Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi serbu Al-Aqsa secara beramai-ramai

Khamis, 13-10-2022 – Polis rejim zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa beramai-ramai pada hari kedua yang digelar “Hari Takhta Yahudi” bagi memberi laluan kepada pencerobohan oleh para pendatang Yahudi.

Sumber mengesahkan yang polis rejim menyerbu dewan solat Al-Qibli dan mengerahkan rakyat Palestin yang sedang beribadah keluar darinya.

Manakala segerombolan pelampau pendatang Yahudi dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sheikh Sabri Seru Pertahan Masjid Al-Aqsa

Khamis, 13-10-2022 – Sheikh Ekrima Sabri, pendakwah Masjid Al-Aqsa menggesa penganjuran demonstrasi besar-besaran bagi menyokong Masjid Al-Aqsa. Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, Sheikh Sabri menegaskan bahawa pencerobohan peneroka Yahudi ke dalam Masjid Al-Aqsa sengaja dibuat ketika cuti kaum Yahudi di bawah perlindungan ketat polis Israel.

Sheikh Sabri menjelaskan bahawa serbuan besar-besaran itu bertujuan untuk mengubah status quo di Jerusalem, meminta pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggungjawab atas sebarang keganasan yang berlaku di kota suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas seru agar bertindak ke atas penghinaan terhadap Al-Quran oleh para pendatang

Rabu, 12-10-2022 – Gerakan Hamas menyeru agar bertindak ke atas jenayah pembakaran Al-Quran di kota lama al-Khalil pada Isnin.

Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanu menyifatkan penghinaan terhadap Al-Quran yang dilakukan oleh para pendatang Yahudi sebagai perlakuan perkauman yang biadab dan menekankan bahawa jenayah itu semakin membuktikan rejim Israel dan para pendatang inginkan perang keagamaan dengan Islam.

Jurucakap Qanu turut memberi amaran yang cuti keagamaan Yahudi telah menjadi ancaman ke atas Masjid Aqsa dan melibatkan serangan terjadap rakyat Palestin serta kawasan suci mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi serang pemetik zaitun di barat Salfit

Rabu, 12-10-2022 – Penceroboh Yahudi menyerang warga Palestin semasa mereka memetik buah zaitun di kawasan Khilat Hassan, barat bandar Biddya di barat bandar Salfit, Tebing Barat pada hari Isnin.

“Sekumpulan penceroboh Yahudi menyerang kami ketika kami sedang menuai buah zaitun,” kata warga Palestin, Arafat Abu Saif kepada agensi berita WAFA.

Tambahnya, salah seorang peneroka melepaskan peluru hidup ke arah mereka namun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

50 Tahanan Palestin Teruskan Mogok Lapar

Rabu, 12-10-2022 – 50 tahanan Palestin meneruskan mogok lapar terbuka mereka di penjara Israel sebagai protes terhadap dasar penahanan pentadbiran Israel pada hari Isnin. Pada hari Ahad, seramai 20 tahanan Palestin menyertai 30 tahanan pentadbiran lain yang telah melakukan mogok lapar untuk hari ke-16 berturut-turut, menyokong dan membantah penahanan berterusan mereka.

“30 tahanan Palestin mengalami penurunan berat badan yang mendadak dan sakit sendi, di samping kekurangan vitamin dan pening kepala,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan, Hassan Abd Rabbo, dalam satu kenyataan akhbar.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mahkamah haram Israel melarang lima pemuda dari memasuki Masjid Al-Aqsa

Rabu, 12-10-2022 – Lima pemuda Jerusalem pada hari Khamis lepas, dijatuhkan hukuman larangan memasuki Masjid Al-Aqsa sehingga 18hb Oktober dan memerintahkan setiap satu di kenakan bayaran ikat jamin sebanyan 500 shekels.

Lima pemuda tersebut adalah Tareq Alyan, Rami Abdul-Salam, Mohamed Mahamid, Mohamed dan Nael Jabbarin. Peguam yang mewakili mereka, Khaled Zabarqa berkata para pemuda itu tidak bersalah dan telah ditahan pada hari Rabu ketika mereka berada di perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas menunaikan solat subuh di perkarangan Masjid.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Cedera Dalam Serangan Rejim Zionis

Selasa, 11-10-2022 – Puluhan rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan ketika serbuan oleh Rejim Zionis di utara bandar Nablus di Tebing Barat pada hari Khamis.
“Tentera Rejim menyerbu bandar Sebastia di barat laut Nablus untuk memudahkan serbuan peneroka Yahudi ke tapak arkeologi bandar itu,” kata Datuk Bandar Sebastia, Mohamed Azem kepada agensi berita WAFA.

Beliau menambah bahawa 200 peneroka Yahudi yang dilindungi oleh Rejim Zionis telah menyerbu tapak arkeologi selepas tentera Israel menyekat dan menghalang warga Palestin daripada sampai ke tapak itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas memperingati ulang tahun ke-49 kemenangan perang Oktober

Selasa, 11-10-2022 – Pergerakan Hamas pada hari Khamis menegaskan bahawa negara-negara Arab dan Islam dengan semua komponen mereka, adalah tulang belakang yang menjadi tempat rakyat Palestin bergantung semasa perjuangan mereka untuk mendapatkan semula hak dan membebaskan tanah mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada ulang tahun ke-49 kemenangan perang Oktober terhadap Israel, pergerakan itu menegaskan bahawa menggalakkan tindakan bersama untuk menyokong rakyat Palestin dan penentangan dengan segala cara yang mungkin adalah satu-satunya cara untuk pembebasan dan kembali ke Palestin.

“Pada ulang tahun ini, negara-negara Arab diingatkan tentang keteguhan dan penentangan mereka terhadap pencerobohan Zionis,”. Gerakan itu menggariskan sambil menambah bahawa ulang tahun itu datang sebagai amaran tentang kesan serius daripada percubaan untuk mengintegrasikan entiti perampas kuasa ke rantau ini yang menimbulkan bahaya sebenar kepada keselamatan, kestabilan dan sumber rantau ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin terbunuh, yang lain cedera dalam pertelingkahan dengan IOF di Nablus

Jumaat, 07-10-2022 – Seorang pemuda Palestin dibunuh dan sekurang-kurangnya lima orang cedera ketika pertelingkahan bersenjata pada petang Rabu di antara pejuang dan tentera rejim zionis (IOF) di timur Nablus.

Kementerian kesihatan Palestin berkata, Alaa Zaghal yang berusia 21 tahun cedera yang membawa kematian setelah IOF melepaskan tembakan ke kepalanya di kampung Deir al-Hatab di timur Nablus.

Sebelum itu, kementerian kesihatan berkata, tiga orang pemuda cedera, dan salah seorang daripada mereka yang dalam keadaan kritikal tiba di Hospital Rafidia Hospital di Nablus susulan dari pertelingkahan dengan IOF di kawasan Deir al-Hatab.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Pelajar Sekolah Cedera dalam Serangan Gas Pemedih Mata di Al-Khalil

Jumaat, 07-10-2022 – Puluhan pelajar sekolah (bawah 14 tahun) cedera pada hari Rabu apabila Rejim Zionis melancarkan serangan gas pemedih mata ke atas mereka di kawasan selatan Bandar al-Khalil.

Pengetua Sekolah Rendah al-Khalil, Qusay al-Ja’bari berkata tentera Israel menghujani pelajarnya dengan gas pemedih mata ketika mereka meninggalkan sekolah dan berjalan di kawasan selatan dan berhampiran Masjid Ibrahimi.

Beliau menambah puluhan pelajar terdedah kepada gas pemedih mata itu dan beberapa yang lain cedera dalam rempuhan akibat serangan Rejim.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera terkena tembakan Israel

Jumaat, 07-10-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera di kakinya akibat terkena peluru logam bersalut getah yang dilepaskan oleh rejim Zionis semasa serbuan di bandar el-Bireh pada hari Rabu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa krunya merawat seorang kanak-kanak berusia 14 tahun yang ditembak dengan peluru di kakinya semasa konfrontasi dengan tentera rejim di kawasan Jabel al-Tawil di bandar itu.

Askar Zionis menyerbu bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat pada setiap hari dan menangkap rakyat Palestin yang “dikehendaki”. Serbuan biasanya membawa kepada pertempuran dengan lelaki muda dan kematian dilaporkan hampir pada setiap hari.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Cedera, Ditahan di Utara Ramallah

Khamis, 06-10-2022 – Seorang pemuda Palestin cedera pada petang Selasa selepas dia didakwa cuba merempuh kereta berhampiran persimpangan jalan penempatan Ofra, utara bandar Ramallah di Tebing Barat.

“Seorang pemuda Palestin cedera di bahagian belakang badan selepas kenderaannya berhenti berhampiran serangan yang disyaki merempuh kereta,” lapor saluran televisyen Israel Reshet Kan, sambil menambah bahawa suspek seorang warga Palestin telah ditangkap.

Sementara itu, menurut radio tentera Israel seorang pegawai Israel cedera ringan pada kaki di tempat kejadian yang sama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar kenyataan PM UK yang menyokong Israel

Khamis, 06-10-2022 – Gerakan Hamas pada Selasa mengecam kenyataan Perdana Menteri Britain Liz Truss yang menyokong zionis dan rejim Israel, menyifatkan kenyataan itu sebagai berat sebelah.

“Kenyataan sedemikian tidak akan melemahkan rakyat Palestin,” jurucakap Hamas Jihad Taha memberitahu PIC, menekankan yang pendirian PM Truss hanya akan meningkatkan keazaman warga Palestin untuk menghadapi polisi penjenayah Israel.

Jurucakap Taha mengesahkan yang pendirian Tuss memberi lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan jenayah ke atas rakyat Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel gandakan penutupan kawasan sempena Yom Kippur

Khamis, 06-10-2022 – Israel menutup beberapa kawasan kejiranan dan jalan-jalan di Baitulmuqaddis yang diduduki pada hari Selasa untuk menandakan Yom Kippur (hari pendamaian), hari paling suci dalam kalendar Yahudi.

Sumber tempatan melaporkan bahawa penutupan itu mengakibatkan sekatan ke atas pergerakan penduduk Baitulmuqaddis di beberapa kawasan di bandar itu.

“Polis Israel memasang blok simen dan meletakkan reben merah di sekitar bandar Jabal al Mukabbir selain menyekat salah satu pintu masuk kejiranan Wadi al-Rababah di bandar Silwan di selatan Masjid Al-Aqsa,” tambah sumber itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

5 tahanan Palestin meneruskan mogok lapar di dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin.

Rabu, 05-10-2022 – Lima tahanan Palestin meneruskan mogok lapar pada hari ketiga di dalam penjara Pihak Berkuasa Palsetin pada hari Selasa, menurut Ketua Peguam Keadilan, Muammad Karajah. Lima tahanan memulakan mogok lapar pada tiga hari lepas dalam bantahan ke atas penahanan mereka di penjara Beitunia di Tebing Barat di bandar Ramallah selepas menerima tuduhan jenayah menurut Karajah dalam satu sidang media di Ramallah.

Karajah turut mengesahkan kesihatan lima tahanan berada di tahap bahaya akibat kemerosotan kesihatan disamping di siksa di dalam penjara Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul