Categories
Berita Semasa

TV : Israel label Persatuan Amal Turki sebagai ‘organisasi pengganas’

Jumaat, 18/06/2010 – Israel menganggap Amal Muslim IHH Turki yang terlibat dalam mengatur armada kapal bantuan ke Gaza bulan lalu sebagai organisasi “pengganas,” kata televisyen awam mereka. IHH, singkatan untuk Bantuan Kemanusiaan Yayasan Turki, di mana 9 aktivis mereka dibunuh oleh Komando Laut Israel ketika sewaktu serangan berdarahke atas salah satu daripada enam kapal dalam armada tersebut – kapal feri milik Turki, Mavi Marmara.

Televisyen awam Zionis turutmemberitahu bahawa IHH sebahagian daripada senarai gerakan Islam Palestin seperti Hamas atau Hizbullah di Lubnan yang berada di bawah pengawasan oleh badan perisikan Israel. Sewaktu ditemuramah oleh jurucakap AFP, Kementerian Pertahanan Israel menolak untuk mengesahkan atau membantah laporan tersebut. Namun seorang pegawai senior Israel memberitahu bahawa “amal IHH dianggap sebagai paksi jahat kerana menyokong keganasan dan mempunyai hubungan dekat dengan Hamas,” .

Jurucakap Jabatan Luar Negeri, Ygal Palmor kepada AFP “Israel akan mempertimbangkan tindakan negara musuh mereka untuk menghentikan kepungan Gaza”, di mana Iran dan Lubnan dilaporkan mahu menghatar kapal bantuan ke Gaza. IHH ditubuhkan pada tahun 1992 untuk membantu Muslim Bosnia sewaktu perang di sana dan bergerak aktif di beberapa buah negara Arab dan Muslim lain, termasuk Iraq, Afghanistan, Jordan, Lubnan dan Pakistan.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Israel ‘pertimbangkan’ cadangan antarabangsa kurangkan kepungan terhadap Gaza.

Jumaat, 18/06/2010 – Kabinet Israel pada Rabu lalu telah mengadakan pertemuan dan dilaporkan akan mempertimbangkan cadangan antarabangsa untuk mengurangkan kepungan di Gaza yang sedia ada sejak tahun 2006 secara signifikan.

Namun pertemuan tertutup itu berakhir tanpa sebarang kata putus meskipun laporan awal memberitahu mereka akan mengundi berkenaan cadangan untuk duduk bersama selama beberapa minggu bagi mengadakan perbincangan intensif antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan utusan Kuartet Timur Tengah, Tony Blair.

Seorang pegawai kerajaan mengesahkan perbincangan itu berakhir selepas hampir lapan jam, dengan 15 menteri akan bertemu lagi pada hari Khamis untuk penjelasan lebih lanjut mengenai masalah ini.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera ‘Pembunuhan Bendera Putih’ Israel Dalam Siasatan.

Jumaat, 18/06/2010 – Tentera Israel telah mengambil langkah untuk menyiasat askarnya di atas salah satu insiden yang paling ganas tahun lalu dalam peperangan di Gaza. Tertuduh ini sedang disiasat ke atas tuduhan menembak sekumpulan orang awam tidak bersenjata yang melambai-lambaikan bendera putih, membunuh seorang wanita berusia 60-an serta anak perempuannya.

Siasatan dimulakan dengan tuntutan yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – B’Tselem. Ia menuduh bahawa tentera Israel menembak Riyeh Abu Hajaj, 64 dan Majda Abu Hajaj, 37, ketika mereka melarikan menyelamatkan diri di kawasan Joher Dik al.

Wanita -wanita adalah di antara lebih dari 30 warga Palestin – 21 dari mereka adalah kanak-kanak – cuba melarikan diri konflik, menurut B’Tselem.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

PBB Jangan Membataskan Peranan Menyampaikan Bantuan

Jumaat, 18/06/2010 –Kumpulan Kempen Eropah untuk Pembebasan Sekatan Gaza (Eropean Campaign) menegaskan bahawa pihaknya secara prinsip tidak menentang peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk menyalurkan bantuan melalui”armada kebebasan” ke Gaza. Dengan syarat tindakan tersebut tidak menjadi dasar peranan masa depan PBB untuk menamatkan sekatan.

Ahli kumpulan Eropean Campaign, Rami Abduh, dalam sebuah kenyataan akhbar Rabu (16/6), menegaskan, “Tujuan kami pada dasarnya adalah untuk menghantar bantuan, perkara ini boleh dicapai. Namun yang lebih penting adalah menarik semula sekatan. Apa yang kami harapkan dari PBB – sebagaimana yang diharapkan oleh seluruh dunia. PBB jangan membataskan peranannya hanya untuk menyalurkan bantuan sahaja.”

Beliau menambah, “PBB bukan merupakan organisasi amal, peranan utamanya dalam isu ini adalah melaksanakan langkah-langkah praktis menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza sepenuhnya. Tanpa tindakan tersebut, peranan PBB hanya akan menghalalkan sekatan.”

sumber : COMES
penterjemah :  Osman

Categories
Berita Semasa

Haniyeh : Suruhanjaya Siasatan,Penipuan Zionis Kepada Dunia

Khamis, 17/06/2010 – Perdana Menteri Palestin Ismael Haniyeh menegaskan bahawa keputusan Rejim Zionis untuk mewujudkan suatu suruhanjaya siasatan bagi menyiasat jenayah yang telah dilakukan ke atas Konvoi Kapal Bantuan ke Gaza di Kawasan Perairan Antarabangsa merupakan suatu keputusan yang tidak boleh diterima sama sekali bahkan tidak masuk akal!! Sambil menekankan kenyataan tersebut dengan berkata : “Tidak boleh sama sekali seorang algojo menjadi hakim dan mangsa di dalam waktu yang sama”

Dan Haniyeh berkata sempena perjumpaan beliau dengan delegasi-deligasi daripada Bahrain di Pusat Pentadbiran Kerajaan di Gaza pada hari Selasa 15/6 : “Sesungguhnya Pihak Berkuasa Israel cuba untuk menipu Pendapat Sedunia dan mempermainkan kehendak Hakim Antarabangsa yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Siasatan Antarabangsa yang bergerak di bawah pemantauan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” sambil menegaskan bahawa Kerajaan Palestin berdiri bersama-sama Turki di atas pendirianya yang menolak penubuhan suruhanjaya tersebut dan kehendak penubuhan Suruhanjaya Antarabangsa bagi menyiasat kekejaman tersebut.

Bersempena dengan lawatan Amru Mousa ke Gaza,Haniyeh telah menegaskan bahawa tindakan lanjutan pihak kerajaan terhadap hasil lawatan tersebut dan segala yang berkaitan dengan fail sekatan dan fail perjanjian damai adalah bertujuan untuk menarik perhatian umum terhadap keseriusan beliau untuk “mewujudkan kedamaian negara yang hakiki dan memperolehi kedamaian yang abadi serta melindungi hak-hak rakyat Palestin yang memilih untuk melakukan penentangan dan bersifat tabah menghadapi ujian”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad

Categories
Berita Semasa

Kanak-Kanak Palestin Dirempuh oleh Kenderaan Tentera

Khamis, 17/06/2010 – Saeed Ahmed dirempuh dengan sebuah jip tentera pada hari Selasa pagi di Hebron. Mangsa dibawa ke hospital di penempatan Israel yang berhampiran kerana mengalami kecederaan namun tidak begitu parah.

Kejadian berlaku selepas tentera Israel mengambil alih kawasan itu dan melakukan operasi mencari rumah lelaki bersenjata yang menyerang penempatan polis Israel dan menyebabkan kematian seorang pegawai mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Ireland halau Diplomat Zionis Israel

Khamis, 17/06/2010 – Kerajaan Ireland telah mengusir salah seorang diplomat Zionis Israel di Dublin. Diplomat Zionis telah menggunakan passport palsu yang digunakan dalam kes pembunuhan Mahmud Mabhuh, pemimpin HAMAS di Dubai. Menurut menteri luar Ireland, seramai 8 orang telah menggunakan passport Ireland yang palsu.

Adalah menjadi kesalahan besar bilamana Ireland mempunya hubungan diplomatik dan passport negara dipalsukan. Kerajaan Australia telah mengambil tindakan yang sama tidak lama dulu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Abbas Mahu Israel Buka Semua Pintu Sempadan Gaza

Khamis, 17/06/2010 – Israel harus membuka semua tujuh pintu sempadan ke Gaza, Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengatakan pada hari Selasa, kerana Israel sedang mempertimbangkan cara untuk mengurangkan kepungan di jalur Gaza.

Menteri Kebajikan Isaac Herzog mengatakan Israel sedang meneliti usul tersebut, menyebut dasar ini kontraproduktif dan mengesahkan utusan Timur Tengah Tony Blair bahawa perubahan itu mungkin.

Israel telah mendapat tekanan antarabangsa untuk mencabut kepungan selepas dari serangan terhadap sebuah armada kapal bantuan pada 31 Mei, di mana pasukan Israel membunuh 9 orang.

“Kepungan Israel di Gaza harus ditamatkan dalam ertikata tujuh pintu sempadan Israel harus dibuka untuk semua keperluan Jaluran Gaza,” kata Abbas selepas bertemu Presiden Mesir Hosni Mubarak di resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Israel mengenakan kepungan selepas kumpulan Islam Hamas memenangi pilihan raya legislatif tahun 2006. Langkah-langkah sekatan diperketat selepas Hamas merebut kekuasaan di Jaluran Gaza pada tahun 2007.  Mesir, satu-satunya negara lain untuk sempadan Gaza, telah menghadapi kritikan dari masyarakat Arab yang menyekat kemasukan ke Gaza.

sumber : Yahoo! News
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan siap sedia bergerak dari Lubanan ke Semenanjung Gaza

Khamis, 17/06/2010 – Kapal sukarelawan telah bersiap sekarang dan sedia untuk bergerak “sesegera mungkin” dari Lubanon ke Semenanjung Gaza dengan membawa para sukarelawan wanita, dalam masa yang sama memprotes sekatan yang dilakukan Zionis Israel terhadap wilayah yang dihuni satu setengah juta manusia tersebut. Demikian pernyataan koordinator jawatankuasa sukarelawan, Samer al Haj.

Al Haj mengatakan bahwa inisiatif kapal bantuan kemanusiaan tersebut terdiri daripada para wanita awam yang yakin terhadap pembebasan sekatan. Mereka akan ikut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ini atas nama pribadi.

Al Haj menambahkan, “Kapal dengan nama MARYAM ini akan bergerak dari Lubanon ke Semenanjung Gaza sesegera mungkin. Bahkan dalam waktu yang sangat dekat ini,”

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Israel buka 2 pintu sempadan untu laluan perubatan dan bahan api

Khamis, 17/06/2010 – Para pegawai Israel mebuka sebahagian pintu sempadan hari ini iaitu di Karem Abu Salem dan penyeberangan Al-Montar untuk membolehkan kemasukan bantuan peubatan dan bahan bakar ke Jalur Gaza.

“Mereka hanya membenarkan kemasukan 66-76 van sarat dengan bantuan dan barang untuk sektor industri dan pertanian, salah satunya untuk projek UNRWA dan satu lagi untuk kuasa tenaga.” ujar Siad Raed Fatouh, penghantar bantuan rasmi Palestin.

Beliau menambah bahawa mereka akan mengepam gas dalam jumlah terhad untuk memasak dan bahan api yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan Israel akan membenarkan kemasukan 148 van melalui Al-Montar di mana penuh dengan gandum dan bahan makanan lain. Para pegawai Israel semalam membenarkan kemasukan 64 van sarat dengan bantuan dan barang, 201 tan gas memasak dan 122.000 liter bahan solar industri, tambahnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : syed

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan ke Gaza siap sedia berlepas dari Lubnan.

Khamis, 17/06/2010 – Sebuah kapal bantuan yang mengangkut ubat-ubatan ke Gaza sedang meninggalkan Lubnan pada hari-hari berikutnya dengan puluhan aktivis wanita di atas kapal, beritahu salah seorang penganjur kepada AFP pada Selasa lalu.

“Kami semua merupakan wanita yang percaya untuk menyelesaikan pengepungan (Israel) di Gaza,” kata Samar Hajj yang mengkoordinasi pelayaran itu.

Namun Israel memberi amaran bahawa tidak akan membenarkan kapal untuk memasukinya atau kumpulan militan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran untuk menggunakannya bagi mengangkut senjata ke Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel memasukkan kayu dan plastik untuk UNRWA di Gaza

Khamis, 17/06/2010 – Pihak berkuasa Israel hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan jumlah terhad bantuan bahan bakar ke Gaza, sementara terus menutup pintu sempadan Al-Montar.

“Kerajaan Israel akan membuka Abu Salem untuk membolehkan kemasukan 60-70 buah van yang sarat dengan bantuan dan barangan untuk sektor industri dan pertanian, dua daripadanya sarat dengan plastik dan kayu untuk projek UNRWA”. Raed Fatouh, Palestin pegawai sempadan Palestin, berkata kepada agensi berita Safa.

Dia menambah lagi, mereka akan mengepam dalam jumlah terhad gas dan bahan api yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis Israel Memusnahkan Tanaman di Selatan Gaza

Khamis, 17/06/2010 – Pasukan tentera penjajah Zionis Israel dengan menaiki kereta kebal dan jentolak tentera merempuh masuk di pinggir kota Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Mereka melakukan usaha pemusnahan tanaman penduduk. Demikian disebutkan warga tempatan dan sumber-sumber keamanan Palestin.

Sumber-sumber tersebut menyebutkan 3 kereta kebal dan 4 jentolak militan Israel menyerbu masuk ratusan meter dari pos militan Israel Kisovim di pinggir timur kota Qarara di Khan Yunis.

Kereta kebal Israel yang merempuh masuk ke wilayah selatan Gaza melepaskan tembakan dari senjata berat ke arah rumah-rumah penduduk. Sementara itu jentolak tentera Israel menyodok dan memusnahkan usaha pertanian penduduk di kawasan tersebut.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

“Hamas” menyeru supaya melakukan lebih banyak operasi menentang musuh

Khamis, 17/06/2010 – Gerakan Pembebasan Islam “Hamas” menyeru supaya memperbanyakkan operasi serangan bagi menentang “usaha meyahudinisasikan Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci (umat Islam), dan (juga menentang) tembok aparteid serta kempen perpindahan (Yahudi), dan pemukiman (mereka di Palestin) serta sikap penduduk Zionis yang telah membawa kerosakan di tanah kami ..”, dan dalam masa yang sama memuji operasi serangan yg berlaku di Hebron (baru-baru ini).

HAMAS berkata dalam sebuah kenyataan yang diedarkan oleh Pejabat Maklumat dan diterima oleh “ Pusat Maklumat Palestin”: “Kita di Hamas menyokong dan memuji operasi serangan oleh para pahlawan bangsa kita di kota suci Hebron pagi ini, yang menyebabkan kematian seorang Zionis dan mencederakan dua yang lain.”

Dia menambah lagi bahawa “operasi serangan ini adalah untuk mengesahkan kembali bahawa orang-orang kami tidak akan menyerah dan tidak akan akur pada pendudukan dan keganasan, dan serangan adalah merupakan pilihan kita dan cara kita untuk pembebasan dan (mendapatkan) hak kembali (ke tanah air), dan bukan (juga ) utk melakukan rundingan yg sia-sia yg telah memberi (peluang pada Zionis merampas) tanah dan tempat-tempat suci, serta menaungi lebih banyak projek-projek (zionis) utk menduduki Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis dikecam selepas mendedahkan panel siasatan kes Gaza

Rabu, 16/06/2010 – Kabinet rejim Zionis pada Isnin lalu menyokong penubuhan suruhanjaya dalaman untuk menyiasat kes serangan maut ke atas konvoi armada bantuan ke Gaza. Tindakan penubuhan suruhanjaya dalaman ini dengan segera mendapat tentangan daripada Turki dan Palestin.

Suruhanjaya itu yang didakwa akan melibatkan dua orang pemantau dari luar, akan melihat dari segi kebenaran undang-undang serangan itu yang mana komando rejim Zionis telah membunuh 9 orang aktivis Turki.

Ankara serta-merta menolak penubuhan suruhanjaya dalaman itu dengan menegaskan bahawa rejim Zionis tidak mampu berlaku adil, manakala bekas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa penubuhan suruhanjaya dalaman itu tidak selari dengan kehendak PBB.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa