Categories
Berita Semasa

Peguam Baitulmaqdis mendedahkan rancangan Israel untuk memusnahkan kota suci

Sabtu, 13/11/2010 – Kerajaan Israel sedang merancang untuk memusnahkan keseluruhan kota Baitulmaqdis dan mendirikan sebuah kota baru bervisikan Zionis menerusi pelan yang dinamakan Jerusalem 2020,” demikian menurut peguam Baitulmaqdis Ahmed Al-Ruwaidi dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, perancangan menyeluruh tersebut meliputi penempatan-penempatan baru di kota itu dan ia merupakan transformasi lengkap kepada kota lama Baitulmaqdis.

Tembok-tembok di kota lama akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan taman, jambatan serta kuil Yahudi di kawasan Silwan, Sheikh Jarah, Wadi Al-Jawz, dan Al-Sawanah, beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel kuasai lembah utara Jordan

Sabtu, 13/11/2010 – Tentera Zionis Israel telah menyerbu dan menawan kawasan utara lembah Jordan. Dipercayai seluas 200 hektar di Ain Halwah telah di rampas dan kemudiannya digabungkan dengan penempatan Zionis yang ada di situ.

Saksi menyatakan Zionis Israel telah menyerbu dengan kenderaan berat dan membuat halangan. Keadaan juga di awasi ketat oleh pihak tentera. Selain itu, terdapat warga Palestin yang diusir dan rumah mereka dihancurkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Amerika Berhasrat Menggunakan Kuasa Veto Kepada Wilayah palestin Jika Israel Membekukan Penempatan Selama 3 Bulan

Sabtu, 13/11/2010 – Seorang Pegawai Politik Senior Israel berkata bahawa pentadbiran Amerika mungkin akan menggunakan hak vetonya menentang keputusan untuk mengiktiraf wilayah Palestin jika Israel membekukan penempatan penduduk Yahudi di sesetengah kawasan di Tebing Barat hanya untuk 3 bulan.

Pegawai itu menambah bahawa hasrat itu akan menjadi sebahagian daripada pakej yang telah ditawaran kepada Israel oleh AMerika, termasuk memberi jaminan akan mengekalkan sokongan tentera ke atas negara dalam kawasan itu dan akan menentang semua usaha antarabangsa untuk mengharamkan negara Israel.

Sumber yang lain memberitahu bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu sesuatu yang dikatakan sebagai kempen besar-besaran untuk menghalang pengiktirafan Israel dalam dunia ini. Netanyahu menyatakan demikian dalam lawatannya ke Washington dan bertemu dengan pegawai-pegawai Amerika.

Netanyahu berkata demikian kerana sebahagian media Israel memberitahu kebimbangan bahawa halangan untuk mengiktiraf Israel merupakan satu masaah yang membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa Israel masih bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.

Radio berbahasa Hebrew juga memetik Menteri Perang, Ehud Barak berkata bahawa cubaan untuk menghalang pengiktirafan Israel seluruh dunia merupakan satu bahaya yang besar yang mengancam masa depan Israel.

Dalam konteks yang lain, kerajaan Israel mengumumkan bahawa aktiviti penempatan dan penaklukan wilayah dan rumah Palestin di timur Jurusalem tidak akan berhenti, dan menegaskan bahawa polisi ini selari dengan polisi kerajaan Israel sebelum ini sejak 40 tahun yang lalu.

Setiausaha kerajaan Israel, Zvi Hauser menyatakan bahawa keputusan terakhir untuk membina 1300 penempatan di kejiranan Palestin di timur Jurusalem telah diambil tiga minggu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pertemuan Damsyik agak rumit

Sabtu, 13/11/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya telah menegaskan sesi dialog kebangsaan di ibukota Syria, Damsyik tidak akan menyelesaikan semua masalah yang tertangguh antara Hamas dan Fatah.

Semasa kunjungan pemeriksaan dari perkhidmatan kesihatan di Gaza pada Rabu lalu, beliau berkata komplikasi yang digambarkan adalah tidak mudah serta masih menghalang kemajuan disamping lebih banyak masa dan usaha yang diperlukan oleh semua pihak untuk mencapai perjanjian damai secara menyeluruh.

“Kami tidak mahu berprasangka, dan kami akan menunggu keputusan … mungkin kita akan mencapai hasil positif yang akan merungkaikan isu-isu yang tertangguh atasnya akibat faktor keselamatan,” diterangkan premier.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang hancurkan seluruh Al-Quds

Sabtu, 13/11/2010 – Peguam Al-Quds, Ahmed Ar-Roudi menegaskan bahawa pihak Zionis merancang untuk memusnahkan seluruh Al-Quds dan menggantikannya dengan Al-Quds Baru versi Zionis melalui pelan rancangan mereka yang dinamakan sebagai “Pelan Al-Quds 2020″.

Ar-Roudi dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin hari Rabu (10 November) menjelaskan lagi bahawa Al-Quds Baru ini akan dilengkapi dengan seni bina yang baru dan akan berbeza sama sekali dengan infrastruktur Al-Quds sekarang melalui rancangan ‘Pusat Negara.”

Dan di antara bandar bersejarah ini dengan tembok lama disekelilingnya hanya akan tinggal sedikit kesan-kesan lama kerana bakal digantikan dengan taman-taman Yahudi, jambatan-jambatan dan haikal (temple) yang akan merentasi seluruh Al-Quds, Silwan, Syeikh Jarrah, Wadi El-Jouz dan Sawwaneh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen dan osman

Categories
Berita Semasa

Projek dalam pembinaan untuk memperluaskan penempatan haram Ariel dengan 800 unit rumah

Jumaat, 12/11/2010 – Sumber media Israel mengatakan rancangan sebuah persekitaran penempatan baru di penempatan Yahudi Ariel di Nablus, Tebing Barat sedang dilakukan sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan untuk memperluaskan penempatan sehingga mengelilingi kota kejiranan Salfit.

Harian Haaretz Israel melaporkan pada hari Rabu bahawa rencana itu merangkumi 800 unit perumahan baru bertujuan untuk memperluaskan penempatan Ariel.

Rencananya akan dilancarkan jika diluluskan oleh Ariel perancangan bandar dan jawatankuasa perumahan. Tambah media itu lagi, mereka mendakwa bahawa hal itu tidak memerlukan perjanjian yang dibuat oleh kementerian peperangan kerana tanah tersebut konon-kononnya “dimiliki oleh negara dan pemilik persendirian Yahudi swasta.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pertempuran sengit antara penduduk Jerusalem dan pihak keselamatan rejim Zionis

Jumaat, 12/11/2010 – Polis penjajah rejim Zionis menyerbu kawasan kediaman Isawiye yang terletak di pinggir Bandar Jerusalem yang dijajah (OJ) pada Selasa lalu. Mereka turut memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja yang menutup salah satu pintu masuk dengan menggunakan bongkah-bongkah simen.

Menurut saksi kejadian, pertempuran sengit telah berlaku antara penduduk Palestin yang tinggal di kawasan tersebut dengan polis rejim Zionis.

Pada malam tadi juga berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dengan polis rejim Zionis yang mengiringi pengutip-pengutip cukai yang bertindak menceroboh beberapa buah kedai dan rumah bagi menuntut cukai yang terlalu tinggi yang dikenakan ke atas penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin untuk pertama kali di laluan Beit Hanoun

Jumaat, 12/11/2010 – Belasan warga Palestin dan antarabangsa berdemonstrasi pada Selasa berdekatan laluan sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Semenanjung Gaza untuk pertama kalinya mengibarkan bendera Palestin di pintu masuk.

Peristiwa bersejarah itu berlaku ketika demonstrasi mingguan yang dijalankan oleh Inisiatif Tempatan dalam satu rangka penentangan terhadap pendudukan Israel serta arahan ketenteraannya.

Para pembantah daripada Inisiatif Tempatan yang disertai oleh 4 orang penyokong warga asing telah berjaya tiba di pintu masuk laluan di mana mereka mengibarkan bendera Palestin di kawasan timur Beit Hanoun. Ia merupakan kejayaan yang terbaru buat inisiatif kerana mereka pertama kali berjaya tiba di pintu masuk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang luaskan penempatan di Nablus

Jumaat, 12/11/2010 – Sumber media Israel menyatakan rancangan baru Zionis-Israel untuk meluaskan penempatan Zionis di daerah Nablus. Projek peluasan penempatan Zionis ini akan menyebabkan bandar Salvet menjadi terkepung. Penempatan baru itu bakal memuatkan 800 unit rumah. Selain itu projek ini dijangka akan dijalankan secara besar-besaran.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Melanjutkan Tahanan Politik Isteri Kepada Pemimpin HAMAS

Jumaat, 12/11/2010 – Pentadbir Rejim Israel (IOA) telah menyambung tahanan politik tanpa perbicaraan kepada Muntaha al-Tawil, isteri kepada Datuk Bandar el-Bireh dan pemimpin HAMAS Syeikh Jamal al-Tawil untuk 3 bulan.

Taghrid Jahshan, penasihat undang-undang kepada pertubuhan wanita untuk tahanan politik wanita , berkata bahawa Muntaha telah ditahan pada 8 Februari 2010 untuk enam bulan yang telah dilanjutkan sehingga 3 bulan dan kini menempuhi lanjutan ketiga untuk 3 bulan lagi berakhir 8 Februari 2011.

