
Selasa, 06/11/2012 – Organisasi Wartawan Palestin di Ramallah telah menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan para wartawan di penjara rejim Israel.
Kebimbangan tersebut terutamanya terhadap seorang wartawan Mohammed Al-Taj yang tidak mendapat perhatian kesihatan yang wajar oleh pihak pentadbiran penjara.
Dalam kenyataan pada Ahad, organisasi itu turut menyebut bahawa Taj, 44 telah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun daripada hukuman 14 tahun dan turut terlibat dalam mogok lapar baru-baru ini. Ia turut memberi amaran tentang bahaya kematian jika Taj tidak dibebaskan segera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati












