
Khamis, 22-12-2022 – Kumpulan bersenjata Lions’ Den mengumumkan pada Selasa yang mereka telah menjalankan operasi tembakan ke atas tentera rejim zionis (IOF) di Nablus, utara Tebing Barat.
Dalam kenyataan ringkas, kumpulan itu berkata yang para pejuangnya melepaskan tembakan ke arah tiga pos IOF, termasuk pusat pemeriksaan Huwara dan Beit Furik.
Kumpulan itu menambah yang para pejuangnya berjaya berundur dari tempat operasi tembakan dilakukan.
sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati