Categories
Berita Semasa

Hamas Tiada Masalah Clinton Sebagai Orang Tengah

Rabu , 14/07/2010 –Pemimpin Hamas Dr. Shaleh Bardawil menegaskan pihaknya tidak menentang usaha mantan Presiden Amerika, Bill Clinton sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu pertukaran tahanan. Namun begitu beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan beranjak daripada tuntutannya daripada pertukaran tersebut.

Bardawil mendakwa Zionis Israel telah acapkali menggugurkan/mengenepikan perundingan sebelumnya untuk mendapat kata sepakat dalam isu pertukaran tahanan. Beliau menegaskan kesediaan pihak Hamas untuk menerima mana-mana pihak yang bersedia menjadi orang tengah namun perlu meneruskan perundingan dari noktah mana perundingan tersebut terhenti.

Beliau menjelaskan, “Secara prinsipnya kami tidak menentang peranan orang tengah dari pihak manapun, sama ada dari Clinton atau pihak lain, dalam isu pertukaran tahanan. Apa yang penting orang tengah perlulah memainkan peranan yang neutral terhadap kedua-dua belah pihak. Kami tidak berbicara tentang apa-apa syarat. Apa yang kami tekankan adalah perlunya diteruskan perundingan dari noktah mana perundingan terhenti sebelum digagalkan Netanyahu.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki mendermakan 3 tangki air di Gaza.

Selasa, 13/07/2010 – Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah mendermakan tiga tangki air di Gaza yang telah dikepung semenjak 4 tahun yang lepas,dan saluran bantuan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk mengubati luka para penduduk Palestin dan mengembalikan mereka kepada kehidupan yang normal.

Persatuan Bulan Sabit Merah Turki telah meneruskan misi kemanusiaanya tanpa henti kepada penduduk Gaza dan telah banyak melancarkan program-program yang bermanfaat untuk penduduk Gaza.Di antaranya ialah membuat kerja-kerja penyelenggeraan dan membaik pulih tangki-tangki air yang telah rosak dan musnah akibat serangan-serangan bersifat jenyah Zionis kepada penduduk Gaza.

Dan berkatanya Pengerusi Bulan Sabit Merah Turki bahawa mereka telah merangka untuk melancarkan enam program untuk penduduk Gaza dan bakal membina tiga lagi tangki air dalam masa terdekat yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti bekalan air kepada penduduk Gaza,sambil mengatakan bahawa program bekalan air tersebut bakal membekalkan air kepada lebih 240 000 penduduk.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  putra duad

Categories
Berita Semasa

Bot-bot bersenjata Zionis tembak bot nelayan di Rafah

Selasa, 13/07/2010 – Beberapa bot yang lengkap bersenjata milik rejim Zionis hari ini mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot-bot nelayan Palestin di perairan Rafah, kata sumber tempatan.

Sumber tempatan melaporkan bahawa bot-bot rejim Zionis itu telah mengejar bot-bot nelayan Palestin dan melepaskan tembakan ke arah mereka, tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Dua hari lepas, bot-bot bersenjata milik rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke arah nelayan-nelayan Gaza sehingga mencederakan Alam Baker yang ketika itu sedang menangkap ikan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Poland akan serahkan agen Mossad ke Jerman

Jumaat, 09/07/2010 – Mahkamah tinggi Poland akan menyerahkan agen Mossad yang terlibat dalam pembunuhan pimpinan Hamas, Al Mahbuh ke Jerman. Hakim Poland, Thomas Talkevich menyatakan kerajaan Poland telah memutuskan pemindahan pendakwaan agen Mossad itu ke Jerman. Kes yang akan didakwa tidak akan menjadi persoalan yang utama.

Sebelum itu, agen Mossad yang ditangkap di Warsaw berdasarkan maklumat antarabangsa dan pemalsuan pasport yang digunakan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Angka Bunuh Diri Tentera Israel Meningkat

Jumaat, 09/07/2010 – Statistik bunuh diri baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak di antara tentera Israel dalam beberapa tahun ini.

Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot, mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat ke tahap yang tidak disangka, sementara pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah.

Majalah itu menambah bahawa 19 orang membunuh diri pada separuh pertama tahun ini dan 21 orang pada tahun lepas dan 30 orang membunuh diri pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 pada tahun 2005. Tahun-tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 yang membuatkan Israel lebih bimbang.

Angka-angka telah memberi kesan yang besar di antara tentera yang telah menyiapkan rangkaian program untuk membolehkan para tentera untuk menghadapi situasi yang tidak stabil dan gangguan psikologi daripada askar banyak yang menderita.

Yediot Ahronot menggambarkan pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahlinya dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa senjata mereka ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif telah dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan bahawa angka ini mungkin tidak berhenti pada tahap ini.

“Kes ini telah menjadi sangat sensitif, dan akan dipantau dengan terperinci,” Sebuah sumber rasmi di ketenteraan memberitahu. “Kami mengadakan banyak perbincangan tentang masalah ini, dan setiap kes diselidiki dengan dalam dan terang keadaan sekitarnya dan kami akan terus bekerja pada ini ..” sumber itu menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Parti Pembangkang Jordan Kecam Perundingan Fayadh-Barak

Jumaat, 09/07/2010 – Jawatankuasa kerjasama antara parti pembangkang nasional mengecam pertemuan Fayadh-Barak. Mereka menganggap pertemuan tersebut sebagai tindakan perlindungan terhadap kejahatan Zionis.

Dalam penjelasannya Rabu (7/7) jawatankuasa ini menyebutkan, usaha perundingan antara sejumlah ahli politik dan pegawai keamanan Arab dengan para pemimpin Zionis memberikan keuntungan kepada Israel.Jawatankuasa tersebut meminta pemerintah Ramallah menghentikan perundinganya yang sia-sia dengan Zionis, secara langsung mahupun tidak langsung.

Pada masa sama parti-parti pembangkang tersebut turut mengecam tindakan Zionis meyahudikan tempat-tempat suci umat Islam dan mengusir penduduknya dari Al-Quds. Mereka meminta negara-negara Arab bersikap tegas dalam masalah ini.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Tentara Zionis belasah tahanan Palestin di Majiddo

Khamis, 08/07/2010 – Tentera rejim Zionis membelasah beberapa orang tahanan Palestin selepas menyerbu bilik penjara mereka di seksyen 4 dan 5 di Penjara Majiddo. Pihak tentera mendakwa bahawa mereka mencari telefon bimbit yang dikatakan ada di tangan beberapa tahanan.

Serangan itu dilakukan pada waktu tengah malam 5 Julai dan menyebabkan berlakunya pertempuran dengan para tahanan. Kementerian Tahanan Penjara Palestin melaporkan bahawa tahanan-tahanan itu dibelasah oleh tentera daripada briged Nahshon dan Alimar.

Tentera-tentera itu membelasah para tahanan dengan belantan dan melepaskan bom gas sebelum memaksa mereka keluar daripada bilik penjara masing-masing. Beberapa orang tahanan dilaporkan menderita akibat terkena gas pemedih mata manakala yang lain mengalami hentakan kuat pada otak dan lebam-lebam.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Kebimbangan terkini kesihatan Mubarak semasa kunjungan ke Paris

Khamis, 08/07/2010 – Presiden Mesir terbang ke Perancis untuk bertemu Sarkozy – tetapi sebab utama di sebalik kunjungan itu mungkin disebabkan kesihatan yang membimbangkan, laporan akhbar London.

Presiden Mesir Hosni Mubarak tiba di Paris Isnin lalu, dikatakan bertemu rakan sejawatan, Nicolas Sarzoky – tetapi alasan sebenar kunjungan tersebut mungkin berkaitan dengan satu kebimbangan terkini berkaitan kesihatan pemimpin berusia 82 tahun itu. Menurut Al-Quds Al-Arabi, sebuah akhbar bahasa Arab di London, Mubarak telah menjalani satu siri pemeriksaan sejurus selepas ketibaan beliau di ibu kota Perancis untuk kunjungan saat-saat akhir.

Laporan pemeriksaan akan mencetuskan satu spekulasi ke atas masa depan politik presiden itu, di mana beliau belum mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan presiden yang akan datang. Anak beliau, Gamal, dipercayai telah dididik untuk menggantikan beliau, tetapi dia juga belum membuat sebarang pengisytiharan.

Dengan ketiadaan Presiden telah mendorong Gamal ke persada arena politik Mesir, demikian menurut laporan Al-Quds. Dalam peranan beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Polisi, beliau telah mengambil bahagian dalam menghadiri beberapa mesyuarat berprofil tinggi di mana beliau menyeru agar kerajaan menangani rasuah dan menyampaikan agenda secara jelas bagi pelan-pelan undian.

sumber : haaretz
penterjemah :  rahina

Categories
Berita Semasa

U-Turn dalam Peraturan kepungan Israel Di Gaza

Khamis, 08/07/2010 – Israel akan membenarkan barang-barang pengguna masuk ke Gaza, tetapi akan mempertahankan kawalan ketat terhadap bahan bangunan.

Langkah ini menegaskan perubahan besar dalam dasar Israel di Gaza.

Pejabat di Baitulmuqaddis telah memberitahu produk yang akan dibenarkan masuk ke pusat pantai miskin itu selepas mengurangkan kepungan yang sudah berjalan sejak sekian lama.  Di bawah tekanan antarabangsa, ia telah memperbaharui peraturan-peraturan ketat pembekalan barangan di Gaza yang membawa derita kepada warganya.

Di bawah kepungan item hanya senarai terhad yang dibenarkan untuk memasuki Gaza – segala sesuatu yang lain dilarang.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  farah

Categories
Berita Semasa

Lima warga Palestin cedera, Termasuk empat kanak-kanak, apabila dua objek mencurigakan meletup

Khamis, 08/07/2010 – Selama dua hari, lima orang awam, termasuk empat kanak-kanak, mengalami luka apabila dua objek mencurigakan meletup dalam dua insiden berasingan di Beit Hanoun, di Jaluran Gaza utara, dan Qalqilia, di Tebing Barat utara. Dua kanak-kanak mengalami pendarahan serius.

Menurut siasatan yang dilakukan oleh Pusat Palestin untuk Hak Asasi Manusia (PCHR) sekitar 09:20 pada Isnin, 5 Julai, 2010, tiga orang awam termasuk dua kanak-kanak, cedera di ladang mereka di Beit Hanoun di utara Gaza apabila objek mencurigakan meletup. Senarai antara mangsa yang cedera adalah:

1. Adnan Mohammed al-Za’anin, 38;

2 Mohammed Abdul Jabbar al-Za’anin, 17; dan

3. Sufian al-Za’anin, 9.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   bob

Categories
Berita Semasa

Hamas menyecam Pertemuan Fayyad-Barak

Khamis, 08/07/2010 – Hamas, saingan gerakan Fateh, sangat mengecam pertemuan antara Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, dan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.

Hamas mengatakan bahawa Fayyad adalah Perdana Menteri “kerajaan tidak berperlembagaan”, dan pertemuan itu adalah hasil tekanan dari Amerika Syarikat dalam usaha untuk “mengaburi mata rakyat”, terutamanya selepas serangan maut yang dilakukan rejim Zionis kw atas armada Kebebasan(Flotilla) Mei lalu.

Gerakan tersebut juga mengatakan bahawa pejabat Fateh di Tebing Barat mengadakan beberapa pertemuan dengan para pegawai Israel di Ramallah.

Pertemuan tersebut hanya bertujuan meneruskan penyelarasan keselamatan di antara Israel dan pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, dan menambah bahawa penyelarasan tersebut hanya untuk “menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang dikepung di Gaza selama lebih daripada empat tahun “.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Raed Shalah ajak sertai festival dana al Aqsa

Khamis, 08/07/2010 – Ketua Harakah Islamiyah di Palestin 1948, Syaikh Raed Shaleh menyerukan penyertaan seramai mungkin dalam Festival Dana Anak Al-Aqsa kali ke-8 yang akan diadakan di perkarangan masjid al Aqsa. Festival ini turut diraikan oleh negara-negara Arab lain. Festival ini dijangkakan akan di hadiri puluhan ribu dari segenap lapisan rakyat Palestin. Antara lain, festival ini juga bertujuan untuk menegaskan komitmen mereka dalam mempertahankan dan membebaskan al-Quds walaupun dengan harga yang mahal hatta nyawa mereka.

Syaikh Raed juga menyeru agar seluruh dunia terus mengadakan program yang menyokong dan mendokong perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

8 anggota Hamas ditahan polis Mahmud Abbas di Nablus.

Khamis, 08/07/2010 – Pergerakan Islam, Hamas Selasa lalu melaporkan Pasukan Keselamatan Palestin di bawah Presiden Mahmoud Abbas dari pergerakan Fatah telah menangkap lapan anggota dan penyokong Hamas di Nablus, bahagian utara Tebing Barat.

Jurucakap Hamas menyatakan Suleiman Aref Nasasra, Suleiman Hanani, bekas tahanan Suheib Abu Heit dan Johar Salah Hanani telah ditangkap di kampung Beit Forik, berhampiran Nablus. Abu Heit dan Nasasra adalah mahasiswa dari Universiti al-Najah di Nablus.

Hamas mengatakan pelajar lain dari Universiti al-Najah juga ditangkap di kampung Aseera el-Shimaliyya. Mereka dikenalpasti sebagai Asem al-Tanbour, Moath Ghassan Nofal, dan Ahmad Taher.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :   hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Israel Langgar 3 Penduduk Palestin

Khamis, 08/07/2010 – Seorang penduduk haram Israel melanggar 3 orang Palestin semalam berhampiran penempatan Efrat, selatan Baitullaham, sumber-sumber Palestin melaporkan.

Ketiga-tiga yang cedera adalah Raed Abu Omar, 33, Bader Al-Shalhom, 12, dan Nezam Al-Jobi, 38.  Sumber itu menambah bahawa mereka yang cedera itu dipindahkan ke Hospital Al-Ahli, Hebron.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx

Categories
Berita Semasa

Abu Sya`ar membidas kerajaan Fatah kerana mempolitikkan urusan haji dan umrah

Khamis, 08/07/2010 – Kerajaan Fatah di Ramallah enggan mengeluarkan visa kepada rakyat Palestin yang berasal dari Gaza dan berhasrat untuk menunaikan haji dan umrah terutamanya dokumen perjalanan (mereka) yang telah dihasilkan atau dikeluarkan di Gaza.

Menteri Awqaf dari kerajaan Palestin, Dr Talib Abu Sya`ar dalam laporannya kepada Quds Press menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan Fatah yang cuba melibatkan perbezaan politik dalam ritual keagamaan.

Dia berkata : “kami pada hakikatnya ingin mengenepikan perbezaan politik dalam ritual keagamaan dan kami bekerja atas dasar tidak mencampur adukkan urusan haji dan umrah dalam isu perbezaan politik (antara Hamas dan Fatah), dan kami sentiasa mengharapkan setiap pihak bekerja atas tujuan tersebut. oleh sebab itu, kami berpegang pada pendirian yang lengkap dan sempurna bagi memudahkan urusan keluar kepada mereka yang berhasrat menunaikan haji dan umrah”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif