Categories
Berita Semasa

Ahli seni bela diri Kuwait enggan menentang lawan dari Israel di Hungary

Khamis, 26-05-2022 – Ahli seni bela diri Kuwait Nasser al-Faraj menarik diri daripada kejohanan jiu-jitsu yang diadakan di ibu negara Hungary, Budapest, setelah menolak untuk menentang lawan dari rejim Israel.

Faraj ialah seorang ahli seni bela diri profesional Kuwait dan telah mewakili negaranya dalam banyak kejohanan antarabangsa. Beliau memenangi tempat kedua di kejohanan jiu-jitsu Manchester yang diadakan pada Mac 2020.

Penyertaan para pemain Kuwait di acara sukan antarabangsa telah menyaksikan penarikan demi penarikan apabila undian perlawanan melibatkan pemain Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tahanan Mogok Lapar Dipindah Ke Hospital

Khamis, 26-05-2022 – Mahkamah Israel pada Isnin memutuskan pemindahan tahanan Palestin mogok lapar, Khalil Al-Awawdeh ke hospital awam berikutan kesihatannya yang merosot.


Menurut Yayasan Muhjat Al-Quds, mogok lapar yang dilakukan Awawdeh, 40 tahun, memasuki hari ke-82, sebelum dihantar ke Hospital Assaf Harofeh.


“Awawdeh dibawa ke mahkamah berkerusi roda, dan kesihatannya jelas merosot,” tambah mereka, sambil menambah dia hampir tidak mengenali peguamnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Membenarkan amalan Talmud di al-Aqsa tidak boleh diterima

Khamis, 26-05-2022 – Jawatankuasa Islam-Kristian Menyokong Baitulmuqaddis dan Tempat Sucinya pada hari Isnin mengecam keputusan Mahkamah Majistret Israel membenarkan penceronoh Yahudi melakukan ritual amalan kitab Talmud di halaman Al-Aqsa, menyifatkan ia sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap tapak suci Islam.


Jawatankuasa Islam-Kristian dalam satu kenyataan akhbar berkata keputusan sedemikian merupakan satu provokasi terhadap umat Islam di seluruh dunia, memberi amaran bahawa keputusan ini bertujuan mengubah status quo di Masjid Al-Aqsa.


Mahkamah Israel tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawas hal ehwal Masjid Al-Aqsa,” jawatankuasa tersebut mengesahkan, sambil menambah bahawa Israel mesti bertanggungjawab di atas kesan keputusan ini.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haniyyah: Pembunuhan Tokoh Palestin Akan Meperluaskan Konfrontrasi

Selasa, 24-05-2022 – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyah mengirim surat kepada sejumlah pemimpin beberapa negara untuk menyampaikan bahaya rancangan penjajah Zionis melakukan pembunuhan terhadap para pimpinan pejuang Palestin serta kesannya terhadap tindakan tersebut.

Hal itu disampaikan penasihat biro media Haniyah, Thahir al-aNono,yang menyampaikan pesan Haniyah dalam suratnya bahawa Hamas terus memantau pernyataan penjajah Zionis dan tindakannya untuk melakukan pembunuhan terhadap pimpinan Hamas, termasuk Yahya al-Sinwar, Shalih al-Aruri, Mohamad Dhaif, Zahir Jabarin dan lainnya.

Al-Nono menyebutkan, “Haniyah mengingatkan kesan buruk dari tindakan tersebut adalah reaksi besar yang akan dilakukan oleh rakyat Palestin yang akan meledak konfrontasi menyeluruh, dimana musuh perlu membayar harga mahal yang tak dapat dinilai.”

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Dua tahanan meneruskan mogok lapar di penjara Israel

Selasa, 24-05-2022 – Tahanan Palestin, Khalil Awawda, 40, meneruskan mogok lapar untuk hari ke 77 dan tahanan Raed Rayan, 27, untuk hari ke 41 pada Rabu sebagai bantahan penahanan mereka tanpa bicara.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan memberi amaran tentang keadaan kesihatan Rayan yang semakin teruk. Para tahanan Palestin di penjara Ofer enggan makan pada awal minggu ini sebagai tanda kesatuan dengan tahanan yang mogok lapar.

Suruhanjaya mengesahkan yang Raya sakit kepala dan sendi, perut, kelesuan, muntah berterusan dan bergerak menggunakan kerusi roda.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis lepaskan tembakan ke arah sekolah perempuan di selatan Nablus

Selasa, 24-05-2022 – Pasukan tentera rejim Zionis melepaskan tembakan di dalam sebuah sekolah menengah untuk kanak kanak perempuan Palestin di perkampungan Duma, selatan Nablus pada hari Rabu.

Suleiman Dawabshe, ketua majlis kampung, berkata bahawa tentera rejim melepaskan peluru hidup di halaman sekolah. Tambahnya, pelajar perempuan di sekolah Akram Hallum itu ketakutan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Yahudi Cemari Masjid Al-Aqsa

Selasa, 24-05-2022 – Puluhan peneroka Yahudi telah memasuki Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu dan mengelilingi lamannya di bawah kawalan ketat pasukan polis.

Sumber setempat mengesahkan bahawa kumpulan peneroka memecah masuk ke dalam masjid melalui Pintu Maghariba dan melakukan sembahyang Talmud. Para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount ketika lawatan itu, tambah sumber berkenaan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Nelayan Palestin cedera akibat tembakan Mesir di selatan Gaza

Selasa, 24-05-2022 – Seorang nelayan Palestin cedera akibat tembakan bot tentera laut Mesir, di laut Rafah, pada Rabu. Sumber media Palestin melaporkan bahawa seorang nelayan berusia 21 tahun cedera terkena tembakan di kaki kiri ketika menangkap ikan di atas bot nelayan kecil di luar pantai Rafah.

Nelayan itu dibawa ke Hospital Syahid Abu Youssef Al-Najjar untuk rawatan, di mana keadaannya digambarkan sebagai “sederhana”.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Robohkan Rumah

Selasa, 24-05-2022 – Rejim Zionis merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di Dar Salah, Timur Bethlehem pada Rabu. Sumber tempatan melaporkan, rumah milik Mohammed Awad yang dirobohkan itu terletak berdekatan Tembok Pemisah apartheid.

Menurut Rejim Zionis, tindakan itu diambil berikutan pembinaannya tanpa permit.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Pelampau Isreal Seru Pemusnahan Kubah Batu

Khamis, 19-05-2022 – Seorang peneroka pelampau Israel menyeru usaha merobohkan Kubah Batu di Masjidil Aqsa di Jerusalem pada hari Selasa. Pemimpin kumpulan pelampau Israel Lehava, Bentzi Gopstein, telah menyuarakan hasrat untuk memusnahkan Kubah Batu sambil menyeru peneroka Yahudi untuk mengambil bahagian dalam perarakan bendera tahunan yang dipanggil akhir bulan ini di Kota Lama Jerusalem.

Peneroka pelampau telah menyatakan semula seruan untuk penyertaan besar-besaran dalam perarakan bendera dan aktiviti berkaitan yang bertujuan untuk menggalakkan rancangan Judaisasi di kota suci itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOA akan ramas 40 dunum di barat Bethlehem

Khamis, 19-05-2022 – Pada Selasa, rejim zionis (IOA) menyerahkan notis mengarahkan rampasan kawasan seluas 40 dunum di kampung Wadi Fukin, barat Tebing Barat kota Bethlehem.

Ketua kampung Fukin berkata dalam kenyataan akhbarnya, yang IOA menyerahkan notis arahan itu ke atas tanah pertanian milik rakyat Palestin.

“Sepuluh dunum daripada tanah yang diancam untuk dirampas dimiliki oleh warga tempatan Othman al-Hroub, manakala 30 dunum dimiliki oleh keluarga Sukkar dan Ateyya,” beliau menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin menderita akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran di al-Khali

Khamis, 19-05-2022 – Beberapa pemuda Palestin menderita akibat terhidu gas pemedih mata semasa pertempuran pada pagi Selasa dengan Regim Zionis Israel (IOF) di kawasan berbeza di wilayah al-Khalil.

Saksi mata memberitahu Quds Press bahawa IOF secara intensif melepaskan bom tangan bius dan gas pemedih mata ke arah pelajar sekolah di kem pelarian al-Arroub di utara al-Khalil selepas mereka mengadakan perarakan untuk mengenang rakan sekelas yang terbunuh yang ditembak mati oleh tentera Israel tahun lepas.

Mereka menambah bahawa pertempuran ganas berlaku di jalan-jalan berbeza selepas IOF menyerang perarakan, melepaskan peluru hidup dan menyerbu beberapa rumah di kem itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Salah mungkin akan hilang penglihatan dan memori

Khamis, 19-05-2022 – Sumber keluarga melaporkan pada hari Selasa bahawa tahanan Palestin berusia 70 tahun, Abdulrahman Salah mengalami keadaan kesihatan yang serius dan mungkin kehilangan penglihatan dan ingatan.

Menurut anak perempuannya Rasha, banduan bernama Salah itu mengalami masalah penglihatan yang lemah dan kelewatan mendapatkan rawatan mungkin menyebabkan dia buta.

Dia menambah bahawa pentadbiran penjara Israel mendakwa bahawa tiada rawatan tersedia untuk keadaannya. Rasha memberitahu Quds Press bahawa pentadbiran penjara Israel dengan sengaja menafikan rawatannya, menyeru supaya mengenakan tekanan agar dia dibebaskan segera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tahanan Abhu Hamid berada dalam  kesihatan yang serius

Khamis, 19-05-2022 – Tahanan yang menghidap kanser,  Nasser Abu Hamid berada dalam kesihatan yang kritikal dan menggunakan tabung oksigen untuk pernafasan. Ini yang dilaporkan oleh Jawatankuasa warga tahanan dan bekas tahanan pada hari Selasa baru baru ini.

Peguam Jawatankuasa tersebut, Kareem Ajwa mengesahkan tahanan Abu Hamid telah diletakkan di kerusi roda dan menggunakan tabung oksidgen ketika pertemuan beliau di pusat rawatan di dalam penjara Ramla.Menurut beliau lagi, tahanan tidak mampu untuk berjalan ataupun bercakap ketika  pertemuan tersebut dan telah mengalami penurun berat badan sebanyak 20 kilogram.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Wartawan Palestin di Istanbul Protes Pembunuhan Abu Akleh

Rabu, 18-05-2022 – Wartawan Palestin menganjurkan perhimpunan di hadapan Konsulat Israel di Istanbul pada hari Khamis sebagai protes terhadap pembunuhan Shireen Abu Akleh, wartawan Al Jazeera di Palestin ketika beliau membuat liputan pasukan Israel yang menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat pada hari Rabu.

“Perhimpunan itu diadakan sebagai mengutuk jenayah berdarah Israel terhadap rakan sekerja kami Shireen Abu Akleh,” kata pengurus pejabat Al Jazeera Media Network di Turki, Abdul Azim Mohammed kepada Quds Press sambil menegaskan bahawa jenayah kejam itu tidak boleh terlepas dari hukuman.

Wartawan Palestin, Abdullah Al-Saafin memberitahu Quds Press bahawa menyasarkan Abu Akleh secara terancang adalah percubaan untuk mengekang pengaruhnya. Beliau menambah bahawa pembunuhan Israel terhadap Abu Akleh tidak akan menghalang wartawan Palestin daripada membuat liputan tentang jenayah Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar