Categories
Berita Semasa

Meshal : Kami tidak mahu negara bernama yang dikenali dunia.

Jumaat , 24/12/2010 – Pengerusi Biro Politk Hamas menegaskan bahawa gerakan itu mampu menghadapi kekejaman berterusan pihak Zionis, dan menekankan lagi bahawa majoriti warga Palestin dan undang-undang mereka di dalam dan luar negara “yakin bahawa tiada hak Zionis ke atas tanah Palestin, dan pilihan terbaik untuk membebaskannya adalah Hamas dan jihad.”

Mesha’l dalam ucapannya pada sambutan Konvoi Asia 1 di ibu negara Syria, Damsyiq, pada hari Rabu (22 Disember) berkata, “rakyat (Palestin) tidak mahu negara bernama yang diiktiraf di seluruh dunia, tetapi apa yang dimahukan adalah tanah hakiki tanpa penjajah Zionis, dan kebebasan mutlak ke atas tanah Palestin dan ibu negaranya, Al-Quds.”

Ucapan pendahuluannya mengalu-alukan kesemua anggota konvoi dan usaha keras dan berterusan mereka untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza. Beliau berkata, “saya mahu anda tahu bahawa anda semua adalah manusia yang berani dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, kami amat menghargai kesemua kamu dalam konvoi ini, baik lelaki dan perempuan dan apa sahaja bangsa dan agama kamu. Saya maklum bahawa ada di antara kalian adalah individu yang dikenali, tetapi ada di antara kalian ada 2 buah keluarga biasa bersama anak-anak mereka daripada India dan Pakistan. Saya berbesar hati dan ingin menyampaikan kepada warga kalian bahawa seluruh warga Palestin dan Arab mengucapkan penghargaan terima kasih kepada konvoi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Meshaal: Warga Palestin tidak mahu negara hanya pada nama

Jumaat , 24/12/2010 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal berkata pada Rabu bahawa warga Palestin tidak mahu negara hanya pada nama yang diiktiraf dunia, tetapi sebuah negara dengan kuasa autonomi sendiri, tidak dijajah, dan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.

Meshaal berkata pada Rabu dalam ucapan alu-aluan yang hangat kepada Konvoi Asia 1 yang menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, “Anda semua orang yang berani dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi. Beritahulah rakyat anda bahawa warga Palestin dan Arab berterima kasih atas kedatangan konvoi ini.”

“Saya mahu anda semua tahu bahawa Israel adalah tidak sah, kini dan selamanya. Ia merupakan sebuah negara penjajah, pembunuh dan perkauman serta mengetuai keganasan di seluruh dunia. Jenayah Israel bukan hanya di Gaza”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Hamas minta ketua keadilan laksanakan keputusan

Jumaat , 24/12/2010 – Ahli parlimen Hamas di Tebing Barat menghantar mesej kepada ketua keadilan Palestin di Ramallah, Dr Farid Al-Jallad meminta beliau mengambil semua langkah yang perluk untuk mempercepatkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi mengenai pembebasan tahanan di penjara PA di Tebing Barat.

Mesej yang dihantar pada Rabu lalu mengatakan pihak berkuasa PA perlu melaksanakan keputusan mahkamah tinggi dan melaksanakan supremasi undang-undang untuk menjaga reputasi penghakiman dan institusinya.

Dalam perkembangan berkaitan, timbalan ketua Hamas menyindir PA yang mahu memindahkan tahanan yang mogok lapar ke penjara berdekatan daerah tempat tinggal keluarga mereka , sambil menekankan mereka harus segera dibebaskan dan tidak perlu bergerak dari satu penjara ke penjara yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pesawat tempur Zionis Israel terbang aktif di Gaza

Jumaat , 24/12/2010 – Menurut saksi, pesawat tempur Zionis Israel didapati berlegar aktif di Gaza. Mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya serangan oleh Zionis Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. Rakyat Palestin bimbang serangan ke dua selepas serangan awal beberapa hari lalu di kawasan Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Israel memfailkan aduan terhadap PBB berkenaan roket Gaza dalam cara PR baru

Jumaat , 24/12/2010 – Kerajaan haram Israel mengajukan aduan rasmi terhadap PBB berkenaan apa yang disebut “serangan tentera” Palestin terhadap sasaran Israel. Mereka bertegas bahawa Hamas bertanggungjawab ke atas roket yang ditembak dari Semenanjung Gaza.

Kerajaan dalam mesej kepada Setiausaha Agung PBB pada hari Selasa malam meminta PBB agar mengutuk penembakan roket dan mortir tersebut dan menggambarkan mereka seperti dalam “pelanggaran undang-undang antarabangsa”.

Mesej mengabaikan fakta bahawa sejumlah warga di Semenanjung Gaza itu terbunuh dan cedera selama beberapa hari terakhir akibat dari serangan berdarah oleh angkatan udara Zionis Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Cemas, Pejuang Palestin Memiliki Roket “Cornette”

Jumaat , 24/12/2010 – Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel, Ghabi Ashkenazi merasa cemas terhadap Gerakan Pejuang Islam Hamas yang memiliki salah satu senjata paling berbahaya iaitu roket anti besi dan mampu memusnahkan kereta kebal Zionis.

Ashkenazi menjelaskan bahawa roket “Cornette” yang menyerang kereta kebal Israel yang masuk Semenanjung Gaza dua minggu yang lalu “merupakan ancaman utama kepada kenderaan tentera Israel. Ini kerana senjata tersebut adalah roket canggih yang mampu mensasar kereta kebal (Israel).” Oleh itu beliau meminta kementerian pertahanan merubah sistem pengoperasian kenderaan tersebut di dalam Semenanjung Gaza.

Roket “Cornette” buatan Rusia memiliki alat laser dan terdiri dari dua alat peledak, satu untuk menembus besi dan satu lagi meledak di dalamnya, jangkauan roket ini mencapai sekitar enam kilometer.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel mencederakan empat warga

Jumaat , 24/12/2010 – Pesawat tempur Israel melancarkan serangan baru di kawasan Hashashin di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada Selasa malam. Serangan itu mensasarkan sebuah kem latihan Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas.

Adham Abu Salmiya, juru bicara perkhidmatan perubatan, memberitahu PIC bahawa pesawat-pesawat pejuang melepaskan tiga peluru berpandu dan ianya mencederakan empat warga, menggambarkan keadaan mereka sebagai sedikit.

Ia merayu kepada semua pihak untuk mendesak Majlis Keselamatan dan PBB untuk menamatkan program pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pesawat Zionis serang pengkalan Qassam di Rafah

Jumaat , 24/12/2010 –Jet pejuang Zionis melancarkan serangan terbaru pada hari Selasa (21 Disember) ke atas bandar Hasshashin di daerah Rafah (selatan Gaza), yang mensasarkan kem latihan Brigade Ezz Ad-Din Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, sebagai susulan dari serangan pada malam sebelumnya yang mencederakan 3 orang.

Adham Abu Salimah, jurucakap media bagi Biro Tertinggi Ambulans dan Kecemasan dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Zionis telah melepaskan 3 biji bom ke atas kem tersebut, dan 4 orang telah dikejarkan ke Hospital Abu Yousef An-Najjar dengan kecederaan ringan.

Abu Salimah menyeru kesemua pertubuhan untuk mendesak Majlis Keamanan dan PBB supaya bertindak dengan segera untuk menghentikan segala keganasan terhadap warga Palestin di dalam negara mereka sendiri.

Tiga warga Palestin dilaporkan cedera pada serangan malam kelmarin akibat serangan tidak putus daripada pesawat Zionis yang mensasarkan kawasan utara serta selatan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Wikileaks Mendedahkan Persahabatan Fatah-Israel

Jumaat , 24/12/2010 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri memberitahu PIC pada selasa bahawa sebuah dokumen baru yang disiarkan dalam Wikileaks mengesahkan tahap kerjasama keselamatan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Maklumat itu membuktikan bahawa Fatah terlibat dengan perang di Gaza dan menyambung kerjasama dengan Israel untuk menamatkan sayap ketenteraan Hamas, Bridged al-Qassam, melalui agensi keselamatannya di Tebing Barat dan kumpulannya di Semenanjung Gaza.

Laman itu membocorkan dokumen daripada US tentang Fatah memohon presiden Pihak Perkhidmatan Keselamatan Israel (Shin Bet), Yuval Diskin untuk menyerang Hamas, yang berkuasa di Semenanjung Gaza.

Dokumen itu ialah sebah telegram daripada duta US ke Israel, Richard Jones kepada Jabatan Negara US selepas mesyuarat dengan Diskin pada 2007, dan memberitahu bahawa Diskin berkata, “(Fatah) telah sampai kepada tahap sifar… mereka memohon kami menyerang Hamas… ini satu perkembangan baru… Kami tidak pernah melihat perkara ini sebelum ini.. Mereka telah hilang harapan.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Hamas membuktikan kejayaannya untuk kekal bertahan dengan pelbagai tekanan.

Jumaat , 24/12/2010 – Ahli Biro Politik Hamas, Osama Hamdan berkata bahawa pergerakannya hari ini telah membuktikan kejayaan mereka dalam menahan penjajahan, melihat hal ehwal rakyat, dan menguruskan proses politik dan kekal bertahan walaupun ditekan dengan pelbagai tekanan.

Dalam satu kenyataan media di laman web al-Qassam pada Isnin, Hamdan menambah bahawa pertempuran di Gaza ialah satu contoh jelas tentang kekuatan penentangan Palestin kepada operasi terbaru di Tebing Barat, menunjukkan bahawa pergerakan itu mampu beroperasi pad saat genting.

Dia menekankan bahawa Hamas bertambah dekat dari sebelumnya kepada tujuannya, selepas kegagalan proses damai dengan penjajahan Israel dan membuktikan bahawa projek penentangan ialah satu penyelesaian untuk menentang penjajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Pesawat tempur Israel serang kedudukan Qassam

Jumaat , 24/12/2010 – Pesawat pejuang Israel melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke kedudukan Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas Selasa malam semalam, menurut laporan sumber perubatan.

Adham Abu Salmiya, juru bicara perkhidmatan perubatan berkata tidak ada korban dilaporkan dalam serangan tersebut.

Sementara itu, tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan tiga warga Palestin di desa Al-Nasariya, timur laut Nablus pada subuh hari yang sama.

Sumber-sumber tempatan berka para tahanan terdiri daripada ayah dan kedua puteranya serta menyatakan tentera menmasuki sekitar kampung sebelum menarik diri dari kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel meluluskan $ 28M rancangan untuk mengembalikan halaman Yahudi di Jerusalem

Jumaat , 24/12/2010 – Perkhidmatan Israel dari Warisan Yahudi menetapkan sebuah projek 28 juta dolar untuk memulihkan 12 halaman bersejarah di kawasan-kawasan dijajah Palestin, harian Haaretz Israel melaporkan, Selasa.

Kementerian juga telah meluluskan mendirikan arkib nasional untuk warisan muzik Israel, sebuah laman perpustakaan, dan lain arkib nasional di daerah Ma’agan Kibbutz berhampiran Tasik Tiberias.

Lembaga Israel sebelum ini meluluskan sebuah projek untuk memulihkan infrastruktur dari 16 halaman bersejarah di seluruh Palestin yang dijajah dan Bukit Golan yang dijajah, dan telah maju ke langkah seterusnya Selasa dalam menentukan kos anggaran.

Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu akan memperuntukkan sekitar 14 juta dolar untuk pemulihan di samping 12 juta dolar yang akan ditawarkan oleh penaja lain.

Tahap proses pemulihan meliputi pembangunan laman-laman bersejarah seperti Jamle dan Um Al Qanatir di kawasan-kawasan Dataran Tinggi Golan dari Syria, membina semula struktur Yahudi Tel Arad dan laman penempatan Yahudi yang lain, seperti Adas, Nahlot, dan gua Hasmonean di Baitulmuqaddis.

4.5 juta dolar akan diagihkan untuk Istana Hirodes di selatan Baitulmuqaddis. Perancang telah membahas mengubahnya menjadi pusat pelancongan antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Ashkenazi : Situasi di sempadan Gaza goyah

Jumaat , 24/12/2010 – Ketua Staf Ketenteraan Israel, Gaby Ashkenazi memberi amaran pada Selasa bahawa situasi terkini di sempadan Gaza adalah tidak menentu dan sukar dijangka.

Tahun ini menyaksikan peningkatan mendadak dalam serangan penentangan dari Semenanjung Gaza, kata Ashkenazi. 118 kejadian penentangan dilaporkan. Ashkenazi mengaku bahawa tentera-tenteranya membunuh lebih kurang 60 warga Palestin dalam serangan di kawasan tersebut.

Pada malam sebelumnya, Ashkenazi telah mengarahkan tentera-tenteranya menyasarkan sekumpulan penentang dari Hamas menerusi satu siri serangan udara yang paling dahsyat, seorang tentera Israel memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Bekas Tawanan Hanya Untungkan Israel

Jumaat , 24/12/2010 – Persatuan Pembela Tawanan dan Bekas Tawanan (WAID) mengecam penangkapan yang dilakukan polis Abbas terhadap ratusan bekas tawanan, pejuang Palestin dan pimpinan gerakan tawanan yang terperosok puluhan tahun di balik jeriji penjara Israel.

Dalam satu pernyataan akhbarnya, Selasa (21/12) WAID menganggap tindakan polis Abbas tersebut sebagai kerjasama dengan penjajah Israel dalam memerangi pejuang Palestin terutama gerakan tawanan yang mempunyai peranan dalam melawan dan menentang penjajah Israel.

Tindakan menangkap terus bekas tawanan setelah mereka keluar dari penjara Israel sangat mencoreng sejarah perjuangan gerakan tawanan yang tidak mungkin dilakukan para pejuang pada tahap manapun.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kempen Solidariti untuk tahanan hantui pemimpin militan

Rabu , 22/12/2010 – Sumber sandaran Pusat Informasi Palestin menyatakan bahawa para pemimpin senoir militan di wilayah Mahmoud Abbas sangat-sangat terganggu dengan kempen yang dijalankan oleh pihak media dan pusat-pusat hak asasi manusia untuk membantu para tahanan di penjara Fatah dekat Tebing Barat.

Sumber menegaskan pada hari Isnin (20 Disember), bahawa para pemimpin militan memaksa sebahagian tahanan untuk menghubungi keluarga mereka untuk memberitahu bahawa segala apa yang dilaporkan oleh pihak media adalah satu penipuan dan khabar angin, tetapi sebulat suara ditentang oleh para tahanan tersebut.

Operasi keselamatan militan Fatah menentang warga Tebing Barat dan terutamanya para pendukung dan penyokong Hamas semakin menggiat sejak akhir-akhir ini, yang sememangnya selari dengan koordinasi keselamatan penjenayah Zionis dan bertujuan untuk menghapuskan suara-suara Hamas di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen