Isnin, 26-09-2022 – Rejim Zionis Israel telah memusnahkan 3 rumah milik warga Palestin di kawasan Rashaida Baduin di Barat Utara Jericho pada pagi Isnin.
Hassan Meihat dari Persatuan al-Baydar untuk mempertahankan hak Baduin berkata rejim Zionis Israel menyerbu kawasan tersebut dan memusnahkan tiga buah rumah milik penduduk tempatan Palestin.
Operasi pemusnahan ini adalah sebahagian dari polisi pembersihan etnik ke atas komuniti Baduin melanggar hak kemanusiaan dan konvensyen antarabangsa menurut beliau lagi.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Isnin, 26-09-2022 – Pejuang penentangan Palestin melakukan dua operasi menembak terhadap pasukan Rejim Zionis di kawasan berbeza di Jenin.
Menurut media Hebrew, lelaki bersenjata warga Palestin telah melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera Salem di barat Jenin.
Jurucakap tentera Israel berkata bahawa sejumlah peluru ditemui di dalam pangkalan berkenaan selepas tentera mendengar tembakan dan menggeledah kawasan itu, sambil menambah usaha memburu penembak telah dilancarkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 26-09-2022 – Pihak berkuasa pendudukan Israel pada Khamis merobohkan bangunan milik warga Palestin di komuniti al-Rakiz berhampiran perkampungan al-Tuwana di Masafer Yatta, selatan bandar al- Khalil di Tebing Barat.
Menurut Fuad Al -Amor, penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan, rumah seluas 80 meter persegi yang dimiliki Ashraf Al-Amour, telah dirobohkan oleh tentera Israel yang menyerbu kawasan itu dan mengepung rumah serta menghalang rakyat daripada mendekatinya.
Pada tahun 1999, Israel mengisytiharkan sebilangan komuniti Masafer Yatta sebagai “zon menembak”, yang menimbulkan risiko pengusiran paksa kepada hampir 700 warga tempatan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Isnin, 26-09-2022 –Seorang pegawai polis Israel menembak mati seorang pemuda Palestin atas alasan beliau melakukan serangan tikaman dekat pos pemeriksaan tentera Beit Sera di barat daya kota Ramallah pada petang Khamis.
Empat pendatang Yahudi dilaporkan cedera atau mengalami kesusahan bernafas ketika serangan tikaman dekat penempatan haram Modi’in.
Menurut media Bahasa Ibrani, lima pendatang Yahudi cedera dalam serangan itu, manakala tiga lagi mengalami kesukaran bernafas setelah terhidu semburan lada.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 26-09-2022 – Mengulas penangkapan dan penahanan hari ini dan dalam tempoh seminggu ini, penjaga tetap Al-Quds yang diusir dari Masjid Al-Aqsha, Ziinah Amru mengatakan, “Tujuan dari penangkapan ini dan tindakan penahanan adalah untuk mengosongkan Masjid Al-Aqsha daripada para aktivis dan anggotanya.”
Semakin dekatnya hari raya Yahudi, Israel mensasarkan penduduk dengan serangkaian penangkapan dan penahanan dari Masjid Al-Aqsa.Ziinah Amru merupakan salah seorang wanita yang ditempatkan yang diusir oleh penjajah setelah penangkapannya dan kemudian dibebaskan.
Al-Murabitat Amru menjelaskan bahawa tindakan ini telah dibuat selama bertahun-tahun kerana penjajah melihat bahawa Al-Murabitat dan Al-Murabitin mempunyai kekuatan di dalam Masjid Al-Aqsha.Mereka merupakan batu penghalang dalam menghadapi projek-projek Yahudinisasi dan serangan para penduduk Yahudi.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Isnin, 26-09-2022 – Kerajaan Israel pada hari Khamis memperuntukkan lebih dua juta syikal untuk mewujudkan projek penempatan baharu selepas meluluskan pembinaannya di Baitulmuqaddis yang diduduki.
Ze’ev Elkin, Menteri Hal Ehwal Baitulmuqaddis Israel, memperuntukkan 2,500,000 syikal untuk membina projek penempatan baharu di jalan utama Kota Lama Baitulmuqaddis.
Elkin mendakwa bahawa keputusan ini datang “untuk melindungi jalan selepas retakan muncul di permukaannya” disebabkan penggalian yang dilakukan oleh Persatuan Elad.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 23-09-2022 Seorang pemain catur Lubnan pada Rabu menarik diri daripada Kejohanan Catur Dunia yang diadakan di Georgia setelah beliau ditetapkan untuk menentang pemain dari Israel.
Pemain Lubnan itu Sally Hamada enggan bermain menentang pemain Israel sebagai membantah normalisasi dengan Israel, demikian menurut ketua delegasi Lubnan, Jamal Shamiya, yang menekankan keengganan untuk mengiktiraf Israel atau menormalisasikan hubungan dengan Israel.
Pada Ogos sebelum ini, pemain Lubnan Charbel Abu Daher telah menarik diri daripada Kejohanan Seni Bela Diri Campuran Dunia, kerana enggan menentang pemain Israel. Pada tahun lepas, rakan senegaranya, Abdullah Miniato, menarik diri dari kejohanan sama di Bulgaria kerana enggan menentang pemain Israel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 23-09-2022 – Tokoh-tokoh terkemuka Baitulmuqaddis pada hari Rabu memberi amaran tentang percubaan berterusan Israel untuk meyahudikan tembok timur masjid al-Aqsa.
Penyelidik Baitulmuqaddis, Radwan Amr menganggap keputusan Israel membenarkan pelampau Yahudi meniup trompet di tanah perkuburan Bab Al-Rahma sebagai permulaan untuk membenarkan upacara dan sembahyang Yahudi dilakukan berhampiran tembok timur, sama seperti Tembok Al-Buraq.
Amr menyeru untuk melindungi seluruh tanah perkuburan Bab al-Rahma, yang terletak berhampiran dinding timur masjid suci itu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 22-09-2022 – Satu mesyuarat besar-besaran akan diadakan untuk kumpulan-kumpulan Palestin pada minggu pertama Oktober depan di Algeria untuk mengenalpasti a cara-cara memulihkan perpecahan dalaman Palestin.
Duta Palestin ke Algeria Fayez Abu Aita memberitahu Radio Suara Palestin yang beberapa siri perbincangan di antara wakil-wakil kumpulan telah bermula di Algiers sebelum mesyuarat yang lebih terperinci pada awal Oktober.
Abu Aita menyuarakan harapan agar usaha Algeria berjaya bagi mendapatkan formula sepakat di kalangan kumpulan-kumpulan untuk mencapai kesatuan kebangsaan dan mengakhiri perpecahan yang telah lama berlaku di Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 22-09-2022 – Pejuang penentangan Palestin melakukan dua operasi menembak terhadap pasukan Rejim Zionis di kawasan berbeza di Jenin.
Menurut media Hebrew, lelaki bersenjata warga Palestin telah melepaskan tembakan ke arah pangkalan tentera Salem di barat Jenin.
Jurucakap tentera Israel berkata bahawa sejumlah peluru ditemui di dalam pangkalan berkenaan selepas tentera mendengar tembakan dan menggeledah kawasan itu, sambil menambah usaha memburu penembak telah dilancarkan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 22-09-2022 – Pasukan penjajah Israel, Selasa (20/9) menjalankan operasi penangkapan besar-besaran di Tebing Barat dan Al-Quds. Seramai 13 warga Palestin ditangkap setelah menggeledah rumah mereka dan memeriksa serta melakukan soal-siasat. Beberapa sumber tempatan melaporkan, penangkapan terpusat di Ramallah (Tebing Barat Tengah), Betlehem (selatan) dan Al-Quds terjajah.
Pihak militan Israel mengatakan bahawa anggota mereka menjadi mangsa lontaran batu, ketika melakukan penggeledahan ke beberapa kawasan di Tebing Barat. Disebutkan, salah seorang tentera dibawa ke hospital setelah terkena batu dalam pertempuran di Qurah Badwi, Barat Daya Al-Quds.
Pasukan penjajah Israel menjalankan operasi penangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat dan Al-Quds, kemudian membawa mereka yang ditangkap ke pusat soal-siasat sebelum dipindahkan ke pusat penahanan atau ke penjara.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Khamis, 22-09-2022 – Perkembangan serius berlaku dalam beberapa jam lalu mengenai kesihatan banduan warganegara Palestin yang dijangkiti kanser, Nasser Abu Hamid, yang berdepan kematian di rumah sakit penjara Ramla, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
“Abu Hamid mula mengalami lumpuh hampir keseluruhan badan, sakit teruk pada tulang belakang dan komplikasi kesihatan lain,” kata PPS dalam satu kenyataan pada hari Selasa.
PPS menegaskan bahawa tiga saudara lelakinya dapat melawatnya hari ini di penjara Ramla berikutan tekanan daripada banduan lain terhadap penjara Israel, sambil menambah bahawa mereka dibenarkan melihatnya di bilik pelawat semasa mereka digari dan diiringi oleh lapan orang pegawai penjara.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 21-09-2022 – Rejim Zionis menyerang beberapa rumah milik orang awam Palestin di Tebing Barat al-Khalil pada petang Isnin.
Rejim itu menyerbu beberapa rumah milik keluarga al-Haymouni di al-Khalil, menggeledah rumah dan merosakkan harta benda mereka. Sementara itu, tentera Israel menyediakan pusat pemeriksaan sementara di persimpangan utama al-Khalil dan mengenakan sekatan ke atas pergerakan kenderaan Palestin.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 21-09-2022 – Suruhanjaya Tahanan dan bekas Tahanan Palestin berkata, tahanan Palestin Ayham Kamamji menderita akibat pelbagai masalah kesihatan di penjara Eshel, tetapi beliau cuma diberi ubat penahan sakit.
Dalam kenyataan pada Isnin, suruhanjaya itu menjelaskan bahawa tahanan Kamamji, yang sedang ditahan di sel pengasingan, mengadu sering sakit kepala, vertigo, sakit di mata dan bahu, dan darah tinggi. Keadaan kesihatannya semakin teruk sejak disoal siasat secara agresif di pusat tahanan Jalamah.
Suruhanjaya itu menuduh perkhidmatan penjara Israel menangguhkan rawatan perubatan untuk beliau.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 21-09-2022 – Pasukan penjajah Zionis membebaskan Pengarah Masjidil Aqsha, Syeikh Umar al-Kaswani, setelah beberapa jam ditahan.
Sebelumnya pasukan polis Israel bersama pasukan perisikan menggeledah rumah Syeikh al-Kaswami di kota al-Thur dan menyita telefon dan komputer kemudian membawanya ke pejabat pusat soal siasat di kota Al-Quds.
Penangkapan Syeikh al-Kaswani disebabkan pernyataannya di beberapa media dan membongkar pelanggaran Israel terhadap Masjidil Aqsha.
Beberapa hari sebelumnya Syeikh al-Kaswani mendapat ancaman dari pihak perisikan Israel untuk menahannya dari Masjidil Aqsha jika terus menyampaikan pernyataan kepada media yang dilihat mengganggu pemerintahan Israel dan tidak dapat diterima pihak zionis.
Penjajah zionis terus melancarkan tindakan Yahudinisasi terhadap kota Al-Quds dan berusaha mengambil pentadbiran penuh Masjidil Aqsha melalui penahanan para tokoh di Al-Quds dan para aktivis yang menentang dan melawan tindakan Zionis.Ia termasuk beberapa aktivis dan pegawai Masjidil Aqsha ditahan dan dilarang masuk ke Al-Aqsha dalam tempoh seminggu hingga 6 bulan.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman