Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis (Iof) Menahan 55 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

Khamis , 09-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) memulakan operasi tangkapan besar-besaran di Tebing Barat pada awal pagi Selasa, dengan menahan sekurang-kurangnya 55 orang Palestin sebagai sebahagian daripada siri kempen penahanan berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Kesatuan Tahanan Palestin dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa operasi tangkapan tersebut dijalankan secara intensif di wilayah Tebing Barat; al-Khalil dan Ramallah, manakala tangkapan yang lain berlaku di bandar-bandar Tebing Barat yang lain.

Tangkapan berkenaan, menurut kesatuan berkenaan telah memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, dan bekas tahanan.
Di al-Khalil, tentera rejim menyerbu dan merosakkan rumah-rumah , menyerang penduduk Palestin, dan mengambil langkah-langkah untuk merobohkan rumah-rumah aktivis dan bekas tahanan Palestin.

Sumber tempatan melaporkan bahawa seorang pemuda Palestin terbunuh, dan 7 orang lain cedera semasa pergolakan berlaku di pelbagai bandar di al-Khalil, yang mana salah seorang mangsa dalam keadaan serius.

IOF menahan 25 orang Palestin di al-Khalil, termasuk dua adik-beradik, salah seorang daripada mereka bekerja sebagai wartawan, dari rumah mereka selepas menyerang sebahagian daripada mereka, tambah sumber-sumber tersebut.

Di Bethlehem, IOF menahan empat orang Palestin, termasuk dua beradik, salah satunya berusia 15 tahun, selepas menyerbu dan menggeledah rumah mereka.

Di Ramallah, tujuh orang Palestin, termasuk seorang wanita yang sebelum ini ditahan, ditangkap selepas rumah mereka dimasuki dan dirosakkan. Akibatnya, pergolakan berlaku di seluruh Ramallah, menyebabkan kecederaan, yang mana salah satunya kritikal.

Di Jericho, IOF menyerbu bandar al-Oja dan dua khemah pelarian; Aqabat Jabr dan Ain al-Sultan sebelum menahan tiga pemuda, salah seorang daripadanya berusia 19 tahun.
Di Jenin, tiga orang Palestin ditangkap, termasuk bapa seorang bekas tahanan bagi memberi tekanan kepada anak lelakinya untuk menyerah diri. Pergolakan juga meletus setelah tentera IOF menyerbu bandar Jenin dan khemah-khemah pelarian, menyebabkan dua pemuda cedera akibat terkena peluru hidup. Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menempatkan pasukan penembak tepat di atas bumbung beberapa rumah, meminta bantuan tentera dan pasukan khas yang masuk ke dalam kawasan bandar dan perkhemahan dengan membawa sama jentolak yang merobohkan jalan raya serta infrastruktur.

Di Baitulmaqdis, polis Israel menyerbu khemah pelarian Shufat dan menahan 10 orang Palestin. Pasukan tersebut juga menyerbu bandar Abu Dis dan menahan empat wartawan Palestin.

Ini menjadikan jumlah penduduk Tebing Barat yang ditahan sejak 7 Oktober kepada 2,200 orang.

Jumlah keseluruhan tahanan Palestin di penjara Israel telah meningkat kepada 7,000, termasuk 62 tahanan wanita dan 2,070 tahanan pentadbiran.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ezatul

Categories
Berita Semasa

Holocaust Di Gaza Telah Memasuki Hari Ke 31, Dan Pembunuhan Beramai-ramai Terus Berlaku

Khamis , 09-11-2023 – Holocaust pasukan penjajah Zionis, di Semenanjung Gaza telah memasuki hari ke-31 berturut-turut. Mereka melancarkan serangan dari udara dengan pesawat dan menghujani kediaman penduduk dengan ribuan bom yang dijatuhkan ke atas penduduk Gaza, disertai dengan ratusan serbuan dan pencerobohan yang  dilakukan dari pelbagai arah di daratan, bertujuan melumpuhkan sebarang talian hayat bagi warga penduduk. Keadaan itu mengakibatkan bumi Gaza kini hangus terbakar. Walaubagaimanapun di tengah-tengah pembunuhan berdarah secara beramai-ramai itu, tentera Zionis tetap mendapat tentangan yang hebat dan berani daripada barisan pertahanan Palestin.

Tentera Zionis juga dikenal pasti, terus menerus melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap orang awam. Dalam satu laporan menyebutkan, pesawat Zionis telah menyerang sebuah rumah milik keluarga Qishta di kejiranan Al-Geneina, timur Gabenor Rafah. Pesawat penjajah juga didapati mengebom Kompleks Perubatan Al-Shifa, yang menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal, sekaligus mengakibatkan seorang gadis terbunuh dan mencederakan 5 yang lain, termasuk seorang wanita. 

Sumber perubatan melaporkan kerosakan material yang besar dan kes ketakutan dan trauma di kalangan pesakit dan kakitangan perubatan sangat merisaukan, sehingga ramai penghuni terpaksa dipindahkan akibat pengeboman bangunan utama Kompleks Perubatan Al-Shifa itu.

Di dalam laporan yang lain, 6 rakyat mati syahid akibat pengeboman pesawat penjajah Zionis ke atas sebuah rumah milik keluarga Sammour di Bani Suhaila, timur Khan Yunis. Sumber tempatan melaporkan bahawa para syuhada ialah: Ahmed Marzouk Sammour, Iyad Marzouk Sammour, Ayman Marzouk Sammour, isterinya Mai Ismail Sammour, dan dua anak perempuan mereka iaitu Hadeel dan Farah.

Pesawat penjajah itu juga dilaporkan mengebom Masjid Syahid Salah Shehadeh di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Bulan Sabit Merah Palestin turut mengumumkan bahawa seorang paramedik  cedera parah dalam pengeboman yang menyasarkan pintu masuk ke Hospital Al-Quds, barat Kota Gaza. 

Pagi ini, Kementerian Kesihatan  juga mengesahkan sekurang-kurangnya 103 syuhada dan 106 mangsa yang cedera telah tiba di Kompleks Perubatan Al-Shifa sejak malam tadi.

Pesawat penjajah dalam serangan itu juga bertindak mengebom sebuah rumah milik keluarga Shaqura di kejiranan Al-Amal, barat Khan Yunis, mengakibatkan kematian 5 rakyat, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan beberapa orang tercedera.

 Kementerian Kesihatan berkata: Rejim penjajah itu turut menyasarkan satu-satunya Hospital Psikiatri di Semenanjung Gaza dan Hospital Mata, yang telah memusnahkan hampir keseluruhan hospital.

Rejim penjajah dalam kejadian yang lain turut mengebom sebuah apartmen kediaman di kawasan kejiranan Abu Jame di Bani Suhaila, timur Khan Yunis di mana pesawat tentera turut menyasarkan Faisal School Street di Al-Saftawi, utara Semenanjung Gaza.  Pesawat rejim penjajah juga didapati mengebom bangunan Al-Waha yang  bertentangan dengan Suwaydi Al-Nasr di Kota Gaza. 

Wartawan kami melaporkan bahawa Genting Gaza mengalami malam yang sangat sukar dan dahsyat di mana tentera rejim penjajah telah melancarkan 450 serangan sekaligus mengubah Jalur Gaza secara total menjadi lautan api dengan letupan tanpa henti.  Buat kesekian kalinya juga, rejim penjajah berjaya memutuskan sumber komunikasi dan internet untuk yang ketiga kali dalam tempoh masa kurang dari seminggu. 

Sumber Syarikat Telekomunikasi Palestin mengesahkan bahawa komunikasi dan internet kekal terputus selama lebih daripada 15 jam ketika serbuan yang lebih agresif dilancarkan, sebelum ia mula beransur-ansur kembali pulih bermula 9:10 pagi tadi.

Sumber tempatan dalam kenyataan lain pula melaporkan bahawa antara yang mati syahid kali ini ialah isteri dan empat anak seorang warganegara, Talaat Barhoum, yang juga merupakan ketua Jabatan Perhubungan Awam dan Media di Hospital Al-Najjar di Rafah.

Kekejaman berterusan apabila pasukan rejim penjajah juga melepaskan tembakan meriam ke arah sebuah sekolah yang di jadikan pusat pemindahan sementara di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, mengakibatkan seorang syahid dan beberapa yg lain cedera.

Sekurang-kurangnya tiga orang syahid yang lain pula dilaporkan telah tiba di Hospital Indonesia di utara Gaza selepas pengeboman di Beit Hanoun.

Pantai barat Gaza turut mengalami serangan yang sengit dari tentera Zionis Israel apabila bunyi pertempuran kedengaran selepas rejim penjajah mengumumkan ketibaan kereta kebal mereka di kawasan itu.

Wartawan Muhammad Al-Jaja yang merupakan perunding pembangunan institusi di Press House, juga dilaporkan telah syahid bersama isteri, anak perempuan, ibu, bapa, adik-beradik, dan beberapa saudaranya dalam kejadian pengeboman yang disasarkan ke rumahnya di kejiranan Al-Nasr Gaza malam tadi.

Pesawat penjajah Zionis juga didapati telah meletupkan sebuah rumah yang diduduki oleh keluarga Sinwar di Kem Jabalia, mengakibatkan ramai yang syahid, cedera parah dan ramai yang masih belum ditemui. 

Selama lebih 30 hari ini, tentera musuh Zionis telah meneruskan kemusnahan berdarah di semenanjung Gaza, yang telah mengakibatkan hampir 10,000 orang syahid, 25,000 orang cedera, 2,500 hilang tanpa khabar berita, manakala 1.6 juta yang lain kehilangan tempat tinggal. Serangan ini turut mengakibatkan kemusnahan sepenuhnya membabitkan tidak kurang dari 250,000 unit rumah.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ahmed Al-Marsogi

Categories
Berita Semasa

Jordan hantar bantuan perubatan secara ‘airdrop’ ke Gaza

Khamis , 09-11-2023 – Kerajaan Jordan mengumumkan bahawa pesawat tenteranya telah menghantar bantuan perubatan segera secara ‘airdrop’ ke hospital medan Jordan di semenanjung Gaza pada awal pagi Isnin 6 November 2023.

Dalam hantaran Raja Abdullah II di platform “X”, baginda menyatakan bahawa kejayaan menghantar bantuan itu merupakan tanggungjawab negaranya terhadap rakyat Gaza dan Jordan akan terus kekal menjadi penyokong kuat dan paling hampir dengan saudara Palestin mereka.

Menurut sumber Angkatan Tentera Jordan, sebuah pesawat Tentera Diraja menggugurkan bantuan perubatan segera menggunakan payung terjun ke hospital medan milik Jordan di Gaza selepas bekalan di hospital tersebut hampir kehabisan ekoran kelewatan bantuan darat yang tiba melalui sempadan Rafah. Menurut sumber itu lagi, hospital medan milik Jordan akan terus beroperasi untuk membantu meringankan penderitaan penduduk Gaza walaupun mengalami masalah kekurangan bekalan yang teruk.

Hospital medan tersebut telah beroperasi semenjak 2009 dengan kerjasama Tentera Jordan dan mengendalikan 1000 hingga 1200 orang pesakit setiap hari.

Bantuan ini tepat pada masanya ketika mana Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa 16 daripada keseluruhan 35 buah hospital di seluruh Gaza terpaksa ditutup akibat (1) ancaman dan serangan berterusan daripada rejim Zionis atau (2) kekurangan bahan api untuk menjana bekalan elektrik.

Selain masalah tersebut, perkhidmatan perubatan Gaza juga kini berhadapan dengan masalah keletihan melampau di kalangan kakitangan perubatan yang mengendalikan lebih 36 ribu kes mangsa perang dan ribuan pesakit lain setakat 1 bulan peperangan ini berlangsung.

Lebih memburukkan keadaan, rejim Zionis telah bertindak memisahkan utara dan selatan Gaza sehingga menyukarkan bantuan yang tiba dari selatan iaitu sempadan Rafah untuk dihantar ke Gaza City dan utara Gaza.

Setakat Isnin 6 November 2023, Kementerian Kesihatan Gaza telah mengesahkan bahawa jumlah mangsa yang syahid adalah 9770 orang dan jumlah mangsa cedera melebihi 25000 orang, dengan lebih 70% mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Iman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis bunuh pemuda Palestin, cederakan 5 yang lain di Al-Khalil

Rabu, 08-11-2023 – Isnin lalu, rejim Zionis telah membunuh seorang pemuda Palestin di bandar al-Khalil Tebing Barat. Lima lagi cedera, termasuk tiga yang kritikal. Ia berlaku selepas pihak rejim menceroboh
bandar Halhoul di utara al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pertembungan meletus selepas pihak rejim menyerbu bandar tersebut dan mula menembak peluru hidup, bom tangan serta gas ke arah rakyat Palestin yang berhadapan dengan tentera penceroboh Israel.

Pemuda yang telah gugur syahid itu dikenal pasti sebagai Mahmoud Al-Atrash, 21 tahun. Puluhan kes sesak nafas yang lain juga telah dilaporkan.

Sementara itu, sumber media Israel berkata bahawa polis Israel telah menembak mati seorang
pemuda Palestin berusia 16 tahun di bandar Baitulmaqdis yang diduduki Zionis pada hari Isnin

selepas pemuda itu didakwa telah menikam dua pegawai sempadan berhampiran Bab al-Sahera di luar Old City, tindakan itu telah mencederakan seorang daripada mereka dengan parah dan dan seorang lagi cedera ringan. Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang gugur syahid di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober lalu seramai 162 orang.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Ashraf

Categories
Berita Semasa

Afrika Selatan memanggil semua diplomatnya di Tel Aviv dengan latar belakang Holocaust Gaza.

Rabu, 08-11-2023 – Kerajaan Afrika Selatan mengumumkan, pada hari Isnin, penarikan balik diplopmatnya di Tel Aviv untuk rundingan kerana pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Presiden, Khumbudzo Ntshavheni, berkata semasa sidang akhbar: “Kerajaan Afrika Selatan telah memutuskan untuk menarik balik semua diplomatnya dari Tel Aviv daripada rundingan,” dan menyatakan “kekecewaan” Pretoria, terutamanya dengan “pengeboman Israel yang berterusan terhadap sekolah dan hospital” di Semenanjung Gaza.

Sebaliknya, Menteri Luar Naledi Pandor berkata: “Kami, seperti yang anda tahu, amat prihatin terhadap pembunuhan berterusan terhadap kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah di wilayah Palestin, dan kami percaya bahawa tindak balas Israel telah menjadi hukuman untuk kesemua rakyat Palestin.”

Dia menambah, “Kami fikir adalah penting untuk kami menyatakan kebimbangan Afrika Selatan kerana kami terus menyeru agar menghentikan secara menyeluruh apa yang berlaku di Semenanjung Gaza.”

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Ibn Zaq

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membunuh pemuda Palestin, mencederakan lima yang lain di al-Khalil

Rabu, 08-11-2023 – Rejim Zionis (IOF) telah membunuh seorang pemuda Palestin di bandar al-Khalil, Tebing Barat Isnin lalu. Manakala lima lagi cedera, tiga daripadanya sedang kritikal, selepas IOF menceroboh bandar Halhoul di utara al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa pertempuran meletus selepas IOF menyerbu bandar itu dan mula menembak peluru hidup serta bom tangan dan gas ke arah rakyat Palestin yang berhadapan dengan tentera penceroboh Israel.

Syahid dikenal pasti sebagai Mahmoud Al-Atrash, 21 tahun. Puluhan kes sesak nafas juga telah dilaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Abu Ubaida: Kami Dokumentasikan Penghancuran 24 Kereta Kebal dalam 24 Jam

Rabu, 08-11-2023 – Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaida menegaskan bahawa pihaknya mendokumentasikan penghancuran 24 kenderaan tentera penjajah, termasuk sebuah kereta kebal, sebuah jentolak, dan pengangkut pasukan berkenaan dengan sejumlah senjata, termasuk roket Yassin dan bom aksi gerila selama 24 jam terakhir.

Abu Ubaida mengatakan dalam ucapan audio pada Sabtu malam, bahawa pasukan Briged Al-Qassam masih bertempur di segenap sudut, menghadang musuh Zionis di utara dan selatan Kota Gaza dan di Beit Hanoun. Mereka berperang dengan gagah berani dan terus menghadapi kekuatan dan kelengkapan perang zionis.

“Kami menyampaikan ucapan kepada anda hari ini dari tengah-tengah Pertempuran Badai Taufan Al-Aqsa pada hari ke-29, untuk memberi hormat kepada rakyat Palestin yang menjadi sasaran kejahatan sistematik.”

sumber : https://melayu.palinfo.com diterjemah oleh Siti Rahmah

Categories
Berita Semasa

Penentang Iraq menyerang pangkalan Amerika di barat Syria dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu.

Rabu, 08-11-2023 – Markaz berita Palestin Pasukan mengumumkan bahawa Pasukan Penentang Islam IRAQ (JAMI) di Iraq telah menyerang pangkalan Ketenteraan Amerika ‘Tel Baidar’ di barat bandar Al-Hasakah di Syria dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu.

 Sejak bermulanya pertempuran ‘Taufan Al-Aqsa’, Penentang Islam di Iraq (JAMI) telah melancarkan banyak serangan dan sasaran terhadap kedudukan tentera Amerika di Iraq dan Syria sebagai balasan kepada sokongannya terhadap kejaharan Zionis di Gaza.

Beberapa serangan roket dan drone juga dilancarkan  ke arah kawasan penjajah Zionis sebagai isyarat kepada penyertaan JAMI dalam pertempuran ‘Taufan Al-Aqsa’.

sumber : https://palinfo.com/ diterjemah oleh Razisatul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis meneruskan kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat

Selasa, 07-11-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) memulakan kempen tangkapan besar-besaran di Tebing Barat semalam dan pada awal pagi Ahad, diiringi dengan pergolakan dan konfrontasi bersenjata.

Di Jenin, IOF menyertai quartier Al-Almania dan quartier timur bandar Jenin, diiringi dengan bulldozer “D9”, yang mengakibatkan pergolakan dan konfrontasi dengan pemuda-pemuda, termasuk pertukaran tembakan dan lemparan peranti letupan buatan ke arah askar-askar IOF dan kenderaan tentera.

IOF telah menangkap 10 warganegara dari bandar Jenin, termasuk bekas banduan. IOF juga
menyerbu beberapa quartier di bandar Jenin, termasuk Jabal Abu Zaher, Kharouba, Al-Marah, dan Wadi Az-Zein, selain perkampungan pelarian Jenin, quartier timur, dan quartier Al-Germania.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh Israel memasuki hari ke 30.

Selasa, 07-11-2023 – Untuk hari yang ke 30, pembunuhan beramai-ramai oleh Israel terus meragut nyawa di Semenanjung Gaza apabila tenteranya terus mengebom rumah-rumah, fasiliti-fasiliti dan kejiranan serta membunuh orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita.

Sejak malam semalam, puluhan warga Gaza syahid dan yang lain cedera dan serangan udara dan Meriam di pelbagai tempat di Gaza.

Pada petang Ahad, kementerian kesihatan di Gaza menyatakan yang jumlah kematian meningkat kepada 9,770 syahid, termasuk 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Nur Idawati Md Enzai

Categories
Berita Semasa

Israel menggugurkan setara dengan dua bom nuklear di Gaza

Selasa, 07-11-2023 – Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med melaporkan bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) menjatuhkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza, sejak 7 Okt. Organisasi itu berkata bahawa jumlah itu bersamaan dengan dua bom nuklear.

Kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Geneva berkata dalam satu kenyataan pada Khamis, IOF telah mengakui mengebom lebih 12,000 sasaran di Semenanjung Gaza yang dikepung dengan rekod bom melebihi 10 kilogram bahan letupan setiap satu.

Pemantau Euro-Med menekankan bahawa berat bom nuklear yang dijatuhkan oleh Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada akhir Perang Dunia II pada Ogos 1945 dianggarkan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Filzah

Categories
Berita Semasa

Zionis ibarat serigala yang gila

Selasa, 07-11-2023 – Al-Azhar Al-Sharif di Mesir dalam satu kenyataan berkata, “Zionis telah berubah menjadi serigala yang gila, taksub dengan keghairahan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang yang tidak berdosa, memamah daging dan menghirup darah mereka.”

Dalam kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Al-Azhar Al-Sharif itu yang mengulas dan mengutuk pembunuhan beramai-ramai di Jabalia yang dilakukan oleh pasukan penjajah Israel pada hari Selasa di Gaza. Ia telah menyebabkan kematian dan kecederaan lebih daripada 400 orang.

Kenyataan itu menambah, “Apa yang mendorong Israel untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai adalah kerana kebisuan seperti bisunya orang mati dalam kubur mereka yang sedang melanda dunia antarabangsa kita, melumpuhkan keupayaannya untuk menghalang entiti ini, dan menamatkan segala tindakan gila yang menjadikan hidangan berdarah hariannya terdiri daripada kanak-kanak, wanita, orang tua, dan remaja Gaza.”

Kenyataan itu berdoa agar Allah melindungi Gaza dan mereka yang berada di dalamnya, mematahkan kekuatan musuhnya dan semua orang yang menyokong pembunuhan beramai-ramai di kawasan yang terkepung itu.

Al-Azhar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia mendoakan penduduk Gaza.

Kenyataan Al-Azhar Al-Sharif itu hadir sebagai mengulas mengenai “pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan” yang dilakukan oleh rejim Israel selepas ia mengebom kawasan kejiranan bersebelahan dengan Hospital Indonesia di Jabalia, utara Gaza, menyebabkan ratusan mati syahid dan cedera.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata bahawa pembunuhan beramai-ramai mengakibatkan 400 syahid dan cedera, menurut pengiraan awal, menegaskan bahawa jumlah itu mungkin yang terbesar, dan mungkin hampir dengan jumlah mangsa pembunuhan beramai-ramai Al-Ahli Arab Hospital yang dikenali sebagai Hospital Baptist, kerana kawasan yang dibom adalah kawasan “padat penduduk”.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Suwaibah

Categories
Berita Semasa

Pejuang Briged al-Qassam terus menentang tentera Israel di Gaza

Isnin, 06-11-2023 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata pada hari Khamis bahawa kumpulan pejuangnya terus menyerang hendap dan menentang tentera Israel yang menyusup di beberapa kawasan sempadan di Semenanjung Gaza, di tengah-tengah serangan balas roket yang berterusan ke atas tapak dan penempatan tentera Israel.

Dalam persidangan yang berbeza, Briged al-Qassam berkata bahawa ia menyasarkan pada sebelah pagi sejumlah askar Israel di Juhor ad-Dik, selatan Kota Gaza, dengan peluru RPG anti-personel.

Terdahulu, pejuang al-Qassam melepaskan satu peluru Yassin 105 ke arah kereta kebal Israel yang dikelilingi beberapa askar di kawasan Juhor ad-Dik dan peluru serupa ke arah dua kereta kebal di barat laut Gaza.

Pejuang Al-Qassam turut melepaskan peluru Yassin ke arah jentolak berperisai Israel di barat laut Gaza.

Pada waktu subuh, pejuang al-Qassam menyerang kereta kebal dan jentolak di barat laut Gaza dengan dua peluru Yassin.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Norliza Baharom

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menahan 65 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

Isnin, 06-11-2023 – Rejim Zionis telah melancarkan kempen penahanan berskala besar di Tebing Barat yang menyaksikan penahanan 65 rakyat Palestin, kebanyakannya bekas banduan dan aktivis Hamas. Mereka yang ditahan termasuk dua orang wanita selepas pasukan tersebut memecah masuk dan menimbulkan kekacauan di dalam rumah mereka.

Kempen penahanan di lakukan di wilayah Tebing Barat Ramallah, Bethlehem dan al-Khalil. Berlaku juga penahanan rakyat Palestin di bandar lain di Tebing Barat di kala penderaan dan intimidasi oleh Rejim Zionis beserta ancaman berterusan terhadap keluarga banduan dan hukuman kolektif.

Di bandar Nublus, Rejim Zionis menahan tujuh rakyat Palestin termasuk tiga bekas banduan salah seorangnya Amjad al-Sayeh yang telah dipenjara selama 19 tahun sebelum ini.

Di Qalqilya, dua bekas tahanan ditahan di rumah mereka, manakala empat lagi ditahan di Jenin termasuk Sharif Herzallah yang berusia 19 tahun.

Di Ramallah, 16 rakyat Palestin telah ditahan termasuk dua wanita dan seorang lelaki yang cedera ditembak oleh askar Rejim Zionis.

Di Jericho, 4 rakyat Palestin ditahan termasuk dua adik beradik lelaki dan seorang lelaki bekeperluan khas. Salah seorang tahanan yang ditahan telah merancang untuk melansungkan perkahwinannya esok.

Rejim Zionis juga telah menahan 5 pemuda di Bethlehem dan 10 yang lain di al-Khalil.

Ini menjadikan jumlah tahanan Palestin yang telah ditangkap sejak 7 Oktober lalu sebanyak 1,900 tahanan.

Kempen penahanan Israel adalah salah satu daripada dasar hukuman kolektif sistematik pendudukan Israel yang digunakan untuk menghapuskan sebarang penentanganterhadap pendudukan.

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Muhammad Khusairi

Categories
Berita Semasa

Hamas Menghargai Pendirian Tegas Menafikan Mereka Sebagai Pengganas

Isnin, 06-11-2023 – Anggota biro politik Hamas, Ezzat al-Resheq berterima kasih dan menghargai pendirian rasmi beberapa buah negara yang enggan melabelkan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam, sebagai pengganas.

Dalam siaran akhbar pada hari Rabu, Resheq berkata: “Kami berterima kasih kepada presiden Turki dan Algeria, Perdana Menteri Malaysia, dan hari ini Menteri Luar Oman atas kenyataan rasmi mereka bahawa Pergerakan Hamas adalah gerakan pejuang negara yang mempertahankan tanah air, rakyat, dan tempat suci sehingga penubuhan Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.”

Pegawai Hamas itu menyeru semua rakyar di negara Arab dan negara Islam di seluruh dunia untuk “mencontohi pendirian yang bermaruah ini, yakni yang menyokong hak rakyat kita untuk mendapatkan kebebasan, ketegasan dalam perjuangan yang sah menentang keganasan paling lama dan paling merbahaya di dunia ini.”

sumber : https://english.palinfo.com diterjemah oleh Kamariah