Peguam itu berkata bahawa dia dihubungi oleh Penjara Hasharon Israel dan menerima berita itu melalui telefon dan menambah bahawa dia telah menghubungi suami tahanan itu dan memberitahu perkembangan terbaru itu. Peguam itu menyampaikan kebimbangan tentang penahanan tanpa bicara Muntaha dan menghalangnya daripada bertemu suaminya dan 4 orang anaknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PBB, Kesatuan Eropah prihatin atas kegiatan penempatan Israel

Jumaat, 12/11/2010 – Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, telah menyatakan keprihatinan berikutan pengumuman pihak berkuasa Israel (tentera Zionis Israel) bahawa 1,300 unit rumah baru akan dibina di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Jurucakap Ban mengatakan Setiausaha Agung PBB itu memaklumkan keprihatinannya semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York pada Isnin lalu.

Ban juga menyebutkan pentingnya meneruskan rundingan dengan Palestin dan berharap tentera Zionis Israel akan memudahkan pergerakan penduduk dan keluar dan masuk barang dari Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haneya Seru Dokumentasikan Isu Palestin Sebagai Panduan Generasi Mendatang

Khamis, 11/11/2010 – PM Haneya memuji buku yang diterbitkan Pusat Penelitian dan Kajian Visioner, berjudul “Serangan terhadap Gaza… Perang Furqan “. Haneya menyampaikan penghargaan kepada semua penulis yang menyumbang dalam penerbitan buku tersebut dan catatan harian yang dialami penduduk Gaza selama 22 hari dalam perang Furqan/Gaza.

Ketika menyambut kunjungan delegasi Pusat Visioner dan pengkaji yang menerbitkan buku tersebut, Selasa (9/11) Haneya menganggap buku ini sebagai dokumentasi terhadap perjuangan bangsa Palestin dan lembaran cemerlang dalam sejarah bangsa Palestin menghadapi penjajah Israel.

Haneya berharap buku ini menjadi rujukan penting bagi mereka yang ingin mengetahui peristiwa perang Gaza. Heneya menyatakan banyak peristiwa yang dialami bangsa Palestin dan tidak ada yang mendokumentasikannya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA pecah masuk rumah di Wadi al-Hariya dekat Bandar al-Khalil

Rabu, 10/11/2010 – Anggota keselamatan militia pihak berkuasa Palestin (PA) menyerbu kawasan kejiranan Wadi Al-Hariya dekat Bandar Al-Khalil pada lewat malam Selasa lepas dan dengan rakusnya memecah masuk salah sebuah
rumah penduduk di situ.

Saksi-saksi memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa sejumlah besar anggota keselamatan militia PA menyerang dengan ganasnya rumah milik Younis Amro, ayah kepada seorang tahanan penjara yang di penjara keselamatan-pencegahan. Mereka mengancam penghuni rumah tersebut dan menggerudi beberapa buah bilik di dalam rumah tersebut.

Dalam kejadian berbeza, militia PA telah menculik dua orang rakyat Palestin yang dikatakan ada kaitan dengan Hamas dan 3 yang lain daripada pergerakan Jihad Islamik di kawasan berbeza di Bandar Al-Khalil, kata sumber tempatan pada Rabu lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hari ketiga mogok lapar tahanan wanita

Rabu, 10/11/2010 – Institut Mandela di Wilayah Terjajah melaporkan pada Jumaat lepas bahawa seorang tahanan wanita yang bernama Linan Abu Ghalama, yang dipenjarakan di Penjara Ha-Sharon milik rejim Zionis telah melancarkan mogok lapar sejak 3 hari lalu bagi menuntut pihak pentadbiran penjara membenarkannya ditempatkan bersama adiknya yang juga seorang tahanan penjara.

Adik Linan dipenjarkan di bilik penjara yang lain. Kedua-dua adik-beradik itu tidak pernah dibenarkan berada di dalam satu bilik yang sama.

Botheina Doqmaq, ketua Institut Mandela berkata seorang lain tahanan penjara, Nada Dirbas telah turut serta dalam mogok lapar itu sebagai sokongan terhadap Linan. Doqmaq merayu kumpulan hak asasi manusia untuk mausk campur dalam kes ini dan memastikan pembebasan Linan dan adiknya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Rakyat Sweden Tuntut Tangkap Mofaz Penjenyah Perang

Rabu, 10/11/2010 – Puluhan rakyat Sweden menunjuk perasaan pada hari Rabu di depan Institut Perhubungan Antarabangsa Sweden terhadap kunjungan bekas ketua kakitangan Israel Shaul Mofaz.

Para penunjuk perasaan melakukan demonstrasi semasa Mofaz menyampaikan pidato di institut, mengangkat poster menuntut dia ditangkap kerana melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan semasa perang Israel di Lubnan dan Gaza.
Salah satu poster ditulis, “Mofaz Pembunuh Dikehendaki Untuk Keadilan”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen