Categories
Berita Semasa

Meskipun Berlaku Pemotongan Tempatan, A.S. Memberikan Bantuan Kepada Israel Sehingga $25 Juta Dalam Perancangan Belanjawan

Selasa, 21-02-2012 – Satu penelitian terhadap unjuran belanjawan A.S. yang dikemukan oleh Presiden Barack Obama kepada Kongres A.S. minggu ini menunjukkan bahawa walaupun berbilion dolar akan dipotong daripada program tempatan dan ketenteraan A.S., bantuan tahunan kepada Israel tidak terjejas, dan hal ini termasuk peningkatan $25 juta sejak tahun yang lepas.

Pada tahun lepas, kerajaan A.S. memberikan $3.075 bilion ketika bantuan tanpa had kepada Israel, dan unjuran belanjawan untuk tahun ini merangkumi $3.1 bilion. Bantuan ini diberikan sebagai tambahan kepada sekitar $ 3 bilion dalam jaminan pinjaman, yang mana, tidak seperti pinjaman-pinjaman lain, pinjaman ini tidak perlu dibayar balik.

Pemotongan dalam belanjawan Kongres ini termasuk pemotongan 18% bantuan kepada bekas republik Soviet di Eropah Timur, semuanya mempunyai GDP yang lebih rendah daripada Israel. Malah, Israel adalah satu-satunya negara yang menerima bantuan A.S. yang berada di atas peratusan ke-50 dari segi ekonomi – Israel berada pada kedudukan yang paling kaya satu pertiga daripada negara-negara di dunia.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

6 Tercedera Serangan Zionis Ke atas Gaza.

Selasa, 21-02-2012 – Enam orang rakyat Palestin cedera akibat satu siri serbuan Zionis mensasarkan rintangan berhampiran tapak Durra hospital di bandar Gaza dan berakhir di pusat Gaza tanpa kecederaan.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin berkata,:Helikopter milik tentera menduduki terhadap laman hospital Durra mati syahid bernama Izz Adden Alqassam berhampiran Timur Gaza,mencatat bahawa pejuang kebebasan yang disasarkan ditempat yang di bom lepas selepas sahaja ketibaan krew ambulans dan pertahanan awam kepadanya,mencederakan 6 orang termasuk pegawai perubatan untuk perkhidmatan perubatan dan jururawat di hospital.

Hospital Durra dan rumah-rumah berhampiran kawasan sasaran telah rosak,sepertimana yang didengari letupan bom di beberapa kawasan sasaran.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Kairos Kanada: Kerajaan Kanada mesti menggesa Israel menyambung semula perbincangan damai dalam undang-undang antarabangsa

Selasa, 21-02-2012 – Menurut kumpulan KAIROS Canada dalam satu kenyataannya dipetik berkata kerajaan Kanada boleh memainkan peranan yang positif di Timur Tengah dengan mendesak Israel menyambung semula perbincangan damai dengan rakyat Palestin.

“KAIROS: Ecumenical Justice Initiatives Kanada percaya yang kerajaan Kanada boleh memainkan satu peranan yang positif di rantau ini dengan mendesak kerajaan Israel menyokong perbincangan damai yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa. Ini termasuk sokongan Kanada baru untuk konsensus antarabangsa lama wujud bahawa satu negara Palestin ditubuhkan dalam sempadan-sempadan pra 1967,” dalam kenyatannya.

Kumpulan ini turut menyatakan yang Kanada harus menghormati kewajipan-kewajipan antarabangsa dengan menggunakan lebih banyak usaha membawa dua pihak kembali ke rundingan-rundingan dengan mengemukakan dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa,ini bakal menunjukkan yang Kanada dengan rasminya menyokong penyelesaian dua-negeri berdasarkan undang-undang sempadan-sempadan pra 1967.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Jentolak Milik Israel Musnahkan Taman Permainan di Silwan

Selasa, 21-02-2012 – Jentolak-jentolak milik Israel dari Majlis Perbandaran Jerusalem telah memusnahkan sebuah taman permainan pada pagi hari Isnin, dikawasan Wadi Hilweh, Silwan, Timur Jerusalem, dan khemah rusuhan di Silwan juga telah dikeluarkan.

Wakil-wakil yang digelar sebagai Penguatkuasa “Taman Asli”, disertai oleh pegawai-pegawai perbandaran, menceroboh kawasan tersebut dan mengarahkan agar jentolak-jentolak itu memusnahkan taman permainan itu, laporan dari sumber-sumber tempatan.

Selain itu, pihak perbandaran juga telah mengeluarkan kem rusuhan yang didirikan oleh penduduk asal Palestin di Silwan pada tahun 2007 bertujuan untuk membantah pengambilan rumah warga Palestin secara haram oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang membiayai aktiviti-aktiviti penempatan haram Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Seruan Baru Untuk Menggempur Al-Aqsa di Waktu Pagi.

Selasa, 21-02-2012 – Pusat Media Baitulmaqdis memberi amaran bahawa niat pihak Zionis bahawa sekumpulan wanita akan menggempur masjid Al-Aqsa dari pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pago pada hari Selasa 14 februari 2012.

Pusat media menjelaskan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu bahawa yang kononnya ‘forum wanita untuk masjid itu’ yang telah dipengerusikan oleh Zionis,Einat Ziff dan Rifka Shimon,bertujuan untuk mengawal selia pepecahan yang berterusan melalui peruntukan maksimum 2 hari dalam sebulan untuk pencemaran di masjid.

Beliau menambah jemputan telah dialamatkan kepada Zionis Ortodoks khususnya untuk serangan Zionis untuk Masjid Al-Aqsa.Telah menjelaskan ketua Zionis A’TI alyasour,adalah yang akan menjadi ketua kumpulan yang akan menyerbu di Masjid Al-Aqsa dan perlesenan dan perlindungan polis kepada sekumpulan wanita itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tangkap 4 nelayan Palestin

Selasa, 21-02-2012 – Jabatan Perikanan, Kementerian Agrikultur berkata pada Isnin lepas bahawa kapal-kapal tentera laut rejim Zionis telah memintas beberapa buah bot nelayan milik rakyat Palestin dan menahan 4 orang nelayan di persisiran Selat Gaza.

Dalam kenyataannya, kementerian tersebut memaklumkan bahawa kapal tentera laut rejim Zionis yang lengkap bersenjata telah memintas dua buah bot, satu daripadanya berdekatan dengan Pelabuhan Gaza manakala sebuah lagi dipintas di bahagian utara selat itu semasa mereka sedang memancing pada jarak 2 batu nautika.

Katanya lagi, tentera laut rejim Zionis telah menahan nelayan-nelayan terbabit dan bot mereka serta memberi amaran bahawa pihak berkuasa rejim Zionis bertanggungjawab terhadap nyawa mangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Haneyya berbincang dengan Presiden UAE tentang perkembangan Palestin

Khamis, 16-02-2012 – Palestin Perdana Menteri Ismail Haneyya pada hari Isnin telah berbincang dengan presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed tentang perkembangan terkini Palestin di hadapan pegawai kanan termasuk timbalan beliau Sheikh Mohammed Bin Rashed Al-Maktoum.

Haneyya mempunyai dialog yang membina dengan Sheikh Khalifa atas beberapa topik penting yang menduduki tempat teratas tentang masa depan sebab Palestin, proses perdamaian, dan isu-isu Baitulmuqaddis serta banduan.

Perdana Menteri menerangkan syarat-syarat yang sukar di Semenanjung Gaza akibat pengepungan Israel terutama kegagalan kuasa dan kesannya terhadap sektor penting.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyah berkongsi perkembangan Palestin bersama Presiden UAE

Khamis, 16-02-2012 – PM Palestin, Ismail Haniyah telah bertemu dengan Presiden UAE, Syeikh Khalifah ben Zaed Alu Nahyan. Turut hadir ialah PM UAE, Syeikh Muhammad bin Rashid Alu Maktum, serta Menteri Kehakiman. Beberapa persoalan telah dibincangkan dalam pertemuan itu terutamanya masa depan Palestin, rekonsiliasi nasional, persoalan al-Aqsa dan tawanan rakyat Palestin di penjara Israel. Haniyah turut berkongsi pengalaman menguruskan kesulitan di Gaza dengan pelbagai halangan oleh Zionis.

Syeikh Khalifah komited akan terus membantu Palestin dan bersama membebaskan bumi dari sebarang cengkaman Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel enggan bebaskan peserta mogok lapar

Khamis, 16-02-2012 – Pada petang Isnin, mahkamah ketenteraan Israel memutuskan untuk tidak membebaskan pemimpin Jihad Sheikh Khader Adnan yang telah menjalani mogok lapar selama 58 hari.

Peguam Jawad Bulous berkata, keputusan itu telah dijangka berdasarkan pengalaman-pengalaman pahit dengan mahkamah tentera sebelum ini, beliau menambah, “kami sentiasa pergi ke mahkamah tentera dengan tidak meletakkan harapan.”

Tiada keadilan langsung di dalam keputusan yang tidak mengambilkira keadaan kesihatan tahanan, Adnan yang sedang menghadapi kematian, kata Bulous.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Sebuah Kenderaan Meletup Di Hadapan Kedutaan Besar Israel Di India

Khamis, 16-02-2012 – Kementerian luar Israel, Isnin (13/2) menegaskan bahawa para diplomat Israel di kedutaan besar mereka di India dan Georgia menjadi sasaran serangan.

Sebuah buah kenderaan milik kedutaan Israel di New Delhi meletup, dua orang cedera dalam ledakan tersebut. Pihak polis masih menyiasat punca letupan.  Rajan Baghot menyatakan kepada pihak berita Perancis Press, dua orang tercedera dalam ledakan ini, namun tidak dijelaskan secara terperinci. Pihak kementerian luar Israel di Al-Quds menegaskan berlaku letupan yang mencederakan seorang warga Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu Larijani bincang pembangunan Palestin

Khamis, 16-02-2012 – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya telah mengadakan perbincangan bersama Speaker Majlis Shoura Iran, Dr. Ali Larijani mengenai pembangunan Palestin, terutamanya isu Israel yang mensasar pendudukan di kawasan Baitulmaqdis.

Perbincangan mendalam yang bertempat di bangunan parlimen tersebut merangkumi isu kempen ekstrem Judaization terhadap kawasan pendudukan Baitulmaqdis, yang menambah kepada pengepungan ke atas Gaza dan serangan berterusan di wilayah tersebut.

Haneyya turut menjelaskan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel dan penahanan speaker perlimen Palestin, Dr Aziz Dweik serta pengusiran para timbalan Baitulmaqdis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah

Categories
Berita Semasa

Makhkamah Israel Larang Masjid Nablus Guna Pembesar Suara

Khamis, 16-02-2012 – Makhkamah Agung Israel telah mengeluarkan arahan melarang Masjid perkampungan Burin, dekat selatan Tebing Barat, Nablus daripada menggunakan pembesar suara, juga menghalang penggunaan lampu dari menara masjid.

Radio Israel di sini melaporkan, perintah tersebut dibuat selepas kumpulan pelampau peneroka haram Israel yang berhaluan kanan menghantar gambar yang menunjukkan masjid tersebut yang telah di ubahsuai. Selain itu juga lampu dan pembesar suara dipasang setelah perintah makhkamah yang dikeluarkan 18 bulan yang lalu yang menghalang pembinaan dan pengubahsuain terhadapa masjid tersebut.

Ketua Masjid perkampungan Burin, Alid Eid memberitahu bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa arahan dan mempersoalkan kewujudan undang-undang tersebut dan menambah, ” ia berkaitan dengan motif perkauman,” lapor Rangkaian Berita Palestin.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Gaza bergelap lebih dari 18 jam tanpa bekalan elektrik.

Khamis, 16-02-2012 – Gaza tidak lama lagi akan hanya dibekalkan bekalan elektrik enam jam setiap hari jika tidak dihantar lebih banyak bahan api , pegawai sumber tenaga dipetik berkata pada Isnin.

Pihak berkuasa Gaza, Ahmad Abu al-Amaren dalam satu kenyataan rasminya berkata penghantaran kecil bahan api pada Isnin menghindarkan “blackout” berskala besar, pihak kuasa tidak lama lagi akan terpaksa memperkenalkan satu jadual berkala, dengan memotong bekalan elektrik 16 hingga 18 jam setiap hari.

Satu penyelesaian bagi krisis tenaga elektrik ini bergantung kepada Mesir untuk membenarkan bahan api perlu lulus ke dalam jalur pantai, katanya.

sumber : Maan News
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Mengesahkan Hukuman ke atas Tahanan Mogok Lapar yang Sakit

Khamis, 16-02-2012 – Mahkamah Tentera Israel menolak pada petang hari Isnin lalu rayuan yang telah difailkan oleh Persatuan Banduan Palestin (PPS) terhadap perintah tentera mengurung tahanan yang sakit, Adnan Khader, yang mogok lapar sejak 59 hari bagi membantah pemenjaraan haram.

Mahkamah memutuskan untuk mengesahkan keputusan terhadap Khader sebelum ini, lantas mengarahkan beliau di bawah Tahanan Pentadbiran, tanpa apa-apa caj, untuk 4 bulan tambahan. Ketua Unit Undang-undang di PPS, Peguam Jawad Boulos, menyatakan bahawa pengalaman yang lama dengan mahkamah tentera membuatkan PPS tahu dengan mendalam hasil yang tidak menguntungkan ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Radwan beri amaran rejim Zionis bermain dengan api

Rabu , 15-02-2012 – Dr. Ismail Radwan, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa sebarang pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa akan menyalakan api kemarahan di seluruh rantau itu. Beliau berkata dalam satu
kenyataan pada Ahad lalu bahawa sebarang percubaan untuk merosakkan Masjid al- Aqsa akan mengakibatkan tindak-balas hebat.

Beliau juga menngesa seluruh rakyat Palestin dan semua sayap penentang supaya menentang sebarang percubaan untuk menceroboh ke tapak suci terbabit. Beliau turut menyeru masyarakat Arab dan Muslim untuk mengadakan bantahan. Radwan mengalu-alukan pendirian tentera Mesir yang memberi amaran kepada rejim.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa