakap mengenai perjanjian gencatan senjata yang dicadangkan dengan pegawai dari Qatar dan Mesir.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, Hamas telah meminta gencatan senjata segera, membenarkan bantuan ke kawasan pesisir, membatalkan pengepungan di Gaza dan melakukan pertukaran tahanan-tawanan, kata Hamdan.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah
Rabu, 14-2-2024 – Hamas berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa tuduhan Israel tentang penemuan wang beserta dgn beberapa dokumen kononnya sebagai bukti Hamas menerima bayaran dari pihak-pihak luar adalah mengarut.
Hamas menegaskan; dakwaan sebegini menunjukkan tahap penghinaan Israel terhadap pandangan umum dengan pengulangan pembohongan dan rekaan yang tak lagi mampu memperdayakan sesiapapun, terutama sekali bilamana naratif Israel didedahkan dan juga disangkal oleh pelbagai badan berkuasa teknikal persendirian.
Ujar Hamas,”Promosi askar Israel akan naratif-naratif khayalan sebagai suatu bentuk pencapaian ketenteraan: mengesahkan tahap kegagalan bala tentera Nazi ini serta kerapuhan kawalan keselamatan mereka, yang dideritai suatu racauan keruntuhan mereka dalam mendepani keteguhan dan juga penentangan ampuh daripada pihak kami.”
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Fahirul
Rabu, 14-2-2024 – Tentera Zionis Israel terus melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza, untuk hari ke-124 berturut-turut, dengan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara, peluru meriam, dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, dan melakukan jenayah ngeri di kawasan pencerobohan, di tengah-tengah situasi kemanusiaan yang dahsyat akibat daripada pengepungan dan pemindahan lebih daripada 90% penduduk.
Wartawan kami melaporkan bahawa pesawat dan artileri Zionis meneruskan serbuan dan pengeboman ganas mereka – hari ini, Rabu – di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza, di tengah- tengah tumpuan pencerobohan ke atas Khan Yunis, dan pengeboman yang semakin intensif di Rafah, yang menyasarkan rumah, tempat tinggal, kawasan perhimpunan orang, dan jalan-jalan, membunuh ratusan syahid dan cedera.
Pada jam 11:00 malam hari ini, Rabu, pesawat tentera Zionis mengebom sebuah rumah dalam pembinaan di Jalan Wahi al-Salam di bandar Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Muhaimin
Rabu, 14-2-2024 – Lima orang terbunuh dan yang lain cedera dalam pengeboman udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di bandar Homs dan kawasan luar bandarnya di tengah Syria, menurut agensi berita rasmi Syria (SANA).
Menurut agensi berita rasmi Syria SANA, satu kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Syria bahawa “musuh Israel melancarkan pencerobohan udara dari arah utara Tripoli (utara Lubnan) yang menyasarkan beberapa sasaran di bandar Homs dan kawasan luar bandarnya.”
Kenyataan itu menegaskan bahawa pertahanan udara Syria menembak jatuh sejumlah peluru berpandu tanpa memberikan amaran mengenai sasaran, dan mengesahkan kematian dan kecederaan beberapa orang awam.
Sumber hak asasi manusia menunjukkan bahawa 5 orang, termasuk dua orang awam, terbunuh. Televisyen pemerintah Syria menunjukkan rakaman ambulans bergegas ke lokasi serangan, di kawasan yang serpihan dan runtuhan bangunan sasaran.
Reuters memetik sumber tempatan sebagai berkata bahawa serangan Israel menyasarkan beberapa kawasan, termasuk kedudukan tentera Syria dan pangkalan udara di kawasan itu.
Sumber dalam perisikan tentera Syria yang biasa dengan perkara itu memberitahu Reuters bahawa pengeboman Israel itu juga menyasarkan pangkalan udara Shayrat dan beberapa kedudukan tentera Syria di pinggir Homs.
Para saksi memberitahu DPA bahawa serpihan daripada roket yang meletup itu mendarat di ladang-ladang di kejiranan al-Waer, barat laut Homs, Jalan al-Hamra di tengah-tengah bandar, timur bulatan Palmyra dan di sekitar kilang penapis Homs.
Israel telah meningkatkan serangan ke atas sasaran dan tapak di Syria sejak pertempuran Toufan Al-Aqsa dan perang yang dilancarkan oleh pendudukan di Semenanjung Gaza, dan juga menyasarkan pertahanan udara tentera Syria. Israel selama bertahun-tahun telah melancarkan serangan ke atas apa yang dikatakan sasaran berkaitan Iran di Syria.
sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Juhari Sham Jusoh
Rabu, 14-2-2024 – Gerakan genosid Israel ke atas penduduk Semenanjung Gaza yang disokong pihak Amerika telah memasuki hari ke-123 pada hari Selasa. Serangan udara dan artileri besar-besaran terus melanda kawasan kejiranan, rumah dan pusat perlindungan serta membunuh lebih ramai orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) berkata bahawa rejim Zionis terus menyerang pelbagai kawasan di Gaza, terutamanya Khan Yunis, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh penduduk.
Menurut sumber media, seorang pemuda maut terkena tembakan penembak tepat di pintu masuk utara Hospital Nasser. Beberapa jam sebelum itu,seorang awam turut ditembak mati di kawasan yang sama.
Tentera Israel mengebom sebuah kereta di kejiranan Khirbet al-Adas di Rafah, selatan Gaza, yang membunuh enam anggota polis.
10 lagi rakyat terbunuh dan yang lain cedera parah apabila sebuah pesawat pejuang Israel mengebom sebuah rumah milik keluarga ash-Shanti di kawasan Shasha’ah di timur kem pelarian Jabalia, utara Gaza.
Tentera Israel juga menyerang dua sekolah (Hayat dan Hannawi) yang digunakan oleh keluarga yang dipindahkan sebagai pusat perlindungan di Khan Yunis, membunuh 15 orang awam dan mencederakan ramai yang lain.
Seorang lagi orang awam syahid dan beberapa lagi cedera apabila tentera Israel mengebom kawasan al-Barazil berhampiran sempadan Mesir di Rafah.
Sumber perubatan juga melaporkan bahawa tiga orang syahid telah dipindahkan pada waktu pagi ke Hospital Gaza Eropah di Khan Yunis.
Korban lain dilaporkan di beberapa kawasan berbeza di Gaza berikutan serangan udara, artileri dan tembakan Israel malam tadi dan hari ini.
sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul